MISTERI TELUR AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Rumah ibu gempar lagi. Kali ini dengan penemuan 9 biji telur ayam yang diletakkan di dalam nyiru beralaskan suratkhabar dan disorok pula di bawah katil di bilik atas. Suasana agak mengelirukan kerana termasuk yang ini, sudah tiga kali kisah telur ayam membuatkan suasana rumah agak kelam kabut.
Segalanya bermula apabila ibu, Angah, Aini dan anak-anak Angah pergi ke Melaka beberapa bulan lepas. Mereka keluar bersaing dengan Abang Jamal (suami Angah) yang hendak pergi bekerja. Apabila pulang dari Melaka, ibu dapati keadaan atas meja makan tunggang langgang dengan kuah yang tertumpah di atas meja. Di atas dapur pula ada kuali yang telah digunakan untuk menggoreng telur.
Angah bertanya dengan Abang Jamal, " awak goreng telur ke bang?" Abang Jamal tak mengaku. Lalu persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan.
Hari Khamis lepas, sewaktu mengemas di ruang tamu, Angah terjumpa sebiji telur di atas TV. TV di rumah Angah ada bahagian yang agak lekuk sedikit di atasnya membuatkan telur itu tidak akan tergolek ke bawah. Angah bertanya kepada anak-anaknya, masing-masing tidak mengaku meletakkan telur tersebut di atas TV.
Angah pening kepala, jika ada 'sesuatu' yang menumpang di rumahnya.
Dia teringat tentang telur sebanyak 2 papan yang baru dibeli sudah luak lebih 10 biji. Kebetulan hari itu Yaya datang ke rumah ibu kerana cuti Deepavali. Angah fikir, takkanlah Yaya makan telur banyak sangat. Perlahan Angah bertanya ibu, "kenapa telur macam tinggal sikit?"
Ibu menjawab, "budak2 ni satu hari makan 3 biji seorang.." ialah, pagi sekali, tengahri dan malam. Angah pelik, tapi telur itu memang banyak luaknya.
Pagi sabtu, Aini naik ke bilik atas untuk mencari speaker komputer. Sekejap saja dia sudah turun dan menghampiri ibu. Aini memanggil ibuku, mak. Begitu juga dengan Angah.
"Mak, ada telur bawah katil."
Ibu menyuruh Aini membawa telur yang ditemui itu turun. Aini tak berani. Akhirnya ibu naik ke atas. Sekejap lagi ibu membawa telur yang diletak dalam nyiru beralaskan suratkhabar yang disusun berlapis2. Angah betul-betul pening dan risau. Dia menyuruh Aini pergi mencari orang yang pandai 'menengok' bagi merungkai misteri penemuan telur kali ini.
Aini telah bersiap2 untuk keluar. Angah masih tidak puas hati. Hatinya berkata sesuatu, lantas dipanggilnya anak sulungnya Izat.
"Ni ibu nak cakap, sebelum Cik Ani pergi rumah nenek, tengok siapa yang buat telur tu, baik cakap, siapa yang letak telur tu?"
Haha... dalam tersedu akhirnya Izat mengaku dia yang meletakkan telur tersebut. Tujuannya?... sambil mengesat air mata, Izat berkata, "Izat nak tengok anak ayam... huhu.." Ha, kesiankan anak-anak zaman sekarang, tak pernah tengok anak ayam apatah lagi merasa pengalaman dikejar ibu ayam.. Aku yang mendengar cerita Angah, ketawa tak berhenti.. Dia jugalah yang meletakkan telur ayam di atas tv dengan harapan suhu panas tv akan membuat telur itu menetas. Bayangkan kalau telur itu boleh menetas, apa jadi dengan tv tersebut.
Bagaimanapun kisah kuali atas dapur tiada siapa yang dapat merungkainya..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cerita menyayat hati. Dia guna fikiran untuk mengetahui sesuatu. Kena cari jalan supaya pupukkan mindanya yang banyak soalan tu....

    Tiap tiap satu yg berlaku mesti ada sebabnya dan ada muslihatnya....

    Cucu saudara kami di S'pore(anak kepada Abg Ram's nephew) lukis ayam yang dah bersih bulunya dalam peti ais S'market bila kita suruh lukis ayam.... sebab dia tak pernah lagi tengok ayam hidup yang berlari di bawah rumah!! Heh heh.... kanak kanak moden!!

    ReplyDelete
  2. Haha.. itulah mak suruh Puspa bawa anak-anaknya pergi tempat ternakan ayam..

    itulah anak-anak bandar, dekat kg di kedah pun dah tak de anak-anak ayam lagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!