tapai pulut daun getah

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
SALAM SEJAHTERA, dah lama tak makan tapai pulut. Ibu saya kalau buat tapai pulut tu, kalau rajinnya datang, rajin betul. Habis, buat, habis, buat. Sampai anak-anaknya jemu makan tapai. La ni, lama dah pulak ibu tak buat tapai. Rindu pulak nak makan tapai ibu. Ibu kalau buat tapai, lebih suka buat tapai pulut, lebih mudah katanya. Kalau tapai ubi tu kan, nak kena kupas lagi kulitnya. Harapkan anak-anak, anak-anak lagi malas.. hehe.
Nasib baik masa orang sebelah rumah ibu, rewang (bahasa Johor untuk gotong-royong sesuatu kenduri) untuk majlis perkahwinan anaknya tu, diorang bagilah tapai pulut ni. Bukan main kreatif lagi, sebab tapainya dibungkus dengan daun getah tiga serangkai. Kenal ke dengan daun getah? Hehe,saya tak kenal.. nasib baik ibu bagi tahu.

Jadi terlanjur tu, saya pun ngecek resepi dengan ibu. Cemana nak buat tapai pulut ni?
"Senang jer.. beras pulut tu dalam sekilo kau masak, kau kirai-kirai.. taburkan ragi.. bla.. bla.. bla.."
"Alamak.. pelan-pelanlah cakap, orang nak tulis resepi ni, masuk dalam blog.. hehe", jom salin resepi.

Tapai Pulut Daun Getah
Bahan-bahan:
1kg beras pulut (dicuci bersih)*
air secukupnya*
1 biji ragi (50sen)
daun getah secukupnya
(kalau nak guna daun lain pun boleh, tapi taklah namanya tapai pulut daun getah.. hehe)

Cara-cara:
1.(*masak pulut dan sejukkan di dalam dulang (dikirai2))
2. Apabila pulut telah sejuk, taburkan ragi di atas pulut dan dikacau secara kaup balik sehingga rata.
3. Sudukan pulut ke dalam daun getah, dan lipatkan serta disemat dengan lidi.
Tapai boleh dinikmati dalam tempoh 24 jam.

Kalau tak ada daun getah, boleh gunakan daun pisang. Kalau nak letak dalam periuk jer pun boleh. Alaskan periuk dengan daun pisang dan tutupkan pulut yang telah diragi dengan daun pisang.

Selamat Mencuba.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!