orang mengantuk disorongkan bantal..

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
Assalamualaikum, salam sejahtera di pagi selasa yang cerah ini. Bukan nak cerita pasal peribahasa ya.. saya nak cerita pasal bantal.

Mesti semua orang ada bantal sendiri kan? Kalau boleh bantal tu kita jer yang pakai, orang lain tak boleh guna bantal kita. Kalau tak ada bantal tu susahnya nak tidur. Kalau tukar bantal baru biasanya dalam semalam dua tu agak sukar nak melelapkan mata. Rindu sangat kat bantal kita tu kan..


(sekadar gambar hiasan)

Sebab tulah agaknya kadang-kadang bila kita berjalan jauh dan bermalam di tempat lain susah nak tidur.Pasal memori mimpi kita tak ada kat bantal tu. Ada juga yang sanggup bawa bantal sendiri pasal susah nak tidur nanti.. ermmm.. macam bantal busuklah ya.

Sebenarnya nak cerita pasal bantal ni bukan apa. Pagi Ahad yang baru lepas ni, matahari pagi agak terik. Jadi terlanjur nak menukar dan membasuh cadar dan sarung bantal saya fikir baik kalau saya jemur sekali bantal-bantal tu. Cuaca lembab akhir-akhir ni membuatkan bantal tu sejuk dan penyek.. hehe, jadi kalau jemur tu mesti jadi macam roti masuk dalam oven kan, best tu.. tidur malam pakai bantal yang gebu, mahu tak bangun besoknya.

Semasa menyarung bantal-bantal yang dah dijemur tu saya terfikir sesuatu. Bukanlah kita nak meminta sakit atau penyakit tapi saya teringat dulu betapa kerapnya saya diserang selsema dan batuk. Begitu juga dengan Yaya dan En Hubby. Kerap sangat, lebih-lebih lagi Yaya. Kalau suami saya boleh dikatakan tiap-tiap bulan akan ke klinik, puncanya demam, batuk dan selsema. Suami saya ni merokok boleh tahan juga, puas suruh berhenti...ermmmmmm je memanjang jawapannya.

Si Yaya pulak, boleh dikatakan rutin demam dan selsema tu memang tiap-tiap bulan. Pendek kata, baru je dapat duit 'claim' klinik bulan lepas, masa tulah saya akan bagi resit 'claim' yang baru. Malu gaklah dengan kawan yang jaga kewangan tu, tapi dah sakit nak buat macammana kan.

Jadi saya pun terfikir, adakah penggunaan bantal pun memberi kesan pada kesihatan kita? Untuk pengetahuan kawan-kawan,kami sekeluarga dah lebih enam bulan rasanya menggunakan bantal jenis anti-hama. Sebenarnya masa beli bantal ni tak fikir pun pasal anti-hama tu. Cuma nakkan bantal yang selesa dan gebu macam kat hotel tu.. hehe. Sebelum ni kami guna bantal kekabu, lepas tu pasal rasa macam tak berapa best kami tukar dengan bantal kapas yang sebiji RM10 tu, murah tu memanglah tapi sekejap-sekejap nak kena tukar pasal keempukkannya cepat hilang.

Masa jualan Metrojaya tahun lepas, kami akhirnya tutup mata beli bantal ni tiga empat biji. Nak bantal macam kat hotel punya pasal.. hehe. Ialah, bantal ni bukannya murah, nasib baik ada offer baik punya! Dan saya baru perasan masa nak sarung, bantal tersebut anti kepada hama.. mmm, bagus juga.. fikir saya.

Mungkinkah kerana bantal tu, kini kesihatan keluarga saya lebih baik? Rasanya dah lebih tiga empat bulan kami tak berjumpa doktor. Puas juga saya mencari info tentang bantal dan kesihatan ni tapi tak jumpa pulak. Jadi di sini saya nak kongsikan pada kawan-kawan yang selalu ada masalah selsema, batuk yang boleh menyebabkan demam tu cuba tengok jenis bantal anda. Kalau memang bantal kawan-kawan jenis anti-hama tapi masih juga selalu sakit seperti di atas tu, saya tak dapatlah membantu tetapi kalau kawan-kawan menggunakan bantal kapas atau kekabu apa kata cuba bertukar kepada bantal anti-hama.

Saya cuma berdoa agar keluarga saya terus sihat di bawah lindungan Allah swt... Amin. Dan mungkin bantal anti-hama juga merupakan satu inisiatif untuk menjaga kesihatan selain banyakkan mengambil air kosong dan menggunakan sabun pelindungan kuman untuk keluarga anda.. hihi (macam iklan pulak ya).




Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!