MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, December 28, 2011

MEDAN... CUKUPLAH SEKALI!




ASSALAMUALAIKUM wbt



FUHHHHHHHHHH!! Bersawang betul rumah kita nikan, dah lama tak berjenguk kerana sibuk bercampur dengan penyakit M bila tak sibuk. Tahu-tahulah kan, kalau sibuk, makanya kita menjadi penat. Bila penat memang tak ada hati pula nak berblog apatah lagi berjalan-jalan ke blog sahabat yang lain. Pulak tu, entah apalah penyakit yang melanda, saya masih lagi tak dapat masuk ke blog sendiri kecuali menggunakan Samsung Tablet saya. Sedih.. sedih... Banyak jugalah blog kawan-kawan yang tak dapat dijengah, haiiii... apa nak buat, nasib badannnnnnnn.. nak hantar lappy gi berubat pun tak berkesempatan jadi dok diam-diam sajalah.. huhu.



Pada cuti sekolah kali ini (hehe.. macam karangan darjah lima pulak) saya sekeluarga telah berkunjung ke Medan, Indonesia. Punyalah gatal kaki nak sangat terbang di celah awan. Pulak tu bila klik harga yang tertera di laman web Malaysia Online cuma RM11 sahaja. Berbaloi-baloi tau sebab empat kali naik pesawat. Ialah.. memanglah tak termasuk caj-caj lain tapi kalau dah campur caj-caj lain pun masih murah lagi, jadi setelah berhari-hari berfikir semasak-masaknya, saya dan suami mengambil keputusan untuk bercuti ke Medan. Kalau ada yang belum kenal dengan kami, kami ni memang jenis yang orang kata tu, 'GAMBLE' jer. Ya.. ya.. saya tahu, gamble tu maksudnya berjudi, haram.. tapi gamble kami ni maksudnya.. mempertaruhkan nasib.. orang kata terjah jer, nasiblah macam mana nanti sebab percutian ke Medan ini adalah percutian yang tidak dirancang.. kwang.. kwang.. kwang..!! Belum mohon cuti, tak tempah bilik hotel, tour guide dan sebagainya. Elok-elok sahaja saya tempah tiket RM11 tu, esoknya harga tiket dah naik sepuluh kali ganda, jadi nasibbbbbbbbbbbb BAIK!



Alhamdulillah, cuti pun diluluskan. Misi diteruskan dengan menyelusuri laman sesawang tentang Medan ini. Hotel mana nak duduk dan tour guide mana yang nak diikut. Mujur saya ada dua orang kawan yang pernah bercuti ke Medan, yang seorang tu komennya positif yang seorang lagi positif +negatif.. urmmm. Masa ni hati pun dah berbolak-balik tapi apakan daya, tiket pun sudah dibeli dan hotel pun telah ditempah. Memang tak sangka sebenarnya, sewa mobil berserta supir di Kota Medan amatlah mahal berbanding Bandung dan Bali yang pernah saya kunjungi sebelum ini. Ops!! Ramai yang bertanya sebenarnya, kenapa kami suka ke Indonesia, meh saya selit sikit jawapannya, kerana di sini senang mencari makanan halal (tapi tidak di Bali, rupanya di sana banyak babi guling.. hehe). Berbalik kepada sewa mobil berserta supir tadi, rata-rata komen menyatakan, harga sewa di sana sekitar IDR600.000 iaitu bersamaan dengan 6 x RM35 = RM210. Pertukaran wang IDR100.000 = RM35. Lumayan kan... berbanding di Bandung dan Bali yang kami bayar dengan RM150 sahaja. Oh!Ya.. harga yang kami bayar ini tidak termasuk duit parkir ya.. adush!



Memang banyak tempat menarik yang dicadangkan di blog mereka yang pernah ke Medan tetapi rasa nak pengsan (tu belum sampai lagi) bila membaca perjalanan dari Kota Medan ke Danau Toba (tempat paling menarik dicadangkan jika ke Medan) adalah empat jam. Sebab dah biasa menempuh perjalanan jauh dan panjang pergi kerja.. balik kerja... balik kampung lebih lapan jam, tersangkut di kesesakan lalu lintas berejam-rejam maka saya dapat rasakan perjalanan empat jam ini pasti membuat saya separuh pengsan maka Danau Toba terkeluar dari senarai lawatan. Saya tidak sanggup.. tolonggggggggg!! Jadi, saya cakap dengan ER, kita sampai Medan nanti kita cerita mana nak pergi dan ke mana akan pergi. ER yang dah mula suspens pun bersetuju saja dengan agenda saya. Yang penting kami mahu makan nasi padang... erkkk!!! Agenda utama ya ;))



Sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Polonia, Medan, hati bersorak girang. Wah!! Hari ini saya dapat menjejakkan kaki di Medan. Ibu kota ketiga yang terbesar di negara Indonesia yang terletak di Sumatera Utara. Sebaik turun dari pesawat kami dibawa menaiki bas menuju ke Balai Ketibaan. Prosedur mengecop pasport tidak serumit di Bandung. Ia berlangsung dengan cepat dan kami cepat-cepat mendapatkan beg. Menurut seorang teman, kalau anda sampai di Medan, jangan sesekali membiarkan orang lain yang tidak anda kenali mengangkat beg anda, jangan melayan sapaan mereka yang beriya-iya menolong anda kerana semuanya inginkan tips. Silap haribulan mereka akan mengambil beg anda kecuali anda bersetuju untuk mengikut tour guide mereka. Owh! Itu cerita negatif yang saya dengar dari teman, jadi sentiasa berhati-hati dan awas! Huhu. Tapi tunggu punya tunggu (kami sampai jam 3.10 waktu Indonesia) sehingga jarum jam hampir mencecah ke angka 4, kami masih lagi belum mendapatkan beg. Semua beg dari penerbangan KL dan Penang dicampur aduk, langsung tiada prosedur. Berpinar mata bila melihat beg bertimbun-timbun yang hampir sama. Hampir sejam, barulah beg kami ditemui. Peh! Lega... selesai satu perkara. Hati risau sebab kami dah berjanji dengan pihak hotel Garuda Plaza yang akan menyambut ketibaan kami. Memang tak boleh pakai langsung, sampai hampir jam 5 bayangnya pun tak nampak. Berkali-kali ER telefon dan jawapannya dalam perjalanan. Adoiiii!! Sedih tak??



Sedih tauuuuuu... Tak pernah jadi macam ni... huhu




AKAN BERSAMBUNG.....

Wednesday, November 30, 2011

SEKEJAP TIMBUL.. LAMAAAAAA.... TENGGELAM

ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH kalau kehadiran saya ini ibarat bulan di musim hujan, sekejap timbul, lama tenggelam. Peribahasa baru, orang kata macam biskut chipsmore (bukan promosi ya), 'Sekejap ada, sekejap takde', hik hik hik. Entah apa yang melanda, tak ada angin tak ada ribut, saya sebenarnya mengalami masalah untuk menghapdatekan entri. Semalam, saya dapat panggilan telefon dari Cik Oeya.... "awak, kenapaaaaaaa lama tak ada entri?? Sibuk ke???" Jawapan saya, sibuk tu memanglah sibuk, bila kat rumahlah. Tapi di pejabat ni pun macam-macam masalah sebenarnya yang tak sempat saya terangkan pada Oeya. Sebenarnya PC saya tidak boleh pergi ke Yahoo dan apa-apa link, blog dan sebagainya. Yang pelik bin ajaib, facebook boleh pula dibuka. Sebagai penyelesaiannya saya mengangkut lappy yang berat macam nak mampuih ni.. hahaha. Sebenarnya taklah berat sangat pun tapi memandangkan bilik pejabat saya di Tingkat 4 (tak ada lif ya), jadi amatlah berat hati untuk dipikul, hehehe. Tapi, ada juga masalah yang timbul. Blog saya tak dapat dibuka.. katanya done but with error... APA KEHE???!! Mujurlah saya masih boleh sign in dan create a New Post tapi saya tak dapatlah melihatnya di blog. Sedih tau...

Jadi, banyaklah entri yang cuma tinggal draft sahaja tak sempat dipublishkan kerana kerja-kerja mengedit yang belum selesai. InsyaAllah, sebarang masalah teknikal akan diselesaikan sebelum 2011 melabuhkan tirai.

Wassalam.


Friday, November 18, 2011

NAMA SAYA S

ASSALAMUALAIKUM wbt

SEJAK sekolah rendah nama pemberian kedua ibu dan bapa saya adalah antara nama yang paling popular di sekolah. Bukan kerana saya budak paling pandai atau selalu pecah rekod sekolah atau budak paling nakal tetapi kerana kesukaran orang yang mengeja untuk menyebut nama saya. Jadi, kalau nampak bibir cikgu tu macam terjuih-juih nak menyebut nama, saya dah tahu tu tentu nama saya, hahaha. Kalau masuk dalam kursus dan sebagainya pun begitu juga. Pergi klinik pun sama padahal rasanya bukanlah susah, mungkin orang dulu-dulu selalu jumpa nama yang mudah jadi bila jumpa yang pelik sikit mulalah terbelit lidah.. hihi. Tapi sekarang saya tengok dah tak ramai yang susah nak sebut nama saya, mungkin orang sekarang ni dah mahir mengeja.. uhuk!





S Binti Rusli???



Mula-mula saya terpandang nama S ni semasa kempen pilihanraya di sebuah kampus. Ternganga sekejaplah bila terpandang nama si S ni yang merupakan salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya tengok nama S, lepas tu saya tengok pula nama calon yang lain. Mula saya fikir, mereka letak nama gelaran tapi mustahil pula sebab nama calon mesti ditulis penuh. Saya terus jer mesej seorang pelajar untuk mengetahui tentang kebenaran nama S ni. Masa tu memang tak terfikir nak bertanya terus dengan Unit Akademik.

Betul, puan. Nama dia memang huruf S tu jerlah. Puan 'add'lah dia kat facebook, cari nama Ayang Joy.

Naluri seorang wartawan masih kuat mengalir rupanya (saya pernah bekerja sebagai wartawan sambilan di Harian Metro, Berita Harian dan Majalah Citra tau..). Maka teruslah saya tambah Ayang Joy ni sebagai rakan di facebook. Tak tunggu lama, S menerima permintaan saya.. hihi. S, tulah sebab saya add awak, jangan mara eaaaaaa..




Lama saya mengambil masa untuk bertanya dengan S. Macam serba tak kena jer sehinggalah suatu hari saya menyatakan permintaan saya kepada S untuk menuliskan kisah nama S ni dalam blog saya.. hihi.

Ini adalah jawapan S bila saya nyatakan hajat saya tu..



  • hehehehe... nak wat buku ker?? name saye panjang la.. hehehehe.....

  • saye pun x taw sejarah nape name mcm tu..

  • ayah just bgtaw.. die nak letak name saye SABARINA.. tapi ibu kate panjang sgat.. so,, diorang buang satu huruf belakang tu..

  • jadi SABARIN,

  • SABARI

  • SABAR

  • SABA

  • SAB

  • SA

  • S

  • tu yang dpt name mcm tu..

  • hehehe

  • lgpun ayah kate, kalau name panjang2 pun nnty pangil dgn name pendek jugak..

  • mungkin ade sejarah lain yang saye x taw..

  • saye takut nak tanye... hehehehe



Sepatutnya nama S ni dah boleh masuk dalam Malaysia Books Of Record, betul tak? Kalaupun tak boleh masuk peringkat dunia.. hehe. Apapun.. kata orang apalah ada pada nama, kan. Untuk S, terima kasih kerana sudi memberi kerjasama. S siap bagi gambar lagi, sayannnnnnnng S.

Sebenarnya, ada 5 keping semuanya gambar yang S bagi, tapi line internet tersangatlah menyiputbabikan diri hari ni, nanti bila line clear, saya masukkan gambar-gambar dokumen S yang lain ya..


Wednesday, November 9, 2011

ALLAH LEBIH TAHU

ASSALAMUALAIKUM wbt

SETIAP yang bernyawa pasti akan mati, namun kadangkala kematian itu membuatkan kita terfikir akan hikmah yang Allah sembunyikan yang tidak kita ketahui.

Malam tadi, saya mendapat sms dari seorang sahabat yang membuatkan saya terpana. Tiada siapa yang menduga, pemergian beliau ke tanah suci Mekah, merupakan kali pertama dan terakhir. Bapa sahabat saya telah kembali ke rahmatullah pada 12 Zulhijjah 1432H ketika umat Islam masih meraikan AidilAdha.

Buat sahabatku, redhalah dengan apa yang terjadi. Sedihnya Allahyarham tidak dapat bertemu dengan cahaya mata sulung sahabat saya yang baru melihat dunia pada 2 November lalu. Baca sini.

Al-Fatihah..

Friday, November 4, 2011

LAHIRNYA LITTLE YAYA

Dhiya Elena Binti Mohd Khairul Faizi

ASSALAMUALAIKUM wbt

ADALAH dikisahkan…

Pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu.”Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.

Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Wallahualam.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara:

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

4) Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

kredit untuk:

https://www.facebook.com/notes/kejuruteraan-insaniah/perbualan-seorang-bayi-sebelum-kelahiran/168468039867318#!/pages/Kejuruteraan-Insaniah/186067101423416

Tahniah buat sahabatku, yang begitu tidak pernah berkira denganku, yang selalu ada di sampingku, kini kau telah bergelar ibu. Jalankanlah tugas yang telah lama kau idam-idamkan ini dengan penuh rasa kasih terhadap anakmu. Paling aku terharu, kerana kamu ingin memanggil anakmu dengan nama yang sama dengan anakku.

Nota : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 31 buat Siti Rahayu Abdul Rahman blogger CITARASA RINDUAN, kita akan kekal sebagai sahabat.. itulah janjiku di hari lahirmu, insyaAllah.

Thursday, November 3, 2011

UNTUK KESEKIAN KALINYA


ASSALAMUALAIKUM wbt

KENYANGNYA makan nasi berlaukkan Ayam Masak Lemak Cili Api tadi, cuma tak pedas, jadi kuranglah umphnya. Ditambah pula dengan sambal berlado.. aduh, nasib baiklah beli kat kantin, kalau masak sendiri alamat bertambah-tambahlah nasi. Jadi apa yang yang ada dalam polisterin tu, walaupun rasa macam tak cukup terpaksa juga terima ketentuan takdir, banyak tulah rezeki hari ni.. hehe. (silapnya tadi ambil nasi sikit, nak diet kunun-kunun.. muahahaha)



Ramai yang ingat saya berdiet tau, tak tahu.. saya ni kalau makan memang tak ingat dunia, sedar-sedar jer terlebih sudahhhhh!! Macam malam tadi, ada ke patut, di saat jarum panjang jam tegak kat angka 6, jarum pendek dah antara 11 ngan 12, pada masa yang sama dalam hati dok kata, alahhhhhhh.. bukan selalu.. saya doklah mengadap kek karemel ni sorang-sorang??? Yaya dah lena dibuai mimpi entah di negeri mana, ER pula sedang leka ditonton tv (sila faham: tv tengok beliau, bukan beliau tengok tv... ekekeke). Jadi bila takde kawan yang makan sama, kita gelojoh pun tak de orang tegur, hahaha.. nasib baik saya pegang tangan kanan ni kuat-kuat, jangan potong lagi, lepas tu pukul 6 pagi tadi boleh sambung lagi, hihihi.. minta ampun ya wahai cik usus kerana terlanjur menderaimu... huhuhu.

Ramai yang dah buat kek ni, kalerful di sana-sini. Saya pernah buat di sini, di sana, di sinun dan di senan termasuklah yang tak ditayang. Ada masanya okey, banyak juga yang KO. Adakah mungkin encik oven tu sudah merajuk. Tapi KO Ko pun tetap sedap juga disuap ke mulut. Terima kasih untuk kengkawan yang tak jemu menempah dengan saya. Yang bila saya kata, rejectlah karemelnya, aku tak jadi jual, pun tetap paksa nak juga, saya minta halal ya. Juga untuk tuan punya resepi yang asal, Kak Munirah (boleh tengok di sini) semoga ia kan kekal membawa hasanah yang berterusan, Aamiiiinnnn Ya Rabbal Alamin. Kali ini saya tak menggabungkannya dengan kek alunan kasih, dah lama bertukar ke versi yang original.. cepat siap, hehe. Sebab saya rajin, saya taip balik resepinya di sini ya ;D


Kek Karemel
Resepi : Munira Baharum

saiz loyang sesuai 7x7

Bahan A:
2 sb gula pasir
* tabur gula pasir dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Pusing-pusingkan loyang supaya gula rata (jangan terbalikkan pulak, muahahaha). Ketepikan.

Bahan B:
Lapisan Atas:
  • 1/2 tin susu cair
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  1. Campurkan gula castor dan susu cair, kacau hingga gula hancur (jangan kuat sangat)
  2. Campur kuning telur dan esen vanilla, kacau perlahan.
  3. Campurkan kedua-dua no 1 dan 2. Kacau perlahan sehingga sebati (jangan berbuih)
  4. Tuang bahan A dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Lapisan Kek Span:
Bahan C:
  • 140 gm tepung gandum*
  • 1 st baking powder* (guna sudu kecil kfc) - ayak bersama *
  • 3 biji kuning telur
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak
  • 3 sb susu pekat manis (saya tambah.. memang ramai yang tambah bahan ni, hehe)
  • Tiga warna berlainan (kalau nak letak perisa pun boleh)
Bahan D/ Meringue:
  • 6 biji putih telur (buang tali pusatnya)
  • 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
  • 1 st (kfc) krim of tartar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan krim of tartar
  3. Pukul sampai bertanduk (diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh). Ketepikan.
  4. Masa ini dah boleh panaskan oven 170 darjah selsius.
  5. Campurkan kuning telur, gula castor, air, minyak dan susu pekat. Pukul kelajuan tinggi sehingga sebati.
  6. Kurangkan kelajuan, masukkan tepung, pukul sebati. Matikan mixer.
  7. Campurkan setengah bahagian meringue ke dalam adunan, kaup balik guna spatula sehingga agak sebati perlahan.
  8. Campurkan kesemua baki meringue. Kaup balik sehingga sebati semuanya, bahagikan kepada tiga bahagian (nak bahagi tujuh pun bolehhhh.. hihi). Letakkan warna atau perisa disukai.
  9. Sudukan ketiga-tiga bahagian adunan berwarna ke atas bahan B (dalam loyang tadi) sehingga habis. Mulakan tiga sudu... beberapa kali, dua sudu beberapa kali, akhir-akhirnya satu sudu.
  10. Bakar menggunakan kaedah steam bath. (Letak loyang kek dalam satu lagi loyang besar.
  11. Gunakan rak yang paling bawah semasa membakar jika menggunakan api atas bawah.

SEJIBIK MACAM KAT KFC


ASSALAMUALAIKUM wbt

BEBERAPA pagi ni rasa sejuk sangat kan. Air pun sejuk jer, rasa nak jerit-jerit dalam bilik air menahan kesejukan, hohoho. Rumah saya tak ada 'heater' lah awak... tak mampu nak pasang, hihi. Cuaca kat JB pun sekarang tak menentu hala. Panas teriknya sampai mencucuk kulit, bila sejuknya pulak sampai menggigit tulang. Jadi bila balik kerja tu rasa macam nak demam pulak. Yelah, seharian duduk dalam hawa dingin, tiba-tiba keluar jumpa matahari memancor-mancor. Berkerut-kerut kening menahan panas... haiiiiiii.. ini barulah panas kat dunia, rasa tak terbayang panasnya di akhirat apabila matahari sejengkal sahaja di atas kepala. Cukupkah tiga amalan yang akan dibawa???

Entri saya kali ini adalah siaran iklan tidak berbayar ya.. hehehe. Hari ini saya tolong awak, esok-esok orang lain pulak tolong saya, ya tak Cik Xane Neor?? Begitulah lumrahnya hidup di alam fana cinta (opps!) ni. Tak semestinya pertolongan itu perlukan pembalasan, tetapi insyaAllah akan dibalas Allah swt dalam bentuk yang lain pula. Hari ini kita bagi RM1 kat orang, kita dapat 10 kebaikan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya duit, betul tak? Mungkin pagi-pagi kita masukkan dalam tabung anak yatim seringgit, lepas tu tiba-tiba jer tengahari bos belanja makan. Petang sikit, kawan ajak ngeteh. Bila malam, encik suami belanja pulak kat kedai tomyam, tu semua rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja yang tak tercapai oleh akal kita ;D

Amacam?? Terliur tak tengok saya punya dinner malam tadi. Hehe, ni pasal dah beberapa hari ER dok tanya bila nak goreng fries ngan ayam bbq mexico frozen yang beliau beli lebih kurang dua minggu lepas. Sebenarnya bukan tak nak goreng dengan segera tapi selalu sangat lupa. Yaya tu asal aje masuk kereta teruslah demand nak makan itu, nak makan ini. Jadi sementara dia sedang menghadapi minggu peperiksaan ni, kita layankan jer tekaknya. Taklah meleleh air liur masa jawab soalan kalau apa yang dihajat tak kesampaian. Fikiran saya pun tak tenang juga kerana Yaya punya graf ni asyik turun naik turun naik jer. Tapi buat-buatlah cool, tak mahulah gelabah sangat. Kita usaha apa yang termampu, berdoa dan bertawakal... mudah-mudahan Allah permudahkan, insyaAllah.

Tak sangka, kan.. kita tak perlu lagi ke KFC (KFC tolong jangan saman saya) semata-mata giankan cheese yang menyaluti wedges tu.. huhu. Saya tak tahulah orang lain, tapi kalau saya, memang tulah yang paling tak boleh miss tiap kali ke KFC. Lupakan pasal ayam tapak kasut segala (staf KFC pun dah tukar uniform sekarang), kadang-kadang tu hajatnya cuma nak makan cheezy wedges) tapi tak tergamak pulak nak order yang tu saja, hehe.. Lepas tu berebutlah tiga beranak, sapa yang nak kunyah ala-ala 44x tu memang alamat dapat dua ketul jerlah, hahaha. Cheese mintak lebih alamat kenalah tambah lagi RM1. Kalau dapat staf yang tak berkira tu memang penuhlah cheese atas wedges, kalau tak.. urmmm...

Lepas ni memang melantak cheese ajelah. Pipi pun dah cop kuat makan cheese, campur pulak dengan mayonis, jadi jangan salahkan orang lain kalau jarum timbang tu dah beransur-ansur bergerak mengikut arah jam.. hohoho. Mana taknya, tak tipu punya.. Halapeno Cheese Powder - disebut Jalapeno (JPC) ni rasanya memang tak ubah macam cheese cheezy tu tau.. tak percaya, cer cuba, memang tak menyesal punya. Seletlah dengan apapun, memang lupa diri tak boleh berhenti, ialah.. dah dapat makan dengan sewenang-wenangnya kan.. hahaha.

Sesiapa yang suka tu, bolehlah order... terbaik wokkkkkkkk!!

Nak order, sms atau call ya, boleh saja.. sape ngurat kena pijak.. saya tak tauuuuu.. hihihi



Klik sini : http://dzanagroups4u.blogspot.com/2011/10/jalapeno-cheese-powder.html

Call/ SMS: 013-4479346/ 019-3091632 ~ Miss Zana

Nota :
  1. Kalau ikut arahan pada peket, bancuh 1 bahagian JCP dengan 2 bahagian air panas. Tapi saya galakkan anda bancuh 1 bahagian JCP dengan 1 bahagian air panas dulu, kacau sebati, lepas tu baru tambah sikit-sikit air mengikut kepekatan disukai. Bancuhan mungkin akan berketul-ketul, jadi bolehlah guna sebarang mesin pengisar, jangan guna mesin rumput sudah.. hihi..
  2. Saya nak senang kerja, bancuh semua sekali arung, hehe. 1 peket JCP mengandungi berat 200gm ( banyaknya hampir satu mangkuk container taufufa). Mula-mula saya tuang dulu satu mangkuk air panas (mangkuk taufufa), kacau2, masuk mixer maulinex... tretttttttttttt... lepas tu tambah air lagi sikit-sikit (lebih kurang 1/3 mangkuk), lepas tu masuk dalam botol piping tu. Lebihnya simpan dalam peti ais dan ia memang tak keras, maknanya boleh digunakan terus bila nak makan.. ;))

Wednesday, November 2, 2011

SPAGHETTI OLIO


ASSALAMUALAIKUM wbt

RAMAI ke peminat pasta di sini? Bagi kami sekeluarga menikmati pasta atau spaghetti adalah wajib sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Stok sos prego pun sentiasa ada begitu juga dengan spaghetti dan daging cincang. Sebab bila dah tak ada idea nak masak apa, inilah yang paling mudah, betul tak? Ialah, kita ni dahlah bekerja. Takkanlah setiap hari nak beli makanan di luar, kadang-kadang dah bosan juga sebab kami ni memang tak banyak pilihan tempat makan di luar sebab susah nak memenuhi citarasa ER. ER ni cerewet sikit bab makan di luar, bukan pakai tuju jer kedai makan tambahan kedai tomyam yang bersepah-sepah tu, memanglah banyak tapi sedapnya belum tau. Daripada mendengar dia mengomel, baiklah kita masak sendiri sebab yang tu sedap tak sedap ER layan jer. Kalau dia makan banyak tu memang betullah sedap, kalau tak habis tu, faham-faham ajerlah.. hehe. Tapi ER ni jarang pulak makan tak habis, maknanya sedaplah ek, hihi.

Inspirasi memasak kali ini datangnya dari Dapur Tak Bersempadan tu. Sekali-sekala nak juga ubah selera dengan resepi orang lain, kan. Tapi tulah, nak meniru tapi tak cukup syarat, istilah blogger masak-masak, katanya derhaka.. minta ampun ya PCM ;p. Apapun tetap sedap dan.. licinnnnnnnnnnnnn..


Spaghetti Olio
Adaptasi Dari Olio Tuna Pedas PCM
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti
1 tin tuna, ditoskan (saya guna daging cincang)
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu - tak ada
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus (tak letak)
2 helai bay leaf (tak ada)
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu (tak ada)
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula
Herba Basil segar sebagai hiasan (saya tabur daun parsley kering)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera...
Nota: Sebab saya gunakan daging cincang, jadi saya masukkan daging apabila bahan tumis dah berbau harum, masak sehingga daging cincang cukup masak, baru masukkan bahan-bahan lain.

Monday, October 31, 2011

NASI OREN & KARI DAGING

ASSALAMUALAIKUM wbt

TENGAH-TENGAHARI nampaknya ramai yang mengantuk dan tersengguk-sengguk, tambahan pula perut yang tadinya keroncong kini sudah tukar lagu, kata orang, 'Gendang-gendut tali kecapi.. (sila sambung sendiri.. hihi).

Haaa, ini juadah yang telahpun dihadam pada Sabtu lepas. Hati teringin nak mencuba resepi Nasi Oren dari rumah Zuliana Siti Hawa Bidadari Syurga (Zuliana makan bersama Ayam Rosemary). Yaya minat sungguh dengan nasi oren ni, terus dia tukar biodata makanan kegemarannya nasi oren. Siap bawa bekal masa pergi tuisyen malam tu, hihi. Alah, Yaya.. apapun yang bonda masak, semua feberet Yaya kan, lagilah kalau dimakan bersama lauk kari dan kari daging ni pun permintaan dari Yaya juga. Dah namanya anak mamak kan (realitinya ER bukan mamak seperti sangkaan ramai). Yaya kalau makan kari, sampai menghirup kuah, heiiiiiii, anak sapelah tu ya, huhu.

Kepada Yana, akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Nasi Oren ni, memang bestlah Yana. Bau oren tu menambah selera makan, siap bertambah-tambah lagi tau. Sayangnya stok kismis dah habis tabur kat kek lapis anggun hari tu, jadi agak kuranglah serinya.
Kepada Zack juga yang menjadi sumber Yana, terima kasih, izinkan akak kongsi kat sini pula ya.


Nasi Oren
Resepi : Zack
Sumber : Siti Hawa Bidadari Syurga

Bahan-bahan :-
  • 4 cup beras/beras basmathi (kalau guna beras biasa cuci bersih dan rendam beras selama 1/2 jam)
  • 5 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 biji buah oren sunkist (diparut kulit dan diperah jusnya)
  • Kismis (1 kotak kecil)
  • 50g butter
  • 2 inci halia
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit pewarna kuning ~ optional
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :-
  • Panaskan butter dan tumis bawang merah dan putih yg telah dikisar
  • Masukkan daun pandan
  • Masukkan kiub ayam
  • Bila dah hampir garing dan berbau wangi masukkan sedikit air
  • Masukkan kulit oren yg siap diparut dan perahan jus oren
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan sedikit pewarna kuning
  • Masukkan kismis
  • Masukkan tumisan tadi dalam beras yang siap dicuci
  • Masak nasi seperti biasa
Untuk Resepi kari daging boleh lihat di sini.

Thursday, October 27, 2011

KOKO JELLY SQUARE


ASSALAMUALAIKUM wbt

HAAAA!
Inilah akibat terlampau derhaka, nasib baik tak ada yang patah gigi.. kih kih kih...

Bila Kak Azlita Masam Manis menayang Maltesers Square di sini, maka saya pun verangan terlebihlah nak mencuba. Tambahan pula timbunan biskut-biskut yang banyak di rumah ni yang tak terhabis-habis. Maklumlah, rakyat dalam rumah ni kalau ada biskut memang tak dipandang, lainlah roti, sekejap saja habis, asyik membeli roti, roti dan roti. Sebab, roti kami letak di luar kabinet, biskut dalam kabinet, dalam tin jadi tak nampak, sebab tulah sering dilupakan.. hehehe. Jadi sementelah pula ada stok coklat masak yang telah dibuka (belum buka pun ada) maka sekonyong-konyong saya pun terbayanglah nak menghasilkan Maltesers Square ni tapi nak gantikan dengan koko jelly sebab koko jelly yang ER beli untuk Yaya pun tak habis dimakannya sorang. Ada juga saya bagi pada anak saudara yang datang beraya, pun masih banyak lagi sehingga Yaya naik jemu, fikir-fikir modified masuk dalam adunan resepi dari DailyDelicious ini.

Lepas tu, bila dah siap, mak aih! Keras jadinya koko jelly tu bila masuk peti ais. Nasib baik tak sompek gigi menggigit tapi bahagian biskut tu sedap sangat.. betulllllll.. tak percaya, cer try buat. Yaya siap cakap, kalau bonda guna Maltesers lagi sedap. Ialah, anaknda, nanti bonda buat lagi guna maltesers ya. Bukan apa, maltesers tu 150gm jer dah RM8++, tu yang fikir 33X... kih kih kih..

Kepada Kak Ita dan Dailydelicious, terima kasih kerana berkongsi resepi yang sekelip mata siap ni. Nanti lain kali saya akan buat Maltesers Square yang original di Alam Sari, InsyaAllah..

Koko Jelly Square
Adaptasi dari :
Maltesers Square
Resepi : DailyDelicious
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
100 gm butter
200 gm coklat masakan dipotong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - dikisar halus - Saya macam Kak Ita guna biskut marie
225 gm Koko Jelly (asalnya Maltesers)

Cara-cara:
  1. Kisarkan biskut hingga halus.
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api.
  4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan koko jelly dan kacau cepat supaya coklat pada koko jelly tidak cair.
  5. Untuk mengelakkan koko jelly cepat cair masukkan dulu dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  6. Tuangkan dalam loyang dan ratakan.
Kak Ita hiaskan atasnya dengan maltesers, saya tak buat pasal bahan tak cukup, koko jelly ngam-ngam jer, hihi.



Nota : Mesti nak buat juga Maltesers Square pasal dah janji dengan Yaya.. huhu

Wednesday, October 26, 2011

DINNER BREAKFAST


ASSALAMUALAIKUM wbt

BERSANTAI
atau bergelumpangan dengan kain baju? Konon-kononnya cuti tapi nak buat macam mana, bagi insan yang tak ada pembantu rumah memang begitulah situasinya bila bercutikan, tiadalah istilah rehat-rehat, lainlah orang lelaki, seharian baring-baringan di depan tv. Kalau ER boleh baring-baring, saya pun bolehlahhhhhhh.. saya blogwalking & berfacebooking. No masak-masak today, cuti is cuti.. hihi. Padahal realitinya setengah hari mengemas rumah dan mencuci kain... tu.......... tunggu hendak dilipat.. silap-silap KIV sampai hari Ahad.. hehehe.

Ini kisah malam tadi. Memandangkan hari ini cuti jadi ER telah bersetuju untuk membawa kami makan malam di luar. Dalam hati berbelah bagi, nak makan tomyam atau capati. Nak bantai dua-dua tentulah tak larat, perut dan poket nanti sama-sama berat... hihi. Dalam berfikir-fikir tu, Yaya kata.. "Bonda, malam ni Cinta Elysalah," huhuhu.. Ni peminat Botak Juvana, mana boleh miss. Walaupun pada pendapat saya, Si Botak atau nama sebenarnya Johan As'ari ni berlakon macam terlalu dibuat garangnya tu tapi saya tetap suka. Cuma kenapa ya, macam dipaksa-paksa jer lakonan Johan sebagai Azril atau Aril ni berlainan sekali dengan karakternya dalam Juvana yang nampak lebih natural. Eh! Cemana boleh masuk cerita Si Botak ni pulak, haha.

Jadi, kami buat keputusan nak pergi makan lepas Cinta Elysa habis, uiiiii.. kul 10 dah tu. Entah kenapa, saya teringin pulak nak buat Roti Gulung Sosej, lalu saya pun keluarkanlah sosej dari peti ais. Si Yaya pulak kata, biar Yaya yang masak. Aik! Biar betul.. Yaya nak masak apa, adalahhhh.. katanya. Eh, saya paksalah dia bagitahu, karang entah apa dimasaknya lagi haru. Dia kata dia nak cincang dulu sosej tu, lepas tu baru tahu. Haiyakkkkk! Mahu cincang ka?? Lalu saya kata, jangan cincanglah, potong-potong macam kita breakfast kat hotel tu.. Akhirnya betul-betul dia buat menu breakfast for dinner.... hehehehe.. Saborrrrrrrrrr ajelah..

Cerita Belakang Tabir :
Masa tengah memantau Yaya di dapur tu, tetiba jer ada call, masa tu saya sebenarnya tengah nak ambil gambar Yaya dok leka ukur panjang sosej yang dipotong tu, pasal dia tak reti nak agak bagi semuanya standard. Rupa-rupanya Oh Oeya yang call. Tengah jawab call dari Oeya, saya perhatikan kenapa susah sangat Yaya nak potong sosej tu, rupanya pisaunya terbalik dan nyaris-nyaris ditekannya dengan jari. Nasib baik, kalau tak termakan jari pulak, dah jadi Raja Bersiung. Lain kali hati-hati di dapur ya, Yaya.

tengok tu, pisau terbalik, patut tak lepas-lepas potong sosej tu.. siap ukur lagi, hehehehe..

Tuesday, October 25, 2011

HOR FUN PLANTA



ASSALAMUALAIKUM wbt

AIK!
Entri tajaankah?? Hihihi..

Lama dah tak menikmati Hor Fun, terakhir sekali menikmatinya masa kunjungan raya dari cekgu-cekgi pada raya lepas. Cekgu-cekgi ni memang kalau datang beraya kat rumah saya, diorang tak mahu makan ketupat rendang segala, mesti nak suruh saya masak Hor Fun ataupun Cantonese Kuey Teow. Selain dari feberet diorang, ER pun sangat suka makan Hor Fun ni. Hor Fun ni memang selalu jugaklah saya buat dan saya pernah kongsikan resepinya di sini. Kawan-kawan saya pun biasa menggunakan resepi ini setiap kali memasak Hor Fun ni.

nilah peminat-peminat Hor Fun saya... hihihi..

Lepas tu, semalam.. Mama Hawa ada postkan resepi Hor Fun ni menggunakan kicap campur Mas, tapi saya tak pandai pula nak masak Hor Fun menggunakan kicap campur ni sebab bila belek-belek ada penggunaan sos tiram dalam kicap campur tu. Saya kurang pasti pulak, kalau letak sos tiram, rasanya dah macam hailam pulak. Maaflah, itu pendapat saya, jangan marah ya Mas. Setiap orang ada pendapat sendiri dan berhak menyuarakannyakan. Tapi ramai yang puji sedap, insyaAllah, lain kali nak cuba juga resepi kicap campur Mas tu. (dulu Mas pernah cerita pada saya tentang kicap campur resepi maknya tu). Lagipun ER lebih suka resepi Hor Fun yang sama sebijik macam Hor Fun yang kami selalu makan di Landmark Mall. Dulu, di Food Court Landmark Mall ni, ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis hidangan mee yang dimiliki oleh satu keluarga Cina (halal InsyaAllah). Di sinilah saya belajar bagaimana memasak Hor Fun ni dan resepi itulah yang selalu saya praktikkan sampai sekarang. Kali ini saya menggunakan planta bagi menggantikan minyak. Siapa yang tak ada planta tu, bolehlah gantikan dengan minyak, tapi bahan-bahan lain jangan diderhakakan sebab nanti tak jadi Hor Funnya, hehe.

Hor Fun aka Cantonese Kuey Teow
Bahan-bahan: (hidangan 6 orang)

Bahan A
  • 1 kg Kuey Teow
  • 1 sb planta atau minyak masak
  • 2 sb kicap pekat
Bahan B
  • 12 ekor udang sederhana besar (boleh buang kepala)
  • 2 ekor sotong (buang kulit luarnya dan potong gelang)
  • 2 keping kek ikan (hiris sederhana nipis)
  • boleh tambah hirisan ayam atau daging (optional)
  • 5 ulas bawang putih (ketuk & cincang kasar)
  • 3 hirisan halia
  • 1 sb planta
  • 5 sb kicap cair
  • 1 sb pati ikan bilis (saya guna maggi)
  • 1/3 sb serbuk lada sulah
  • 5 cwn air
  • 1 ikat sayur sawi. (Disiang, asingkan batang dan daunnya)
  • 4 sb tepung jagung dibancuh dengan 1 cwn air
  • 2 butir telur (ambil putihnya sahaja)
Cara menyediakan bahan A:
  1. Panaskan kuali. Lengserkan planta atau minyak di sekeliling kuali, biar ia merata sendiri.
  2. Masukkan kuey teow, api sederhana besar. Kacau sekejap.
  3. Masukkan kicap pekat, kacau cepat-cepat selama dua minit, matikan api. Letakkan kuey teow dalam pinggan hidangan.
Cara menyediakan bahan B:

  1. Panaskan planta atau minyak dalam kuali yang sama (boleh juga kalau nak gunakan periuk). Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. (api sederhana)
  2. Masukkan udang, sotong dan hirisan ayam atau daging. Kacau sehingga udang kemerahan.
  3. Masukkan kek ikan, serbuk pati ikan bilis dan kicap cair dan serbuk lada sulah. Kacau rata-rata kemudian masukkan air dan batang sayur sawi. Buka api besar, biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, tukar api sederhana, masukkan daun sayur sawi, biar 3 -4 minit kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama secawan air tadi. Kacau cepat-cepat sehingga mendidih.
  5. Masukkan putih telur, kacau membentuk bulatan, tutup api dan tuangkan di atas kuey teow.
  6. Hidangkan bersama cili hijau jeruk yang direndam dalam kicap cair.
Cara saya:
~ Kuey Teow letak dalam pinggan makan secukupnya dan letakkan kuah tadi secukupnya di atas kuey teow.

Monday, October 24, 2011

SAMBAL UDANG PLANTA




ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH masak? Dah mamam? Wah... makan lauk apa hari ini? Saya belum makan lagi, malas rasanya nak turun bawah cari makanan tapi tak apa, dalam bilik pejabat saya nipun macam-macam ada, tak kebuluran punya kalau tak turun beli nasi campur pun, hihi.

Minta maaf ya sebab tayang lauk yang dah habis, biasalah kalau duduk rumah memang tak berapa sempat nak post cerita. Sambal udang ni saya masak pada hari Sabtu lepas, pertama kali saya menumis sambal menggunakan planta, sajalah nak menghabiskan stok planta ni, karang simpan lama-lama tengik pula. Punyalah banyak sampai saya boleh buat kek lapis lagi semalam, tengok sini. Dan hasilnya menumis dengan planta ni kami menikmati sambal udang yang sungguh nyummy. Bertahun tinggal dengan orang yang suka makan sambal udang ni, memang dah tak perlu sukat-sukat lagi. Orang kata, lain orang lain cara masak sambal udang nikan. Teringin jugaklah nak letak resepi kat sini, manalah tau Si Yaya tu besok-besok nak masak sambal sendirikan.. takpun, adik saya yang jauh di perantauan tu.. huhu...

Sambal Udang Planta
Resepi : Alam Sari
Bahan-bahan:
  • 2 1/2 sb planta
  • 1 batang serai (ketuk dan simpul)
  • 1/2 " halia hiris kasar
  • 1 mangkuk cili, bawang dikisar (saya memang ada stok kisar siap - tengok sini)
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk belacan maggi
  • 1 sk pes asam jawa adabi
  • 3 sb gula
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 12 ekor udang besar dibersihkan dan dibuang urat hitam (kalau sederhana gandakan jumlahnya)
Cara-cara:
  1. Panaskan planta dan masukkan serai dan halia, tumis sekejap.
  2. Masukkan cili dan bawang kisar, tumis sehingga garing dan meletup-letup. Guna api sederhana.
  3. Kecilkan api, masukkan udang. (Potong hujung kepala udang dan hujung ekor, kepalanya tu yg bagi manis rasa kat sambal).
  4. Jangan kacau udang dalam sambal, terus letak atas udang tersebut garam, serbuk belacan, asam jawa dan gula. Biar sekejap jer kemudian barulah digaul bersama-sama semuanya sehingga sebati.
  5. Masukkan bawang yang dipotong bulat. Bila bawang layu maknanya udang pun dah masak, bolehlah dimatikan api.
Udang beli kat Pekan Ayer Baloi... berbaloi-baloi!!!

Sunday, October 23, 2011

KEK LAPIS KISMIS ANGGUN

ASSALAMUALAIKUM wbt

PERCUBAAN pertama melapis kek dengan Encik Zanussi. Nekad akibat tergoda dengan kek lapis Kak Jun Roslan dan tanda sayang pada Kak Jun, hihi. Macammana Kak Jun, berapa markah nak bagi ni, huhu.. ??

Bertahun lamanya tak melapis kek, alah.. dulu-dulu masa zaman mengurat calon mak mertua (kih kih) adalah juga saya melapis, masa tu yang paling fofular sekali adalah kek lapis asam manis, itupun guna kukus. Nak melapis dalam oven ni memang saya tak berani sebab tak berapa faham istilah api atas dan api bawah tu, huhu. Malahan, setelah memiliki Encik Zanusi ni pun, saya tak pernah lagi mempraktikkan api atas sahaja atau api bawah sahaja. Yang saya tahu dua-dua rod mesti mahu menyala. Satu lagi fungsi kipas oven dan roll untuk golekkan ayam tu, itupun sekali jer saya praktikkan pasal ayam tu tak mahu golek-golek ikut arahan, ER kata ayam besar sangat, tak mahu pusing, hihi. Tengok sini....

Memandangkan saya telah terbeli tepung Hong Kong (kerana masa tu nak beli tepung kentang, entah siapa yang letak bungkusan tepung Hong Kong kat rak tu dan saya pun pakai rembat jer kerana nak cepat), maka saya cuma ada dua pilihan sebelum tepung Hong Kong tu luput tarikh. Cadangan kawan-kawan di KR :






  1. Buat kek lapis



  2. Buat pau



Huhuhuhu... dua-dua akak tak minat... M besarrrrrrrrrrr sangat..




Tapikan, bila Kak Jun postkan entri Kek Lapis Prune Anggun dan komen Kak Jun resepi keknya mudah, maka saya pun belek jugalah resepi. Ialah, taklah guna berpuluh-puluh biji telur dan tak payahlah nak asing kuningnya tu (saya ni lembab bab asingkan kuning telur) dan terlintaslah di batu jemala saya ni tepung Hong Kong tu. Bahan-bahan lain pun semuanya ada, tinggal nak beli buah prune jer. Bab api atas api bawah tu, bantai jer tengok simbol-simbol kat body Encik Zanusi tu takpun buka balik buku manual.. hihi. Maka setelah siap bagi makan kenyang semua rakyat jelata dalam rumah ni, (siang tadi saya masak nasi ayam hainan tau... tengok sini), bermulalah projek mengekek. Dengan anggunnya saya pun membongkar almari dan aisehhh! Cemana tak perasan stok susu pekat tak ada dan prune pun rupanya tak beli, tapi tak pe, saya ada banyakkkkkkkk kismis, kui kui!




Betul kata Kak Jun, sambil melapis sambil layan fb dan blog, memang tak terasa. Perasaan kitapun membayangkan yang indah-indah dan baik-baik saja. Walaupun pada mulanya lapisan kedua tu hampir jer nak hangus (dah bau) sebab saya terleka dan tersalah setting oven (kan tadi dah bagitahu tak faham penggunaan api atas dan api bawah) akhirnya segala-galanya menjadi begitu sempurna. Hampir-hampir tak percaya bila menjamah kek lapis buatan sendiri. Sedar tak sedar dah berapa keping kononnya testing rupanya terlebih sudah, hahaha.




Bertuahnya bersahabat dengan Kak Jun yang manis, walaupun berniaga tak lokek berkongsi resepi. Kak Jun, saya minta izin kongsikan resepinya di sini ya. Terima kasih juga untuk yang punya resepi asal Hazrina79 yang mendapat resepi ini dari kawannya orang Sarawak yang memang terkenal dengan kemahiran membuat kek lapis.







Kek Lapis Kismis Anggun




Adaptasi dari:




Kek Lapis Prune Anggun




Resepi: Hazrina79 @ Kek Lapis Prune Sunsweet




Sumber: Cupcakekasih Kak Jun Roslan




Bahan-bahan:







  • 375gm mentega (saya guna planta jer)



  • 250gm gula castor (Kak Jun tambah bahan ni, resepi asal takde, saya letak 200gm)



  • 10 biji telur A



  • 200gm tepung Hong Kong*



  • 1sk baking powder* (ayak bersama bahan bertanda *)



  • 1sb ovalette



  • 4sb susu pekat manis (saya ganti dengan 2 sb susu full cream + 2sb golden syrup)



  • 4sb serikaya



  • 50gm badam halus/ serbuk badam



  • 1/4 cwn jem strawberry (Kak Jun tambah - saya tukar dengan 1sk strawberry paste + 1/2sk pewarna merah jambu)



  • 1 sk esen vanila



  • 1 mangkuk prune (saya ganti dengan kismis)



Cara-cara:







  1. Panaskan oven.



  2. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang pada kelajuan biasa.



  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga sebati.



  4. Masukkan ovalette dan susu pekat manis dan pukul lagi.



  5. Masukkan serikaya dan serbuk badam, pukul sebati.



  6. Masukkan tepung Hong Kong yang telah diayak bersama baking powder. Kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk kayu sehingga sebati.



  7. Masukkan esen vanila.



  8. Loyang 7" X 7" disapu kelilingnya dengan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas baking.



  9. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, 1/2 bahagian diletak strawberry paste dan pewarna pink sebahagian lagi dibiar natural (vanilla)



  10. Lapisan pertama, masukkan adunan vanilla (saya guna 1 senduk sup - Kak Jun guna 4 senduk gulai) ratakan. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius menggunakan api atas dan bawah selama 4 minit (ikut jenis oven).



  11. Lapisan kedua - strawberry, ambil satu senduk (sukatan sama dengan yang pertama tadi) ratakan. (Kalau anda pusing-pusingkan loyang, ia akan mengalir rata sendiri). Tabur dengan kismis atau prune) Bakar guna api atas sahaja selama 4 minit (saya bakar 5 minit)



  12. Lapisan ketiga dan seterusnya, guna api atas sahaja, bakar 4 - 5 minit. Buat sehingga habis, taburkan prune atau kismis setiap dua lapisan.



Lucunya saya yang pelupa, terpaksalah catat kat kertas setiap lima minit, hehe.




Ops! Lapisan yang terakhir saya bakar guna api atas lima minit dan selepas itu saya turunkan suhu 170 darjah dan bakar guna api atas bawah 15 minit.




Selamat Mencuba..




Nota : Resepi kek lapis ini untuk yang amamtur macam saya sahaja.. huhu.










NASI AYAM HAINAN





ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH
makan ke? Urmmm, mestilah dah, kan.. dah pukul berapa ni. Eh, hari ini saya makan awal pulak, hihi. Selalunya, kalau hari-hari minggu ni, selagi tak cecah jarum jam tu kat nombor tiga, memang belum makan lagi. Ada sebab saya masak awal hari ini, sebab petang ni ada projek. Projek apakah??? Tungguuuuuuuuuuuu!! Hihi.

Hari ini tetiba jer ER teringin nak makan nasi ayam hainan. Wah, senanglah kerja kalau masak nasi ayam hainan, sebab semua pakai rebus, tambahan pula ada banyak perkara nak buat hari ini, kan. Urmmm, saya ni kekadang tu, naklah juga mencuba resepi nasi ayam dari teman-teman tapi ER ni cuma berkenan resepi original wife dia ni. Jadi kalau nak restu suami, janganlah menderhaka, kenalah taat, hihi. Kali ini, saya tumis pula bahan nasi dengan minyak sapi, nak bagi clear peti ais, huhu. Kalau nak tengok cara saya memasak sebelum ni, boleh tengok di sini. Urmmm, resepi ni boleh jadi rujukan kepada mereka yang baru nak belajar masak nasi ayam sebab sangat mudah dan senang. Minyak sapi tu bolehlah digantikan dengan margerin, mentega atau minyak masak biasa pun boleh. Masak sendiri ni, puas sikit makan ayamnya, taklah macam makan kat satu kedai tu, harganya mak aih! Dah dekat RM7 tapi ayamnya secoet, huhu.. salad tak ada, tomato tak ada, alat-alat timun dua hiris, patutlah kaya kakak tu... sampai ada dua tiga rumah batu.. huhu.

Nasi Ayam Hainan
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan dan Cara:
1 ekor ayam kecil (potong sederhana besar)
2 liter air
1" halia (hiris)
1/2 sb garam
(Rebuskan kesemua bahan ini)

Nasi:
3 cawan/pot beras (dibasuh bersih dan direndam sehingga air rebusan tadi mendidih)

Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1/2" halia*
(*semua bahan dimayang halus)
1 batang kulit kayu manis
2 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 sb minyak sapi
-Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan sehingga layu jangan terlalu garing. Tutup api, bahagi dua bahan tumis.

- Apabila rebusan ayam tadi mendidih, toskan beras yang direndam tadi. Masukkan 1/2 bahagian bahan tumis ke dalam periuk nasi bersama beras dan 3 1/2 cawan air rebusan ayam. Masukkan sehelai daun pandan disimpul (jika ada) dan masaklah nasi seperti biasa.
- Terus merebus air rebusan sehingga ayam cukup lembut, apabila ayam lembut keluarkan ayam dan masukkan dalam besen yang mengandungi air sejuk (dari peti ais). Biarkan terendam 15 hingga 20 minit. Kemudian toskan ayam dan lumurkan ayam dengan 1sb minyak bijan (kalau tak ada tak apa) dan 2 sb kicap cair.
- Air rebusan tadi asingkan 1 cwn untuk kuah kicap dan 1/2 cawan untuk sos cili. Kemudian ambil 1/2 bahagian bahan tumis tadi, masukkan dalam air rebusan, kacau sebati dan bolehlah dimatikan api.

Bahan kicap :
1 sb kicap pekat
3 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 sb minyak bijan (optional)
1 sb gula perang/pasir
1 cwn air rebusan ayam
-kacau rata semua bahan dan masak mendidih

Bahan sos cili:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sb jus limau
2 sb gula pasir
1 sb cuka
1/2 cwn air rebusan ayam
-kisar halus semua bahan dan masak mendidih

Bolehlah dihidangkan semua bahan bersama salad, hirisan timun dan tomato.

Friday, October 21, 2011

INI BUKAN LUCAH!


ASSALAMUALAIKUM wbt

EH! APA ni?? Pagi-pagi Jumaat ni nak cakap pasal benda lucah ker? Urmmmm..

Ini kisah Yaya malam tadi, alkisahnya begini, kan sekarang musim periksa, jadi petang ini Yaya, InsyaAllah akan menghadapi kertas Ibadat, kertas akhir peperiksaan sekolah agama. Walaupun Yaya ni umurnya dah sepuluh tahun, tapi sekolah agama lambat setahun jadi kiranya dia sekarang darjah tiga di sekolah agama.. aiiiiiii.. meleweh-lewehlah pulak tukang cerita ni, ramai yang nak tahu apa cerita lucahnya ek.. hihi.

Jadi seperti biasa, Yaya ni kenalah baca kitab, Yaya baca kitab dalam bilik. ER tengok TV, saya?? Urm, duduk-duk sambil layan tab kat ruang tamu. Lepas tu, Yaya datang bawa buku ibadat.

"Bonda, dah habis baca," sambil mengunjukkan kitab Ibadat kepada saya. Saya menyambut kitab tersebut dan bertanya, "faham tak? Dah habis baca semua?" Yaya kata, dia faham dan dah habis baca.

"Okey, bonda soal Yaya," jeng jeng jeng.

Punyalah lama dah bertahun kan kita ni habis sekolah agama, jadi saya belek-belek kitab tu. Oh, darjah tiga ni bermula dengan hadas. Saya tanyalah dia, apa itu hadas? Dia pun jawab, okey, adalah juga yang agak lari jadi saya betulkan semula mengikut nota dalam kitab definisi hadas yang lengkap.

"Okey, hadas ada berapa jenis?"

"Dua."

"Apa?"

"Hadas besar dengan hadas kecil."

"Apa tu hadas besar?"

"Datang haid, keluar air mani, istihadah.."

"Aik, mana ada istihadah..??" Jadi saya nak terangkan tentang istihadah ni..

Dia kata, "Ops! (Sambil angkat tangan) silap-silap. Wiladah. Istihadah tu darah penyakit.. hehe."

Saya geleng-geleng kepala..

Lepas tu saya tanya pula tentang hadas kecil. Okey, dia boleh jawab. Selak-selak kitab, jumpa satu jadual, enam perkara menyebabkan wajib mandi. (Nanti saya scan jadual dari kitab tu dan update eh). Jadual tu terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian bagi lelaki dan perempuan, satu lagi bagi perempuan. Alamak!! Salah satu perkara tersebut adalah kwang kwang kwang... tauuuuuuuuukannnnnnnnn???

"Okey, sebutkan perkara yang mewajibkan mandi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..."

"Lagi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..." sambil fikir mata ke atas.

"Lagi?"

"Datang haid, nifas, keluar air mani..."

Lepas tu, Yaya menarik kitab pada tangan saya dan menunjukkan satu perkataan, "ini".

"Ini apa dia tulis?" (tahan senyum)

"Bersetubuh, bersetubuh tu apa bonda?"

Tarik nafas sekejap.

"Bersetubuh tu, lelaki dengan perempuan kahwin, macam bonda ngan babah, dapatlah muka Yaya ni haaaaaaaaaa!" sambil menolak hidung Yaya... huhu.

Yaya herot-herot muka sambil geleng-geleng kepala, "tak fahammm."

Erkkkkkk!!

"Tak faham tak apa, nanti lama Yaya faham," huhuhuhu

Thursday, October 20, 2011

TUTORIAL LAGI

ASSALAMUALAIKUM wbt

HAISHHH!!
Garu-garu dagu, garu-garu kepala.. lima minit jer fikir tajuk apa nak letak dalam entry kali ini... hihi. Apalahhhhhhhhhh cerita Alam Sari ni ya, sampai pening nak bagi tajuk?? Kui kui. Ni semasa menaip ni pun belum bertajuk lagi tau, tengoklah nanti apa yang terlintas dalam batu jemala hamba ni ya, hihi.

Orang kata, rambut pun sekarang dah tak sama warna, apa lagi hati. Eh! Saya bukan nak mengumpat sesiapa, tidak sama sekali. Ni pasal keadaan rumah saya nilah, tak habis-habis dengan rumah dia ek? Macam tak ada kerja lain, kannnn.. huhu. Walaupun dah selesa dengan rumah baru ni, ada juga yang berkenankan rumah lama, termasuklah saya. Maklumlah, belum puas lagi rasanya bercanda di rumah baru, tapi rasa macam ramai yang pening, bila ramai yang pening, ramai pulak yang merajuk, haaaaaaaa.. jadi fikir-fikir, kita buat blog ni bukan untuk syok sendirikan, saya dengan rendah hati menukarnya ke rumah yang lebih selesa. Tapiiiiiiiiiii.. bagi mereka yang terberkenan dengan rumah saya sebelum ini, anda boleh lagi datang ke rumah saya yang lama, tanpa menjejaskan rumah baru ni, okeyyyyyyyyy..


Tiba-tiba rasa terror pulak mengalter blog ni.. hihi.. Meh.. meh, tengok sini dan ia boleh juga dipraktikkan ke blog rakan-rakan tau. Mari kita belajar sesama. Syhhhhhhhh!! Siapa yang dah tau tu, duduk diam-diam ya, bagi can kepada orang yang belum tau.. hihi.

Baiklah, ini paparan skrin yang anda nampak sekarang.
Tengok alamat URLnya ialah http://sariyusa.blogspot.com/ .



Sekarang anda taipkan perkataan view di hujung alamat URL tersebut.


nanti paparan skrin seperti di atas ini akan keluar dengan alamat URL di hujung tu /view/sidebar

lepas tu anda pilihlah nak tengok gaya macammana..

classic

flipcard, magazine dan lain-lain... klik sahaja mana-mana satu akan keluar paparan yang berlainan. Untuk mengomen, anda boleh klik terus pada perkataan comment.





Apakata praktikkan pula di blog anda.. dan blog lain yang anda kunjungi.

Wassalam.

Wednesday, October 19, 2011

KOTA SESAT

kredit gambar untuk
http://gambar-unik-dunia.blogspot.com/2010/03/50-keajaiban-kota-kuno-di-dunia.html


ASSALAMUALAIKUM wbt

HARI ini hari Rabu, kan. Ramai tak mahu berkata-kata hari ini. Saya rajin nak berkata-kata ni, hehe.. Alam Sari terpaksa bertukar balik dengan rumah asal sebab nampaknya ramai yg tak selesa nak datang rumah baru ni, ketuk sana-sini pun pintu tak buka-buka khabarnya. Cari loceng pun tak jumpa, tangga semua tak ada. Macam masuk kota sesat gamaknya, hihi.

Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang biasa singgah di sini, pasti maklum, ini bukanlah cat asal Alam Sari. Sebenarnya betul-betul tak sempat nak buat apa-apa. Harus saya mengadap pc ni berejam-rejam jadi Alam Sari mengambil pendekatan menggunakan template yang paling basic sekali.

Jadi di sini, Alam Sari ingin memohon maaf jika ada sesiapa yang rasa termarah atau pun terbengang dengan keadaan blog ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Wassalam.

Nota: Ceh!! Macamlah blogger fofuler... huhuhu.

Tuesday, October 18, 2011

TERPESONA


ASSALAMUALAIKUM wbt

SENYUM...
tak perlu kata apa-apa, sebab semua mereka dah kata. Bukan ikut cakap mereka, tapi memang betul apa mereka kata. Nak tahu apa yang mereka kata???

SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP GILERRRRRRRRRRRRRRR!!

Hihihi.. inilah satu-satunya kek yang paling menjimatkan bil sebab:
  1. Tak perlu guna oven
  2. Guna sekejap jer dapur gas
  3. Penggunaan mesin pengadun yang amat minima
Apa yang perlu anda buat cuma pergi kedai dan beli biskut merry coklat, cream cheese, susu segar... gula??? Kat rumah mesti dah ada gula, kannn.. hik hik.

Mula-mula hari tu saya nampak Zalieda yang dok tayang kek ni. Bila tengok ada perkataan cheese tu, macam tak berapa nak bacalah resepinya sebab dahlah nampaknya berlapis-lapis, jadi dah bayangkan mesti susah. Memang tak sempat lagi nak belek resepi Zalieda ni. Bila dah lapang sikit, barulah baca resepi tu. Mak aihhhhh!! Cenggitu jer ke membuatnya. Sebelah tangan, sebelah mata jer ni.. hehe. Tak payah mecah telur, mengayak tepung dan menimbang segala bagai. Haaaaaaa, minggu lepas hingga semalam jer dah berapa ramai yang tayang kek memasing, kan. Jadi, saya dengan bangganya mengumumkan, saya pun dah buat... rugilah kalau tak buat, senangggg sangat. Buat malam, pagi dah boleh makan, senang, kannn..

Di sini saya panjangkan lagi resepi asal dari orang bujang ni... (eh! Betul ya, bujang.. hehe). Terima kasih, ya Ryo kerana sudi berkongsi ramai-ramai resepi yang best ni.. terbaekkkkkklahhh!!

Kek Lapis Cheese Persona
Resepi : Ryo Azhar
Sumber : Zaliedana

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (saya sama dengan Ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (tak perlu mendidih)
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) -
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu.. masukk an dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Monday, October 17, 2011

DIET KER?


ASSALAMUALAIKUM wbt
DIET
ke lauttt.. hahaha. Tak ada maknanya diet ku kalau hanya di hati tapi di mulut asyik krup krap krup krap.. huhuhu. Ni kunun-kunun semalam masak bening cendawan tapi tak jadi rasa bening sebab dah dicampak sekali hirisan halia dan ketukan serai, maka adalah iras-iras rasa singgang. Jatuh cinta betul dengan cendawan kat tepi Sg Pontian semalam, beranganlah nak buat cendawan goreng tepung tapi sebab fikir-fikir dalam rumah ni tak ada siapa yang minat cendawan, maka berubahlah kejadian.. hihi. Sebut pasal jatuh cinta, saya sedang jatuh cinta dengan blog Sky Blue's Kitchen.. maka saya pun teringin juga nak possingkan Singgang Cendawan ni dalam kelapa. Kelassssssssss Melley!!

TUTORIAL TEMPLATE - DYNAMIC VIEWS

ASSALAMUALAIKUM wbt

PENING YA
dengan format design di Alam Sari sekarang. Ada yang kata canggih, ada yang pelik, saya suka tapi ada masanya pening juga. Mana taknya, dah penat-penat komen dalam satu kotak, tetiba jer keluar kotak komen lain pulak ya.. teruslah lupa apa yang kita komen tadi. Nak komen balik takut keluar dua komen pulak.... errrrrkk!!

Tapi ada juga yang bertanya, mana nak dapat template macam ni. Jadi untuk tidak menghampakan saudara yang bertanya tu, meh sini saya tunjukkan bagaimana nak dapatkan dynamic views ni. Sebenarnya MR Blogspot nilah yang tetiba jer keluarkan satu window mencadangkan saya mencuba templates ini. Sajalah suka-suka, memang menarik kerana semua pos kita dipaparkan dalam satu page. Klik sahaja mana-mana post yang anda hendak baca akan keluarlah windownya.

Untuk ruangan komen tu pulak, sebelum ini terus keluar satu kotak dan boleh komen terus di situ tanpa 'word verification'. Tapi entah kenapa tetiba saja boleh keluar pulak kotak baru. Nanti saya cuba tengok apa yang patut ya. Sebenarnya saya ni tak ada latarbelakang langsung tentang dunia IT ni. Asal tahu klikkkkkkkkk jer, hahaha. Buat masa ini, saya agak selesa dengan design templates ini. Sebab gambar nampak banyak, cantik dan menarik juga. Rasa segar sikit mata.. hehe. Dah panjang pulak membebel, mari saya tunjuk bagaimana nak tukar templates dynamic views ni. Tapi, saya tak jamin ya kalau anda boleh dapat semula templates anda yang asal cuma kalau tak silap saya, semua setting yang anda buat sebelum ini seperti follower, labels, blog link, link gambar dan sebagainya, insyaAllah.. masih ada dan ia takkan hilang, cuma tak dapat dikesan je bila anda menggunakan dynamic views ini.. Selamat Mencuba... :D

TUTORIAL
  1. Pergi ke 'DASHBOARD'. Seperti biasa akan keluar window seperti di bawah. Okey, sekarang anda klik 'DESIGN'.
  2. Paparan ini akan keluar, klik Dynamic Views (bulatan hijau). Nanti di bawahnya akan dipaparkan design-design yang terdapat dalam Dynamic Views ni (tulisan biru). Pilihlah mana-mana satu. Tapi sebenarnya bila anda pilih satu pun, anda boleh tengok juga semua paparan yang lain dalam blog anda. Tak faham??? Cuba buat dulu, nanti faham.. hehe.

Saturday, October 15, 2011

ALAM SARI GENAP DUA TAHUN

ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH macam berkurun berblog, rupa-rupanya Alam Sari baru meniup lilin dua batang. Kalau manusia mungkin baru petah berkata-kata, kalau kucing mungkin dah beranak silap-silap dah bercucu. Hehehe.

Jadi tak hairanlah, dua tahun berblog, Alam Sari masih belum matang. Mungkin ada yang pernah terasa hati atau terlanjur bicara, saya pohonkan ampun dan maaf jua.

Untuk sahabat yang masih sudi berkunjung, terima kasih yang tak terhingga, LEPIUlahhhh!!!

Susah sangat nak masuk gambar malam ni, nanti saya masukkan gambarnya kemudian ya.

dah boleh pun masuk gambar... :D


terima kasih Eddy Astana kerana menghadiahkan mekar sejambak ini kepada saya ;-))



Wassalam.

Friday, October 14, 2011

TAUHU GORENG TEMASIK




ASSALAMUALAIKUM wbt

MAAFLAH, pandai-pandai jerkan tukar nama.. huhu. Sepatutnya resepi ni bertajuk Tauhu Goreng Singapura dihiasi pula oleh timun, taugeh atau sengkuang tapi dah malam-malam, malas Puan Sari nak mencari timun, taugeh segala tu, jadi gunalah apa yang ada.. hehe. Janji, memang teringin bebenau nak makan tauhu dengan sos kacang ala-ala Temasik, dah macam mengidam pulak, kui kui!!

Kali ni saya terjah blog Kak Yatie manis. Kalau nak tahu, sos kacang ini memang sangat mudah dan tak perlu dimasak tapi saya dengan rajinnya memasak juga.. alah, gula melaka tu kan berketul-ketul, jadi saya didihkan bersama sedikit air, lebih kurang 1/2 cawan sehingga larut. Terima kasih juga kepada Hana dan CMG yang terlebih dahulu berkongsi resepi ini.

Kalau nak tengok bagaimana rupa sebenar Tauhu Goreng Singapura ni bolehlah singgah di blog Kak Yatie, Hana dan CMG. Di sini saya cuma kongsikan cara menyediakan sos kacang yang sangat sedap dan mudah ini.

TAUHU GORENG SINGAPURA @ TEMASIK
Sumber : Sinar Kehidupanku
6 keping tauhu (digoreng garing dan dipotong 4)

SOS KACANG
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 - 6 biji cili padi
  • 200 g kacang tanah
  • 3 - 4 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar kicap pekat
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng kacang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu.
CARA ALAM SARI:
  1. Bawang putih dipecahkan dan digoreng bersama kacang tanah. Apabila bawang putih bertukar warna agak kecoklatan (jangan sampai garing sangat nanti kacang hangus), angkat kacang dan toskan minyaknya. Sejukkan sebentar kemudian kisar separuh halus dan separuh agak kasar (lepas kisar boleh campur keduanya)
  2. Gula melaka dididihkan bersama 1/2 cawan air. Tapiskan.
  3. Tumbuk lumat cili padi dan masukkan kicap pekat.
  4. Masukkan sedikit air gula melaka tadi. Tambahkan kacang tanah yang dikisar. Kacau dan tuang lagi air gula sampai mencapai kepekatan yang diingini.
  5. Masukkan cuka dan tambahkan air masak jika perlu.
  6. Sedia dihidang bersama tauhu goreng tadi.
Nota: Ini adalah resepi tertunda ;p

Thursday, October 13, 2011

LALA BERCILI


ASSALAMUALAIKUM wbt

AIK!
Ada yang dah lapar balik, maklumlah, dah lebih dua jam makan tengahari. Mak saya kata, tekak bocor, perut kenyang tapi sebenarnya tekak tu yang mengada-ngada. Tadi, masa singgah rumah Kak Ita Masam Manis, amboiii.. bukan main lagi orang baru habis PMR tu kan.. apa nak makan, orderrrrrrrrr jer, gerenti mak buat, hihi. Jadi maknya yang memang teramat rajin tu masaklah Lala Tam Plon. Hahaha.. tak tahu pulak permainan kecik-kecik tu dari masakan Thai tu, Kak Ita. Kita rasa, orang Thai tu yang ambil nama permainan kita, hihi. Eh! Kat Thai diorang panggil ni Lala jugaklah, baru perasan. Jadi, saya pun teringatlah gambar Lala Bercili ni yang dah diupload terlebih dahulu di dalam fb ER. Kiranya entri tertunda.. ialah, masa-masa ni demam M melanda kan, faham-faham sajalahhhh.

Resepi saya ni tidak menggunakan sebarang sos, masak pun pakai campak baling jer. Jadi, siapa nak mencuba, bolehlah agak-agak bahan yang digunakan sebab memang tak bersukat. Lala tu saya rebus sekejap dengan air panas supaya tak berpasir bila nak makan nanti. Okey, boleh tengok bahan-bahannya kat bawah ni, saya nak lari sekejap rumah Kak Ita, nak mintak lala tamplon dia, hehehe.

Lala Bercili
Bahan-bahan: (anggaran)
1 kg lala (direbus sekejap sahaja -agak2 dah terbuka semuanya terus toskan dan lalukan di bawah air sejuk)
3 4 ulas bawang putih dipecah2
3 cm halia dihiris halus
1/2 btg serai diketuk
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
7 tangkai cili padi dipecah atau ditumbuk kasar
garam, gula secukupnya - (gula kena 2x ganda garam, nak manis boleh tambah sikit lagi)
1 - 2 sb cuka masak/ bleh ganti dengan perahan limau nipis
minyak menumis
daun ketumbar untuk ditabur
2 tangkai akar ketumbar
2 helai daun limau purut

~ Tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga agak garing dan naik bau. Masukkan sekali akar daun ketumbar (basuh bersih).
~ Masukkan lala, bawang besar, gaul sekejap (buka api besar), masukkan garam, gula dan cuka serta daun limau purut. Kacau cepat2 dan dihidangkan panas2. Taburkan daun ketumbar.

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...