KARI IKAN MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

MENU Sabtu lepas yang lepas (maknanya Sabtu selepas Sabtu kelmarin)… hehehe, bukan kari kepala ikan tetapi kari ekor ikan.. hehe, sebab kami agak kurang pandai makan kepala ikan jadi daripada nanti ada yang tercekik dan tertulang, jalan yang paling selamat ialah memasak bahagian ekor yang kurang bertulang.

Lengkap dengan ikan goreng dan sambal belacan, berpeluh-peluhlah juga makan dan nasinya juga berpinggan-pinggan. Selera orang utara sememanglah kari ya, orang selatan ni pun apa kurangnya sebab memang dari kecil saya telah biasa dengan selera arwah abah yang memang penggemar masakan India jadi bila dah kahwin dengan DKK ni tak ada masalah nak menyesuaikan diri… hehehe.

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan merah
  • 1 ½ senduk minyak masak
Bahan A:
  • 1 st halba
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • 1 btg serai (diketuk)
  • 1” halia (dihiris)
  • 1 labu bawang besar/ 5 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)

Bahan lain:

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 ½ sb rempah kari ikan *
  • 1 st serbuk kunyit *
  • 1 st serbuk lada * (bancuh bahan bertanda bersama sedikit air dari air sukatan 2 mangkuk)
  • 2 mangkuk air
  • ½ senduk susu cair
  • 2 keping asam gelugor
  • 1/3 sb garam
  • Sedikit ajinomoto (jika suka)
  • 1 tangkai lada merah (jika suka ~ dibelah dua)
  • 1 biji tomato (dibelah empat ~ lebih pun boleh)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan A sehingga bawang agak layu, masukkan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan bertanda *. Tambah sedikit lagi air supaya tidak hangus, gaul sebati.
  3. Masukkan kesemua air, gaul sebati, masukkan garam dan asam gelugor.
  4. Bila hampir mendidih, masukkan ikan. Bila ikan hampir masak masukkan susu cair dan ajinomoto, kacau sentiasa, masukkan lada merah.
  5. Apabila ikan masak, masukkan tomato, biar sekejap dan matikan api. Lebih enak dimakan bersama sambal belacan.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam, sedapnyerrr karii ikan...my feberet

    ReplyDelete
  2. Sari...akak suka ikan merah buat sup... sedap...!! makan dengan sambal belacan...hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya kari ikan merah...peberet mas tuu..

    ReplyDelete
  4. suka lah spesis kari ni kalau makan nasik.. adeehh. lapaq pulak tetiba.

    btw, sari check inbox ye!

    tq

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!