MENGGAMIT MEMORI DI HUA MUI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM wbt


WARGA Johor Bahru mesti ramai yang tahu kewujudan restoran Hua Mui nikan. Saya masa kecil-kecil dulu, inilah tempat feberet yang selalu di bawa arwah abah kalau ada acara-acara yang istimewa. Bukannya pergi selalu tetapi kalau arwab abah ada duit lebih, ini adalah tempat pilihan abah dan biasanya mee hailam hua mui akan menjadi pilihan abah. Maklumlah, masa tu kami kecil-kecil lagi, belum dapat kebebasan untuk memilih makanan mengikut selera. Apa yang orang tua pesan, itulah yang kami makan. Tak berani langsung nak merungut atau meminta lebih, bukan macam si Yaya tu, dia punya selera mengalahkan kita mak bapaknya... hehehe. Tapi macammanapun kenalah juga ikut poket mak bapak, kalau ikut tekak alamat cukup bulan makan nasi dengan kicap jerlah... hahaha.

Kalau dulu-dulu, abah biasanya akan meminta mee hailam dimasak dalam satu hidangan yang besar. Sekarang ini saya tak pastilah kalau masih boleh minta hidangan begitu kerana kami selalunya suka memilih makanan yang berlainan supaya nanti dapat bertukar-tukar rasa. Rupanya inilah kali pertama Yaya sampai ke Hua Mui di pusat bandaraya ini. Tak perasan pulak saya sebab sebelum ini kami selalu membawanya ke cawangan Hwa Mui (memang berbeza ejaan tapi bosnya sama) di Taman Sutera. Jadi saya pun menceritakan kepada Yaya sedikit sebanyak kaitan restoran ini dengan masa kecil saya. Restoran dua tingkat ini lebih menarik di bahagian atas kerana tingkap-tingkap lama yang terbuka luas membenarkan udara masuk sebebas-bebasnya. Makanan yang siap dimasak di dapur restoran yang ditempatkan di tingkat bawah, akan diletak di atas dulang yang dipasang tali dan ditarik ke tingkat atas. Sayangnya saya terlupa mengambil gambar beberapa sudut penting dan nostalgia di dalam restoran ini.

Jangankan sudut penting, benda penting pun lupa nak ambil gambar. Apa tu? Gambar makanan pilihan kamilah. Sebaik sahaja pelayan restoran meletakkan hidangan di depan kami, terus tak toleh kiri-kanan. Nasib baik masih ingat baca doa makan.. nom.. nom... nom... sedar-sedar pinggan dan licin... hehe.. baru teringat. Menurut Encik Suami yang bukan warga jati JB, sos chicken chop di sini adalah sos yang original bukannya seperti kebanyakan sos black pepper yang dihidangkan di kebanyakan restoran. Betulke, saya tak tahulah tapi restoran ini telah berusia 65 tahun jadi fakta Encik Rizar mungkin boleh dipercayai.


Untuk tidak menghampakan saya muat naik gambar yang dipetik dari menu yang saya ambil sebelum hidangan sampai dan beberapa sudut restoran yang tidak banyak berubah.

gambar kipas pun nak ambil ke? hehe

dah jam 3 petang, pelanggan mula berkurangan tapi kalau datang tengahari memang penuh tingkat atas ni..

Sedap... lagi sedap dari IT Roo... kata Yaya (budak-budak tak menipu ya... )
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau dah lama bertahan macam ni pasti makanannye sedap.

    silap2 tak lama lagi akan buat franchise. :)

    ReplyDelete
  2. oo lain kali kalau ke JB boleh cari ni...:)

    ReplyDelete
  3. gadisBunga, memang sedap, meh sini saya belanja..

    Yus, cari tau, kat Jalan Dhobi

    ReplyDelete
  4. my kemusykilan:halal ke?nama mcm restoran ca ya nun alif je..

    ReplyDelete
  5. Waaaaa.. dah bbrp kali pergi JB tak der pun org bg tau tmpt mkn ni..Next time kalau nak gi JB kena tanya Sari lah mana tempat yg best nak makan..yg tak de di negeri lain...

    ReplyDelete
  6. mcm sedap jer...tempat pun menarik jugak tu...

    ReplyDelete
  7. Eyrique, halal, insyaAllah, stafnya melayu, pak lebai pun singgah makan kat sini. Veteran2 JB mmmg rmi suka lepak kat sini.. Ownernya jer ca ya nun alif..

    Bunga, mmg sedap, menarik & debommm!

    Naz, bleh Naz, nanti sy gtau.

    Ainnoraini, tmpat nostalgia..

    ReplyDelete
  8. halal atau x atas keyakinan sendiri but i didn't see any malay staff last time i visited it though..all ca ya nun alif.Nak kata sedap sgt pon idak juga (my opinion) cause i think the quality of the food is so-so compared to previous generation owner (my datuk cakap,i never had the chance to experience it).anyway i hope there will be a lot of malay-muslim restaurant serving these type of food in years to come (sebab frankly mmg susah nak cari chinese style food yg btol2 halal dimasak oleh muslim kat jb ni sbb saya mmg suka chinese food).ca ya nun alif boleh berjaya jual nasi lemak takkan melayu takut nak cuba chinese style food kot? ;) when there's a will,there's a way.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. restoran Hwa Mui di Taman Sutera berdekatan Pasaraya Sutera Mall tidak memiliki sijil halal Jakim dan HDC,tukang masak dan tukang layan semuanya berbangsa cina jadi tak tau ayam yang diambil tu disembelih ke atau cucuk,tapi saya tengok ramai orang melayu datang makan di sini,yang bertudung dan bersongkok pun ada,berdekatan dengan restoran ini ada restoran Peking yang popular untuk orang cina,kalau nak tengok pekerja diaorang salai babi boleh lalu di belakang restoran ini,mesti selera nak makan di kopitiam area sini boleh terbantut.Selain Hwa Mui di area sini ada kopitiam Pappa Rich dan Nanyang Kopitiam,ada sijil halal? Tak payah la tanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!