KUIH KELEDEK TIGA BERADIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

DALAM perjalanan pulang dari Kuantan tempohari kami ada singgah di beberapa gerai untuk membeli buah cempedak. Sampai tiga kali berhenti semata-mata untuk membeli cempedak. Sebenarnya sepanjang perjalanan ke Kuantan tu jumpa ramai benar orang berjual cempedak tepi jalan dan memang dah terbayang dalam kepala ni nak beli masa perjalanan balik nanti. Tetapi bila dah balik tu eh, punyalah susah nak jumpa dan kebanyakan gerai pula di sebelah kanan jalan. Alhamdulillah, ada rezeki dan saya pun terlintaslah nak membeli keledek yang turut sama dijual. teringinlah pulak rasanya nak membuat kuih-muih tradisi berasaskan ubi keledek ni. Saya rasa agak-agak sekilo kot keledek yang dibeli dan tanpa teragak-agak dengan tamaknya saya rebus semua sekali.. hambikkkk! hahahaha.. Dalam kepala ni memang dah berangan nak buat cucur badak, keria dan cik mek molek. Jadi bila dah rebus semuanya kenalah dibuat serentak, ya tak?  Lepas tu separuhnya boleh dibekukan, senang bila rasa nak makan bolehlah goreng. Inti serunding kelapa berudang kering saya dah buat siap-siap (ikut gaya saya, tak berani bagi resepi) jadi sekarang ni nak menggayakan adunan keledek sebagai asas ketiga-tiga kuih tiga beradik ini.

maaf ya kualiti gambar kurang memuaskan
Keledek yang siap direbus saya lenyek dengan garfu seikut kerajinan yang mampu kemudian saya campurkan dengan tepung jagung dua sudu. Lepas tu saya tambahkan tepung gandum dalam setengah cawan, tak mahu letak banyak-banyak nanti hilang rasa keledek lebih rasa tepung. Lepas siap uli sebati saya mulakan dengan mengisi inti serunding kelapa. Berpeluh-peluh rasanya nak mengisi inti serunding tu dalam adunan keledek. Saya buat dalam 15 biji tembam-tembam sebab nak cepat habis, lagipun makan sendiri kan, kalau buat jual kata Yaya kena letak harga 50 sen satu, hihi, lepas tu saya cetak pula keria (tak guna pencetak pun sebenarnya). Saya selang seli buat keria dan cik mek molek supaya tak jemu. Agak mudah isi gula banding isi serunding kelapa. Perlahan-lahan penyakit M saya datang, maka dari plan asal nak buat cik mek molek dan keria sama banyak tapi rupanya keria yang terlebih-lebih cik mek molek ada berapa biji je. Senangkan, bulat-bulat, penyek-penyek cucuk lubang... hihihi.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ingatkan kuih keledek tiga beradik nama resepi terbaru.. heheheeee... tp memang betul pun.. ketiga2 kuih ni memang gunakan asas adunan yg serupa je kan.. kat rumah pun ada lagi keledek tak terusik lebihan buat keledek bakar aritu.. sibuk betul skrg ni.. nak godek2 kuih mcm tak berapa sempat jer

    ReplyDelete
  2. Tetaaaplah berjaya juga wujud 3 beradik tu walaupun ada halangan M tu...cayalah Kak Sari

    ReplyDelete
  3. Mama saya pandai masak kuih cucur badak!

    tapi kuih keria dia pun sedap, cuma selalu bila dah siap gula dia kerepot kak!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!