MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

HARI INI HARI DIA...

ASSALAMUALAIKUM...


Selamat hari lahir yang ke-43.
Semoga babah dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan lagi rezeki oleh Allah SWT, berjaya dalam kerjaya dan berbahagia selalu di dunia dan akhirat...
Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...

 

Monday, April 29, 2013

RED VELVET CHEESE TART... BUKAN SETAKAT WARNA MERAH!

ASSALAMUALAIKUM...


WALAUPUN jualan cheese tart Seri Kandi tak macam goreng pisang panas, namun Alhamdulillah, apa yang Allah SWT beri kepada Seri Kandi pada hari ini adalah mengikut kemampuan kudrat Seri Kandi. Dengan dua tangan yang Allah pinjamkan ini, dari A hingga Z semuanya Seri Kandi lakukan sendiri. Seri Kandi akui, Seri Kandi tidak sebertuah Kak Azita Zain, yang suaminya sanggup duduk sekali membantu isteri tetapi Seri Kandi syukur kerana ER tidak pernah melarang apa yang Seri Kandi buat, malah sanggup pula membawa Seri Kandi menghantar tempahan kepada pelanggan walaupun Seri Kandi boleh memandu sendiri, terima kasih, pakcikkkkk!


Macam yang Seri Kandi pernah beritahu sebelum ini, Seri Kandi memang tak berkesempatan untuk memosingkan cheese tart-cheese tart (maafkan ayat Seri Kandi ni eh) yang telah Seri Kandi buat. Setakat snap gitu-gitu jer dan hasilnya tentulah tidak sebaik jurukamera profesional. Kalau tengok ada gambar dalam entri Seri Kandi tu cantik (macam gambar entri pavlova sebelum ini) mungkin kerana warna-warni buah-buahan yang menyerlahkan gambar itu atau kerana Seri Kandi yang terlebih rajin atau terkurang penat, hehehe.


Okey, ini adalah atas permintaan dari seorang pelanggan Seri Kandi yang amat Seri Kandi kasihi, Kak Nai. Kak Nai ni merupakan pelanggan tetap Seri Kandi dan biasanya Kak Nai akan menempah dalam jumlah yang banyak. Ish, bukan Kak Nai makan seorang tapi dia selalu belanja mereka-mereka yang rapat di sekelilingnya. Sungguh baik hati Kak Nai nikan. Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada Kak Nai yang merupakan anak kepada pengetua semasa Seri Kandi di sekolah menengah dahulu.


Berbalik kepada tempahan Kak Nai, Kak Nai minta Seri Kandi buatkan cheese tart yang bersaiz L. Mak aihhh! Memanglah senang, sekali tepek je dapat besar tapi nak mengendalikannya boleh menangis dibuatnya, huhuhu. Dan doa Seri Kandi agar crust tidak pecah tidak termakbul barangkali. Satu daripada crust yang Seri Kandi buat pecah. (Seri Kandi dah buat tiga crust L masa tu) Tapi Seri Kandi diam jer, dalam hati berkata, dari tiga cuma satu pecah, ada lagi rezeki, InsyaAllah.


Terus Seri Kandi mesej Kak Nai, Seri Kandi beritahu yang Seri Kandi tak dapat buatkan semua tart saiz L. Kak Nai yang baik hati terus bagitahu dia yang salah minta bukan-bukan dengan Seri Kandi. Ya Allah, baiknya hati Kak Nai. Bayangkan kalau Seri Kandi dapat customer yang cerewet, yang nak tu... tuuuu juga, pengsannnnnn makcik!!


Oh, ya! Seri Kandi tahu, ramai yang menanti Seri Kandi kongsikan resepi Red Velvet Cheese Tart nikan? Sebenarnya, sebelum lebih ramai yang bertanya, Seri Kandi nak beritahu, buat masa ini Seri Kandi belum lagi bersedia untuk berkongsi resepinya. Seri Kandi ada cita-cita besar dengan produk RVCT yang biarlah rahsia setakat ini. Lumrah manusia, apa yang orang lain buat, dia akan tiru. Kadang-kadang Seri Kandi pun begitu juga. Apa yang Seri Kandi nampak, Red Velvet Cheese Tart ini adalah yang pertama, belum ada lagi dalam Malaysia ni yang dah buat. Dalam dunia Seri Kandi tak tahu. Oh, ya.. kalau anda ada jumpa orang lain buat di Malaysia atau di Tanah Jauhar ni, bagitahu Seri Kandi ya, mungkin Seri Kandi terlepas pandang ialah kita ni bukan sepanjang masa dapat mengadap komputer, banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan, betul tak?


Seri Kandi tidak menghalang jika ada yang ingin menghasilkan Red Velvet Cheese Tart ini untuk jualan. Siapalah Seri Kandi untuk melarangnyakan. Cuma Seri Kandi nak beritahu, Seri Kandi banyak berkorban wang ringgit untuk menghasilkan sebuah resepi yang mantap dan ada kelainan. RVCT Seri Kandi bukan setakat warna merah. Resepinya Seri Kandi olah agar hasilnya tidak indah khabar dari rupa dan menggunakan bahan-bahan yang mahal. Jadi, jika ada yang berniat untuk membuat RVCT ini dengan resepinya sendiri, buatlah betul-betul, jangan sekadar tangkap muat sahaja. Setakat ini, pelanggan-pelanggan Seri Kandi ramai yang mengakui RVCT adalah yang tersedap di antara cheese tart lain jualan Seri Kandi.


Maafkan Seri Kandi... sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari Seri Kandi sendiri.

Salam Sayang Selalu.
Seri Kandi Tanah Jauhar.

Untuk pertanyaan dan tempahan : 012-7799705

Sunday, April 28, 2013

YANG LEBIH KU CINTA

ASSALAMUALAIKUM...

SERI Kandi memang tak sempat nak ambil gambar-gambar cheese tart tempahan pelanggan. Biasanya, bila dah sejuk (permukaannya dah berkilat) tu, Seri Kandi terus masukkan dalam container dan tandakan siap-siap nama pemilik sebab Seri Kandi ni pelupa yang amat. Kalau nak buat tu entah berapa kali belek nama yang 'order' supaya tak ada yang tertinggal, teruk betul! Dalam ramai-ramai pelanggan, Seri Kandi rasa Jiya nilah yang paling rajin dan kreatif ambil gambar. Suka sangat hasil kerja Jiya yang memang dah popular sebagai seorang pereka di alam maya ini. Terima kasih, ya Jiya!! Untuk ke page Jiya, klik SINI ya :-))))


Ekslusif dari Seri Kandi, dua perisa terbaru cheese tart iaitu Black Forest yang berintikan blueberry dan Red Velvet yang berintikan strawberry. Promosi pengenalan akan berakhir pada 1 Mei nanti. Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru, jangan tunggu lama-lama ya!!

Salam Sayang Selalu,
Seri Kandi Tanah Jauhar.

Harga Pengenalan : RM16/ 25 pcs
Untuk tempahan dan pertanyaan : 012-7799705

Wednesday, April 24, 2013

SOTO GANJA PAK ABU

ASSALAMUALAIKUM...

"MAKAN laa soto ganja Pak Abu sekali dah alang-alang sampai Pasir Putih tu," komen seorang rakan blogger dan mukabuku, Siti Naemah, apabila Seri Kandi 'post' gambar ikan siakap yang Seri Kandi makan di Kedai Makan Rahmat dalam entry INI.

"kat mana soto ganja tu, takut jer bunyiknya..." komen Seri Kandi balik.

"Sebelah kanan Kedai Rahmat.. ke dalam sikit.. menu utama soto selain tu ada tauhu bakar. Lepas makan soto tu mesti ngantuk giler..." kata Naemah.

"Wehhhhh.. betullah tu ada ganjaaa... hahaha.. ke daun ketum??? errr.. ada bukak lagi ke kedai tu? Sabtu buka??" pantang tahu ada tempat makan best, macam tulah Seri Kandi, terus jadi macam ulat beluncas jumpa daun hijau yang segar bugar.. hahaha.

Seorang kawan sekerja Seri Kandi dua hari lepas komplen yang Seri Kandi dah gemuk. Haaaa.. apa taknya, asyik makan.. makan.. makan! Seri Kandi sedar kenaikan berat badan Seri Kandi menjadi-jadi sejak tahun lepas apabila Iman perlu menghadiri kelas malam (sekolah) pada setiap hari Rabu dan Khamis serta kelas tuisyen sepanjang hari Ahad. Kerana kediaman Seri Kandi yang jauh dari lokasi kelas, jadi biasanya Seri Kandi tak balik ke rumah selepas menghantar Iman. Ke mana? Faham-fahamlah bagaimana agaknya Seri Kandi menghabiskan masa dua tiga jam sementara menunggu Iman habis kelas... :p

Okey.. okey.. balik cerita pasal Soto Ganja Pak Abu, laju jer Seri Kandi hantar permohonan kepada ER dan terus dipersetujui. ER ni memang peminat soto dan tauhu bakar, jadi bila dengar cerita Naemah, dia pun teruja sekalilah. Bila tahu yang kedai soto Pak Abu dibuka setiap hari dan cuma ditutup pada hari Jumaat lagilah menggelenyar nak pergi, kih kih kih. Lepas hantar Iman ke kelas tuisyen dan menghantar tempahan-tempahan pelanggan kami pun teruslah zassssssssss ke Kampung Pasir Putih. Hujan yang turun lebat pada hari itu berserta angin kencang nampaknya langsung tidak mematahkan semangat ER, bagusssssssss!

Sebaik sahaja sampai ke persimpangan menuju ke Kampung Pasir Putih, Seri Kandi agak terperanjat kerana macam ada banyak kereta yang sedang melakukan beberapa pusingan di situ. "Amboiiiii.. mesti ramai yang datang nak makan kat Kedai Siakap Rahmat ni," kata Seri Kandi pada ER. "Ke.... diorang nak makan soto ganja??" aiiiii, mengomel aje Seri Kandi ni bila tengok sesak kat situ. Rupa-rupanya air sudah naik daaaaaa.... Ramai yang mengambil keputusan berpatah balik. Ada sebuah dua kereta yang berani meneruskan perjalanan meredah air paras pintu kereta. Kami??? Oh! Tidakkkkk... karang akibat semangkuk soto yang mungkin harganya empat lima ringgit, empat lima ratus pulak melayang. Anggaplah tidak ada rezeki...

Tetiba sahaja Seri Kandi teringat nak mengadu dengan Naemah. Seri Kandi terus hantar mesej pada Naemah. Rasa nak melonjak bila Naemah beritahu yang Soto Ganja Pak Abu ada cawangan di Taman Scientex. "Tapi.... Taman Scientex tu besar, mana nak cari," keluh ER :(

Maka, berbalas-balaslah pula sms dengan Naemah yang tidak jemu-jemu melayan Seri Kandi dan memberi panduan bagaimana untuk ke sana yang langsung tak boleh masuk ke batu jemala Seri Kandi ni. Tak dapat nak bayang-bayangkan jalan-jalan yang Naemah sebut. Tekan-tekan dalam GPS pun tak ada.

"Cari Politeknik Pasir Gudang, pastu kedai tu terletak di Jalan Helang," mesej dari Naemah yang membuat Seri Kandi rasa nak peluk Naemah ketat-ketat dan kuat-kuat... hihihi.

Seri Kandi terus set Politeknik di GPS dan terpapar Politeknik Ibrahim Sultan. Dari simpang masuk ke politeknik nampak pula satu papan tanda kecil tertulis Taman Scientex. Melilaulah mata mencari mana Jalan Helang, hehehe. Terdapat satu papan tanda besar yang menyatakan kedudukan nama-nama jalan di Taman Scientex. Terus ambil simpang ke kiri yang menuju ke Jalan Helang. Terjerit-jerit Seri Kandi (melampau betul!) bila nampak Kedai Soto Pak Abu yang terletak di Jalan Persiaran Helang dalam deretan kedai-kedai.


Haaaaaaa... inilah hasil JJCM kami minggu lepas, Soto Ganja Pak Abu. naik lagilah berat badan Seri Kandi 250 gm... hihihi. Kena pulak ada tauhu bakar yang kuahnya secukup rasa. Tapi ER ngelat, dia makan lebih tauhu bakar tu, tak aci betul! Lain kali kena order dua tauhu bakar baru cukup agaknya.. hehe. Tak tahu siapa yang mula-mula menggelar Soto Pak Abu sebagai soto ganja tapi macam kata Naemah, lepas makan memang ngantuk giler ditambah pula dengan hari hujan. Terpaksalah Seri Kandi pura-pura buat kelakar supaya ER tak tertidur masa pandu kereta.. hahaha.

Rasa??? Urmmm... rasa yang luar biasa. Hirisan ayam yang penuh satu mangkuk cuma kecewa sebab Seri Kandi yang makan soto nasi tapi tidak ada suhun goreng. ER pula pilih bihun soto... urmmm, tak berbunyik langsung masa makan, semuanya asyik.. asyik.. asyikkk... (ikut lagu Amalina). Sebenarnya, Seri Kandi jarang jumpa kedai menjual soto yang rasanya betul-betul menggunakan rempah soto macam yang selalu ibu Seri Kandi, Mak Siti buat. Kebanyakannya kata soto, tetapi rasanya tak ubah macam sup cuma dibuat sedikit pekat. Tapi rasa soto Pak Abu memang ada rasa soto yang asli. Soto Pak Abu tidak pedas dan berangin macam yang selalu Mak Siti buat mungkin kerana supaya sesiapa pun boleh menikmatinya termasuk anak kecil atau mereka yang tidak tahan pedas. Semasa Seri Kandi datang tupun, ada sekumpulan remaja cina yang sedang menikmati soto di kedai ini. Jarang sekali Seri Kandi jumpa orang cina yang pesan soto tau.

sapa amek lada sulah tadi letak balik!
Di atas meja, tersedia semangkuk kecil sambal (bukan sambal kicap) yang Seri Kandi rasa macam ada rasa sambal hijau nasi padang sikit bersama sebotol kicap dan serbuk lada sulah. terpulang pada kita bagaimana hendak menerokai rasa soto Pak Abu. Ingin lebih pedas, taruklah sambal tu banyak-banyak. Ingin lebih hitam, tuanglah kicap tu banyak-banyak. Ingin lebih power kuasa, taburlah serbuk lada sulah tu banyak-banyak! Hihihihi...

Oh, ya.. mintak maaflah ek sebab mukadimah nak cerita pasal nak pergi ke kedai Soto Ganja Pak Abu ni lebih panjang dari cerita sebenar makan Soto Ganja Pak Abu. Nasib koranglah ekkkkkkkkkk!!

p/s Orang Johor kalau cakap memang ada ekkkkk kat belakangnya. Siapa orang Johor kat sini sila angkat keyboard :-)))))))

Tuesday, April 23, 2013

RESEPI BLACK FOREST CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...


ADA yang bertanya Seri Kandi, macammana Seri Kandi punya resepi crust untuk buat Black Forest Cheese Tart tu? Sebenarnya, Seri Kandi bukan tak nak berkongsi resepi tapi serius cakap Seri Kandi dah lama tak menyukat dan menimbang bila nak buat crust untuk cheese tart ini kecuali margerin, ya.. margerin sahaja yang Seri Kandi timbang. Cara Seri Kandi, letak terus mangkuk adunan atas timbang dan timbang margerin terus kat situ, masukkan gula dua sudu BESAR lebih sikit (sudu rumah Seri Kandi memang besar), Seri Kandi dah lama tak timbang gula pun tau, cuma sukat-sukat guna sudu jer, satu sudu lebih kurang 20 gm beratnya.. kalau sudu kat rumah Seri Kandilahhh.. Untuk tepung biasanya Seri Kandi akan guna secukupnya sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Tetapi jangan risau, dalam resepi asal crust tu, sukatan yang Seri Kandi tulis (perkongsian dari kak Azita Zain), sukatan tepung itu cukup untuk menjadikan adunan sebiji doh. Cuma mungkin saiz telur tu tak sama kalau gred B, jadi kalau agak-agak dah jadi doh jangan terus tuang tepung nanti jadi keras pula, ingat ya.



Resepi Black Forest Cheese Tart


Bahan-bahan Cara-caranya :

170 gm margerin
50 gm gula icing (2 1/2 sb)
1 biji telur gred C (Seri Kandi biasa guna gred B)
1/2 st esen vanilla
1 st perisa coklat
2 sb serbuk koko
270 gm tepung gandum

~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
~ Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi guna senduk kayu hingga sebati.
~ Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
~ Masukkan tepung sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. kalau dah lembut berhenti tambah tepung.
~ Simpan 30 minit dalam peti sejuk sebelum ditekan ke atas acuan tart. Tak simpan pun okey.
~ Bakar pada suhu 170 - 175 darjah selsius selama 25 - 30 minit. Disebabkan crust warna coklat, jadi slepas 25 minit cuba keluarkan satu crust, trbalikkan, jika crust keluar dari acuan maknanya dah masak.
~ Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan crust, tidak perlu dicungkil.

Filling Blueberry Masukkan dalam Piping Bag.

Krim :

250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur (B)
sedikit esen vanilla

Putar cream cheese dan gula kastor hingga lembut.
Masukkan telur dan esen vanilla, putar hingga licin.
Masukkan dalam piping bag, gunting sedikit hujung piping bag.

Susun crust atas dulang. Picitkan inti blueberry kemudian picitkan krim di atasnya sehingga ke tebing crust. Taburkan dengan chocolate rice dan bakar lagi selama 10 minit dengan suhu 170 darjah selsius.

Monday, April 22, 2013

BLACK FOREST CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...

kredit gambar dari Instagram/ Facebook Jiya.. cun gambar Jiya ambil
AMACAM, terliur tak dengan produk terbaru dari Seri Kandi ni? Mula-mula tu, Seri Kandi pun pening nak bagi nama apa... antaranya Choc Cheese Tart With Blueberry Filling... Cheese Tart Chocolate With Blueberry Filling, Coklat Cheese Tart & Inti Blueberry.. fenin.. fenin... dan keliru sehinggalah idea datang dari Awek Pengembala Kambing... katanya 'Black Forest Cheese Tart'. Memang cunlah.. terima kasih untuk Jiya yang merupakan antara orang yang pertama merasmikan Black Forest Cheese Tart ini... dan Jiya order lagi dua kali ganda tau, cer bayang.. kesedapannya, nyummy!!!

Alhamdulillah, idea yang datang tiba-tiba (tentunya dari Allah SWT) dan semasa berborak-borak dengan Jiya yang suka menyakat tu, walaupun cuma usik-mengusik tanpa disangka telah mengilhamkan sesuatu yang lebih bermakna untuk Seri Kandi. InsyaAllah, satu lagi produk terbaru dari Seri Kandi akan muncul sehari dua lagi... tungguuuuuuuuu!!

montoks-montoks.. tak maw ka???
Untuk tempahan, boleh call, sms atau whatsapp ke 012-7799705. Promosi harga istimewa cuma RM16/ 25pcs sehingga 1 Mei 2013 sahaja dengan penghantaran percuma berhampiran rumah/ pejabat anda di sekitar Johor Bahru sahaja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari lain kena buat temujanji lain pulaklah ya...

Friday, April 19, 2013

SIAKAP NAN SEEKOR DI KEDAI MAKAN RAHMAT

ASSALAMUALAIKUM...


ORANG lain dah berkali-kali sendawa makan siakap goreng di Kedai Makan Rahmat ni tapi Seri Kandi sekeluarga baru sahaja nak mencuba. Seingat Seri Kandi, percubaan kami untuk makan di sini seringkali menempuh kegagalan. Pertamanya kerana kesibukan di siang hari dan keduanya kerana kedai makan ini tutup di malam hari... huhu. Jadi, memanglah sering tak ada rezeki.
 
 
Pada suatu hari.... lepas ambil Iman di sekolah kerana aktiviti 1M1S tetiba jer terlintaslah di batu jemala Seri Kandi ni untuk makan di Kedai Makan Rahmat. Elok jer masa tu tengahari cuma Seri Kandi tak pasti buka ke taknya kedai makan ni, mujurrrrrrrrrrr Seri Kandi sempat menyalin nombor telefon yang pernahlah Seri Kandi nampak dalam blog sape entah, Seri Kandi lupa, ampunnnn. Bila orang di sana kata buka, terus ER suruh tempah meja kerana katanya kalau tak tempah meja, alamatnya kita kena tunggu orang lain habis makan dulu.


setiap orang akan dapat sepiring kicap yang dipotong bawang dan cili serta sebelah limau... oh, ya! dah lama tak jumpa kedai makan yang masih hidang guna pinggan kaca kan
Layanan memang tip toplah. Tak sampai 10 minit pun semua makanan telah terhidang di depan mata. Kami memang jenis tak makan lauk banyak jadi cuma ambil sayur taugeh, sambal kentang dan udang goreng. Siakap tu mestilah ada, diakan wiranya... hehehe. Jadi.. nak tahu ke apa yang best sangat di Kedai Makan Rahmat ni??? Urmmm.. bestnya tentulah sebab Seri Kandi tak payah masak... hihihi...
Nak datang.. meh telefon dulu.. 019-7408847
 
meh jawab soalan kira-kira ni... Iman dah ambil sekor, ER dah ambil sekor.. sebelum tu ada berapa ekor???

Thursday, April 18, 2013

TOFFEE CHEESE CAKE WITH FRESH BLUEBERRY

ASSALAMUALAIKUM...


ADAPTASI dari Toffee Cheese Cake yang Seri Kandi buat sebelum ini. Sajalah nak basah-basahkan tekak dan menambah-nambah lemak di badan nikan, kelmarin + semalam??? Seri Kandi buat pula Toffee Cheese Cake dengan tambahan fresh blueberry yang terkulat-kulat setengah kotak dalam peti ais tu :D Errrrr... kenapa kelmarin + semalam??? Ialah, Seri Kandi nikan bekerja, manalah sempat nak duduk kat dapur tu tunggu kek sejuk,kan.. jadi kita buat keknya malam ini, toppingnya kita buat esoknyalah pulak. Sabarrrrrrrrrrr ajelah tengok kek tu dalam peti ais tu. Nasib baiklah Seri Kandi ni takde anak kecik, kalau tak mahu dikutisnya kek Seri Kandi, buka-buka peti ais dah sempek sebelah, haha... mahu meraung, hehe.
 

Untuk kek ini, Seri Kandi masih gunakan acuan pie 7" kerana Seri Kandi belum ada keinginan yang terlampau lagi untuk membeli loyang spring form tu.  Seri Kandi suka guna acuan pie ini sebab kek mudah renggang dan mudah juga dikeluarkan. bagi yang tak ada acuan pie atau loyang spring form tu, Seri Kandi cadangkan untuk guna loyang segiempat 6" atau 7"yang dasarnya dialas dengan 'baking paper' yang dilebihkan di sisinya (biarkan terjulur) supaya mudah mengeluarkan kek. Kek ini nipis jer jadi kalau sekilas pandang nampak macam brownies pulakkan. Rasanya, pehhhhh! Boleh menggetarkan anak tekak. Rasa coklat yang rapuh, cheese yang lembut lemak berkrim disukai ramai dan masam manis buah blueberry, anda pasti jatuh cinta.


Walaupun pada mulanya bimbang tak jadi kerana Seri Kandi membakar dengan kaedah biasa (resepi asal bakar cara bain marie)  tapi Alhamdulillah, adunan kek tu menjadi jugak walaupun Seri Kandi tak mengikut kaedah yang betul semasa membakar dan begitu juga dengan dasar kek. Lapisan bawah yang sepatutnya dibakar 15 minit terlebih dahulu tetapi Seri Kandi terus bakar bersama adunan cheese cake kerana malas nak membuat kerja dua kali. Jadi, bagi sesiapa yang nak mencuba, di sini Seri Kandi kongsikan resepinya ya..


Toffee Cheese Cake With Fresh Blueberry
Adaptasi : Toffe Cheese Cake
Sumber : Alam Sari, Masam Manis dan Epicurious

Bahan-bahan & Cara-caranya :
Lapisan bawah :
1 1/2 bungkus biskut Cream O (pisahkan krimnya)
60 gm mentega cairkan (biar suam sekejap)

Kisar biskut dengan pengisar kering hingga halus dan satukan bersama mentega sehingga sebati.
Letakkan dalam acuan pie 7".
Padatkan biskut dalam acuan sehingga ke tepi acuan atau dasarnya sahaja mengikut ketebalan yang sesuai, jangan terlalu nipis.
Simpan dalam peti ais anggaran 1 jam. (Nak simpan satu hari pun boleh juga)

Cheese Cake
125 gm cream cheese ~ keluarkan sekurangnya setengah jam sebelum digunakan.
3 sb gula perang
15 gm mentega ~ dicairkan
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah blueberry secukupnya

Panaskan oven dengan suhu 170 darjah selsius.
Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Keluarkan acuan pie yang ada lapisan bawah tadi dari peti ais.
Tuang adunan cheese cake ke dalamnya.
Taburkan buah blueberry ke atas adunan.
Masukkan dalam oven -tray tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
Biarkan sejuk.. atau kalau dah suam boleh masuk peti ais.

Caramel
6 sb gula
sedikit sahaja air
1/4 sudu teh jus lemon
1/2  cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream (boleh juga 1/2 kotak tuang terus dari kotaknya jadik tak payah nak basuh-basuh cawan.. hehe)
sedikit mentega

Masak gula, air dan lemon dengan api perlahan (kecil) hingga keperangan sambil dikacau-kacau selalu. (Jangan tinggal nanti hangus.. kena sabar tunggu perang.. nanti dia letup-letup sikit, jaga-jaga ya)
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau lagi hingga ia pekat (sekejap jer dah pekat)
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat... tutup api.

Biarkan suam.
Hidangkan bersama cheese cake tadi mengikut citarasa anda.. sama ada nak tuang caremel dulu baru potong atau potong dulu baru tuang caremel. Sama ada nak letak banyak caremel atau tak nak letak pun tak apa, jadi tak payahlah buat caremelnya, hehehe.

p/s Kalau nakkan resepi asal, bolehlah klik sumber-sumber di atas tu ya :-)))

Wednesday, April 17, 2013

MEMANG SAH KULIT BABI

ASSALAMUALAIKUM...

INI cerita beberapa minggu lepas, ketika Seri Kandi sedang sibuk di dapur tiba-tiba Iman datang berdiri di sebelah Seri Kandi...

"Bonda, bonda tahu tak perbezaan antara kulit babi dengan kulit lembu?"

"Urmmm... baru baca kat internetlah tuuuu...," Ialah, sejak dah pandai bertenet ni, ada aje yang Iman nak ceritakan benda baru yang ditemuinya dalam internet. Baru-baru ni, Iman ada bercerita tentang kawan ustaz di sekolah agama yang terbeli dompet yang diperbuat dari kulit babi. Agaknya, Iman sedang menggoogle bagaimana rupanya kulit babi tu, huhu.. fikir Seri Kandi dalam hati.

"Bukan... bukan... sarung handphone Yaya, cepatlah bonda. Yaya dah buka, Yaya takut ni bonda," Iman menarik-narik tangan Seri Kandi memaksa mengikutnya ke bilik.

"Aiiii.. macam-macamlah. Takkanlah sarung handphone RM10 buat dari kulit babi. Kulit babi mahallahhh." Haaa.. tu yang Seri Kandi selalu diberitahu. Barangan kulit yang diperbuat dari kulit babi ni dengarnya mahal. Mustahil sarung handphone RM10 beli dari kedai kampung kecil kat Kuala Ketil seminggu lepas tu dibuat dari kulit babi.

Sebetulnya, Seri Kandi memang tak menengok langsung masa membeli tu. Iman sibuk benar hendak telefon berbaju macam orang lain, takut calar. Kebetulan, kedai yang kami singgah tu ada sarung yang sesuai untuk model telefon Iman yang dah ketinggalan zaman, hehehe.

"Berapa tu?" tanya Seri Kandi walhal Seri Kandi nampak dengan jelas tanda harga RM29 pada pembalut plastik sarung telefon yang masih di tangan pemuda cina peniaga kedai telefon.

"Ini kasi akak RM15 ajalah.."

"Oooo... RM10 jerlahhh," bab tawar menawar serah pada Seri Kandi, hihi.

"Okeylah, ini pun sudah last," Seri Kandi suruh Iman keluarkan telefon dan cuba masukkan pada sarung. Memang ngam, sebijik macam sarung telefon kawan sebilik Seri Kandi di pejabat. Seri Kandi tak belek atau sentuh langsung cuma tengok sekali imbas.

Berbalik cerita Iman yang menarik-narik Seri Kandi ke biliknya yang jarak 5 langkah dari dapur tu... Seri Kandi terus duduk di meja belajar yang bersepah tak reti-reti nak berkemas tu, huhu.

"Mana sarung handphonenya?"

"Tuuu, depan bonda tu. Yaya takutlah bonda...."

Seri Kandi pegang bahagian tepi sarung handphone tu. Walaupun masa tu 99.9% Seri Kandi tak percaya itu kulit babi (sebab murah) tapi Seri Kandi ambil langkah berhati-hati. Tak nampak dengan jelas cuma nampak garis-garis urat sarung telefon tersebut yang berselirat... pandai jer Iman cakap kulit babi. Seri Kandi gelak-gelak memperlekehkan Iman, tak baik sungguh!

"Bukan yang luar, yang dalam..." kata Iman.

"Oooo..." Seri Kandi buka sebelah dalam sarung telefon.

"Pergi ambik lampu suluh bonda," arah Seri Kandi. Iman cepat-cepat pergi dan datang balik hulur lampu suluh bentuk epal yang Seri Kandi dapat masa satu seminar di Muar suatu masa dulu :-)

Meremang bulu roma Seri Kandi. Nampak jelas penuh permukaan dalam sarung telefon setiap tiga titik yang tidak tersusun. Ada yang berderet titiknya. Ada yang bersegi susunannya. Yang pasti semuanya tiga... tiga... tiga....

Seri Kandi terus telefon kawan sebilik seopis Seri Kandi tu, tanya tentang sarung handphone... ohhh, dia punya sarung warna coklat dalamnya, licin tak bercorak katanya.

"Ambik tab bonda," peh! Arahan dah macam pegawai forensik. Iman patuh. Cepat-cepat pergi dan datang semula dengan tab. Seri Kandi terus google - Perbezaan kulit babi dan kulit lembu. Keluar macam-macam link... pilih satu, terpapar imej yang serupa dengan apa yang ada di depan mata Seri Kandi. Cuma bezanya depan mata Seri Kandi ni warna hitam.

"Astaghfirullahalazimmmmm.. ambik plastik cepat!" Iman lari dan datang bawa satu plastik merah jambu.

"Mak aihhh, besornya plastik. Ah, lantaklahhh...," terus Seri Kandi masukkan sarung telefon dalam plastik. "Eh, jap. Nak ambik gambar dulu, bukti." Dengan bersarungkan plastik, Seri Kandi buka hati-hati sarung tadi dan snap, lepas tu terus bungkus dan humban ke belakang, huhu. Seri Kandi berfikir-fikir, perlukah handphone Iman tu disamak. Aihhh, payah pulak. Rosaklah telefon tu nanti lalu Seri Kandi suruh Iman bertanyakan situasi itu kepada ustaznya di sekolah. Seri Kandi basuh tangan berulang-ulang. Nak ambil tanah di luar rumah takut terambil tanah yang bertaik kucin, huhu.

Alhamdulillah, petang esoknya pulang sekolah, Iman kata, ustaz dah bantu dia bersamak. Ustaz sediakan air tanah dan mengajar Iman bagaimana untuk bersamak. Iman kata, ustaz suruh samak di muka dan tangan yang lain InsyaAllah, mudah-mudahan diampunkan Allah SWT kerana tidak sengaja dan tidak tahu. Alhamdulillah, terima kasih, ustaz. :-)

Jadi... sila periksa sarung telefon anda sekarang ya..


p/s Telefon Seri Kandi tak pernah bersarung ;-)

Tuesday, April 16, 2013

KISAH TUTTI FRUTTI, AARON AZIZ, POP CORN & TMJ

ASSALAMUALAIKUM...

... kisah Iman Fatiha dan kawannya

"BONDA, ada sorang budak tukan, nama dia Harris (bukan nama sebenar sebenarnya Seri Kandi lupa nama sebenar, hehe.. tapi budak lelaki), kalau bonda, bonda percaya tak apa dia cerita?"

"Apa?"

Cerita 1 :
google image
Harris : Eh, ko nak tahu tak? Hari tu aku pergi Tutti Frutti nak beli aiskrim, aku jumpa Aaron Azizzzzzzzzzzzzzzzz.... (dengan bangga)
Iman : Lepas tu?
Harris : Masa aku nak keluar tu, aku terlanggar Aaron Aziz tu, habis aiskrim aku tumpah. Lepas tu, Aaron Aziz cakap, "kenapa ni? Kenapa ni?" Lepas tu aku cakap dengan Aaron Aziz, "takpe... takpe.. saya ada duit, nanti saya beli yang lain," sambil menepuk-nepuk dada tanda sabar.
google image
Seri Kandi dan ER berpandangan sambil tergelak... hahaha.. langsung tak percaya!!

"Ada lagi....," potong Iman.

Cerita 2 :
google image
Harris : Eh, ko nak tahu tak? Hari tu aku pergi stadium nak tengok bola..
Iman : Lepas tu?
Harris : Kat luar tukan ada jual popcorn kan, lepas tu aku keluarlah pergi beli popcorn. Lepas tu aku terlanggar TMJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ!!!
Iman : Ia ke????!!
Harris : Iyeeeeeeeee.. lepas tu TMJ cakap, "kenapa ni? Kenapa ni?" Lepas tu aku cakap dengan TMJ, "takpe... takpe.. saya ada duit, nanti saya beli yang lain,"
Iman : @#$%^&*!! Macam tak betullllll jerrrr...

google image juger
Seri Kandi dan ER : Gelak Jahat! Hahahahahahahahahahaha....

p/s dulu.... Seri Kandi pun selalu verangan jumpa artis tapi tak adalah sampai buat cerita yang bukan-bukan... hehehehe..
errrrkkkk!

Monday, April 15, 2013

FAMOUS MEE RACUN BATU PAHAT - ORI

ASSALAMUALAIKUM...

AMBOI... menjadi-jadi sungguh Seri Kandi makan mee sejak kebelakangan ini, kan. Haaa.. jangan tak tahu, Seri Kandi ni seorang penggemar mee. Sebutlah mee apa sekalipun memang Seri Kandi suka termasuklah mee kantin sekolah, betulll. Haa.. tengah taip nipun terus kecur terbayang-bayang rupa mee yang telah siap dimasak dan dihidang dalam pinggan depan Seri Kandi, hihi.

Percaya tak yang berkali-kali sudah Seri Kandi datang ke Batu Pahat untuk menikmati sepinggan Mee Racun yang menjadi identiti daerah ini selepas Nasi Beriyani Gam... dan tak pernah dapat :(
Dan tentu ramai lagi yang tak tahu tentang mee racun ni, kan.. Seri Kandi pun pada mulanya terkejut juga bila tahu tentang mee racun ni dan hati pun mulalah meronta-ronta nak tahu tentang keistimewaannya kenapa diberi gelaran yang sebegitu rupa.

Kali pertama Seri Kandi tahu tentang mee racun ini ialah apabila datang ke Batu Pahat kerana mengikut ER bertugas pada tahun lepas (tak silap tahun lepas, kalau bukan tahun lepas, mungkin dua tahun lepas, huhu). Masa tu, kami sedang mengagau-ngagau mencari tempat makan yang best. Selalu kalau ke sini, kami akan pergi ke Bariyani Power tapi kali ni rasa nak tukar selera jadi ER pun tekan-tekanlah GPS mencari lokasi makanan yang menarik dan makanan pertama yang keluar di skrin GPS adalah 'Famous Mee Racun - Zeevon Batu Pahat, Johor'.

"Mee Racun???"

"Apakah??"

"Pergi??"

"Menarik... Jom!!"

Haaa.. itu cerita lama, sejarah Seri Kandi kenal Mee Racun... errrr.. tapi kenapa Seri Kandi tak pernah tulis dalam blog??? Oooo.. sebab masa tu Seri Kandi tak dapat pun makan mee racun tu sebab gerai tu tutup.. (dah bagitahu kat atas) huhu.

Dan, Sabtu lepas, ER mengajak Seri Kandi ke Batu Pahat semata-mata untuk menikmati Mee Racun.

"Kalau tutup macammana?"

Sebenarnya bukan sekali dua Seri Kandi singgah untuk makan mee racun ni. Memang tak ada rezeki sebab setiap kali datang kedai tutup.. sedih.. sedih..

"Kalau tutup, kita makan benda lain jer.."

google image
Rezeki Seri Kandi sekeluarga akhirnya dapatlah juga kami makan mee racun pada hari itu. Rasa macam nak senyum sampai telinga bila tengok kedai mee racun dibuka. Dengan tamaknya, kami tiga beranak meminta Mee Racun Gearbox dan rupanya gearbox yang kami dapat tu, kiranya 'last' lah sebab lepas tu kami dengar tukang ambil tempahan beritahu kepada pelanggan seterusnya yang 'gearbox' dah habis, tinggal Mee Racun biasa sahaja.

dari lensa ER yang menggunakan flash
Rasa??? Mak aihhhhhhhhh!! Luar biasa sedap.. sedap sangat-sangat di tekak Seri Kandi. Tak percaya, tanyalah Iman dan ER. Kalau nak tahu, hero dalam mee racun ini adalah Encik Mbekkk, tulangnya digunakan untuk dijadikan air rebusan dan dagingnya dijadikan rencah... memang superb!! Alahai, kalau Seri Kandi duduk Batu Pahat, mahu hari-hari makan mee racun ni, hehe.

dari lensa Seri Kandi yang tidak menggunakan flash
Dan menurut orang-orang lama Batu Pahat dan orang-orang yang lama menetap di Batu Pahat, Mee Racun Gerai No 7 yang terletak di Jalan Sultanah (pusat bandar Batu Pahat) ini, merupakan mee racun yang asli dan keenakannya sukar ditandingi oleh pengusaha mee racun di tempat lain.

luar biasa sedap bagi peminat kambing macam kami... hiks
Saya mesti PILIH!!!

p/s kalau nak datang makan mee racun ni, datang lepas pukul 5 petang, okeyyyy

Errr... Seri Kandi lupa nak tanya, macam mana dapat nama, tapi memang beracunlahhhh, kena sendiri baru tahu..

Thursday, April 11, 2013

MEE UDANG WANGI

ASSALAMUALAIKUM...


KEINGINAN mencari mee udang yang terbaik di daerah ini semakin menjadi-jadi. Sebenarnya, lamaaaa.. sebelum bertemu dengan Mee Udang Galah.. Pondok-pondok Cafe, Seri Kandi dah teringin sangat untuk mencari sebuah restoran yang khabarnya menjual mee udang yang terbaik di Bandaraya Johor Bahru ini. Bunting yang tergantung di tiang lampu sepanjang Jalan Pontian menuju ke Skudai bagaikan memanggil-manggil kami untuk singgah ke restoran tersebut tapi asyik tak kesampaian sehinggalah keesokan hari selepas makan di Pondok-pondok Cafe. Kiranya peristiwa ini berlaku minggu lepaslah ya, Seri Kandi tak mahulah ada yang jemu kalau Seri Kandi tayang mee udang dua hari berturut-turut, hihihi.


Layanan yang ekspres kami terima, sebaik duduk terus ada pelayan mengambil pesanan.Tak sampai sepuluh minit, air tiba dan diikuti dengan mee udang. Suapan pertama, ada rasa pelik di situ. Ya... ada rasa pelik sebab mee udang ni wangi. Bukan harum bau makanan ya, bau wangi. Pelik tu makanan ada bau wangi. Sayang betul sebab Seri Kandi rasa kuah mee udang itu dah cukup sedap tapi rasa wangi itu menimbulkan rasa pelik. Seri Kandi syak, tukang masak menggunakan keledek jenis wangi untuk memekatkan kuahnya. Tapi, sebab dah belikan, Seri Kandi tetap makan sampai habis. Membazir tu amalan syaitan, kan. Sekurang-kurangnya lebih baik dari bau busuk, betul tak??


Apapun, memang nak dapat menandingi keenakan Mee Udang Banjir Kuala Sepetang... urmmm.. bila dapat pergi lagi ekkk??

Wednesday, April 10, 2013

TOFFEE CHEESE CAKE YANG.... URMMMM...

ASSALAMUALAIKUM...


BARU-BARU ini Seri Kandi begitu terkejut dengan penampilan seorang rakan Seri Kandi yang agak kurus.. bukan.. bukan agak kurus tapi memang kurus. Pipinya yang dulu berisi sedikit cengkung dan tubuhnya yang dulu sederhana ketara benar susutnya. Lalu.. Seri Kandi bertanya, apakah rahsia? Jawabnya..

"Berhenti buat kek?"


Lalu, Seri Kandi pun melatah dalam hati...

"Oh, my oven!"

"Oh, my mixer!"

"Oh, my loyang!"

"Oh, my... my... my... nooooo!!!"

:-p


Tak mungkin begitu mudah untuk Seri Kandi berhenti membuat kek lebih-lebih lagi selepas tergoda dengan Toffee Cheese Cake yang dipersembahkan Kak Azlita Masam Manis. Sejak Kak Ita menayang kek tersebut, hati Seri Kandi dah meronta-ronta hendak mengadun dan menikmati keenakkannya. Seri Kandi berkata, kalau betullah berhenti buat kek boleh mengembalikan kerampingan Seri Kandi... (hihihi) maka azam Seri Kandi, inilah kek terakhir persembahan dari Seri Kandi.. uhuks! Percaya ke??? Percayalahhhhhhhhh... hiks.


Kepada Kak Ita, terima kasih atas perkongsian ini, Seri Kandi panjangkan pula di Alam Sari :-))))

Toffee Cheese Cake
Resepi : Epicurious
Sumber : Masam Manis

Lapisan Bawah
1 1/2 cawan biskut Oreo / Marie / Tiger
5 sudu besar mentega cairkan

Biskut dihancurkan. Boleh juga gunakan campuran biskut antara biskut Oreo dan biskut Marie atau sebaliknya.
Satukan biskut dan mentega.
Letakkan dalam loyang spring form pan ukuran 8 inc.
Alas dasar loyang terlebih dahulu dengan kertas minyak.
Padatkan biskut dalam loyang.
Boleh padatkan pada dasar loyang sahaja atau pada sekeliling loyang juga.

Simpan dalam peti ais sebentar anggaran 1 jam.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau sehingga biskut merenggang sedikit dari loyang.
Biarkan sejuk tapi jangan keluarkan dari loyang ya. Biarkan ia sejuk dalam loyang.

Cheese Cake
250 gm cream cheese ~ suhu bilik
150 gm gula perang
30 gm mentega ~ dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.

Tuang dalam loyang yang terdapat biskut tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil tapi jangan tutup permukaan loyang.
Letakkan loyang dalam loyang lain yang lebih besar.
Isikan air panas dalam loyang yang besar, jangan sampai loyang kek terapung.
Bakar secara bain marie ini pada suhu 170 C selama 1 jam 15 minit.
Bakar guna api atas dan bawah.

Caramel
1 1/2 cawan gula ~ Kak Ita kurangkan, Seri Kandi punnnn...
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream / heavy cream
15 gm mentega

Masak gula, air dan lemon hingga keperangan.
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga ia pekat.
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat.

Biarkan ia suam.
Tuangkan atas cheese cake tadi.
Simpan dalam peti ais hingga dingin.
Hiaskan dengan coklat Toffee.



p/s sebab tak ada loyang spring form, Seri Kandi gunakan acuan pie jer.. hehehe dan ia memuatkan separuh adunan.. bak kata bos Seri Kandi, "Tak ada rotan, akar pun berguna"

Salam Sayang,
Seri Kandi Tanah Jauhar


Tuesday, April 9, 2013

ORANG BUJANG

ASSALAMUALAIKUM...

INGAT lagi Zonan? Sekarang dah jadi orang bujang.
Keluar malam pulangnya siang, ke mana pergi tiada siapa yang larang... huhuhu...
 
Zonan dulu.....
 

selalu teman Iman buat homework :-)

penat bermain
 
penat berjalan
 
 
Zonan... terkini..
 

makanan kegemaran... Whiskas Chicken & Tuna.. Ayam Rebus, Ayam Goreng..
 
 
 

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...