MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, July 31, 2013

BURASAK DAN KAUM KERABATNYA

ASSALAMUALAIKUM...

Burasak jadi Bapak Penghulu Meja
JUADAH berbuka petang semalam. Entah kenapa teringin sangat nak makan burasak... yang sebenarnya semalam tetiba SK teringin hendak berbuka bersama ibu SK sebab panglima SK ada urusan lain. Tapikan, tetiba jer ER kata nak berbuka dengan SK pulak. SK kata SK nak buka dengan ibu, jadi ER kata dia 'followwwww' :-)))) Disebabkan ibu SK ni peminat Burasak walaupun ibu sebenarnya Banjar (Burasak kan makanan orang Bugis) jadi semalam SK sengaja singgah ke pasar ramadhan membeli burasak dan kawan-kawannya sebagai juadah berbuka.

Burasak dan Lepat... kecewa sebab tak dapat ketupat luowe.. harga burasak seikat (ada lima keping) RM6 dan lepat seikat (ada 5 batang) RM5.. berpatutan!
Disebabkan ada dua gerai yang menjual burasak tu jadi SK pun keliru jugak nak beli kat gerai yang mana satu. Akhirnya SK memilih gerai dari pakcik yang berniaga anak-beranak ni sebab SK ternampak ada Nasumeti. Nasumeti???? Nasumeti tak tahu??? Asam pedas daaaaaaaa... orang Bugis panggil Nasumeti.. SK pun baru belajar, kalau salah, minta maaf yaaaaaaaa.. SK ni memang agak awas sedikit setiap kali membeli lauk di pasar ramadhan. Teringat lagi pengalaman kena bayar dua lauk RM18 tahun lepas. Jadi SK akan pastikan sebut harga betul-betul baru pilih dan beli.
 
tak sah makan Burasak kalau tak ada Nasumeti aka asam pedas... nak lebih sedap.. asam pedas ikan parang seketul RM4
Alhamdulillah... memang best sangat berbuka semalam tambah pula berbuka ramai-ramai dengan adik-beradik kecuali seorang kakak dan adik SK jer tak ada semalam. Hehehe.. maaflah ya, rumah ibu SK (sebenarnya rumah Kak Ngah) memang tak adanya nak bentang-bentang saprah untuk alas makan ni. Kami bentang suratkhabar lama jer, habis makan boleh terus bungkus dan buang... senang kerja!! Okey, mintak maaf ya... SK nak letak gambar buat kenang-kenangan.. sape tak suka boleh tutup hidung supaya tak terbau makanan-makanan ini... :-))))))

gulai kawah daging tetel, SK beli dari satu gerai minang, sesenduk RM3.. puas hati!

asam pedas dari ibu SK, asam pedas ikan selar

kailan gorengan SK ni

kalau dah ke gerai Minang.. hati meronta-ronta nak sambal ijo

beli juga kari ayam seketul RM3 tapi tak lakuuuuuu.. boleh simpan makan sahur lak..
Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 30, 2013

BAWAL SWEET SOUR... NURANI SPICE.. COOK LIKE A MASTER CHEF

ASSALAMUALAIKUM...

ANDA diberi masa 30 minit untuk menyiapkan hidangan sajian pantas ini!

Pehhhhhhh!! Kalau SK diberi masa 30 minit untuk sajian pantas mahu tanggal kepala lutut ni sebab realitinya SK ni amatlah lembab di dapur. Walaupun setakat masak yang mudah, 30 minit bukanlah sesuatu yang menggembirakan untuk SK menyiapkan sesuatu hidangan dan kalau SK mempunyai kebolehan menyediakan masakan dalam tempoh 30 minit dah lama agaknya SK masuk dalam saingan Master Chef Malaysia :p


Baiklah, inilah antara juadah yang tak sampai 30 minit pun disiapkan SK dengan menggunakan rempah premix dari Nurani Spice. Semudah A, B, C yang D nya tinggal suap ke mulut saja tau. Ikan Bawal Sweet Sour ni SK sediakan sebagai juadah berbuka puasa. Tahulah puasa, tentulah dah petang baru kita nak memasaknya dan tenaga pun tak berapa nak ada, kan. Bila guna rempah premix ni, SK rasa macam ada pembantu dapur pulak yang dah siapkan kita bawang lada segala tinggal kita nak menumis atas dapur sahaja. Memang terbaiklah, mudah, cepat, sedap pulak tu!!! Semestinya Nurani Spice. Anda yang berminat, boleh saja hubungi SK di talian 012-7799705 atau rakan empayar SK, Ann Norwani di talian 012-7815546. Dengan harga RM3.50 sekotak untuk hidangan minimum sehingga 1 kilo ikan, memang berbaloi-baloi tauuuuu :-)))))
 

Tengok masakan lain SK menggunakan rempah Nurani Spice di SINI.



Monday, July 29, 2013

KUIH PERIA DAN BERIYANI HYDERABAD

ASSALAMUALAIKUM....


DUA juadah yang SK beli dari dua pasar ramadhan yang berlainan di hari yang berlainan. Sebenarnya, SK bukanlah suka sangat hendak bersiar-siar di pasar ramadhan tu tapi apabila anda berada dalam situasi SK yang terpaksa menunggu anak pulang kelas menjelang waktu berbuka dan terpaksa pula meredah kesesakan jalanraya, apakah lagi pilihan yang ada. Setiap hari sepanjang Ramadhan, pejabat SK ditutup seawal jam 4.30 petang manakala panglima SK pula pulangnya jam 5. Anak manis kami pula hanya tamat kelas pada jam 6 jadi masa sejam menunggu diperuntukkan untuk kami mencuci mata di pasar juadah. Sambil-sambil tu bolehlah juga beriadah membuang kalori dengan berjalan, betul tak? SK rasa sepanjang bulan puasa ni kaki SK macam dah kurus sikitlah akibat berjalan di pasar ramadhan setiap petang, hihihi. (kaki jer yang kurus pun... huhuhu)
 

SK tertarik dengan kuih cantik berbentuk daun yang cantik berkilat ni di pasar ramadhan Taman Universiti. Cepat-cepat SK bertanya dengan adik penjual tu, katanya ini kuih peria ada inti kacang merah di dalamnya. Ooooo.. setau SK kuih peria bentuknya macam peria tapi sebab SK dah jatuh hati dengan bentuk daunnya yang cantik tu dan tak pernah tahu macam mana rasanya kuih peria jadi SK belilah, murah juga, tiga biji seringgit, murahkan.. lepas tu terkial-kiallah SK menghabiskan kuih tu seorang-seorang sebab ER dan Iman sama-sama tak minat. Dua beranak ni memang seleranya sama, apa yang si bapak tak makan, si anak pun tak makan, haishhhh!! Sudahnya, SK habiskan kuih ni sambil menyiapkan juadah sahur, Alhamdulillah, nasib baik tak jadik habuan cik tong, huhu.
 

Ini pula Nasi Beriyani Hyderabad. SK makan berkongsi dengan ER. Makan berdua, suap lain-lain dalam satu pinggan besar. Rasa??? Boleh tahanlah, patutlah SK nampak ada yang beli berbungkus-bungkus. SK nasihatkan siapa yang nak beli nasi beriyani ni agar cari rakan kongsi makan sebab nasinya memang sangat banyak dengan daging atau ayamnya juga dipotong besar-besar. Tapi pencuk nenas dan timun tu SK buat sendiri sebab nasi beriyani ini tidak disertakan sekali dengan pencuk dan dalca tapi memang tetap puas hatilah. Harganya cuma RM8 sahaja memang berbaloi-baloi. SK tambah lauk kambing kena RM14 sahaja, biasalah.. tamak, huhu. Siapa yang tinggal di kawasan Johor Bahru masih sempat lagilah nak buka puasa dengan nasi beriyani ni. Cari di pasar ramadhan Taman Universiti atau Taman Daya, tempat lain SK kurang periksa. Dan kalau bukan bulan puasa bolehlah cari di Pasar Tani Larkin setiap hari Sabtu, anda pasti suka!!!

Friday, July 26, 2013

Al-QURAN DAN KEAJAIBAN ANGKA 2

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM NUZUL AL- QURAN...


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira iaitu bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Tahukah anda semua, keajaiban angka 2 dalam permulaan setiap juzuk Al-Quran? Tahukah anda di setiap permulaan juzuk Al-Quran berakhir dengan angka 2. Mari kita buktikannya dalam satu formula matematik yang ringkas.

Formulanya adalah :
  1. Nombor Juzuk ditolak dengan angka 1
  2. Jawapannya didarab dengan angka 2
  3. Letakkan pula angka 2 dibelakang jawapan anda tadi
Contohnya :

Juzuk 4
  1. (juzuk) 4 - 1 = 3
  2. 3 x 2 = 6
  3. letakkan angka 2 di belakang angka 6 (dalam langkah kedua) jadi jawapannya mukasurat 62

Dah faham... baik, dalam program tadarus Al-Quran sempena Ramadhan 1434H ni, SK akan membaca juzuk 28, jadi :

Juzuk 28
  1. (juzuk) 28 - 1 = 27
  2. 27 x 2 = 54
  3. letakkan angka 2 di belakang angka 54...... > 542, jadi permulaan juzuk 28 ialah di mukasurat 542
Kalau anda hendak membaca surah Yassin yang berada di permulaan juzuk 23...

Juzuk 23
  1. 23 - 1 = 22
  2. 22 x 2 = 44
  3. letakkan angka 2 di belakang angka 44...... > 442
Begitulah keajaiban angka 2 dalam Al-Quran, mukjizat yang ditinggalkan Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam...

Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nuzul_Quran
http://mjdaus24.blogspot.com/2013/05/cara-mudah-mencari-juzuk-al-quran.html


Thursday, July 25, 2013

CHEESE CADBURY... BISKUT RAYA PERTAMAKU

ASSALAMUALAIKUM...


ENTAH kenapa keterujaan Seri Kandi mencanak-canak tingginya apabila melihat kawan-kawan menayangkan Biskut Cheese Cadbury ini sebagai promosi jualan di mukabuku. Yang peliknya, tengok biskut-biskut raya yang lain tak heran pula. Coklat cadbury comel sebiji-sebiji bertenggek atas biskut tu betul-betul membuat SK terliur. Dah namapun promosi mana mungkin disertakan dengan resepi. Maka gigihlah SK menggoogle dan hati SK terus tertarik  resepi dari blog Chef Zack Zachoes yang jauh di Tawau, Sabah. Sejak diperkenalkan dengan blog ini oleh seorang teman sekerja, blog chef berhati waja ini memang selalu menjadi halwa mata SK. Pendek kata memang banyak sangat ilmu yang dikongsikan chef yang sebenarnya berlatarkan pendidikan dalam bidang elektrik ni, hebat betullah Chef Zack nikan.



Namun, hasrat murni SK terpendam begitu sahaja kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugasan lain yang lebih penting. Selain meladeni tempahan si comel cheese tart yang menjadi nadi bisnes SK, SK juga sibuk melayan anak tekak rakyat jelata dalam rumah SK ni. Bukan sahaja anak tekak tapi kena jugaklah mengubat kegatalan tapak kaki mereka-mereka tu yang asyik nak berjalan saja kerjanya... agagaga.. Alhamdulillah, semalam akhirnya tercapai juga hajat di hati SK ni yang tertangguh kelmarin gara-gara terlupa yang stok 'cream cheese' SK dah habis.. Aikk!! Cemana tu, tauke cistat habis stok cheese... hohoho.. dalam kehidupan segalanya mungkin tuan-puan. Semalam juga baru SK teringat yang SK terlupa nak beli shortening. Aaaaaaaa.. belasah jerlah buat tanpa shortening tapi SK doublekan penggunaan cheese dalam resepi ini. Gula, tepung semua pun SK tak timbang langsung.. pakai taram jer sampai jadi doh. Jadi, sesiapa yang nak mencuba, di sini SK salin semula resepi dari Chef Zack dan SK ikut cara Blogger Ummiesya dengan meletakkan strawberry emulco dan pewarna pink dalam bancuhan SK... sedappppp!!! Cuma coklat SK agak menggerutu sikit mungkin kerana terlebih bakar kot. SK buat 30 biji jer malam tadi sebab tak jumpa coklat cadbury dalam botol tu, hari ni nak cari lagi.. ;-))))))


Biskut Cheese Cadbury
Sumber : Chef Zack & fb Zalieda Zaliedana

Bahan A

  • 180gm mentega
  • 80gm shortening (SK tak letak pasal tak ada)
  • 90gm gula icing (SK letak 5 sudu besar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 70gm cream cheese (SK letak 160gm)
  • SK tambah 1 sudu makan strawberry emulco dan sedikit pewarna pink
Bahan B
  • 400gm tepung gandum
  • 80gm tepung jagung
  • SK tambah 3 sudu besar tepung red rose
Bahan C
  • 1 botol coklat Cadbury - 200 pcs (simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan untuk mudahkan kerja)
  • putih telur, untuk sapu
 
 
Cara membuatnya:
1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata. Cara SK, masukkan tepung jagung dan tepung red rose dulu, kemudian masukkan sebahagian tepung gandum. Uli sambil tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. Kalau dah tak melekat jer berhenti letak tepung. Biar adunan lembab-lembab tapi tak melekat.
3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.
4. Canai doh di antara dua kepingan plastik kemudian potong atau terap adunan mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, rak tengah (note: 5 minit terakhir tu pusingkan tray untuk pembakaran sekata).
5. Keluarkan tray, sapu sedikit putih telur atas biskut dan letakkan coklat cadbury. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.
6. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).
 
Selamat mencuba :-)))))

p/s Boleh tolong SK tak.. tolong sikitttttttttttt jer.. tolong pergi ke link INI dan tekan like gambar SK yang ada kat situ ya... tolonglah.. tolonglah... tolonglahhhhhhhhhhhh!!!

Wednesday, July 24, 2013

UNTUK PEMINAT TEMBIKAI

ASSALAMUALAIKUM...

UNTUK peminat tegar tembikai macam Encik Panglima Seri Kandi :-))))))



Friday, July 19, 2013

REMPAH KERUTUB NURANI SPICE... CITARASA ASLI MUDAH DISAJI

ASSALAMUALAIKUM...


APABILA Seri Kandi mula menjadi saudagar rempah dan mencadangkan rempah kerutub ini kepada kebanyakan pelanggan SK, ramai yang bertanyakan SK, apa sebenarnya dan macam mana rasanya masak kerutub tu.  Kerutub atau disebut juga kerutup atau kerutuk ini sebenarnya adalah makanan pantai timur. Biasanya daging selalu dipilih apabila memasak kerutub. Selain daging, ayam juga boleh digunakan tetapi ayam yang paling sesuai ialah ayam kampung atau boleh juga guna ayam hutan, itik atau itik serati. Ini kerana, dagingnya liat dan tidak mudah pecah kerana kerutub biasanya perlu dimasak dalam tempoh yang lama.
Antara bahan-bahan dan rempah ratus yang perlu disediakan untuk memasak kerutub ini adalah rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang merah,  bawang putih, halia, lengkuas dan rempah kerutub yang khas. Lepas tu, kena pula sediakan air asam jawanya, serainya, daun pandan, kerisik, santan, garam, gula, pak ajilah dan daun nangka. Hah.. macam-macamkan, belum masak SK dah pengsan, hehehehe.



Rempah kerutub ini adalah antara rempah yang terlaris sekali dalam jualan SK, letak lima, lima habis, letak sepuluh, sepuluh habis. Ada beberapa lagi rempah yang laris dan sedap yang akan SK kongsikan nanti ya. Kepada tauke Ann, harap jangan pening kepala dengan kerenah akak yang macam-macam ni ya, huhuhu... Siapa sangkakan, daripada senarai bahan yang SK tulis di atas tu, Nurani Spice ini telah berjaya mencipta satu inovasi rempah yang begitu autentik dan memudahkan kita semua. Dengan harga yang amat berpatutan sekali iaitu RM3.50, anda boleh menyediakan satu hidangan yang lazat untuk seisi keluarga dalam jangkamasa sekejap sahaja.. memang tak sempat berpeluh pun di dapur tau.

Untuk masakan kerutub ini, anda cuma perlu sediakan ayam atau daging (tak perlu pakai ayam kampung, ayam bandar pun boleh), air, santan dan kerisek.  Yang lain tu semua dah siap dalam rempah Nurani ini. Garam dan gula itu ikut andalah kalau suka lebih masin atau manis tapi bagi SK memang dah cukup rasanya. Bulan-bulan puasa ni memang sesuai masak guna rempah ni sebab tak perlu takut termasin atau termanis. Pada pendapat SK, rempah ini memang sangat sesuai untuk wanita berkerja, surirumah pun apa salahnya tambah-tambah lagi dalam bulan ramadan ni macam-macam yang nak dibuat sedang tenaga berkurangan jadi apakata dapatkan rempah kerutub dari Nurani Spice ini. Anda pasti puas hati!! SK sangat puas hati tauuuu.. Mudah! Cepat! Lazat!!!!

kerutub ayam yang SK masak menggunakan rempah Nurani Spice.. masih dalam kuali, hehehehe
Jika berminat, anda bolehlah menghubungi tauke rempah ini Ann di 012-7815546 atau menghubungi SK sendiri di 012-7799705. Selain rempah kerutub, Nurani Spice juga mengeluarkan rempah **rendang, rendang tok, asam pedas, kari daging, kari ayam, kurma, tomyam, sweet sour, sambal tumis, kuah kacang, sup ekor, kari massamman, kuzi, gulai kawah, gulai nasi dagang dan baryani serta kerisek.

** Bergantung kepada stok

Lihat masakan lain SK menggunakan rempah premix :-)

Rendang Ayam Premix Nurani Spice
Kuzi Kambing Premix Nurani Spice

lihat video di bawah...


Thursday, July 18, 2013

CAFE PARA PARA DAN DURIAN GORENG... RANGUP DI LUAR.. NIKMATNYA DI DALAM...

ASSALAMUALAIKUM...


SEMALAM Seri Kandi telah mengikut Panglima Seri Kandi memenuhi jemputan berbuka puasa di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Alhamdulillah, rezeki Ramadan... memang banyak sekali majlis jemputan berbuka puasa untuk media sama ada dari badan korporat, 'client' atau pihak hotel sendiri. Eh, SK taklah ikut semua jemputan, kadang ikut mood dan tahap 'malu-malu' jugak. Maklumlah, yang dijemput adalah pihak media, bukan sekeluarga ya.. hehehe. Biasanya SK cuma akan pergi sekiranya jemputan itu datang dari pihak hotel, kalau 'client' atau badan korporat memang SK tak ikutlah.

Berpuluh-puluh hidangan (mungkin ratus kot sebab banyak sangat) yang disediakan dalam sajian buffet ramadan di Cafe Para Para, GP ni. SK rasa memang berbaloi-baloilah dengan harga yang ditawarkan iaitu RM80++ untuk dewasa dan RM40++ untuk kanak-kanak dengan syarat anda mesti kuat makan. Kalau ada sesiapa yang nak mintak SK belanja, insyaAllah tapi dengan syarat anda mesti makan semua hidangan yang disajikan.. makan ya.. bukan jamah-jamah atau cuit-cuit sahaja dan akhirnya tinggalkan dalam pinggan.. amacam? Ada berani??? Serius, SK sendiri memang tak mampu, malah ER pun tak larat nak makan semua. Sebab makan 'free' (makanan paling sedap dalam dunia.. kih kih kih) jadi kami taklah bersungguh-sungguh makan pun. Lagipun ini adalah jemputan dari pihak hotel. Tapi, kalau ada sesiapa yang belanja betul-betul keluarkan duit RM80++ untuk suruh SK makan, terpaksalah SK makan dengan gigih supaya orang yang belanja tu tak kecil hati... hihihi.

Paling SK suka kalau makan di Cafe Para Para ini adalah sajian unik durian gorengnya. Wahhhh! SK memang jatuh hati dengan teknik chef di cafe ini menyediakan durian goreng tau. Pulak tu semua durian goreng tu bentuknya sama saja dan ada teknik yang digunakan rupanya. Boleh tiru idea chef ni. Dan nyaris-nyaris jer SK nak mintak resepi batter dengan chef tapi Iman tak bagi. Dia kata, "buat malu jer". Laaaaaaaa.. apa nak malu pulak?? Tapi sebenarnya SK malu jugak nak mintak.. hahaha. Sudahnya, tak mintaklah :(

waaaaaaaaaaa... nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!
p/s nak cari durian... nak cari durian... nak cari durian.......... :-)))))

Wednesday, July 17, 2013

SAMBAL HITAM PAHANG

ASSALAMUALAIKUM...

Lagu: Joget Pahang

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)

Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)

Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)

Niat di hati bang oii...
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Haaaaaahhh.. mengah Seri Kandi tengah-tengah puasa ni diajak berjoget tau. Yelahhh, sebenarnya SK nak maklumkan yang SK ni sedang cuba-cuba belajar memasak masakan tradisi dari negeri Pahang ni. Berdasarkan lirik lagu kat atas tu, cuba baca betul-betul..  dia kata, 'Dari Melaka ke Negeri Pahang.. Singgah di Johor beli berangan..' eh, SK syak sebenarnya bukan beranganlah.. tapi belimbing.. yelah.. belimbing... tu yang jadiknya Sambal Hitam tu. Orang Pahang jangan marah ya, SK gurau jer. SK minta ampun maaf ya..


Sambal Hitam ini juga antara masakan yang SK teringin sangat nak merasa selain dari Masak Lemak Telur Itik Dengan Belimbing tu. Satu perangai SK ni kalau nak makan sesuatu tu SK suka nak masak sendiri kecualilah kalau makanan tu susah nak dimasak atau memerlukan peralatan yang SK tak ada barulah SK beli. Jadi, bila dapat jer belimbing dari sepupu SK, memang SK dah cakap 'by hook or by cook' (Ceh! Omputeh gitew) SK mesti usahakan jugak masak sambal hitam ni. Bila dah siap masak sambal hitam ni barulah hati rasa puas, macam bahagia sangat rasanya.. keh keh keh.

Oh, ya! Pada pendapat SK, sambal hitam ni sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas-panas. SK kepam-kepam nasi bersama sambal hitam ni dan suap ke mulut, wallaaaaaaaa.. sedapnya. Alamak! SK terliur pulak padahal sendiri yang tulis. Tapi... akibatnya.. ada akibat tau.. huhu.. nasi terlebih sudahhhhhh... uhuks!

Resepi Sambal Hitam ni SK google dan dalam banyak-banyak tu SK tertarik nak mencuba resepi dari dapur Kak Madiha. Menurut Kak Madiha, sumber resepi ini adalah ibu mertuanya sendiri yang merupakan anak Pahang (maaf Kak Madiha kalau SK tersilap.. tapi SK selalu baca mak Kak Madiha duduk di Raub, betul tak? Tak tahulah kalau mak Kak Madiha ni berhijrah dari negeri lain.. huhu). Dari segi penyediaan, SK dapati ia saling tak tumpah macam resepi Sambal Jawa yang selalu mak SK buat (walaupun mak SK banjar) cuma bezanya adalah penggunaan kicap dan belimbing dalam masakan sambal hitam ni. SK rasa kalau cili padinya tu SK letak banyak sikit mesti lagi menyengat, bagi berasap telinga, kan.. kan...

Sambal Hitam Pahang
Sumber : Dari Dapur Madiha

Bahan-bahannya :
  • 1/2 cawan belimbing buluh rebus (rujuk cara merebus di bawah)
  • 1/2 cawan cili padi ditumbuk halus (ikut suka pedas masing-masing)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 5 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara-caranya :-)
  1. Cuci bersih belimbing kemudian renihkan dalam periuk atau kuali tanpa air. Biarkan ia mengeluarkan jus sendiri dan kecut. Kacau selalu supaya periuk tidak hangit. Biar sehingga belimbing mengecut dan jusnya betul-betul kering dengan api yang kecil dan belimbing bertukar warna gelap. Tutup api. Tumbuk belimbing separa lumat.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang yang dimayang sehingga wangi.
  3. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis dengan api perlahan sehingga nampak agak kering dan garing.
  4. Tambahkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding). Bila dah garing, tolak sambal ke tepi kuali supaya minyaknya tos sebelum dihidang. Boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunalan penapis santan.
p/s : Sambal ini boleh disimpan lama katanya juga Sambal Hitam ini enak dimakan bersama ketupat pulut. Huwaaaaaaaaaaa... petang ni SK nak cari ketupat pulutlah kat Pasar Ramadan.. huhuhuhu

* Untuk langkah demi langkah menyediakan sambal hitam ni boleh tengok di SINI.

Tuesday, July 16, 2013

HEAVENLY MILO & OREO JELLY (AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO)

ASSALAMUALAIKUM....

"OREO untuk saya... dan... oreo untuk awak...

Mula-mula bukakkkkk... pusingkan... rasa... dan celup!" Heeeeehee.. suka Seri Kandi tengok budak perempuan dalam iklan oreo yang ajak teddy bearnya tu makan biskut oreo tau. Boleh dikatakan sudah menjadi identiti iklan oreo mesti ada adegan, bukakan... rasa (dulu jilat) dan celup tu, kan. Teringat SK masa Iman kecil dulu memang macam tulah caranya dia menikmati biskut oreo akibat terpengaruh dengan iklan (SK pun join sekali, hiks) dan selalunya oreo dan susu adalah stok yang wajib disimpan dalam kabinet dapur.

Kalau anda peminat 'krusher oreo KFC' atau 'McFlurry Oreo', anda tentu sukakan agar-agar milo berlapis oreo ini. Puding yang terhangat di pasaran sekarang bila mana penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza sendiri mencuba membuatnya dan teruslah meletup-letup resepi ini. Turut terkena tempiasnya adalah blogger Citarasa Rinduan di mana Datuk Siti telah berkongsi link blog beliau di mana tempat Datuk Siti menyalin resepi agar-agar ini. Pehhh! berbelit-belit rasanya SK nak cerita benda ni, adehhhh! Walaupun sebenarnya dah lama SK tahu tentang puding ni tapi tak sempat-sempat nak membuatnya sehinggalah ada kelapangan pada hari minggu yang lepas.


SK kongsikan semula resepi ini di sini untuk rujukan. Tapikan.. baru SK perasan yang SK gunakan air sebanyak 1000 ml atau 1 liter untuk resepi SK dan Alhamdulillah, agar-agar SK tetap cantik dan tidak lembik walaupun terlebih air lebih kurang satu cawan. Agaknya SK dah terbiasa dengan sukatan 1 liter air untuk sebungkus serbuk agar-agar. Nak salin balik resepi di sini, barulah SK perasan, sabarrrrr ajelah. Oh! Ya.. kalau kita tengok rupa agar-agar tu nampak macam susah, kan. Tapi bila buat, haiiiiiiii senang banget!!

Kepada AlongRoz, terima kasih SK ucapkan, memang heavenlah!!!

Agar-Agar Milo Lapis Oreo
Saiz : 8"
Sumber : AlongRoz @HomeKreation

Bahan-bahannya :
  • 1 bungkus serbuk agar-agar (10 gram)
  • 750 ml air (SK letak 1000ml @ 1 liter)
  • 160 gm gula (SK letak 6 sudu besar)
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan milo (SK guna 4 sudu besar)
  • 1 bungkus biskut oreo (dipatah-patah)
Cara-caranya :
  1. Masukkan air, gula, serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk. Kacau sekejap bagi serbuk agar-agar jangan berketul kemudian didihkan.
  2. Apabila mendidih, asingkan dua cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
  3. Ambil satu cawan campuran milo dan tuang ke dalam acuan. Biarkan keras seketika.
  4. Tuang campuran susu sahaja.
  5. Taburkan biskut oreo yang telah dipatah tadi ke atas campuran susu. Biarkan mengeras tetapi jangan terlalu keras.
  6. Akhir sekali tuang baki satu cawan campuran milo tadi ke atasnya.
  7. Dinginkan untuk rasa yang lebih sedap.
Untuk tips yang lebih banyak boleh tengok di blog AlongRoz ya.

Wassalam.



 

Monday, July 15, 2013

MAKANAN YANG PALING SEDAP DALAM DUNIA & GA 1001 RESEPI

ASSALAMUALAIKUM...



BANYAK-BANYAK makanan,
makanan apakah yang paling sedap dalam dunia?
Biar Seri Kandi jawab... makan 'free'!!!
Kan.. kan... kan... kannn..


Sabtu lepas kami sekeluarga telah berjaya dikumpulkan
untuk berbuka puasa bersama di satu lokasi.
Hari itu tak ada masak-masaklah dan
 tak ada siapa yang kena cuci pinggan tapi ada seorang yang kena keluar duit..
SK doakan semoga rezeki beliau lebih melimpah-limpah selepas ini nanti,
Aminnnnn.


SK merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membuat tempahan pada hari itu.
Biasalah, bab makan-makan dan tempah-menempah ni memang tak ada orang lain yang sesuai selain dari SK. SK tempah makanan yang biasa-biasa sahaja tapi tak sangka pulak harganya menjadi luar biasa sebab selalunya kalau SK makan di situ biasa saja harganya.
Mungkin kerana SK telah menempah saiz hidangan yang luar dari biasa... erkkk!!
Ampun ya yang tukang belanja.
Terima kasih daun keladi, lain kali belanjalah lagi. 








 
Burpppp!! Alhamdulillah..
Sebenarnya semalam SK ada terbaca tentang GA yang dianjurkan oleh Kak Ida dari blog mana lagi kalau bukan blog makan-makan paling hangat 1001 Resepi. Pada mulanya SK ingat malam tadi sempatlah nak mengambil gambar kami berbuka tapi disebabkan sepanjang perjalanan jalan sesak maka sampai rumah pun dah lambat dan SK tak sempat nak susunkan juadah dan bersedia untuk penggambaran.. hehehe.  Masa bersahur??? Lagilahhhh SK kelam kabut, takkan nak ambil gambar pakai pijama pulakkan, hihihi.
 
Jadi, kalau tak menjadi keberatan di pihak Kak Ida, SK ingin mencalonkan entry ini dalam GA yang Kak Ida anjurkan. Dan selepas mengulang-ulang baca entry tentang GA tersebut, rasanya Kak Ida tidak menghadkan penyertaan berapa banyak pun dari satu-satu blog itu jadi insyaAllah, kalau ada kesempatan SK akan hantar lagi penyertaan. Punyalah semangatkan nak memeriahkan GA Kak Ida dan bukan kerana hadiah semata-mata tapi sebab SK caaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayangggg Kak Ida tau. (amboiiiii.. mengampu nampak... huhuhuhu)
 
Alaaaaaaa... mengampulah macammanapun, kalau kita tak dapat jumlah likes yang tinggi makanya nan hado jugaklah nak menangkan.. hihihihi. Jadi, bagi siapa yang tak tahu lagi tentang GA 1001 Resepi ini, bolehlah pergi ke link INI ya atau klik gambar di bawah.
 
 
 

Friday, July 12, 2013

KISAH YANG SEDIH SEKALI

ASSALAMUALAIKUM...

ALOLOLOLO... kesian anda semua mengantuk jer Seri Kandi tengok. Ada yang tersengguk-sengguk, ada yang tersangap-sangap. Tu maknanya oksigen dah kurang yang pergi ke otak. Silalah gerak-gerakkan badan sikit, goyang-goyangkan pinggul sikit.. okey, tarik nafas... tahan dalam kiraan lima.. hembusssssssssss... tarik nafas.. tahan dalam kiraan lima.. hembussssssss.. okey, buat lagi.. tahan nafas.. tahan dalam kiraan lima.. hembusssssss.. okey, buat sampai petang eh... hihihihi.

:-)))))))


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

 si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak… kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla….. Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh… sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk mengelap air mata… kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya… aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih…. punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi… cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm… mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana… KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA


:'(((((((((

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING

ASSALAMUALAIKUM...

sila salahkan kamera yang menyebabkan masak lemak SK pucat lesi lesu...  tapi rasa ada power!!!

ORANG kata sedap benar masak lemak cili padi telur itik ni dicampurkan dengan belimbing buluh. Lalu Seri Kandi pun teringin. Bukan mengidam tapi teringin... beza tau antara mengidam dengan teringin ni :p ... Teringin ni kiranya kurang drastiklah dari mengidam tapi orang tua kata, keinginan yang melampau kalau tidak ditunaikan akibatnya akan kempunan. Kempunan tu boleh mengakibatkan macam-macam, contoh yang paling selalu mak SK sebut ialah, 'mati terpijak semut' ekekeke.. pernah dengar tak???

Mana nak dapat belimbing buluh? Rumah SK jangan kata belimbing buluh, pokok buluh pun tak ada. Ada seorang kawan yang rumahnya banyak belimbing buluh tapi nun jauh di Segamat sana. Bila dia datang JB, belimbing buluh tak ada musim jadi sampai ke sudah hajat SK tak tercapai sehinggalah seorang sepupu ni post gambar belimbing buluh yang sedang berbuah lebat di fb. Eh! Ada yang tanya, cemana rupanya belimbing buluh tu eh? Haaaaaaaa... ni rupa belimbing buluh ya, adik-adik.

kredit to fb sepupu SK, Kak Za

Habis, yang satu lagi tu belimbing jugakkan? Tu belimbing apa pulak??

Ohhhhhh.. yang ni belimbing besi. Haaaaa... jangan ada pulak yang sebut belimbing bintang... maklumlah, orang putih kata, 'star fruit' kan... hehehe.

google image

Okey, untuk resepi, jom kita rujuk blog Che Mat Gebu kita, selamat berpuasa ya, Che Mat... :-))))) Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Maaflah, Kak Sari tak ikut resepi Che Mat 100%. Maklumlah, rumah kita dalam taman kayangan, serba-serbi tak ada, huhuhu...

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING
Sumber : Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik
1 keping asam gelugor
12 biji belimbing buluh, cuci dan belah dua tapi tak putus setiap sebiji
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat, 1 hiris halus
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau, buang tangkainya
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah, pastikan merahnya tidak pecah dan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur itik mengeras, kacau perlahan dengan berhati2.
  2. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit yang disiat. Tuang pati santan dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, masak sekejap. Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan. Rasa dan jika okey boleh matikan api.
 



Thursday, July 11, 2013

SATU JAM LAGI

ASSALAMUALAIKUM...

SERI KANDI salin dari status fb seorang kawan dan tampal di sini :-))))



... Suatu hari seorang anak kecil datang kepada ayahnya dan bertanya :

"Apakah kita bisa hidup tidak berdosa selama hidup kita…?"

Ayahnya memandang kepada anak kecil itu dan berkata : "Tidak, nak… "

Putri kecil ini kemudian memandang ayahnya dan berkata lagi…

"Apakah kita bisa hidup tanpa berdosa dalam setahun…?"


... Ayahnya kembali menggelengkan kepalanya, sambil tersenyum kepada putrinya.

"Oh ayah, bagaimana kalau satu bulan, apakah kita bisa hidup tanpa melakukan kesalahan…?"

Ayahnya tertawa…  "Mungkin tidak bisa juga, nak…"

"OK ayah, ini yang terakhir kali…

Apakah kita bisa hidup tidak berdosa dalam satu jam saja…?"

Akhirnya ayahnya mengangguk. "Kemungkinan besar, bisa nak…"

Anak ini tersenyum lega…

"Jika demikian, aku akan hidup benar dari jam ke jam, ayah… Lebih mudah menjalaninya dan aku akan menjaganya dari jam ke jam, sehingga aku dapat hidup dengan benar… "

Pernyataan ini mengandung kebenaran sejati. Marilah kita hidup dari waktu ke waktu, dengan memperhatikan cara kita menjalani hidup ini. Dari latihan yang paling kecil dan sederhana sekalipun. Akan menjadikan kita terbiasa…

Dan apa yang sudah biasa kita lakukan akan menjadi sifat. Dan sifat akan berubah jadi karakter.

HIDUPLAH 1 JAM TANPA :
Tanpa kemarahan,
Tanpa hati yang jahat,
Tanpa pikiran negatif,
Tanpa menjelekkan orang,
Tanpa keserakahan,
Tanpa pemborosan,
Tanpa kesombongan,
Tanpa kebohongan,
Tanpa kepalsuan…

Lalu ulangi lagi untuk 1 jam berikutnya.. .

HIDUPLAH 1 JAM DENGAN :
Dengan kasih sayang kepada sesama…
Dengan damai,
Dengan kesabaran,
Dengan kelemah lembutan,
Dengan kemurahan hati,
Dengan kerendahan hati..
Dengan ketulusan..
Dan Mulailah dari Jam ini…

SAYA SUKA SERI KANDI'S CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...

ANDA semua dijemput untuk menyukai page yang baru Seri Kandi cipta ini di SINI. 


p/s : Siapa yang tak suka apa nak buat.. suka orang mana boleh dipaksa-paksakan.. Mak Seri Kandi kata, meminta pada yang ada.. merajuk pada yang kasih!

MUNTAH!!

SALAM RAMADAN 1434H

ASSALAMUALAIKUM...



SELAWAT dan salam buat Nabi Junjungan SAW. Semalam telah seharian kita menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari untuk meningkatkan ketakwaan seorang muslim. Perintah puasa difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah ayat 183.


Di kesempatan yang ada ini, Seri Kandi ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunah yang lain kepada semua pengunjung-pengunjung Alam Sari. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keinsafan dalam kita meneruskan kehidupan sebagai seorang khalifah di bumi Allah SWT.

Salam sayang selalu,
Seri Kandi Tanah Jauhar

Monday, July 8, 2013

MEE BANDUNG BATU PAHAT

ASSALAMUALAIKUM...

"NAK makan mee bandung tak?" ajak adinda Seri Kandi malam tadi selepas habis kami mencuci mata di DIY, IOI Mall, Kulai.

"Boleh juga," SK setuju. Iman Fatiha mengangguk laju-laju. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari :p

"Dekat mana?" SK ingin tahu sebab SK yang bawa kereta. Bolehlah SK bayang-bayangkan arah mana nak pulas stereng nanti.

"Dekat sebelah Masjid Saleng tu," ooo.. lokasi yang selalu SK pergi sebab atas sikit dari Masjid Saleng tu adalah rumah sahabat baik SK, hehehehe. 'Iena, rindulah kat koooo...'

Kami tidak menunggu lama menempah pesanan. Tak perlu lama memikir kerana kebanyakan orang yang datang ke sini memang nak makan mee bandung. Tertera menu Mee Bandung Batu Pahat pada papan tanda di depan kedai. Lari dari kebiasaan sebab sesetengah warung atau restoran lebih suka mempromosikan Mee Bandung Muar.

Pada mulanya, SK malas nak ambil gambar atau mempromosikan kedai yang terletak beberapa meter dari kuil hindu ini. Tetapi, suapan pertama membuatkan SK mengubah fikiran. Pernah dulu SK diberitahu yang membezakan mee bandung Muar dan mee bandung Batu Pahat adalah tambahan kacang tanah yang dikisar di dalam bahan kuahnya. Mee Bandung yang SK makan malam tadi tidak mengandungi kacang tanah kisar. Mungkin itu adalah identiti sebenar Mee Bandung Batu Pahat yang membezakannya dengan Mee Bandung Muar.

Terbaikkk! SK rasa ini adalah antara mee bandung yang tersedap SK pernah makan dan SK berani cadangkan kepada peminat-peminat mee bandung untuk mencuba keenakan mee bandung di sini. Bagaimana ke sini? Anda cuma perlu menghala ke arah Masjid Saleng (Kulai) dan tuju ke lorong yang menghala ke TJ Mart. Gerai ini berada di sebelah kiri anda (jika anda datang dari arah Masjid Saleng).



p/s : SK menghirup kuah mee bandung sehingga ke titisan nafas yang terakhir :-)))))))

Wednesday, July 3, 2013

SETIAP GAMBAR ADA CERITANYA

ASSALAMUALAIKUM...
 
AMBIL gambar makanan dikatakan mental...
 
POST gambar makanan dikatakan riak....
 
bagi Seri Kandi ia adalah kenangan...
 
setiap gambar ada memorinya...
 
urmmm...
 
Bagaimana pula dengan orang yang menunjuk-nunjuk dalam beribadah.. dalam bersedekah... dalam membantu orang.... dalam menunaikan solat sunat... puasa sunat ... ???
Riak dalam beribadah dikatakan akan muflis di akhirat, takutnya... Astaghfirullah..
 
Ada pula orang yang suka post / kongsi cerita yang tak tahu pucuk pangkal.. benar atau bohong yang boleh membawa kepada fitnah...
 
Lebih mental orang suka post gambar dan entry lucah... urmmmm...
 
Salah orang nampak.. salah sendiri tutup mata...

pavlova


 

 
Mentalkah SK???
p/s tapi ramai yang klik like.... hehehehe
 
 
SK nak kasi bersih kad memori kamera SK yang dah penuh ni... setiap gambar ada ceritanya... tapi SK malas nak cerita panjang-panjang, SK pendekkan ceritanya ya... huhuhu
 
Fettucine Marinara... masak sendiri guna sos prego

Sup Tulang Merah... beli kat Geylang Serai..
sanggup seberang Tambak semta-mata nak beli bungkus sup merah ni bawa balik makan kat rumah

Mama Chop Papa Grill

makan malam terakhir Kursus Pembinaan NOSS dan DESCUM



Macaron... pertama kali beli macaron... sedap...
Pendapat kita mungkin tak sama, kan???
 

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...