REMPAH KERUTUB NURANI SPICE... CITARASA ASLI MUDAH DISAJI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...


APABILA Seri Kandi mula menjadi saudagar rempah dan mencadangkan rempah kerutub ini kepada kebanyakan pelanggan SK, ramai yang bertanyakan SK, apa sebenarnya dan macam mana rasanya masak kerutub tu.  Kerutub atau disebut juga kerutup atau kerutuk ini sebenarnya adalah makanan pantai timur. Biasanya daging selalu dipilih apabila memasak kerutub. Selain daging, ayam juga boleh digunakan tetapi ayam yang paling sesuai ialah ayam kampung atau boleh juga guna ayam hutan, itik atau itik serati. Ini kerana, dagingnya liat dan tidak mudah pecah kerana kerutub biasanya perlu dimasak dalam tempoh yang lama.
Antara bahan-bahan dan rempah ratus yang perlu disediakan untuk memasak kerutub ini adalah rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang merah,  bawang putih, halia, lengkuas dan rempah kerutub yang khas. Lepas tu, kena pula sediakan air asam jawanya, serainya, daun pandan, kerisik, santan, garam, gula, pak ajilah dan daun nangka. Hah.. macam-macamkan, belum masak SK dah pengsan, hehehehe.



Rempah kerutub ini adalah antara rempah yang terlaris sekali dalam jualan SK, letak lima, lima habis, letak sepuluh, sepuluh habis. Ada beberapa lagi rempah yang laris dan sedap yang akan SK kongsikan nanti ya. Kepada tauke Ann, harap jangan pening kepala dengan kerenah akak yang macam-macam ni ya, huhuhu... Siapa sangkakan, daripada senarai bahan yang SK tulis di atas tu, Nurani Spice ini telah berjaya mencipta satu inovasi rempah yang begitu autentik dan memudahkan kita semua. Dengan harga yang amat berpatutan sekali iaitu RM3.50, anda boleh menyediakan satu hidangan yang lazat untuk seisi keluarga dalam jangkamasa sekejap sahaja.. memang tak sempat berpeluh pun di dapur tau.

Untuk masakan kerutub ini, anda cuma perlu sediakan ayam atau daging (tak perlu pakai ayam kampung, ayam bandar pun boleh), air, santan dan kerisek.  Yang lain tu semua dah siap dalam rempah Nurani ini. Garam dan gula itu ikut andalah kalau suka lebih masin atau manis tapi bagi SK memang dah cukup rasanya. Bulan-bulan puasa ni memang sesuai masak guna rempah ni sebab tak perlu takut termasin atau termanis. Pada pendapat SK, rempah ini memang sangat sesuai untuk wanita berkerja, surirumah pun apa salahnya tambah-tambah lagi dalam bulan ramadan ni macam-macam yang nak dibuat sedang tenaga berkurangan jadi apakata dapatkan rempah kerutub dari Nurani Spice ini. Anda pasti puas hati!! SK sangat puas hati tauuuu.. Mudah! Cepat! Lazat!!!!

kerutub ayam yang SK masak menggunakan rempah Nurani Spice.. masih dalam kuali, hehehehe
Jika berminat, anda bolehlah menghubungi tauke rempah ini Ann di 012-7815546 atau menghubungi SK sendiri di 012-7799705. Selain rempah kerutub, Nurani Spice juga mengeluarkan rempah **rendang, rendang tok, asam pedas, kari daging, kari ayam, kurma, tomyam, sweet sour, sambal tumis, kuah kacang, sup ekor, kari massamman, kuzi, gulai kawah, gulai nasi dagang dan baryani serta kerisek.

** Bergantung kepada stok

Lihat masakan lain SK menggunakan rempah premix :-)

Rendang Ayam Premix Nurani Spice
Kuzi Kambing Premix Nurani Spice

lihat video di bawah...


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak...mcm nak try...tunjuk la semua rempah yg akak jual...senang bangat gini...sekali harung masaknya...itu yg suka tu...:-)

    ReplyDelete
  2. Alahai...kat supermarket takder ker kak. Saya nie bukannya apa...nak spare untuk raya nanti...heheheheh. Maklumlah..weekend jer ada kat rumah. So, siapkan rempah, santan kotak dan kerisek, siapkan ayam dalam freezer. Kalau ada tetamu yg last minute inform tu, dah boleh masak marvelous macam nie kan.

    ReplyDelete
  3. Tak nak masukkan dalam pasaran ke SK? Kalau boleh di pasar tani Skudai ke senang sikit kakak nak tengok..

    ReplyDelete
  4. Salam taukee sari hihi...
    Kak Kamu Ni Teringin Itik Huhuh Dah 3thn X Dpt Mkn, Nnti Nk Bela Kat Kebun Laaa

    ReplyDelete
  5. tergugat jugak tengok ayam bebanyak dalam post ni :p

    ReplyDelete
  6. SK mau kerutuk n briyani leh teringin lak nk cuba yummy yummy nampak nyer :D..

    ReplyDelete
  7. Sari, kak zu pun belum cuba lagi huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. SK...masa mula nak masak tu akak was2 juga, tgk resipi kt kotak tu, takde pun bawangnya. Ahh..ikut mcm biasa masak gulai kawah. Tapi kakpb guna semua utk 1/2 kg daging sb suka pekat2. Ada lg dlm periok tu, panaskan je bila nak mkn. Nanti tulislah kat blog, masak ni tak perlu bwg dll. Rasa tak lari pun, cuma kakpb dah biasa dgn rasa gulai kawah Kelantan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!