MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, August 30, 2013

CHEESE TART 'MUNGE' ANGGUN

ASSALAMUALAIKUM...


KATA kawan SK... (Kak Narimah namanya)

"Kuih yang cantik kena makan dengan penuh bergaya macam model hehe.."

Jadi, jom kita ramai-ramai bajet jadik model sambil suap cheese tart munge ini ke mulut dengan penuh sopan-santun ya, hihi. Walaupun dah bertahun SK menikmati cheese tart ini, SK tak pernah jemu. Setiap kali menyuap SK selalu membayangkan bagaimana pelanggan SK menikmati cheese tart SK. Dan SK selalu bimbang tahap kekembangan lubang hidung SK mencapai tahap maksima setiap kali mendengar/ membaca kata-kata pujian terhadap cheese tart SK. Eh, SK bukan riak ya.. harap anda tidak salah faham. SK tahu ramai lagi pembuat-pembuat cheese tart di luar sana yang cheese tartnya sedap-sedap belaka, mungkin lebih sedap dari SK punya dan sesungguhnya definasi sedap itu adalah subjektif.. sebagaimana definasi cantik :-)))))
 

Minggu lepas, hati SK melonjak keriangan bila mendapat tahu bahawa cheese tart SK telah menjadi santapan selebriti-selebriti TV3 antaranya Zakiah Anas yang cantik manis tu dan juga penerbit program TV3 yang terkenal Mazlin Nordin pun ada. SK tak tahu pula salah seorang pelanggan yang membeli 9 kotak cheese tart SK selepas raya hari tu adalah bekas seorang pembaca berita TV3 tahun 1987. Aiiii, masa tu SK baru darjah 6, tu yang SK tak perasan, sabar ajelah. SK nak ucapkan terima kasih kepada beliau yang merupakan antara pelanggan SK yang setia... yang katanya sanggup tunggu setiap kali adik SK balik JB untuk menikmati air tangan SK, terharunya rasa. Terima kasih ya, Datin Padlon Abdul Rahman. Terima kasih juga kepada adik SK, Wawa yang tak pernah jemu mempromosikan produk SK kepada kawan-kawan sekerjanya di IPGBM, Lembah Pantai, KL.

SK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pelanggan SK sama ada kawan-kawan biasa, kawan luar biasa, pelanggan baru, pelanggan tetap dan dah ada pun yang menjadi kawan-kawan SK, yang SK anggap seperti adik-adik SK. Pada yang menghantar email, whatsapp, sms.. SK ucapkan terima kasih kerana melalui itu semua SK rasa sangat dihargai dan betapa kehadiran SK walaupun sekadar di alam maya dapat diterima dengan baik oleh anda semua.
 

Dan.. rupa-rupanya citarasa pelanggan ni, mereka sukakan sesuatu yang lain dari yang lain. Dan lumrah wanita (kebanyakan pelanggan SK tentulah wanita) memang sukakan keindahan dan kecantikan dan wanita juga sukakan bunga, kan. Tidak hairanlah apabila limpahan tempahan yang SK terima setelah mengepos gambar cheese tart yang berbunga-bunga di fb. Ini disebabkan anaknda SK telah menyuarakan rasa rindunya dengan lorekan-lorekan SK di cheese tart. Jadi untuk menunaikan permintaannya, SK pun melorek kembali. kebetulan SK memang tak ada buat benda lain hari tu. Kemudian SK teringat pulak bunga-bunga deco SK yang masih berbaki dari hantaran perkahwinan adinda SK. Ada juga beberapa kawan baker yang meletak bunga atas cheese tart dan lorekan mereka lebih anggun. SK sangat kagum dengan mereka terutama sifu SK, Kak Azita Zain, SK rasa sangat terhutang budi dengan beliau sehingga bila-bila, terima kasih, ya Kak Ita. Saaaaaaaaaaaaaaayang Kak Ita!!

Bagi yang ingin cuba membuat sendiri, klik resepinya DI SINI ya.

Akhir kalam, salam sayang dari SK dari Tanah Jauhar...

p/s bukan Tanah Kubur ya.... :p

Thursday, August 29, 2013

DARI JENDELA DAPUR YANG ANTIK

 

ASSALAMUALAIKUM...


DAH beberapa hari rasanya SK menggantung kuali dan segala periuk. Menjerang air pun tidak. Kalau penting nak guna air panas, guna cerek elektrik jer. SK sebenarnya lebih suka jerang air di dapur gas tapi sebab air dalam peti sejuk masih banyak yang tak luak, jadi kalau nak minum air panas untuk seorang dua, memang macam tulah. Kalau tak, tak tahu mana nak simpan air masak banyak-banyak. Maklumlah, dapur besar sangat, hehehe. Kenapa SK tak masak??? Entahlah, rakyat jelata dalam rumah ni sibuk bebeno dengan urusan masing-masing nampaknya, huhuhu.
 
 

SK singgah di DAPUR JENDELA ni pada hari minggu lepas. Sebenarnya ini pertama kali SK pergi ke Dapur Jendela ni selama ni SK cuma dengar-dengar jer cerita kawan yang makan lempeng dan ubi rebus di sini. Haiiiiii, lempeng dengan ubi pun nak makan kat kedai ke, SK?? Haaa.. yang sebenarnya dalam rumah SK tu cuma SK seorang saja yang tahu makan ubi rebus, jadi memang tak berbaloi nak merebus ubi untuk makan seorang, hehehe.


Disebabkan masa SK sampai tu malam pun masih muda, jadi kedai memang masih tak berapa ramai pelanggan lagi. Oh, ya.. bagi yang belum tahu, lokasi DJ ni adalah di Bazar Karat, JB. Haaaa.. siapa orang luar yang datang JB, mesti wajib pergi Bazar Karat tau. Memang tempat yang paling 'happening' sekali, makin malam makin meriah!


 

Seperti kembali ke sekolah rendah bila melihat papan hijau yang tergantung di dinding DJ ni yang dituliskan menu DJ menggunakan kapur. Tapi, ada juga buku menu yang pada mulanya SK ingatkan buku cerita, konon-konon sementara tunggu makanan dihidang, bolehlah baca buku cerita tu.. membaca tukan jambatan ilmu :-)))) Rupa-rupanya ada menu yang ditampal dalam buku cerita tu, aiiii.. rasa macam jakun pulak SK ni, hehehe.




SK suka sangat melihat keunikan DJ ni sampai berpuluh-puluh keping gambar yang SK snap. Nasib baiklah orang tak ramai sangat, yang duduk di luar tu ramai jugak. DJ ni memang membahagikan ruang kedai kepada dua iaitu dalam dan luar. Kami pilih duduk di dalam, sejuk sikit sambil mengimbas kenangan silam.. hehe.


Entah kenapa SK jadi penamak sangat malam tu. Mula tu SK mintak lempeng.. lepas tu SK rasa macam tak boleh jadik, SK nak jugak makan ubi rebus. Jadi bila adik kedai tu hantar lempeng, SK mintak pulak lagi ubi rebus.. huhu.. mesti dalam hati dia cakap, patutlahhhhh kakak ni gemmmm..... (sila sambung sendirik). Iman mintak roti jala.. sebab apa tau, dia kan 'hantu' kari.. hihihihi. EP macam biasa makanan kesukaannya adalah mee hoon soto. Sedap jugak, boleh tahan tapi tetap tak boleh lawan SK ibu SK punya soto yang mabeles tu tau... Padan muka, akibat tamak balik tu faham-fahamlah apa yang jadik dengan perut SK ni, huhuhu.




Lempeng SK tu memang sedap sebab dia agak garing tapi lembut dan gebu cuma agak berminyak. Ubi rebusnya pulak, SK pelik kenapalah diletakkan margerin. Sudahnya SK yang biasa sayang nak buang-buang makanan ni terpaksa tak habiskan makan sebab rasa ubi tu melekit kat tekak. Kalau direbus macam biasa pun SK rasa dah cukup untuk menarik pelanggan datang lagi. Yang SK nampak, ramai pelanggan yang makan nasi kukus.. mungkin sedap kot (nampak macam pelanggan tetap) atau mungkin jugak mereka lapar, hahaha.
 
 

SK nak datang lagi tak??? Ehhhh, mestilah.. sebab SK suka dengan suasana di sini. Tapi kalau mintak lempeng atau ubi rebus, kena ingatkan awal-awal jangan boh margerin atau guna minyak yang banyak... Ok, bagi siapa yang nak datang sini, Sk cadangkan letak kereta di pejabat pos besar dan kemudian terus susur lorong ke bazar karat (dulu Bank Islam). DJ ada di sebelah kiri anda. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!!




Tuesday, August 27, 2013

TART SHELL... ADA SESIAPA NAK TOLONG TRIM?

ASSALAMUALAIKUM...


SK sibuk hari ini... Ada sesiapa yang nak tolong trim?? Upahnya sedozen cheese tart setiap sejam, hehehehe....
 

Monday, August 26, 2013

TIRAMISU 2

ASSALAMUALAIKUM...
 

DUA tiga hari ini cuaca di Tanah Jauhar agak panas dan berbahang. Tapi bagus jugak, kering garing kain baju SK di jemuran. Ranum-ranum bila diangkat dan dilipat. SK suka sangat. Entah kenapa sejak kebelakangan ini SK amat rajin melipat kain baju. Duluuuuu, inilah benda yang paling SK tak suka buat. Oh, ya.. SK suka lipat kain baju dalam bilik sekarang sambil layan filem seram, hehe. Baru-baru ini SK melipat sambil tengok filem adaptasi dari kisah benar, The Conjuring atau maksud dalam bahasa melayunya, 'Jelmaan'. Ramai yang kata, ini adalah filem seram orang putih yang terbaik sampai ramai yang meninggalkan panggung walaupun dah beli tiket mahal-mahal. Tapi, SK tengok sambil lipat kain, rasa agak kuranglah seramnya, ngelat ek. Bila ada babak yang seram giler, SK angkat kain tutup muka, hahaha.


Tiramisu ini SK buat pada hari Sabtu lepas. Ini merupakan kali kedua SK buat tiramisu menggunakan resepi dari Chef Hanieliza ini. Sebab apa SK suka guna resepi ini? Sebab ia merupakan resepi yang ringkas dan bahan-bahannya pun senang didapati. Pada mulanya SK nak gunakan kek swiss roll berperisa kopi seperti yang dianjurkan oleh chef tapi tak ada pulak di kedai. SK ni manalah pandai buat swiss roll. Jadi, SK masih menggunakan swiss roll berperisa coklat. Bagi mereka yang nak membuat jamuan hari raya, SK syorkan untuk menyediakan tiramisu ini sebagai pemanis mulut untuk tetamu dan ia boleh disediakan lebih awal sebelum kita memasak menu-menu yang lain.


TIRAMISU
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
1 gulung kek swiss roll kopi (SK guna perisa coklat)
250 gm keju cream [philadelphia]
150 ml yogurt asli (SK guna perisa strawberry 150gm/1 cwn)
1/2 cawan gula (SK kurangkan sedikit sebab yogurt dah manis)
1 biji lemon [ambil jusnya]
Sedikit Serbuk Nescafe

Larutan Agar-agar
1/4 cawan air (SK letak ½ cawan)
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan ratakan.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Friday, August 23, 2013

KEK KEDAI VS KEK BONDA

ASSALAMUALAIKUM...


"IBU, nanti hari jadik Indah, Indah tak nak kek yang ibu beli dekat kedai tau. Indah nak kek yang bonda buat je. Kalau ibu beli kat kedai, Indah tak nak potong," begitulah permintaan si kecil yang genap usianya 6 tahun semalam. Indah atau Nur Zahirah merupakan anak saudara SK di sebelah ibu yang paling bongsu, yang paling manja, yang paling mentel, yang paling gediks, gitewwwwww... hihihi. Lalu permintaan si anak saudara disampaikan kepada bonda. Terharu sungguhlah hati bonda mendengar permintaan Indah, budak yang baru berusia 6 tahun tak mahu kek yang dibeli di kedai tapi nak kek yang dibuat oleh bonda, padahal pada pendapat SK, kek kedai 100 kali lebih cun dari kek bonda ni.
 

"Boleh tak buatkan?" Tanya Angah, ibu Indah sehari sebelum hari jadi Indah. SK angguk. SK rasa ok, memang boleh buat. Petang tu SK terus ke kedai beli papan kek dan kotak. Haiiiiiii, SK tahu dekat rumah SK ada papan kek dan kotak tapi SK tak ingat saiz berapa. Jadi yang paling selamat beli yang lain. Setiap kali memang macam tu, haha. SK juga beli edible image gambar gadis muslimah dan sebiji lilin nombor 6. Sampai taman di rumah SK, singgah pulak ke kedai membeli coklat M&M. Semangat betul rasanya nak buat kek untuk Indah. Tapi, sepanjang jalan pulang SK berfikir, esok tu SK kerja, mana pulak SK nak simpan kek Indah yang dah bersalut krim atau ganache. Nak patah balik ambil kat rumah memang sempat tapi SK ada tempahan yang perlu disiapkan malam esoknya nanti lambat pulak kerja SK siap.  Nak bawa siap-siap ke pejabat... urmmmm.. ish.. tak boleh jadik ni.
 

Sudahnya, edible image dan coklat M&M tu SK bawa togel-togel ke pejabat esoknya. Petang tu, SK terus pergi ke kedai kek Sutera Rasa dekat dengan pejabat Encik Panglima. SK meninjau kek di ruang pameran. "Adik, ada kek yang kosong tak? Yang cuma krim aje atasnya?" Pekerja kedai menggeleng kepala. "Tak ada, tu jer yang ada." SK merenung lagi kek satu persatu. Banyaknya pilihan, tapi semua dah berbunga-bunga dan berumput-rumput siap dengan tiang golnya.. hehe. Akhirnya, SK pilih satu yang agak kosong, mungkin untuk diletakkan tulisan di tengahnya.
 

"Boleh tolong tampal???" SK terus keluarkan edible image yang SK bawa. Terkejut adik tu. Haaa.. ni kalau SK keluarkan coklat M&M mesti dia terus pitam. Terkial-kial dia menampal, "Laaaaaaa.. tak pernah buat ke?" Tanya SK. Dia geleng kepala. SK terus tampal sendiri sambil bertanya, "pernah tak jumpa customer macam akak ni??" Dia geleng-geleng kepala, hahahaha.. nasib.. nasib... SK tak jadi letak coklat M&M tu depan dia. SK buat sendiri dalam kereta masa tunggu Iman balik sekolah agama. Cun jugak! Memang sebiji macam kek buat sendiri.. hahahaha.
 

Suka betul Indah bila tengok kek yang 'dibuat' bondanya itu di kedai. Alahaiiiii Indah, maaf zahir batinlah ya, Indah... huhuhu. Bonda doakan semoga Indah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, diterangkan hati dan semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan berbahagia di akhirat sana, Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin.

 




 

Tuesday, August 20, 2013

UDANG TEMPOYAK UNTUK SK

ASSALAMUALAIKUM...


UDANG masak lemak.. bukan cili padi tapi cili giling yang memang sentiasa ada dalam peti ais SK. SK memang sentiasa sediakan stok cili giling siap bawang bagi memudahkan kerja memasak. Iman Fatiha tak sudah-sudah bertanya, kenapa bonda punya kuah warna lain, selalukan warna kuning. SK cakap SK guna cili merah, selalu SK guna cili hijau.. hihihi. SK malas sangat sebenarnya nak masak tapi sebab ada orang yang nak sangat makan udang dan ada orang yang nak sangat makan lauk lemak jadi SK campak jerlah cili giling, asam keping, garam dan santan dalam kuali. SK hiris halia seinci, serai pulak rupanya tak ada... urmmm. Nak bagi pedas, SK tambah dua tiga biji hirisan cili padi. Lepas tu, SK teringat ada tempoyak dalam peti ais, teringin pulak nak rasa masak lemak udang letak tempoyak. Jadi, SK asingkan tiga ekor udang dalam mangkuk lain sebab orang lain tak makan tempoyak... ish.. ish.. ishhhh.. sedap betullllllllll!! Rugi siapa tak makan tempoyak tauuuuuuuu....

;-))))))))

MESIN TART YANG AMAT PRAKTIKAL

ASSALAMUALAIKUM...


PEJAM mata... apabila Seri Kandi mengambil keputusan untuk membeli mesin tekan untuk crust tart SK ni. Pendek kata, tiada istilah raya sakan pada raya yang lepas walaupun SK tak menang tangan melayan tempahan kerana keuntungan yang SK dapat dilaburkan untuk robot yang satu ini.. huwa! huwa! huwa! Tapi bila dah menggunakan mesin ini memanglah sangat berbaloi-baloi tambah lagi bila anaknda SK jadi operator mesin ni. Jadi tugas SK adalah cuma meratakan tebing crust. Sekali tekan lima keluar, sekali tekan lima keluar. Sekarang target SK adalah untuk mendapatkan kembali dulu modal mesin tekan ni. Tempahan pun dah banyak yang masuk dan pengeluaran pun agak laju dengan adanya mesin ni. Lima enam adunan pun dah tak ada hal lagi.. :-)))))
  
didapati dengan lima lubang

balut plastik pada penekan doh.. dicadangkan guna plastik yang lebih nipis

masukkan adunan dalam acuan dan masukkan acuan dalam lubang

tekan

tekan sampai batang putih tu menyentuh permukaan mesin

tak tahu kenapa gambar ni kena tengok sambil baring.. hehe

adunan akan melekat pada penekan, tarik keluar.. maaflah, bila dah pegang tu SK terus lupa nak sambung ambil gambar.. huhu
Berminat untuk mendapatkan mesin ini?? Bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com

gambar raya SK di Kedah.. perasan tak kami pakai baju raya tahun lepas.. SK memang tak ada hati nak pakai baju baru sebab memikir takut tempahan tak siap.. huhuhu
p/s : Ada seorang lagi tauke dah dapatkan mesin ini, siapakah dia????

update : Atas permintaan, SK dahpun snap gambar adunan yang dikeluarkan dari mould, jangan terkejut sebab warna plastik dah bertukar pulak sebab ini di waktu yang lain, harap semua berpuas hati ya..





Friday, August 16, 2013

DURIAN GORENG

ASSALAMUALAIKUM...


TERSENYUM lebar Seri Kandi bila panglima SK membawa pulang sekarung durian baru-baru ini. YB belanja katanya. Wahhhhhhh!! SK terus terbayang nak buat durian goreng seperti yang disediakan chef di Hotel Paragon yang SK ceritakan baru-baru ini. Dan SK juga teringin sangat nak menyediakan sebiji kek durian dengan menggunakan resepi dari blogger tersohor yang resepi-resepinya dibukukan baru-baru ini.


Jom tengok bagaimana menyediakan durian goreng yang mudah ini. SK tunjukkan secara bergambar ya..


Yang pertama.. tentulah kena kopek durian tu dulu. Keluarkan setiap ulas durian dan asingkan biji dan isinya.


Masukkan isi durian dalam satu plastik. Balutkan secara memanjang atau boleh juga mengikut sesuka hati anda. Nak bulat-bulatkan pun boleh tapi yang paling mudah macam cara SK nilah rasanya.


Bekukan ia dalam peti ais.


Setelah beku, keluarkan dari bungkusan dan potong-potong isi durian yang telah beku. Simpan semula dalam peti ais (peti beku)


Sediakan batter :

Bahan-bahan :
  • 6 sb tepung beras
  • 3 sb tepung gandum
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 1/2 cawan susu kotak
  • sedikit garam
  • 1/3 sk baking powder
  • air secukupnya
  • 1 sb minyak jagung (minyak masak pun boleh)
Caranya :
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung. Gaul rata menggunakan jari.
  2. Tambahkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi bancuhan yang pekat.
  3. Masukkan minyak jagung, gaul rata.
SK memang suka agak garing kat bahagian batter tu... :-))))))
Kemudian, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. keluarkan durian beku yang telah dipotong-potong tadi. Celup dalam batter dan goreng terendam atau balikkan sehingga kuning keemasan. SK pulak suka goreng garing sikit... Sedapppppppppp!!

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...