MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, December 31, 2015

FILEM I.. BEST JUGAK FILEM TAMIL NI RUPANYA

Assalamualaikum...

SIAPA selalu buka saluran Astro 201 dan 202 tentu peminat filem tamil kan. Samalah macam di rumah Sk ni. Hampir tiap malam ER akan buka dua saluran tu.. kalau tak 201.. 202.. sampai Sk naik bosan. Kadang-kadang Sk join jugak tapi lebih banyak tak joinlah.. menyampah.. banyak sangat berjogetnya.. hahaha.

Eh, ramai yang ingat ER ni india ke? Dahlah rupa macam Rajnikanth suka pula tengok cerita tamil kan. Yang sebenarnya arwah bapa mertua Sk dulu kerani estet, jadi katanya kalau di estet tu memang ramai-ramai berkumpul suka pasang filem tamil tulah yang sampai sekarang sehari tak tengok filem tamil macam nak demam dibuatnya.. kekekeke.

Entah macam mana, malam kelmarin, masa Sk duduk-duduk layan semakfon di ruang tamu, Sk tertarik melihat satu watak seram yang muncul di kaca tv. Tahulah Sk nikan peminat kisah thriller mistik ni. Terus Sk tanya ER, cerita hantu ke ni? Dia kata tengoklah. Terus Sk join lepak atas beanbag.. siap ada dua beanbag bentang macam tilam.. hehehe. Macam tengok wayang first class tau cuma tak tutup lampu je.. wakakaka.


Haaaa.. inilah makhluk misteri yang telah berjaya membuatkan Sk terpaku di kaca tv. Cerita ni pernah main di astro mungkin masa tu Sk sibuk dengan kerja lain sampai tak perasan. Siapa yang belum tengok dan nak tengok kalau suka suspens silalah pangkah cepat entry ni ya sebab Sk nak kepochi sikit nak cerita apa yang berlaku dalam filem I ni.

Cerita bermula apabila makhluk ini menculik bakal pengantin perempuan di majlis perkahwinannya. Lepas tu.. barulah ditunjukkan babak-babak imbas semula apa yang berlaku sehingga memaksa dia menculik bakal pengantin tersebut.

Sebenarnya, makluk yang aneh dan menakutkan ni nama asalnya Lingasen atau dipanggil Lee. Lee ni merupakan seorang ahli bina badan yang bercita-cita untuk menjadi Mr India atau jaguh bina badan terkemuka tanah air. Lee ni digambarkan sebagai seorang yang lucu walaupun badan berketul-ketul dalam hati ada taman. Dia sangat meminati seorang model yang cantik rupawan bernama Diya. Lee juga mempunyai musuh yang cemburu dengan kejayaannya dalam bidang bina badan apabila memenangi Mr Tamil Nadu.. nama siapa lupa.. hehehe.


Haaaa.. inilah Diya, seorang model yang amat terkenal. Punyalah minat sehinggakan Lingasen membeli semua produk yang diiklankan oleh Diya. Tahu sajalah kalau model perempuan, barang-barang orang perempuanlah sampai maknya pun tak boleh nak kata apa.


Suatu hari, Lee telah pergi ke satu penggambaran iklan yang dibintangi Diya bersama seorang model lelaki bernama John yang playboy dan berpengaruh. Di situ Lee telah berkenalan dengan Diya dan Diya melayannya dengan baik. Walaupun seorang model, Diya menjaga maruahnya walaupun selalu digoda John. Keluarga Diya pula kenal rapat dengan seorang doktor yang berpengaruh.. lupa apa nama doktor tu. Jadi, doktor ni telah memberi amaran kepada John supaya jangan mengganggu Diya. Doktor ni juga merupakan ahli gim di tempat Lee.. kiranya hubungan doktor dan Lee memang agak rapat laaa.

Satu hari, John telah memberi kata dua kepada Diya iaitu menerima pelawaannya atau kerjaya Diya  akan musnah. Diya tetap dengan keputusannya dan dengan pengaruh John, watak gadis iklan yang sepatutnya milik Diya telah digantikan dengan model lain.

Diya berjumpa dengan agensi pengiklanannya dan memujuk supaya ia diterima kembali untuk satu iklan minyak wangi jenama I yang akan dibuat di China. Pujuk punya pujuk, agensi tu (Maya) setuju.. tapi dia kata kalau 'datuk' yang punya saham dalam iklan (belasah je tak pasti apa watak orang tua dalam penyiaran iklan-iklan ni) tu tak suka dengan iklan tu maknanya Diya kena jugak tarik diri.

Dalam masa yang sama.. (tak ingat mana satu dulu).. Diya teringatkan Lingasen yang sangat suka pada dia tu.. jadi Diya menawarkan Lee untuk jadi model lelaki dalam iklan minyak wangi tu. Seorang jejaka lembut bernama Osam pula diupah Diya  untuk mengubah penampilan Lingasen.

Walaupun masa tu, Lingasen sepatutnya menyertai satu pertandingan yang penting selepas memenangi Mr Tamil Nadu namun dia berkorban demi Diya. Ni sebab dia sukaaaaa sangat dengan Diya sebagai peminatlah bukan sebab cinta atau sebagainya. Akhirnya mereka berdua pun melakukan penggambaran di China tapi asyik kena marah je dengan pengarah sebab Lingasen tak pandai berlakon.. hahaha. Masa ni Lingasen dah hensem nak mampuih laaa.. boleh putih melepaklah pulak hasil usaha Osam merubah penampilannya. Bila pakai rayban tak ubah macam Hitrik Roshan tau.


Lalu si pengarah nipun suruhlah Diya berpura-pura cintakan Lee. Pengarah tu kata, cuma dengan cara tu Lee boleh 'ambil feeling' berlakon iklan tu. Pada mulanya Diya tak mahu  tapi terpaksa sebab tak nak kerjayanya musnah. Oleh kerana percaya yang Diya cintakan dia, Lee pun suka sangat sehingga mampu menjiwai watak-watak dalam iklan yang dilakonkannya. Lepas tu barulah Lee tahu yang Diya pura-pura je suka pada dia.. Lee kecewa dan sedih selepas tahu dipergunakan, Diya pulak rasa bersalah. Diya minta maaf dengan Lee dan dengan mudah dia dimaafkan kerana Lee ni memang ikhlas minat pada Diya. John pulak punyalah sakit hati, diupahnya orang di China simbah asid ke muka Lee nasib tak kena. 

Lalu terjadilah pertarungan-pertarungan hebat seperti kebiasaan filem tamil.. tentulah hero menang kan.. Diya menyaksikan pertarungan tu.. disebabkan dia bimbang tengok Lee bertarung.. barulah dia sedar yang dia sudah mula sukakan Lee. Akhirnya mereka menjadi pasangan yang terkenal dalam dunia pengiklanan. John pula terpaksa berlakon dalam iklan murah-murah je.. huhuhu.

Dalam masa yang sama, Osam pun cuba memikat Lee namun tidak dilayan menyebabkan jejaka lembut tersebut turut berdendam dengan Lee.

Satu hari tu, Lingasen ditawarkan berlakon dalam satu iklan minuman (tak silap) jenama Ice. Namun Lee menolak sebab katanya Ice ni tak baik untuk kesihatan dan Lee tak mahu bersubahat. Ini menyebabkan penerbit iklan (datuk) tu marah. Keputusan Lee pula menyebabkan saham perniagaan 'datuk' tersebut jatuh meredum manakala Lingasen menjadi semakin terkenal. Akhirnya, Lingasen dan Diya membuat keputusan untuk berkahwin. Malangnya di minggu-minggu akhir majlis perkahwinan mereka Lee telah diculik di mana penculikan itu telah dirancang oleh John, Osam dan 'datuk' tu dibantu oleh musuh dia dalam sukan bina badan.

Lingasen dibelasah separuh mati oleh musuh lamanya dan John. Bila dia sedar, dia dah berada di tempat terakhir sebelum dia diculik. Dalam mamai-mamai Lingasen balik ke rumah dan membersihkan diri masa tu dia perasan ada kesan cucukan di lengan tapi dia ingatkan tak ada apa-apa.

Lepas tu bila dia sikat rambut, rambutnya tanggal. Bukan gugur tapi tanggal sejemput. Sikat tempat lain pun tanggal sejemput. Bila berus gigi, satu gigi Lee pulak tanggal. Lee juga perasan ada benjolan pelik pada kepalanya. Dia pun jumpa doktor yang baik dengan dia tu. Doktor tu buat ujian didapati Lee terkena jangkitan yang menyebabkan dia menjadi tua. Keadaan Lee semakin parah sehingga memaksa dia bersembunyi dari Diya. Cuma seorang kawan baiknya dan doktor tu sahaja yang tahu keadaan Lee. Akhirnya Lee membuat keputusan membakar satu mayat yang tidak dituntut sebagai dirinya. Jadi, Lee dianggap telah mati.

Ibu Diya mula memaksa Diya untuk berkahwin. Pilih punya pilih pengganti Lee akhirnya ibu Diya memilih doktor (kawan Lee). Mulanya doktor tu tak nak tapi Lee pujuk supaya dia berkahwin dengan Diya kerana Lee percaya, doktor tu sahaja yang mampu menjaga Diya dengan baik.

Oh, ya! Sebelum tu, Lee ni cuba membunuh diri namun dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital. Masa ni ada doktor veteran yang merawat Lee dan doktor tu syak tentang penyakit misteri Lee, dia pun siasat ambil contoh darah semua dan akhirnya dia dapat kesan yang Lee sebenarnya telah teraniaya. Bila dia nak bagitahu pada Lee, dia diberitahu yang Lee dah mati, hampalah doktor veteran tu kerana tak mampu menolong Lee. 

Masa ni Sk terfikir macam mana doktor yang tua tu boleh lebih pandai dari doktor sorang lagi (kawan Lee). Tapi agaknya pasal dia lagi banyak pengalaman kot, fikir Sk lagi.. hihi.

Satu hari tukan, masa Lee terhendap-hendap kat majlis pertunangan Diya ke majlis apa.. tak ingat pulak, doktor veteran tu ternampak Lee dan dia mengejar Lee. Mulanya Lee lari tapi bila doktor veteran tu jerit.. "Lee.. kau kena virus yang dicucuk dalam badan kau" barulah dia berhenti dan doktor tu pun cerita yang Lee ni disuntik dengan virus Influenza H2N2 (hahaha.. sorry kalau salah). Tulah yang dapat tajuk I tu.


Jadi, Lee pun terus teringat kesan cucukan kat lengan dia selepas dibelasah John dan musuh dia tu. Dia pun cari musuh-musuh dia tu rupanya semua tu bersekongkol iaitu Osam, John, 'datuk' dan musuh dia dalam bina badan tu. Tengah dia mengamuk-ngamuk tetiba keluarlah satu insan yang paling dipercayainya yang menjadi dalang sebenar bagaimana Lee mendapat virus I.

Siapa?????

BERCUTI DI GRAND RIVERVIEW KOTA BHARU

Assalamualaikum...

INI kali ketiga Sk sekeluarga bercuti ke Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Negeri Kelantan Darul Naim. Dan ini merupakan kali kedua ER memilih untuk menginap di Hotel Grand Riverview ini. Alhamdulillah, walaupun hujung-hujung tahun ni biasanya musim hujan namun percutian kami berjalan lancar. Tiga hari di negeri Serambi Mekah ini cuaca agak baik cuma hujan turun lebat pada malam pertama di sini dan di sebelah pagi hari kedua semasa sarapan.. Alhamdulillah.


Kali kedua kami datang dulu, hotel ini sedang ditambah baik. Hotel ini sering menjadi pilihan mereka yang datang ke Kota Bharu kerana kedudukannya yang strategik dan lagi dekat sangat dengan Pasar Siti Khadijah. Cuma kali ni kami tidak jejak langsung ke pasar tersebut.. haiiii.. rasa macam tak lengkap jer percutian ke Kota Bharu kalau tak ke situkan.
(Image hotel dari google)
Masuk sahaja ke bilik, kami disapa dengan warna merah menyala.. haaaa.. mahu tak terkejut dibuatnya. Kalau biasanya bilik hotel menonjolkan warna-warna alam yang ni merah.. kalau lembu masuk terus pengsan. Kelainan yang ditonjolkan membuatkan kami rasa teruja sangat selepas terperanjat tu.. hahaha.


Kemasan hotel juga lebih baik dan bercitarasa mewah berbanding sebelum ini. Semua kemudahan lengkap termasuk peralatan untuk menggosok pakaian.


Bilik mandi yang mewah serta anggun dengan set mandian yang wangi dan ceria.

Kalau rasa nak berendam dalam tub pun boleh tapi Sk tak sempatlah.. banyak agenda.. hahahha.

Nak buat kopi pun tak sempat tau. Dan yang bestnya di GRV ni.. semua snack dan minuman ringan diberi secara percuma. 


Malam pertama di Kota Bharu, kami singgah makan di Yati Ayam Percik yang terkenal di sini. Pilihan Sk.. nasi kerabu. Tapi tak rupa nasi kerabu sebab dia guna nasi putih biasa tu dan dihidang bersama ulam yang dimayang halus.


Semestinya.. ayam percik. Kali kedua kami datang dulu, kecewa sebab ayam percik dah habis. Kali ni sengaja order lebih.. sengaja nak makan banyak-banyak.. hahha. 
Dalam mangkuk besi tu, gulai kawah. Sejuk selap sampai kuahnya agak membeku.. kembang tekak dibuatnya.. kami ambil dagingnya sahaja kuah memang takde siapa mahu.


Sarapan hari pertama di GRV cafe. Banyak juga pilihannya dan banyak jugalah yang masuk ke perut Sk ni.. hahahha. 


Masa ni GRV ada buat pameran watak-watak Disney kot.. jadi ada replika rumah Hansel dan Gretel (cemana eja.. hantam sajalaaa)


Binaan replika ni dibuat daripada tepung yang dibakar. Siap boleh korek-korek lagi.. hahaha.


Lepas sarapan, kami terus ke Rantau Panjang. Yang femes di sini.. tentulah ais krim kelapa.. sedapppp.


Tak sah juga kalau tak makan mee celup. Tapi rasanya sedap lagi mee celup yang selalu kami makan di Restoran Sayang Impian di JB.


Balik dari Rantau Panjang terus ke Pengkalan Kubur. Rasanya Sk lebih suka shopping di Pengkalan Kubur berbanding Rantau Panjang walaupun sama sahaja barang yang dijual tapi bagi Sk di Pengkalan Kubur lebih mudah untuk kita membeli-belah.

Lepas tu kononnya nak pergi minum Teh Tarik Madu Pak Mat.. tapi dah tutup daaaa... 


Nampak gerai jual ABC kelapa ni.. amboiii.. masing-masing terus minta sorang satu. Haus sangatlah tuuuu.


Ternampak pulak papan tanda Pantai Cahaya Bulan.. terus tuju ke sana. Meriah sungguh PCB ni.. rupanya ada banyak gerai makanan dan ada teh tarik madu juga tapi kami dah kenyang makan popia ketam di gerai ABC tadi.


Terleka sebentar melihat ombak menghempas pantai. Dah puas menikmati angin pantai kami balik le hotel untuk membersih diri.


Alhamdulillah.. sarapan hari kedua dapat pekena makanan Kelantan kegemaran Sk dan Iman, laksam. 


Tertinggal gambar makan malam hari kedua.. huhu. Ini tak ingat di mana. Dah penat pusing cari daging bakar dan sup keting.. banyak yang tutup di sebelah malam rupanya.


Sarapan hari kedua sebelum bertolak balik ke Johor Bahru. Tapi entah kenapa rasa macam hati tertinggal di sana ya???

Tuesday, December 29, 2015

WARUNG GULAI AYAM KAMPUNG CIK ANI

Assalamualaikum...

BELUM pun habis lagi kisah cuti-cuti ke utara, hari ini Sk nak mengelat sedikit, hihihi.. kita beralih ke Pantai Timur sekejap.. boleh ke? Bolehlah ya.. iklan kununnya.

Sebenarnya, sejak beberapa bulan lepas, ER sibuk mengajak  Sk ke Kelantan. ER kan suka travel.. long distance sambil JJCM. Jadi, selepas tamat misi utara, nak pergi belah Pantai Timur sebelum sibuk dengan segala tugasan menjelang 2016. Tambahan tahun 2016 nanti, aktiviti melencong terpaksa dikurangkan kerana Iman akan menghadapi PT3.. jadi kita layankan aje. Selagi tak dilayan, selagi tu dia mengaji je kat telinga ni.. jom pi Kelantan.. jom pi Kelantan.. gitewww.

Dalam perjalanan ke Kelantan, adik Sk yang bermertuakan orang Ganu beritahu melalui whatsapp, berhampiran dengan kampung mertuanya ada satu kampung, namanya Kampung Bintang. Di Kampung Bintang ni ada satu warung beratap rumbia dan berkerusi meja buluh yang menghidangkan masakan ayam kampung dan gulai itik serati yang enak, dibuka dari pagi hingga tengahari sahaja. Memandangkan kami lalu di situ pun dah petang, jadi memang tiada rezeki, namun hati teruja bila tengok warung berkonsepkan alam semulajadi itu. Lalu kami pasang niat, balik dari Kelantan nanti, kalau kena timing bolehlah singgah :)))

Alhamdulillah, kata orang tu dah rezekikan. Dalam perjalanan pulang dari Kelantan tu Sk ni tertidur.. punyalah penat jadi co-pilot kan.. hahha. Tak boleh harap betul. Entah macam mana, Sk boleh tersedar. Sebaik buka mata terus terpampang papan tanda Kampung Bintang depan mata.. phewwww. Nasib baik. Jom singgah!


Nama warung ni Warung Gulai Ayam Kampung Cik Ani terletak di Kampung Bintang, Setiu, Terengganu. Kalau anda datang dari arah Kuala Terengganu, anda akan jumpa  Agro Resort Setiu dahulu dan lepas tu jumpa Kampung Bintang ni, warung berada di sebelah kanan. Kalau anda dari arah Kota Bharu, warung berada di sebelah kiri.


Terdapat pondok di sebelah luar atau anda boleh memilih makan di dalam warung. Yang bestnya di sini, boleh dikatakan 90 peratus binaannya adalah dari bahan semulajadi sehinggakan terasa sejuk sahaja di dalam warung walaupun hakikatnya cuaca di luar panas berdenting.


Antara masakan yang boleh didapati disini ialah semestinya masakan berasaskan ayam kampung seperti gulai ayam kampung dan ayam kampung goreng. Ayam kampung goreng pula digoreng panas-panas bersama potongan bawang. Yang ni bila kita minta baru dia goreng.. taklah dapat ayam keras kejung.. haha. Selain tu yang popular di sini adalah gulai itik serati. 


Bagi yang tak makan ayam, ada juga masakan sotong, daging dan telur. Nyum.. nyummmm.


Biasanya kalau anggota rombongan tu ramai, pekedai ni cadangkan makanan berhidang. Haaaa... tulah lauk pilihan kami. Gulai ayam kampung, sotong goreng kunyit dan daging masak kicap. Ada air kelapa yang sungguh pior.. sangat terasa tau. Sambal belacan tu meletops pedas tapi masha Allah.. sedap sungguhlaaaa.


Lapar sangat dah ni.. hahaha. Tapi nak tunggu ayam goreng.. ayam goreng.


Satu lagi keunikan di sini, nasinya dihidang di atas nyiru. Sk rasa kalau dialas dengan daun pisang lagi klasik kannnn.


Yeyyyy! Dah sampai ayam goreng panas-panas. 
Walaupun cuma diperap dengan garam dan kunyit tapi sedap tambah lagi daging ayam kampung yang begitu empuk.. sehingga menjilat jari.. huhu.


Dah.. dah.. jom balikkkkk!

Tuesday, December 22, 2015

MELAWAT MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Assalamualaikum...
 
Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai Sungai Batu, proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.

Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

Sumber
 
 
Alhamdulillah, baru-baru ini Sk berpeluang pergi ke Lembah Bujang dan melihat sendiri tapak candi yang Sk belajar dalam subjek Sejarah masa sekolah dulu. Walaupun candi yang asal telah tiada kecuali satu sahaja candi dari tapak yang asal, namun usaha kerajaan Kedah untuk membina Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini harus dipuji. Anak Sk sendiri pun rupanya belum lagi belajar tentang sejarah candi di Lembah Bujang ini.
 
 
Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terletak di Merbok, Kedah. Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad atau pada setiap hari sebenarnya dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan cuma ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja.
 
 
Walaupun muzium tu dibuka sehingga pukul 5 sahaja, tetapi kawasan persekitaran ini terbuka.. ada air terjun yang lembah yang sangat landai. Ternganga Sk sekejap melihat keindahan di Lembah Bujang ni. Kalau ada baju lebih, nak saja rasanya berendam di dalam air yang pastinya dingin, maklumlah air dari pergunungan.
 

 
Beberapa orang pengunjung dilihat sedang mandi-manda atau bahasa yang tepat bermain air terjun di sini. Sk rasa kebanyakannya adalah penduduk tempatan. Kalau orang luar macam Sk ni memang tak tahu ada air terjun di sini. Pengunjung tidak dibenarkan berada di sini selepas jam 7 malam untuk keselamatan.
 


 
Ibu dan anak menari tango. Bapak tersenyum berangan apa pun tak tahu.. hahaha.
 


 
Selepas meninjau-ninjau air terjun kami pun masuk ke dalam muzium. Jom!
 
 
Sunyi sahaja kawasan ni. Mungkin kurang promosi atau tempatnya yang terletak di pedalaman membuatkan ramai yang berkira untuk ke mari.
 
 
Gambaran Kerajaan Tua Kedah.
Sk ambil banyak sangat gambar.. meh tengok dan letak caption sendiri ya.. hihi.
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
Kepala tangga yang dijumpai di Lembah Bujang.
 
 
Gambaran tangga menggunakan kepala tangga di atas.
 
 
 
 
 
 
 
 
Pasu-pasu yang ditemui di Lembah Bujang
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Terdapat empat buah candi yang dibina di dalam kawasan muzium ini dan salah satunya adalah tapak candi dan candi yang asal. Tak silap Sk, Candi Batu Pahat. Sk cuma mampu melawat sampai Candi Pendiat sahaja disebabkan hari pun dah petang dan tak larat nak daki tangga tu.. amboiii.. sayang bebeno lemak tu ya Sk.
 
 
 
 
 
 
  

Mari baca Sejarah Awal Lembah Bujang DI SINI

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...