SAMBAL UDANG PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

Entry ini adalah sekuel kepada Wordless Wednesday 2 semalam...


ADA yang tanya berapa harga sekilo udang semalam tu? Mana jumpa? Kalau nak tahu udang tu kami jumpa di Pasar Endau, Mersing. Memang gatal kaki nak ke Endau semata-mata mencari lauk yang murah dan segar. Kalau dah jauh-jauh tu murah ke ya campur dengan duit minyak lagi.. penat lagi.. hihi. Sebenarnya kepuasan tu yang penting. ER memang suka memandu jauh-jauh semata-mata untuk mendapatkan kepuasan macam ni. Itu minat dia. Kalau orang lain mungkin ada yang sanggup membayar beratus ringgit untuk menyewa bot pergi memancing di laut tetapi tidak ER. Baginya memancing di pasar macam melepaskan gian. Dapat udang besar dengan harga dua tiga kali lebih murah dari harga pasaran sudah mampu membuatkan dia bahagia... huhuhu.

RM60 sekilo.. ada sesiapa yang lebih arif murah atau mahal? Sk sendiri pada mulanya memang agak terkujat jugaklah. Tapi kalau lihat pada saiz udang tu kalau di Johor Bahru memang tak dapat harga tu apalagi nak jumpa di pasar. Biasanya udang-udang besar macam ni sudah terlebih dahulu ditempah oleh tauke-tauke restoran. ER tanya Sk... nak tak? Sk angkat bahu.. tak berani buat keputusan. Siapa tak geram tengok udang lebar macam tukan... "Pakcik.. saya nak pinjam udang pakcik ni ambil gambar boleh?" "Boleh... boleh..." lantas terus dikeluarkan udang tu dari beg plastik yang diletakkan dalam kotak polisterin yang berisikan air ais.... "jom udang.. kita posing... muahahaha.. "

ER tanya lagi, nak beli tak? Melihat air muka yang penuh pengharapan tu Sk tanya balik, "Nak ke??" Laju-laju ER mengangguk. Lepas Sk bagi 'green light' cepat-cepat dia terus suruh pakcik tu timbang. Padahal dia yang bayar.. nak tunggu lampu hijau dari  Sk jugak... ishhh... rasa macam menteri kewangan pulak... kakaka. Ialah, dah alang-alang sampai tukan... duit boleh cari... insyaAllah.


KALAU ada udang.. apalagi yang lebih sedap selain Sambal Petai. Resepi yang entah berapa kali ulang.. dah banyak kali Sk tulis di sini. Tahyah tulis lagilah ya. Sk rasa ramai yang pandai masak.. ala.. setakat sambal tumis jerpun lepas tu boh petai. Syarat sambal tumis udang petai yang sedap rasanya mesti cukup pedas, masam, masin, manisnya. Jangan letak gula banyak-banyak pulak ya.. cukup manis-manis sambal. Ada juga orang yang tak suka letak gula, terpulang kepada citarasa masing-masing. Jom makan!! Sekor jerpun dah kenyang... burpppp! Alhamdulillah.


Sk masak mengikut resepi Sambal Udang Puteri DI SINI



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh... udang besar semalam itulah yg jadi sambal petai.
    Sedap ni SK. puas makan!

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal udang petai... btw done follow u dear #800, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  3. Eh...murah tu kak oiii....kalau kat pasar biasa, mau terus meledak beratus

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!