BIRTHDAY DINNER DI CATHAY RESTAURANT, COUNTRY GARDEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...
 
ALHAMDULILLAH... Semalam.. akhirnya Sk telahpun menjejak ke usia 40-an. Ramai orang berkata, wanita di usia 40-an tidak lagi mengancam sebaliknya pula mereka rasa terancam.. eh! Ada jugak yang kata, wanita di usia 40-an, perangainya jadi macam-macam dan menjadi lebih sensitif. Suka marah-marah dan suka berleter. Errrr.. rasanya perangai suka berleter tu memang sejak azali kot.. hahaha.
 
Bagi meraikan ulangtahun kelahiran Sk kali ini macam biasa Encik Rizar kenalah belanja makan besar sikit.. ya tak? Kalau masa hari lahir ER tempohari, Sk memberi peluang untuk beliau memilih tempat namun kali ini Sk tidak diberi mandat untuk memilih. Oh, ini sungguh tidak adil kannn. Tak apalah.. jomlah kita ikut ke mana dia hendak bawa kita.
 
 
Bila dua hati menjadi satu.. maka inilah yang terhasil. Budak tembam comey loteh.. hahaha.
Okey, rupanya ER teringin beno nak mencuba di sebuah Chinese Restaurant yang terletak di Country Garden, Danga Bay. Cathay Restaurant ini biasa menjadi tumpuan untuk bos-bos membelanja staf mereka dan juga bagi meraikan majlis perkahwinan. Jadi hari ini Pak Inche katanya nak belanja tukang kemas rumah, tukang masak, tukang cuci baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, gosok baju, tukang hantar anak ke sekolah dan segala jenis tukang ni di sini... hahaha.
 
 
Kerlasss sungguh layanan yang diterima di sini sampai berdebar-debar Sk dibuatnya. 
Semua pinggan, mangkuk, sudu, kayu penyepit, garfu dan gelas di susun dengan begitu tertib di atas meja. Dalam gambar ni ada yang telah diangkat dan dipindahkan. Jadi perkakas yang ditinggalkan adalah mengikut kesesuaian masakan yang kita minta.
 
 
Pembuka selera.. minta semangkuk kecil sahaja untuk ER. Dah lama dia tak makan katanya 'Sharks Fin Soup' ini. Sk dengan Iman memang tak berapa suka jamah pun tak mo.. makanlah bahhh..
 
 
 
Special Beancurd.. yang sungguh sedappppp!
Sepinggan ni RM16.. berbaloi sebab sedap giler! Hehehe. Sk bagi 5 bintang!!
 
 
Pinggan siap deco-deco.. lawakan. Ini ialah Salted Egg Yellow Squid atau Sotong Telur Masin. Yang dah biasa dengan Sk tentu tahu ini adalah masakan feberet Sk.
 
 
Meh tengok dekat-dekat. Sedappp tapi sotongnya agak liat. Mungkin sotong digoreng terlalu lama atau memang sotong tu kurang segar. Hidangan saiz S tapi agak banyak cukup untuk 4 hingga 5 orang makan sebenarnya, harganya baru RM30. Potong satu bintang sebab liat.. haha.
 
 
Deep Fried Chicken Chop With Thai Style katanya. Staf restoran rekomen ambil ini bila kami nak minta Chicken Lemon tapi tak ada.  Meh tengok dari dekat baru puas hati..
 
 
Ayam digoreng rangup dan dihidangkan bersama kerabu timun ala Thai. Masakan dua dalam satu yang memang best sebab ada ayam goreng dan kerabu timun yang sangat sedap. Rasanya sebiji macam kerabu mangga tau sampai kita terlupa yang itu sebenarnya timun, hehe. Sepinggan RM25. Sk bagi 5 bintang!
 
 
Mixed Vegetable Loh Han, ini masakan yang kalau tak ambil pun tak apa. Eh, bukan pasal tak sedap tapi yang tiga pinggan sebelum ni tadi pun sebenarnya dah cukup untuk kami tiga beranak. Sayur campur yang diletak pelbagai jenis cendawan digoreng bersama sos tiram. Lepas tu agak kreatif jugaklah, tauhu kering tu disimpul sebelum digoreng bersama sayuran lain. Sepinggan RM18. Sk bagi 3 bintang.
 
 
Untuk ikan kali ini kami pilih Red Snapper Steam Nyonya sebab tak ada ikan siakap kesukaan kami. Hidangan ini menggunakan cili hidup dan dimasak ala nyonya yang mana Sk rasa banyak penggunaan cuka. Walaupun begitu rasa manis yang seimbang membuatkan ia amat enak tambahan isi ikan yang segar dan tebal, memang tidak mengecewakanlah. Sk bagi 5 + 1 bintang!!
 
 
Tengok tu.. tebalkan isinya. Kecur ailio bila tengok balik gambar ni rasa macam nak pergi lagi.. hahaha. Apa yang Sk suka dengan Cathay ini sebab stafnya yang melayan kami dengan begitu baik sekali. Kiranya memang patutlah kalau restoran ini nak menambahkan cukai perkhidmatan dalam bil kitakan. Staf yang mengambil 'order' juga sangat prihatin dengan jenis hidangan yang sesuai dengan citarasa pelanggan. Bila kita tanya, dia tahu nak terangkan bagaimana rasa sesuatu masakan tu.
 
Kalau sesetengah restoran agak tamak mengambil untung, contoh, dia biar sahaja kita ni 'order' makanan sebanyak mana yang kita mahu tapi yang ini siap tak bagi kita 'order' lagi masa ER nak minta udang sebab katanya dah banyak.. cukup.. cukup! Hahaha.. nasib baik ER tak nangis sebab dah lama tak dapat makan udang. Aiii.. kenapalah Sk tak terfikir nak gantikan sotong tu dengan udang, kannn. Okey, Sk dah dua atau tiga kali rasanya jumpa restoran yang tak tamak macam ni.
 
Macam ikan pun, dia tak syorkan kami untuk ampil kerapu yang harganya mencapai belasan ringgit untuk 100 gm. Dialah yang syorkan supaya kami ambil Red Snapper yang rasanya tetap enak tambahan lagi dimasak ala nyonya. Memang bestlah. Kalau ada rezeki bolehlah sampai lagi ke mari.. kan.. kan.. babah... :)))))
 
 
Dan.. tidak sah rasanya kalau tak buat kek untuk hari jadi sendiri cuma kali ini sedih jugaklah kerana tidak dapat potong bersama ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan Sk. Alhamdulillah, kek ini dapat juga dihantar ke Senai untuk dijamah mereka-mereka yang penting dalam hidup Sk. Nanti Sk kongsi lagi pasal kek ini ya.
 
Akhir kalam, terima kasih di atas segala ucapan dan doa hari jadi yang Sk terima semalam. Semoga rahmat Ilahi sentiasa mengiringi hidup kalian, Aamiiinnn Ya Rabbal Aalamiiinnn.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg sedap sangat la tengok makanan tu...

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah lagi masuk restoran ni SK
    Nantilah ada masa free kakak nak juga mencuba.
    Nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  3. First of all, Happy Birthday kak. Mmg nampak sedap sunngguh. Tp tastebud akk, saya boleh trust. Penceritaan pun dah mcm hos rancangan. Kecur jadinya...

    ReplyDelete
  4. Hepy befday kak..😊😊

    Makan besar tu.. Wawa perut melayu betul, setiap kali keluar dinner celebrate pape, tk miss makan nasi putih ngan tomyam.. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!