MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, October 30, 2015

Monday, October 26, 2015

KEMARUK BELI MAKANAN ONLINE

Assalamualaikum...
 
DOA Rasulullah SAW di pagi hari..
 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.. Amiiinnn Ya Rabbal Alaminnnn.
 
Apa khabar pembaca? Sk doakan semuanya sihat dan gembira dan semoga semuanya berlangsung dengan baik-baik sahaja hari ini. Pada yang sakit, jangan lupa makan ubat ikut jadual. Jangan makan hentam keromo.. antibiotik tu kalau ada sila habiskan ikut aturannya ya.. hihi. Amboiii.. tetiba rajin pulak nak nasihatkan orang Sk ni.. hihi.
 
Beberapa minggu lepas, Sk telah di 'add' ke dalam satu 'group'. 'JB Homemade Food & Delivery' tak silap lebih kurang begitulah namanya. Sk ni sebenarnya bukanlah suka sangat dimasukkan ke dalam 'group'. Kadang-kadang geram jugak sesuka hati jer korang 'add' Sk. Tahu-tahu melambak 'notification' dan asyik keluar di 'newsfeed'. Kadang-kadang Sk biarkan je.. kadang-kadang Sk terus keluar dari 'group'.. janganlah marah ya.. lain kali kalau nak add tu tanya-tanyalah dulu tuan punya badan ni suka ke tak suka.
 
Akibat di 'add' kan ke dalam group "JB Homemade Food & Delivery' ini, maka Sk dah jadi kemaruk pulak nak beli makanan secara online. Ada yang 'delivery' ke pejabat, ada juga yang kita kena pergi ambil sendiri. Bayarannya 'cash on delivery' (COD) gitu. Tak payah nak bayar secara online atau bank transfer. Dalam sistem ini, yang penting antara pelanggan dan penjual mesti saling percaya.
 
Mini Manggo Chilled Cheese Cake. Sk jatuh cinta terus bila tengok ada ahli 'group' yang 'post gambar Mini Manggo Chilled Cheese Cake ini. Terus kagum dengan kegigihan menguntumkan kelopak-kelopak mangga tu menjadi sekuntum mawar kuning. Kalau suruh Sk, jangankan mawar.. bunga tahi ayam pun belum tahu jadik.. huwa huwa huwa!
 
Siapa yang berminat bolehlah 'add' Ayu Kaderi di facebook ya. Selain daripada saiz mini, Ayu juga menjual dalam saiz 1 kg dan 2 kg.. memang mekar sejambak kelopak mangga tu.. hehehehe.
 
Sherpherd Pie.. dah lama teringin nak makan.. dah lama salin resepi dan dah lama berangan jer lebih tapi tak terbuat-buat jugak. Bila tahu jer Ddhazwanie Moon (nama fb) jual terus 'order' tanpa berfikir panjang.. haha. Memang tak menyesal sebab sedap. Berbaloi la rasanya daripada kita sendiri kena kupas kentang, masak inti, bakar dan membasuh periuk kuali kannnn. Siapa yang dah jemu makan kek di hari jadi, bolehlah bertukar selera dengan pie ini pula.. sebab Wanie ada jual versi birthday juga. cepat-cepat pm Ddhazwanie Moon di fb ya.
 
Satu lagi kuih feberet Sk yang paling tak pandai (sebenarnya malas) nak buat ialah Koci Pulut Hitam. Haaa.. yang ini namanya versi meleleh. Meleleh tak air liur tengok. Kalau teringin bolehlah pm tuan punya kedainya.. nama fb Bulan Mengambang.. aduhaiii.. tak tahu motif beliau letak nama tu.. hihi. 
 
Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang dijual dalam JBHMD tu. Haiiii... kalau diikutkan nafsu mahu sahaja di'order' satu persatu tapi kenalah jugak ukur baju di badan sendiri. Faham ke tak faham? Faham-faham sudahlahhhhhh :)))))) 

Friday, October 23, 2015

LENGLOI, ANAK PATUNG NANA & GUMANTHONG

Assalamualaikum...

APA agaknya yang akan anda buat jika ternampak ada kelibat seseorang yang tidak anda kenali tiba-tiba sahaja berada di dalam rumah atau tempat kerja anda? Nak panggil beginikah?

"Hellooooo... "
"Siapa tuuuuuu?"

Atau senyap-senyap mengekor dari belakang? Hihihi.

Kalau tanya dengan Sk, rasanya ca alif bot laaaa.. hahaha. Dah penakut ada hati nak cari. Karang dia sergah.. pengsan terus 44 hari.. huhuhu. Tapikan.. pelik sungguhlaaa.. dah tahu penakut suka juga nak tengok cerita-cerita seram dan baca novel-novel seram Sk nikan. Tulah yang dikata, mencabar ketakutan. Padahal yang sebenarnya, lepas baca tu asyiklah teringat-ingat.. hihi.

Seperti yang dijanjikan, memandangkan Sk ada sedikit waktu terluang ni, Sk nak tulis sedikit ulasan tentang sebuah novel seram dan sebuah lagi novelet (yang memuatkan empat cerita) yang Sk dah tamatkan bacaannya baru-baru ini. Sekali lagi Sk hendak buat ulasan tentang tulisan novelis Maria Kajiwa ya. Nanti minggu depan kita baca ulasan novelis lain pula. Mungkin ada yang pernah nampak Sk telah membuat ulasan tentang novel yang sama dalam fb tapi untuk ulasan dalam blog ni Sk akan menulis dari sudut lain pula ya.


Tajuk : LENGLOI
Penulis : MARIA KAJIWA

LENGLOI mengisahkan tentang kejadian-kejadian aneh yang berlaku di sebuah bangunan kedai di Lot 55. Kisah yang diadaptasi dari kisah benar ini bermula dengan kisah dua orang kaki nombor yang menurun nombor ekor di lot kedai yang dikatakan berhantu ini. Lumrah kaki nombor, makin dikatakan berhantu, makin ghairah hendak mencuba. Nafsu mengatasi segala ketakutan demi memenuhi tuntutan hidup. Demi wang dan kekayaan kesudahannya salah seorang ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Pembaca kemudiannya dibawa menyelusuri kisah-kisah seram dan gangguan yang dialami oleh penyewa-penyewa di lot kedai itu. Bermula dengan kisah Muthu yang membuka restoran makanan India di situ sehinggalah penyewa terakhir yang membuka butik di lot yang sama.. satu demi satu kejadian aneh dan satu demi satu tragedi sehinggalah tragedi yang menimpa si penurun nombor ekor.

Sk hampir tidak boleh melepaskan novel ini apabila Lot 55 mula diambil alih oleh seorang usahawan bernama Zali untuk dijadikan sebuah hotel. Haaa.. tak boleh dibayangkan macammana pula gangguan yang akan diterima oleh penginap-penginap di hotel inikan. Adakah pembinaan hotel itu berjalan lancar? Nyawa siapakah pula yang menjadi korban? Misteri apakah sebenarnya yang berlaku di Lot 55 sehingga sang hantu menjadi begitu kejam? Anda kenalah dapatkan novel ini dulu dan baca.
Aaaa.. ada yang tanya, Lengloi tu apa Sk?
Nak tahu jawapannya kenalah baca novel ini tau.


Tajuk : ANAK PATUNG NANA

ANAK PATUNG NANA ini merupakan sebuah novel yang menggabungkan empat penulis novel seram. Jadi maknanya empat kali seramlahkan.. hahaha. Satu bonus sebenarnya bila beli novel ni sebab kita dapat baca cerita seram yang berbeza-beza. Antara keempat-empat cerita tu pula, Sk paling memyukai Gumanthong. Wahhhh... rasanya kalau jadi novel penuh ni memang meletops!

Tajuk : ANAK PATUNG NANA
Penulis : SUZANI NADZIR

ANAK PATUNG NANA mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa (Nana) yang menerima hadiah anak patung dari ibunya sempena hari lahir. Sejak hari pertama menerima anak patung itupun telah berlaku peristiwa yang menyeramkan. Sepanjang membaca kisah ini, memang berdebar saja hati tau. Hati pun rasa tak sedap je takut apa-apa terjadi kepada Nana. Kenapa agaknya anak patung itu menjadi begitu misteri  dan selamatkah Nana bersama anak patung tu agaknya.. kenalah baca dulu. Nanti Sk cerita tak bestlah pulakkan.. hihi.

Tajuk : GUMANTHONG
Penulis : MARIA KAJIWA

GUMANTHONG bermula dengan kisah seorang pengusaha kedai barangan dan perabot antik bernama Luqman.  Dalam masa yang sama Luqman juga mengalami krisis dengan isterinya apabila Luqman selalu menyalahkan isterinya di atas kehilangan anak sulung mereka. 

Tanpa Luqman sedari dia telah menerima 'gumanthong' dengan tidak sengaja.
Perniagaan Luqman yang suatu ketika dulu agak suram, tiba-tiba sahaja menjadi begitu laris. Duit berkepuk dan pelanggan tidak putus. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada perniagaan Luqman?
Apakah 'gumanthong'?
Yang pasti anda pasti akan menyukai kisah gumanthong ini.

Jom dapatkan kedua-dua novel ini dari kedai buku yang berhampiran anda. Malas nak pergu kedai. Jom beli secara online dari penulisnya sendiri. Boleh dapat autograf sekali. Suka tak?

Untuk pembelian boleh hubungi Kak Maria Kajiwa melalui facebook beliau :

Facebook : Novelis Maria Kajiwa
Atau boleh whatsapp beliau terus di 
0172042353.

Selamat membaca.

Thursday, October 22, 2015

MOON CAKE HALAL

Assalamualaikum...

HATI dan anak tekak tetiba tergoda dan teringin hendak makan kuih bulan atau moon cake yang diusahakan rakan fb.. Fiza Nordin. Moon cake Homemade tersebut dibuat sendiri Fiza Nordin ya.. bukan dari kilang atau sebagainya sebab tu kali ni Sk yakin 100%  untuk membeli kerana teringin sangat nak merasa.

Alhamdulillah.. moon cake Fiza boleh dibeli secara online dan telah selamat Sk terima bingkisannya semalam. Sampai rumah tak sabar-sabar nak potong. Yang kelakarnya, hari tu bukan main lagi teringinnya, bila dah depan mata macam seram-seram ayam nak makan. Eh, bukan was-was tapi Sk takut tak kena dengan tekak. Bolehkah Sk telan ni. Sudahnya Sk potong kecik-kecik sampai Iman pelik.. hehe.


Haaa.. dalam gambar tu dah kecikkan.. Sk potong lagi kecik. Nak suap ke mulut pun teragak-agak. Dengan lafaz Bismillah, akhirnya dapat jugalah Sk rasa macam mana rasanya kek bulan yang merupakan kuih tradisional masyarakat cina ini. Bagi kawan-kawan yang teringin nak merasa, bolehlah hubungi nombor telefon seperti di atas ya. Dan kek bulan ni tak buat sepanjang tahun tau.. jadi jangan tunggu lama-lama. 
Daaaaa

Wednesday, October 21, 2015

BILA ORANG DEWASA MENJADI KANAK-KANAK

Assalamualaikum...
 
WABAK yang sedang menular sekarang ialah 'Adult Colouring Book' ataupun buku mewarna untuk orang dewasa. Sk pun dah terjebak jugak ni. Sampai melecet-lecet jari mewarna.. hahaha. Kalau bagi sesiapa yang belum tahu, 'adult colouring book' ni konsep atau temanya lebih kepada flora dan fauna. Lukisannya juga halus dan berseni.
 
 
Ini lukisan pertama Sk nak warnakan. Nampak sangat masih berjiwa budak-budak apabila Sk memilih gambar ni. Macam comel ajekan.. hahaha.


Tak tahu nak mulakan yang mana dulu. Orang-orangnyakah.. pokok-pokoknya dulukah.. atau latarbelakang dahulu?
Urmmmm... 

 
Warna daun dululah.. sambil mewarna sambil dengar lagu 'Dendam Cinta' nyanyian Alyah. 'Sound track' untuk filem Jwanita. Suka sangat lagu ni tau...

 
Daun baru siap separuh dah sibuk nak warnakan orang-orang pulak..
Eh.. eh.. ada cik siti pulak dalam kocek baju orang-orang tu. Tikus warna kelabu tapi tak ada warna kelabu Sk bantai warna ceklat.. haha.


Penat ngaler! Kita minum duluuuu!!

Tuesday, October 20, 2015

ROTI CANAI PALING GEBU

Assalamualaikum...
 
DEMAM apakah yang melanda.. amboiii.. bukan main rajin lagi tulis blog sekarang ya. Hari-hari ada entry.. lepas tu dua tiga hari pulak menyepi. Dah macam orang kerja shift malam.. empat hari kerja.. tiga hari cuti.. hihihihi. Yang sebenarnya, Sk nak pindahkan semua gambar-gambar dari semakfon ni. Makin lama makin semak rasanya. Asyik keluar amaran 'memory full'. Nak buang (gambar) sayang, walaupun cuma gambar makanan.. hahaha. Sungguhlah cinta kolesterolll.
 
Hari ini Sk nak kongsikan tentang lokasi Warung Roti Canai yang paling best Sk pernah jumpa dan makan. Rasanya tak pernah lagi Sk jumpa roti canai yang gebu, empuk, rangup, lembut dan enak seenak roti canai di Kg Tanjung Lumpur, Kuantan ini. Bayangkan.. dua hari berturut-turut kami makan roti canai di sini. Ibu Sk yang cerewet makan tu pun boleh habis sampai dua keping tau. Roti canai bukan kecik macam roti canai sekarang-sekarang ni ya.. besar pinggan.. haaaa.. memang puas hati. Tak percaya? Meh tengok!
 
 
Nampak tak kegebuan roti canai ni. Rotinya ditebar sampai melayang-layang ya dan tak koyak pulak tu. Hasil melayang-layang tulah rupanya yang boleh dapat roti canai segebus ini. Sebenarnya, Sk sekeluarga memang biasa makan di sini setiap kali ke Kuantan cuma beberapa kali jugaklah kami tak bernasib baik sama ada warung tutup atau roti canai habis. Siapa yang nak makan di sini, datanglah awal ya kerana ia mula dibuka pukul 5. Biasanya sebelum pukul 9 malam rotinya dah wassalam. Kadang tu, doh yang belum canai pun dah ada orang yang punya.
 
 
Roti canai akan dihidangkan bersama kari ikan dan kuah dhal. Tak ada kari-kari ayam atau kambing ya. Itu je pilihannya. Bagi Sk kuah tu biasa ajelah.. kalau dapat makan dengan kari kambing lagilah wallaaaaa! kolesterol... kolesterol... hahaha.
 
 
Selain roti canai, warung ini juga terkenal dengan nasi minyaknya. Haaa.. ini kegemaran ER. Dua hari berturut-turut dia hentam makan nasi minyak. Yang kelakar, hari pertama tu betul-betul dapat sepinggan jer nasi minyak tu. Dia paksa pakcik tu korek dari periuk apa yang ada.. hahaha. Ayam pun tinggal seketul masa tu. Lepas tu roti canai pun dia sebat sekali. Adohaiii.. pakcik makan baca Bismillah tak ni???
 
Selain tu.. ada juga nasi ayam, ikan bakar dan masakan panas yang lain. Cuma nasib Sk sekeluarga hari tu tak ada rezeki nak makan ikan bakar sebab taukenya cuti dua hari. Tak apalah.. janji dapat makan roti canai gebus tu.. hilang sudah rindu di hati. Punyalah kenyang sampai tak keluar makan malam dah tau.. hahaha.
 
Cara ke sini, anda cari lokasi Ana Ikan Bakar Petai tu jer. Dari Ana Ikan Bakar tu.. anda terus jer sampaiiiiiilah jumpa warung ikan bakar dan roti canai di sebelah kanan anda. Maaf tau.. Sk lupa nama warung tu. Selamat mencari!

MEE CALONG

Assalamualaikum...

KALI ini Sk nak cerita pasal mee lagi. Alkisah seorang pakcik ni dia teringin sangat nak makan Mee Calong. Mana lagi nak cari mee calong kalau bukan di Kuantan. Sebenarnya beberapa kali ke Kuantan, Sk biasa nampak gerai yang menjual mee calong ni. Tapi apa yang Sk nampak ER macam tak berapa nak berminat. Kali ini beriya-iya pulak dia tanya Sk, sedap ke mee calong tu? Eh, kita pun tak pernah makan, kan. Memang tak tahu sedap tidaknya. Google.. punya google, ada seorang blogger tu.. lupa pulak siapa, rekomen Mee Calong di Beserah, Kuantan. Jom kita terjah!

Kali ini Sk bawa ibu.. apa mimpi kali ni ibu nak ikut Sk berjalan sampai ke Kuantan. Tak silap masa ni cuti hujung minggu sebelum cuti merdeka. Percutian yang tidaklah dirancang sangat. Tempah hotel pun saat-saat akhir. Macam biasalah hotel pilihan kami yang dekat dengan laut.. suka laut.. hehehehe.
 
 
 Sama kejadiannya seperti mee sup yang lain tetapi rasanya tak sama ya. Barulah Sk tahu makna calong tu ialah bebola ikan. Jadi, mee calong ni ialah Mee Bebola Ikan. Sebenarnya mula tu Sk bimbang jugak dengan bahan-bahan yang digunakan dalam membuat mee calong ni kerana ibu Sk tak makan ayam. Nasib baik menurut pekedai tu, mereka tak gunakan ayam dalam mee kecuali telur ayam.. hahaha.
 
 
 Ada dua pilihan sama ada bihun atau mee kuning. Sk pilih mee kuninglaa yang lain semua mintak bihun. Selain daripada bebola ikan, ada juga keropok leko yang dipotong kecil. Turut disediakan sambal untuk dimakan bersama mee calong.
 
 
Sedap ke tak???
Aaaa.. bolehlahhhh.. Alhamdulillah.
 
 
Kalau dah ke kawasan Beserah dan Balok tu memang tak sahlahkan kalau tak makan keropok leko. Keropoknya kontot-kontot. Sosnya pun sedap. Sk memang peminat keropok leko yang lain macam tak minat.. bagus.. heheheheh.
 
oklah.. nanti kita cerita ceriti lagi ya.. apa lagi yang kami makan di Kuantan ni. 

Monday, October 19, 2015

MEE CELUP MUDAH TAPI SEDAP

Assalamualaikum...
 
BAGI sesiapa yang mengikuti Sk di blog ini, tentu sedia maklum kecintaan Sk terhadap semua jenis makanan berbentuk mee. Aik! Bukan Sk cinta semua makanan ke? Mee.. nasi.. lempeng.. semua belasah.. heheheh. Ialah, Sk mengaku tu.. hihi. Mee Celup ni adalah antara makanan yang menjadi kesukaan keluarga Sk baik Sk sendiri, ER malah Iman pun sangat menyukai masakan yang berasal dari sempadan Thai dan Kelantan ini. Bagi yang tak pernah menikmati mee celup dan menganggapnya sama macam mee soto (Johor), bihun sup (utara), mee calong (Pahang) atau menganggapnya sama macam mee sup biasa tu.. anda silap sama sekali. Ketahuilah bahawa mee celup ini rasanya lain dari yang lain.
 
Memandangkan ramai warga Kelantan yang bermastautin di negeri Johor Darul Ta'zim ni maka bukanlah sesuatu yang sukar untuk mendapatkan makanan asal Kelantan di sini. Cuma untuk mendapatkan mee celup yang asli tu yang sukar. Biasanya kalau teringin sangat nak makan mee celup, Sk akan pergi ke Restoran Sayang Impian di Taman Impian Emas. Ada kawan fb yang beritahu, mee celup yang sedap boleh didapati di Majidee tapi sampai sekarang Sk cari tak jumpa. Baru-baru ini, Sk jumpa mee celup yang paling sedap Sk rasa di Johor Bahru ini, di restoran nasi kukus yang terletak di Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda. Cuma masa tu malam dan kurang cahaya.. jadi Sk tak dapat ambil gambar mee celup yang sedap tu.
 
Pernah, kerana nak sangat makan mee celup yang ori, kami cari sampai ke Kelantan. Ya.. semata-mata nak makan mee celup.. hahaha. Itulah kegilaan kami. Padahal bukan ada saudara-mara pun di sana. Tentu ramai sedia maklum, Sk anak jati Johor manakala ER sendiri berasal dari Kedah. Jadi, macammana kami boleh suka sangat makan mee celup? Sampai sanggup pergi ke Kelantan.. Ya.. sebab kesedapan mee celup ni lain dari yang lain. Ada yang cakap, alaaa.. sama je lebih kurang macam bakso. No no no... tak sama ya.. lain sangat.
 
Jumaat lepas, pagi-pagi Sk dah buat nasi goreng, kemudian masak kari daging untuk makan petang. Memang biasanya Jumaat kami makan tengahari dalam pukul 3. Jadi, Sk plan, malam tu boleh panaskan je kari daging  dan buat roti jala untuk makan malam. Petang tu, Sk teman ER gunting rambut dan uruskan sedikit urusan bank. Lepas tu, ER kata, malam dia tak mo dah makan nasi. Sk kata, SK dah plan nak buat roti jala. Eh, dia kata teringin nak makan kuey teow sup pulak. Apa-apalah.. i followwwww... kata Sk.
 
Dalam perjalanan balik, kami pun singgah ke Maslee. ER suruh Sk ambil 'meatball', lepas tu Sk ternampak daging tetel macam elok je dekat bahagian daging tu, Sk pilihlah tiga empat potong dan ambil sawi sebungkus, kuey teow sebungkus. Habis bayar, macam biasa mesti nak singgah beli dvd.. huhu.. lepas tu baru balik. Tetiba sahaja ER bersuara, kalau buat mee... meee... apa tu... mee... urmmmm.. ala.. mee tu.. sedap jugakkan?
 
"Bakso?" Teka Sk.
 
"Bukan... alaa... mee tu... yang kita makan dekat Munduk tu..."
 
"Mee Celup???"
 
"Haaaa..... mee celupppp." (Dia ni biar betik.. tak pernah umur masak mee celup.. tetiba nak masak.. pandai ke.. huhu)
 
"Sedap jugakkan mee celup" Tertelan-telan ailio Sk dibuatnya. Tak boleh jadi ni. Kena terima cabaran ni... hihihi.
 
Mengingatkan kembali rasa mee celup dan asas masakan sup siam, Sk memang tak terfikir nak google dah. Terasa nak mencabar keupayaan sendiri. Sampai rumah terus singsing lengan baju. Capai periuk dan terus didihkan air dalam setengah periuk. Oh, ya.. periuk yang Sk gunakan adalah 'inner' periuk nasi elektrik yang dah tak digunakan.. jadi anda boleh agaklah ya banyak air tu.. nanti Sk bagi resepi. Aaaa... nak ke resepi Sk ni? Resepi Sk ni tak bertumis ya, langsung tak gunakan minyak, memang semuanya Sk lebur dalam periuk tapi rasanya mabeles (sendiri angkat bakul nampak). Cuma sedikit terkilan sebab kalau ER bagitahu awal nak makan mee celup, bolehlah beli kangkung dan daun ketumbar. Walaupun kurang bahan, Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.
 
 
 
Mee Celup Mudah Tapi Sedap
 
Bahan-bahan/ Cara-cara :
 
300 gm Daging Tetel
dan 1 1/2"  halia dihiris
(Direbus dalam setengah periuk air sehingga empuk)
Nota : Buang buih hitam yang terhasil semasa merebus
 
Sementara merebus daging tetel
gorengkan  secawan kacang tanah tanpa minyak sehingga agak garing
sejukkan seketika dan tumbuk/ kisar kasar
 
Apabila daging tetel telah empuk, masukkan
7 ulas bawang putih (dipecah-pecahkan)
satu bungkus sup bunjut 
dan 'meatball' (suka hatilah nak berapa banyak)
biarkan supnya terus mendidih-didih
perlahankan api
kemudian masukkan
batang sawi (jika guna sawi)
1/2 cawan sos/ stok ikan
dan 1/2 cawan jus limau nipis
1 kiub pati lembu
dan garam jika perlu
serta 1/2 sk gula.
Akhir sekali masukkan daun sawi.
 
Cadangan Hidangan :
 
Kuey Teow/ Bihun (lembutkan)/ Mee Kuning
Kangkung/ Sawi
(celup seketika ke dalam air panas dan masukkan dalam mangkuk hidangan)
Sk guna kuey teow jadi Sk tak celup air panas
 
Bahan sampingan yang wajib ada :
 
Kacang tanah kisar/ tumbuk
Chili Flakes
(Kalau tak ada dua bahan ini anda tak akan dapat rasa mee celup sebenar)
Cili Hijau Jeruk
 
Bahan lain :
jeruk lobak cincang
bawang putih goreng cincang
(Sk tak ada ni.. tapi rasa tak lari)
 
Kuah sup mestilah dituang panas-panas ke dalam mangkuk mee bersama isinya
Hidangkan bersama chili flakes dan kacang tanah kisar
lagi banyak kacang tanah kisar tu lagi sedap tauuu
Perahkan limau nipis semasa menghidang
Nak lagi 'kick' makan dengan cili hijau jeruk
 
p/s : Rupanya hari yang sama ni jugak.. Kak Azlita Masam Manis pun buat mee celuplahh
hehehehe
 
p/s ada yang tak kenal sos ikan tu.. ni haaa gambarnya kat bawah ya
 
p/s Sk tak kuasa perah limau nipis. Sk memang sentiasa ada bekalan jus limau nipis yang dibeli dari kedai runcit dalam botol.
 
Sos / Stok Ikan (google image)

Jus Limau Nipis (google image)
 
 
 
 
 

Sunday, October 18, 2015

PULUT MANGGA LAGI

Assalamualaikum...

"KAU boleh buatkan aku pulut tak? Nak makan dengan mangga..." pinta seorang sahabat.
Aaaa.. nak suruh Sk buat pulut? Alamak.. bercintanya rasa. Sejak akhir-akhir ini memang malas nak masuk dapur. Kalau masak pun ala-ala alacarte je.. hahaha. Biasanya masak sejenis lauk.. lepas tu goreng telur mato.. habis cerita. Besar betul M-nya. Itu baru bab masak. Belum lagi bab melipat kain baju. Memang menimbun jer atas sofa. Masalah ramai surirumahtangga berkerja.. huhu.

Bila kawan Sk ni menghulur seplastik mangga masak yang diperam dari pokok mangga depan rumahnya, rasa macam takkanlah tak nak buatkan.. ye tak? Pandai betul kawan Sk nikan. Dia tahu dah cemana nak lembutkan hati Sk ni. Bukan sehari dua kenal.. dah bertahun-tahun. Sejak masuk tingkatan empat lagi. Tak cukup mangga masak, disuruh pulak cik abangnya menjolok mangga muda yang masih tergantung di pokok. Buat jeruk manggalah kita. Dah wassalam punnnn.. hihihi.

Dah beberapa kali buat pulut mangga ni, Sk cuma semak sekali lalu resepi. Tak macam kali pertama dulu. Segala langkah diikut satu persatu. Maklumlah, kita nakkan rasa pulut thai yang ori. Tak mahu yang masak dalam periuk nasi elektrik. Alhamdulillah, kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekarang ni Sk dah tak rindu-rindu atau teringin pulut mangga dari pesta thai yang mahal. Buat sendiri puas hati. Boleh diulang beberapa kali. Kawan-kawan, yang tak pernah tahu nikmatnya pulut mangga boleh cuba. Memang tak sama rasanya dengan pulut durian. Kalau ditanya Sk, Sk vote pulut mangga tau.. hihi.


Pulut Mangga Ala Thai

Sk buat dwi perisa

Ori :

Panaskan periuk kukusan dahulu

250 gms beras pulut dicuci bersih
sehelai daun pandan disimpul
masukkan pulut ke dalam loyang bersama daun pandan
letak air separas pulut
kukus 15 minit

Pulut Pandan :

250 gms beras pulut dicuci bersih
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air
masukkan pulut ke dalam loyang
letak air kisaran daun pandan separas pulut
kukus 15 minit

Sementara mengukus..
Sediakan santan

750 ml santan
6 sb gula pasir
garam secukup rasa

masak santan atas api sederhana
kacau sentiasa.. panaskan sehingga terbit minyak

Apabila telah terbit minyak, tutup api

Keluarkan pulut dari loyang, masukkan ke dalam besen lain yang bersih dan kering
curahkan sesenduk santan.. gaul rata perlahan
Tabur sedikit garam
tambah lagi santan sedikit-sedikit
berhenti tambah santan jika keseluruhan pulut telah diliputi santan
buat berasingan untuk perisa ori dan pandan

Sos Santan :

Lebihan santan tadi
letak semula ke atas api kecil
tambahkan 2 - 3 sb gula pasir
6 sk rata tepung jagung
2 sk rata tepung beras
kacau guna hand whisk sehingga santan pekat dan sedikit mendidih
tutup api

hidangkan pulut bersama hirisan mangga dan sos santan












Saturday, October 17, 2015

JWANITA.. ADA SETAN DI KEPALANYA

Assalamualaikum...

LAMA tidak mengikuti perkembangan filem tanahair. Maksudnya, kalau dulu-dulu, dari sesebuah filem tu baru sahaja nak dilancarkan, belum lagi penggambaran pun Sk dah tahu. La ni, filem dah keluar panggung baru Sk tahu.. hihihi. Satu ciri-ciri yang kita ni dah tua dan tak peduli lagi dengan perkembangan industri hiburan tanahair. Ececeh.. macam bekas primadona pulak perasannya Sk ni ya.. huhu.

Walaupun demikian, minat menonton filem-filem seram tidak pernah hilang. Walaupun hakikatnya Sk ni penakut tapi yang pelik suka pulak tengok filem-filem hantu. Lagi seram lagi suka. Lagi suspens lagi teruja.. gitewww. Minat Sk tu kawan-kawan pun tahu. Bila filem Jwanita ni ditayangkan di panggung, kawan Sk la yang bagitahu. Ketinggalan betul. Nak tengok di panggung seram pulak mengenangkan harga tiket. Tu baru tiket, belum jajan-jajannya lagi. Jadi, kita tunggu dvd sajalah.. hihi.


Sk mula meminati lakonan Maya Karin sejak filem Pontianak Harum Sundal Malam. Walaupun beliau dah lama berlakon pun sebelum tu, tetapi wataknya sebagai pontianak benar-benar menonjolkan kebolehan dirinya. Sejak itu, Sk selalu mengikuti semua filem lakonan Maya Karin. Selain watak seram, Maya juga berupaya membawakan watak romantis dan kelakar. Macam filem lakonannya.. Misi Cantas Cinta apa ke tu.. tetiba hilang ingatan pulak Sk.. hihi. Begitu juga filem Pisau Cukur, Sk sangat sukakan lakonan Maya.



Jwanita mengisahkan seorang wanita bernama Jwanita yang mengalami gangguan perasaan sejak kecil apabila kedua ibubapanya meninggal dalam satu kemalangan. Tak jelas di sini kenapa hanya Jwanita sahaja yang trauma dengan kehilangan itu kerana Jwanita juga mempunyai adik yang bernama Julaika yang normal. Mereka berdua tinggal di asrama anak yatim. Sepasang suami isteri yang kaya berhasrat untuk menjadikan kedua beradik ni sebagai anak angkat, malangnya Jwanita terpaksa ditinggalkan sementara menunggu keadaannya pulih dari trauma.

Nasib Jwanita bertambah buruk apabila telah diculik oleh pengamal ilmu sihir ketika cuba melarikan diri dari asrama anak yatim. Dia kemudian dibesarkan oleh pengamal ilmu sihir itu dalam keadaan tersiksa zahir dan batin. Tekanan perasaan yang dialaminya menjadi bertambah buruk sehingga Jwanita nekad untuk membunuh.


Apakah yang berlaku seterusnya? Kenalah tengok dari mula sampai habis. Banyak giler adegan seram dan menakutkan yang Sk intai dari celah jari. Filem ini berjaya mencapai klimaksnya apabila rahsia akhirnya terbongkar. Apakah rahsia itu? Jom tonton Jwanita.

Tahniah untuk seluruh kru dan pelakon terutama kepada pengarahnya Osman Ali yang melahirkan idea Jwanita.

Friday, October 16, 2015

DATANG PADA WAKTUNYA

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. Semalam genap enam tahun Sk berkecimpung dalam dunia blogging. Lama sangat.. kalau anak orang dah masuk sekolah tadika, dah pandai membaca dan mengira. Anak kawan Sk, umur 6 tahun dah masuk pemilihan wakil negeri dalam sukan 'rounders'. Maknanya dalam usia 6 tahun bukan masanya untuk merangkak-rangkak lagi.

Tapi, entah kenapa Sk rasa blog Sk ni bukan sahaja belum pandai merangkak, nak meniarap dan telentang pun masih terkial-kial. Masih macam bayi yang berusia 6 bulan.. hahaha. 'Eh, bayi 6 bulan pun dah pandai duduk Sk oiii'..  Nasib.. nasib. Tetiba sahaja, Sk terfikir untuk menutup blog ini. Sk rasa, cukup-cukuplah menceceh entah apa-apa di sini. Syok sendiri-sendiri. Gelak seorang-seorang.. kui kui. Rasanya zaman la ni.. semua orang lebih seronok ber'fb'. Kongsi semua dalam fb. Cilok idea orang masuk dalam fb. Lepas tu mengaku sendiri punya.. huwa huwa huwa.

Dalam pada nak tutup blog, Sk terfikir pulak. Blog tak sama dengan fb. Di blog, jika ada apa-apa yang kita post, senang kita nak cari balik. Cuma google dan sekali klik terus jumpa apa yang kita mahu. Semua post kita tersimpan kemas macam dalam diari. Kalau nak ingat sesuatu.. selak sahaja posting lama kita tu.

InsyaAllah.. ada kelapangan setiap Jumaat, Sk akan kongsikan ulasan buku. Maklumlah, hari Jumaat tak ada buat apa-apa. Kita duduk goyang kaki sahaja (tipu).


Tajuk : Datang Pada Waktunya
Penulis : Maria Kajiwa

Sk tidak ingat jika pernah kongsikan ulasan tentang novel ini di mana-mana. Perlu Sk jelaskan, ini adalah antara novel yang menjadi kesayangan Sk. Sk akan mengulas novel ini dengan panjang lebar memandangkan novel ini amat sukar ditemui dalam pasaran. Sk berharap sangat agar novel ini dapat dicetak semula. Sayang, cerita yang seindah ini jika tidak diikuti oleh ramai pembaca.

Jarang sesebuah novel menampilkan hero yang tidak lawa. Kadang-kadang kekacakan seseorang digambarkan melampau-lampau. Sempurna dari hujung jambul sampai hujung kasut. Begitu juga dengan heroinnya. Cantik serba serbi.. menjadi pujaan entah berapa ramai lelaki. Ibu bapa pulak Datuk dan Tan Sri. Rumah besar bertingkat-tingkat. Duitnya tak pernah menipis... hehehe.

Novel ini mengisahkan tentang seorang Pegawai Perancang Bandar bernama Edri yang ditugaskan untuk ke Bandar Durian Lima bagi menyelesaikan masalah pembinaan jambatan yang lama tertangguh. Edri tidak digambarkan sebagai lelaki melayu yang 'tall, dark and handsome' tetapi sedikit gemuk dan mempunyai penyakit darah tinggi.. satu sifat yang kontra di kalangan hero- hero novel masa kini. 

Di Bandar Durian Lima yang mundur, Edri yang ditemani sahabatnya Adam yang romeo telah berkenalan dengan Saleha dan Murni. Saleha yang merupakan anak Tok Empat (ala-ala ketua kampung) digambarkan seorang gadis yang cantik seadanya sebagai gadis kampung yang jauh dari kemodenan. 

Di samping menyelesaikan masalah pembinaan jambatan, Edry juga ingin mencari seorang Pegawai Perancang Bandar  yang bernama Ahmad, yang dikatakan telah hilang ketika hendak melakukan tugas yang sama dengan Edri sepuluh tahun sebelumnya. Dalam masa yang sama, kedatangan Edri di kampung itu tidak disenangi oleh Hasan, seorang pemuda kampung yang menaruh hati kepada Saleha tambahan lagi di kampung itu, Edri dan Adam menumpang tidur di sebuah rumah milik Tok Empat yang bersebelahan.

Cerita ini bergerak dalam moodnya yang tersendiri. Setiap watak dan latarbelakang kampung, sungai dan jeti digarap dengan begitu baik pada pandangan Sk seperti menonton sebuah filem hitam putih. Kehadiran watak Nek Cu yang membuka warung kopi di kampung itu dengan kuih-kuihnya beberapa kali membuat Sk menelan air liur. Kehadiran Saleha bersama Mak Wi setiap waktu makan menghantar hidangan untuk Edri dan Adam kerap membuat Sk kecur. Dan duit-duit lama yang digunakan dalam urus niaga jual beli di kampung itu membuatkan Sk di selubungi misteri.

Siapakah sebenarnya Saleha?
Apakah yang sebenarnya berlaku di kampung itu?
Wujudkah sebenarnya Bandar Durian Lima?
Ke manakah menghilangnya Ahmad?
Semuanya akan terjawab apabila anda membaca novel ini.
Sk bagi bintang sebanyak bintang di langit
:)))))



Monday, October 5, 2015

PETUA SAMBAL BELACAN SEDAP

  Assalamualaikum...
 
Masakan 'feberet' ER dari air tangan mak mertua
Kari ikan
berkali-kali dia suruh saya masak
kari ikan macam ibu
kadang jadi
selalunya tidak
kui kui
penat belajar
dan bertanya
tapi tetap tak sama
 
 
Bila dia tahu
Sk tapau kari ikan ibu
laju jer dia ke kedai
cari ikan untuk digoreng
sebenarnya sejak dulu pun
kami adik-beradik
jarang makan ikan goreng
apa ikan dalam gulai
tulah dia
tak adanya nak berkawan dengan ikan goreng
tapi dengan ER
kalau masak kari ikan
*gulai ikan
mesti ada ikan goreng
kalau masak kari ayam
*gulai ayam
mesti ada ayam goreng
kalau masak sambal ayam pun
nak ada ayam goreng
sampai Sk naik pening
masak kari daging pun
*gulai daging pun
nak kena ada daging goreng kicap
 
*asam pedas
 
 
Goreng Ikan tiga ekor
Seekor ER
Seekor Iman
Seekor bagi kucing
hehehehe 
 
 
Kalau ada kari
wajib ada sambal belacan
Sk dulu pernah baca
petua sambal belacan sedap
semua bilangan cili kena ganjil
biasanya Sk buat
5 tangkai cili hidup
dan 11 tangkai cili padi
atau 
3 tangkai cili hidup
7 tangkai cili padi
yang penting
bilangan mesti ganjil
belacan bakar garing
atau goreng tanpa minyak
atau dengan sedikit minyak
memang mengancam habis
diet pun tolak tepi
kenyang perut suka hati
:)))))
 

Sunday, October 4, 2015

MAKAN DI MaMa CHOPs PaPa GRILL

  Assalamualaikum...
 
Ni cerita satu malam
konon-konon nak makan di luar
selepas menyelesaikan komitmen
tapi buntu pulak
tak tahu nak makan apa
dan di mana
Sk ajak ER menerai Mee Racun
yang baru dibuka di Taman U 
ok jugak tu
kata ER
 
Sampai di situ
nampaklah pulak
MCPG
lama giler tak makan di sini
memang giler lama
bertahun rasanya
terus bersuara
dan ER terus melencong kereta ke sana
tak jadi makan mee racun
kita makan western
heheheh
 
 
Penamak sungguh malam tu
ER mintak set Papa Grill
bila sampai ke meja
terus dicurahnya sos cili
banyak macam tu sekali
Kalau tengok harga
memang agak berbaloi
walaupun Sk rasa mungkin dah naik seringgit dua
dari harga asalnya
 
 
Makan di MCPG
memang muai dengan kentang goreng
walaupun sejuk
mungkin sebab dah digoreng lama
waaaa..
teringat kentang yang rasa rangup dan lemak
The Bridge
dan Fat Burger
hihi 
 
 
Sk punya
Grilled Chicken Chop
Sos Cendawan
Sedap
MCPG
memang sudah ada identiti sendiri
sebab itu walaupun
banyak cafe western yang tumbuh macam cendawan
dia tetap boleh hidup
 
 
Chicken Marryland
untuk Iman
memang feberet
setiap kali ke MCPG
tapi Iman kecewa
sebab pisang goreng rangup
dah digantikan dengan dua batang sosej
hihi
tak sangka malam tu
Iman makan tak habis
muak agaknya
makan ayam goreng
cecah mayonese
dia kata
lain kali tak nak dah
makan Chicken Marryland
hahaha
belum tahu lagi Iman
bila tahun lagi kita nak datang
huwa huwa huwa

Friday, October 2, 2015

KEBAIKAN MANDI AIR SEJUK

Assalamualaikum...

SIAPA yang suka mandi air sejuk? Kalau Sk disuruh mandi air sejuk, baru sentuh air dah rasa macam nak demam. Dulu-dulu-dulu sanggup tak mandi kalau air sejuk sangat.. hahaha. Baru-baru ini berbual melalui 'private message' dengan seorang kawan fb.. lupa macam mana boleh cerita pasal mandi.. dia kata dia suka giler mandi air sejuk. Lagi sejuk lagi suka. Haaa.. dia suka tapi Sk pulak yang menggigil.. hihi.

Baru-baru ni Sk terbaca satu petua untuk awet muda atau menambah kolagen adalah dengan mandi air sejuk. Lagi sejuk lagi bagus. Kalau berani mandi dengan air yang berais lagi bagus. Eh! Teringin pulak nak cuba. Masalahnya air di rumah Sk ni jarang sejuk kecuali bila musim hujan. Masa tu memang menggigillah nak mandi. Jadi, Sk gunakan ais untuk sejukkan air. Mula tu seram jugak. Tapi rupanya sangatlah best okey. Patutlah kawan Sk kata lagi sejuk lagi dia suka. Sudahnya.. dah gian mandi air ais. Rasa macam nak duduk jer dalam bilik air tau.. hahaha.

Eh! Jom tengok apa kebaikan mandi air sejuk. Rupanya mandi air sejuk ni adalah satu terapi kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Konsep Hydrotherapy telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz, seorang peladang pada tahun 1920an yang menggunakan terapi ini untuk mengubati banyak penyakit.

Berikut adalah 10 Kebaikan dan Kelebihan Mandi Air Sejuk

1. Meningkatkan Imunisasi Badan

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Terdapat satu kajian dijalankan kepada atlet muda dengan merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, 3 kali seminggu selama 6 minggu. Terdapat peningkatan 2 jenis sel darah putih, monocytes dan lymphocytes.

Lymphocytes bertugas untuk menyingkirkan bakteria, virus dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab menghapuskan patogen dan bendasing dalam badan. Penyelidik mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2. Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Mandi air sejuk dan panas secara berselang-seli boleh meningkatkan keberkesanan aliran darah. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction. Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi, aliran darah lebih lancar. Vasodilation adalah kesan sebaliknya apabila badan kembali menjadi lebih panas.

Satu lagi kebolehan semulajadi badan apabila mandi air sejuk adalah darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan untuk mengekalkannya dalam keadaan panas.  Bukankah ia boleh membantu aliran darah yang baik?

Kenapa aliran darah yang baik penting untuk kita? Ini kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan pengerasan dinding arteri. Ia juga membantu meningkatkan kecergasan badan kita dan kita akan rasa lebih sihat.

3. Mengawal suhu badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis (cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.

4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga meningkat.

5. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang "titik biru" pada otak, sumber utama noradrenalineuntuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan. 

6. Meningkatkan Pergerakan Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. Jika darah yang mengalir dipam oleh jantung, kandungan limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.

7. Menguatkan Pernafasan. 

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.

8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat

Air panas mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat. Air sejuk membantu detoks kotoran dan toksin dalam kulit. Proses detoks kulit sangat berguna untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan awet muda. Air sejuk menutup kutikel pada rambut, rambut lebih kuat dan mengurangkan kotoran menyebabkan scalp pada kepala.

9. Meningkatkan Tenaga

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan

10. Meningkatkan Penghasilan Hormon. 

Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

Sumber : http://tipsihatselalu.blogspot.my/2013/09/10-kebaikan-mandi-air-sejuk.html?m=1

Thursday, October 1, 2015

DUA TIPS MASAK LAKSA PENANG SEDAP

 Assalamualaikum...
 
 SEORANG rakan sekerja Sk
anak mami
Hartini namanya..
kami panggil Tini
:)))
anak mamikannnn
haruslah terel masak Laksa Penang
hihi
Pada dia
petik jari jer
setakat nak siang ikan sepuluh kilo
atau menyiapkan laksa
untuk 100 orang makan
pejam mata pun boleh
sambil asingkan isi ikan dan tulang
 
kuah laksanya
halus mulus dan lemak
jarang Sk jumpa
kuah laksa yang sesedap
air tangannya
disebabkan itu
Sk selalu pesan
kalau ada kuah laksa lebih
jual dengan Sk
almaklumlah
suami kita anak mamak mami juga
huwa huwa huwa
 
Setakat ini
dah beberapa kali
Sk dapat free
laksa
dan kuah sebaldi
malu-malu  ayam  kucing Sk dibuatnya
dengan kawan Sk yang seorang ni
Sk cuba korek rahsia
keenakan kuah laksanya
 
 
dah ambil gambar
baru perasan
lupa nak letak limau
hahahaha
kuah laksa ni Tini bagi
sebab masa tu
dia sediakan laksa
untuk sesi rewang perkahwinan
saudara ibu mertuanya
tinggal Sk
sediakan mee laksa dan ulamnya sahaja
urmmm.. makin lemak dan malas kita dibuatnya
:p
 
Sk tanya
"Tini.. kenapa kuah laksa kau sedap sangat ya?"
"Kau letak apa?"
"bagilah petua"
 
Tini kata...
Resepi biasa-biasa sahaja
tapi syaratnya...
 
Mesti guna ikan sardin
atau ikan selayang
kerana ikan ini
isinya lemak
dan halus
haaa.. tu tips yang pertama
 
Tips yang kedua :
Rebus ikan dengan asam keping
Bila ikan dah masak
Keluarkan ikan dan asingkan isinya
Air rebusan dan asam keping
Isi ikan dikisar halus bersama air rebusannya
begitu juga tulang ikan
dikisar bersama air rebusannya
secara berasingan
kisar berkali-kali
sampai hancur tulang temulang
kemudian tapiskan kisaran tulang ikan
barulah dicampur dengan isi ikan dan air rebusan
untuk dimasak sebagai kuah laksa
 
Ada tips yang lain ke??
Marilah kongsi dengan kita
:)))))
 
 
 
 

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...