LENGLOI, ANAK PATUNG NANA & GUMANTHONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum...

APA agaknya yang akan anda buat jika ternampak ada kelibat seseorang yang tidak anda kenali tiba-tiba sahaja berada di dalam rumah atau tempat kerja anda? Nak panggil beginikah?

"Hellooooo... "
"Siapa tuuuuuu?"

Atau senyap-senyap mengekor dari belakang? Hihihi.

Kalau tanya dengan Sk, rasanya ca alif bot laaaa.. hahaha. Dah penakut ada hati nak cari. Karang dia sergah.. pengsan terus 44 hari.. huhuhu. Tapikan.. pelik sungguhlaaa.. dah tahu penakut suka juga nak tengok cerita-cerita seram dan baca novel-novel seram Sk nikan. Tulah yang dikata, mencabar ketakutan. Padahal yang sebenarnya, lepas baca tu asyiklah teringat-ingat.. hihi.

Seperti yang dijanjikan, memandangkan Sk ada sedikit waktu terluang ni, Sk nak tulis sedikit ulasan tentang sebuah novel seram dan sebuah lagi novelet (yang memuatkan empat cerita) yang Sk dah tamatkan bacaannya baru-baru ini. Sekali lagi Sk hendak buat ulasan tentang tulisan novelis Maria Kajiwa ya. Nanti minggu depan kita baca ulasan novelis lain pula. Mungkin ada yang pernah nampak Sk telah membuat ulasan tentang novel yang sama dalam fb tapi untuk ulasan dalam blog ni Sk akan menulis dari sudut lain pula ya.


Tajuk : LENGLOI
Penulis : MARIA KAJIWA

LENGLOI mengisahkan tentang kejadian-kejadian aneh yang berlaku di sebuah bangunan kedai di Lot 55. Kisah yang diadaptasi dari kisah benar ini bermula dengan kisah dua orang kaki nombor yang menurun nombor ekor di lot kedai yang dikatakan berhantu ini. Lumrah kaki nombor, makin dikatakan berhantu, makin ghairah hendak mencuba. Nafsu mengatasi segala ketakutan demi memenuhi tuntutan hidup. Demi wang dan kekayaan kesudahannya salah seorang ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Pembaca kemudiannya dibawa menyelusuri kisah-kisah seram dan gangguan yang dialami oleh penyewa-penyewa di lot kedai itu. Bermula dengan kisah Muthu yang membuka restoran makanan India di situ sehinggalah penyewa terakhir yang membuka butik di lot yang sama.. satu demi satu kejadian aneh dan satu demi satu tragedi sehinggalah tragedi yang menimpa si penurun nombor ekor.

Sk hampir tidak boleh melepaskan novel ini apabila Lot 55 mula diambil alih oleh seorang usahawan bernama Zali untuk dijadikan sebuah hotel. Haaa.. tak boleh dibayangkan macammana pula gangguan yang akan diterima oleh penginap-penginap di hotel inikan. Adakah pembinaan hotel itu berjalan lancar? Nyawa siapakah pula yang menjadi korban? Misteri apakah sebenarnya yang berlaku di Lot 55 sehingga sang hantu menjadi begitu kejam? Anda kenalah dapatkan novel ini dulu dan baca.
Aaaa.. ada yang tanya, Lengloi tu apa Sk?
Nak tahu jawapannya kenalah baca novel ini tau.


Tajuk : ANAK PATUNG NANA

ANAK PATUNG NANA ini merupakan sebuah novel yang menggabungkan empat penulis novel seram. Jadi maknanya empat kali seramlahkan.. hahaha. Satu bonus sebenarnya bila beli novel ni sebab kita dapat baca cerita seram yang berbeza-beza. Antara keempat-empat cerita tu pula, Sk paling memyukai Gumanthong. Wahhhh... rasanya kalau jadi novel penuh ni memang meletops!

Tajuk : ANAK PATUNG NANA
Penulis : SUZANI NADZIR

ANAK PATUNG NANA mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa (Nana) yang menerima hadiah anak patung dari ibunya sempena hari lahir. Sejak hari pertama menerima anak patung itupun telah berlaku peristiwa yang menyeramkan. Sepanjang membaca kisah ini, memang berdebar saja hati tau. Hati pun rasa tak sedap je takut apa-apa terjadi kepada Nana. Kenapa agaknya anak patung itu menjadi begitu misteri  dan selamatkah Nana bersama anak patung tu agaknya.. kenalah baca dulu. Nanti Sk cerita tak bestlah pulakkan.. hihi.

Tajuk : GUMANTHONG
Penulis : MARIA KAJIWA

GUMANTHONG bermula dengan kisah seorang pengusaha kedai barangan dan perabot antik bernama Luqman.  Dalam masa yang sama Luqman juga mengalami krisis dengan isterinya apabila Luqman selalu menyalahkan isterinya di atas kehilangan anak sulung mereka. 

Tanpa Luqman sedari dia telah menerima 'gumanthong' dengan tidak sengaja.
Perniagaan Luqman yang suatu ketika dulu agak suram, tiba-tiba sahaja menjadi begitu laris. Duit berkepuk dan pelanggan tidak putus. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada perniagaan Luqman?
Apakah 'gumanthong'?
Yang pasti anda pasti akan menyukai kisah gumanthong ini.

Jom dapatkan kedua-dua novel ini dari kedai buku yang berhampiran anda. Malas nak pergu kedai. Jom beli secara online dari penulisnya sendiri. Boleh dapat autograf sekali. Suka tak?

Untuk pembelian boleh hubungi Kak Maria Kajiwa melalui facebook beliau :

Facebook : Novelis Maria Kajiwa
Atau boleh whatsapp beliau terus di 
0172042353.

Selamat membaca.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!