MAKAN DI SEAFOOD MARKET AKA LOBSTER BESAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum..
 
KADANG-KADANG walaupun kita cuba memasak stail restoran di rumah,
tetap tak sama rasanya dengan makan di restoran kan?
Ialah, di restoran tu, tukang masaknya ramai, dapurnya banyak, kualinya besar dan api pun menjulang-julang. Sesetengah masakan perlu di masak dengan api yang besar dan dalam jangka masa yang singkat. Memasak pun main lambung-lambung kuali jer, tak payah nak bersudip bagai.
Kita yang masak di rumah ni pulak terkial-kial. Nak buat api menjulang takut pulak terbakar siling.. huhu.. mintak dijauhkan.
 
Siap memasak, semua makanan perlu dihidang panas-panas. Ada dua tiga pelayan yang mengangkat hidangan. Ada pelayan yang menghantar minuman. Kalau di rumah pulak, kitalah yang menghidang, mana nak menyenduk nasi panas-panas.. mana nak menuang minumannya lagikan. Sudahnya tiba waktu makan dah termengah-mengah. Hilang nikmat makan walaupun kononnya dah masak sedap-sedap.. eheheh. Tu belum lagi bab membasuh pinggan dan periuk belanga selepas makan. Nak lap meja makan lagi, nak kemas dapur lagi.. reput tulang wooo.
 
Jadi, sesekali bila Pak Inche ajak makan di Seafood Market atau kami panggil Lobster Besar, memang seronok walaupun makanan yang diorder pun sama jer dengan makanan yang lepas-lepas. Tak ada kelainan pun. Balik-balik.....
 
 
Siakap Stim Hong Kong...
Siakap Stim Hong Kong...
hehehehe
Pilihan Pak Inche
Ni yang selalu Iman muncung
sebab dia suka makan Sweet Sour
tapi yang kelakar
separuh juga ikan ni dibelasahnya.. urmmm
 
 
Ini pilihan Mak Inche
tak sah kalau tak pekena 
Sotong Telur Masin
Boleh dikatakan Sk boleh habiskan separuh pinggan
nak habiskan sepinggan pun boleh
cuma tak sampai hati.. hihi
 
Walaupun tak dapat Siakap Sweet Sour
tapi Iman tetap happy
sebab dapat makanan kegemarannya
Chicken Lemon
puas makan kali ni sebab banyak isi
sebab pernah makan yang banyak tulang dari isi
suka chicken lemon di sini
yang rangup di luar dan empuk di dalam
serta sosnya yang manis masam
 
Cukuplah tu sorang satu
pilihan kalbu
 
 
 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau Iman suka chicken lemon lain kali order siakap steam lemon
    Pak Inche SK suka, Iman pun suka, jadi win-win situation:)

    ReplyDelete
  2. Sedap semua pilihan tu, apa lagi kalau tunggu je orang hidang kan.... tak payah nak bersilat didapo!

    ReplyDelete
  3. Betul tu SK..
    Tak payah resepi susah lah..
    Sotong Goreng Tepung tu CH cuba buat..
    Nan ado..
    Tak sama langsung dengan di restoran..
    Jadinya.. jom le kita ke restoran.. betul tak SK :)

    ReplyDelete
  4. jangan habiskan pinggan sudahhhh !!!

    sedapnya sotong telor masin!!

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!