MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, January 31, 2016

MASAK DAN MAKAN ANNIVERSARY KE 16

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... GENAP 16 tahun rupanya Sk dan ER hidup berumahtangga. Orang kata, rumahtangga mana yang tidak bergelora, sedangkan laut pun ada pasang surutnya.. apatah lagi kehidupan kita sebagai manusia yang begitu rapuh sebenarnya.  P Ramlee kata, sedangkan lidah lagi tergigit.. jadi tipsnya selalu buangkan yang keruh dan ambil yang jernih... sentiasa sabar.. sabar dan sabar.. hehehehehe.


Sebenarnya Sk tak merancang apa-apa untuk sambutan ulangtahun perkahwinan kali ini. Tapi.. awal-awal lagi Sk dah menempah kek dengan Atul.. tak silap dari bulan sebelas ke.. bulan doblas. Melampau sungguh.. kan. Siap tempah kek dua tingkat lagi.. hahahha. Lepas tu.. dah last minute mintak Atul buatkan kek asing-asing pulak. Mesti Atul kata, poyo betul Kak Sk ni.. hahahha. 

Lepas tu dah tempah kek pun kepala otak ni masih berpusing-pusing nak plan. Ni sebab baru tahu yang kelas tuisyen Iman tak ada minggu ni kerana jatuh pada minggu ke lima. Salah sendiri sebab kurang alert dengan jumlah minggu dalam bulan Januari. Nasib baik Atul tak kisah bila Sk kata nak ambil pagi, janjinya petang. Rupanya dia lagi suka sebab boleh tengok Running Man.. haaa.. memang boleh geng dengan Iman laaa.. hahaha.

Balik dari ambil kek, ER kata jom pergi Kipmart. Masa tu pun masih tak habis fikir lagi.. nak masak nasi berlauk atau goreng mee jer.. nak masak nasi? Goreng mee? Masak nasi? Lauk apa pulak. Sekali ER kata, buat daging bakar. Lepas tu nampak sotong kembang, teringat Iman suka.. beli sotong kembang empat ekor. Lepas tu beli kangkung tiga ikat RM2. Urmmm... dah terbayang ni apa nak masak.. hahahha.


Apakah?
Macam ni ke orang sambut anniversary..?
Koman- koman buatlah nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan pencuk, kan...
Huhuhuhu.


Maaflah bentang saprah surat khabar lama jer. Sambal sotong kembang berkacang, kangkung belacan dan daging bakar style utara cicah air asam. Wallahu'alam.. sedap ke tak sedap. Kalau tak sedap mintak mahaplah banyak-banyak ya.. huhuhu.


Suka giler dengan kek Atul ni.
Choc Fudge Salted Caramel namanya.
Kek yang sangat lawo dan sedap.
siapa yang nak tempah kek dengan Atul bolehlah cari Ig Atul : rabi.atuladawiyah

keknya bukan sahaja cantik malah sangat-sangat berpatutan.


Maaflah ya, anak-anak kena makan di depan. 
Nanti bonda beli bungalow ya.. kita makan tepi taman.. hehehehe.


Lepas tukan, ada budak tu yang tak puas hati tak dapat potong kek ramai-ramai hari tu. Hari jadi paling tak meriah katanya. Ialah.. meh kita bagi meriah nyanyi Allah Selamatkan Kamu untuk Nur Iman Fatiha. 


Letak nama Che Li sekali yang lahir sama dengan Iman bulan Januari tapi Che Li pulak kerja, hantar barang tak selesai lagi. 
Apapun semoga selamat semuanya.. semoga kita akan menjadi golongan insan yang berbahagia di dunia dan di akhirat jua..

Amiiinnn Ya Rabbal Alamiiinnn.

Thursday, January 28, 2016

MESIN TART 5 CM


Assalamualaikum...

Terima kasih atas sokongan yang berterusan dari cik cik puan yang sudi menempah mesin dari Sk ya. Mesin di atas untuk acuan bersaiz 5 cm.. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan apabila dapat pelanggan yang sedia bertolak ansur dan sabar menunggu mesin siap.

Tempahan sentiasa dibuka ya.
Bagi yang berminat bolehlah sms atau whatsapp Sk di 0127844524.
Jangan hantar email ya.. sebab Sk dah tak balas segala pertanyaan melalui email.
Cuma melalui dua medium di atas sahaja.

Wassalam.

NASI LEMAK DRIVE THRU RM1

Assalamualaikum...
 
 
DUA hari berturut-turut Sk bersarapan nasi lemak.
Nasi lemak ni Sk beli di gerai nasi lemak
yang baru dibuka awal tahun ini
di tepi jalan selepas lampu isyarat
Bandar Baru Kangkar Pulai
menghala ke Johor Bahru.
Sebenarnya bukan ada gerai pun
tapi cuma ada sebuah meja
penjualnya sepasang suami isteri yang masih muda.
 
Mereka menggunakan konsep pandu lalu
Jadi kita tak perlu nak turun dari kereta
cuma kena panjangkan tangan sikit
sebab penjualnya berada di sebelah kiri
takkan nak berdiri sebelah kanan pulak
tapi Sk ada PA
jadi tak ada masalah
hehehehe
 
Sebenarnya dah beberapa kali plan nak singgah
beli nasi lemak
sejak mereka mula berniaga
tapi.. asyiklah ter.. berada di lorong kanan.
Semalam Sk dah beringat dari lampu isyarat Kangkar Pulai,
dah bersedia dengan duit RM1 dua keping,
hajatnya nak mencuba sahaja.
Dahlah nasi lemaknya murah
sedap dan kuantitinya tu
bagi Sk berpatutanlah dengan harganya seringgit sebungkus,
ditambah bukan senang ya berkorban bangun pagi-pagi
menyediakan dan membungkus nasi lemak
di saat orang lain masih lena dibuai mimpi.
 
Jadi, hari ni singgah beli lagi
menunaikan hajat orang
dan Sk pun tumpang sekaki
Burpppp... Alhamdulillah.
 
 
 

Wednesday, January 27, 2016

MAMAK, BUBUH BAWANG BANYAK-BANYAK EYH

  Assalamualaikum...
 
 
BETULLAH kata ibu Sk,
kenangan ni, berapa lama pun kita hidup
kita akan rasa
bagaikan baru semalam benda tu berlaku.
Rasanya baru semalam berkeliling duduk mengadap ibu
patah-patahkan mi maggi dalam besen
sementara tunggu air mendidih atas dapur
Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan katanya
dapat makan mi maggi
adalah salah satu kebahagiaan
masa zaman kanak-kanak Sk
 
dan...
dapat menikmati sepinggan mi maggi
juga satu kebahagiaan bagi Iman
hehehehehe
 
Semalam...
ER bertugas sampai malam
maknanya ada peluang Iman makan mi maggi
sebab kalau ER ada
biasanya wajib makan nasi
atau makanan berat
Bila tahu saja babahnya tak ada
sejak semalam dia plan nak makan mi maggi
"Yaya nak bawang banyak-banyak tau, bonda"
pesan Iman awal-awal
 
Padahal duluuuu... mana dia nak makan bawang
sehelai bawang dalam mulut pun
dia boleh kesan
sekarang ni.. suka pulak makan bawang
nak banyak-banyak pulak tu
tak tahu maung.. huhu
 
Sk mula belajar menumis mi maggi
dan letak bawang banyak-banyak
dengan kawan Sk
yang dipanggil Ucu
ada jugak yang panggil Apoon
tapi Sk lagi suka panggil Ucu..
aiiii... rindunya dengan Ucu, Along dan Achik
inilah kawan susah-senang
masa Sk bekerja di tempat lama
makan sama-sama
tidur sama-sama
lepak sama-sama
shopping sama-sama
kena marah sama-sama
huhuhuhu
 
Di kolej tempat kerja kami dulu
ada satu restoran mamak
Ada restoran melayu jugak
biasanya kalau kami ada kelas sampai malam 
restoran mamak nilah tempat kami makan petang-petang
sebelum masuk kelas
 
Biasanya kami makan roti canai
Tapi hari tu Ucu kata nak makan mi maggi
Semasa mamak tu berlalu selepas ambil order
Ucu pesan,
"Mamak, bubuh bawang banyak-banyak eyh"
Mamak tu terus toleh dengan muka bengis
"mana ada orang masak maggi letak bawang"
uiiii.. tatutnya..
tapi Ucu gelak
"adalah mamak.. letak ajalah," kata Ucu.
Ucu kata, kalau tak ada bawang
dia sendiri pergi dapur potong bawang
iyo iyo o je Ucu ni
 
 
Bila mamak letak pinggan mi maggi
nampak bawang banyak
uiiii.. sedaplah maggi ada bawang rupanya
sebelum tu biasa Sk rebus gitu-gitu jer
sejak tu kalau masak mi maggi
Sk akan menumis bawang dulu
sebelum dimasukkan rempah maggi
tumis sampai wangi
baru masukkan air
 
 
Ini pinggan Sk
pecahkan telur dalam kuah maggi
dan diangkat separuh masak
Kuning telur akan menjadi suapan terakhir
dah umo 40 pun perangai macam budak-budak
hahahaha 
 
 
Iman pulak
nak kuning cair
lepas tu dia akan pecahkan dalam kuah tu
supaya lemak
huhuhuhu
macam-macam
  
 
Gambar hiasan : Laksa Penang
Tini bagi
maceh tauuuuu 

Tuesday, January 26, 2016

BURUK SANGAT KE YAYA NI???

Assalamualaikum...
 
 
Nama Sebenar : Nur Iman Fatiha
Nama Panggilan : Iman, Yaya
 
"Bonda, buruk sangat ke Yaya ni?" Tanya Iman pada Sk petang semalam.
 
Ceritanya hari itu sepupunya memberitahu Iman,
kos untuk sedut lemak cuma RM5000.00 sahaja.
Errrr... macam nak berkias. supaya Iman pergi sedut lemak.. hahaha.
 
Dan petang semalam,
sedang Iman menyedut minuman Cool Blog
Tetiba kawan sekelasnya bertanya,
"Iman, kau tak terfikir ke untuk gunakan duit-duit yang kau beli makanan tu..
untuk kecantikan???"
Kwang.. kwang... kwang.
 
Jawab Iman, "Taklah.. aku suka macam ni."
 
Korang rasa???? 

GOLDEN LOBSTER

Assalamualaikum...
 
GOLDEN Lobster..
itulah yang boleh Sk umpamakan
mengenai hidangan lobster ini.
Kata Kak Long Sk,
tak sia-sia memenuhi hajat ER ke Sedili :)))
 
Lobster ni sebenarnya kalau boleh
jangan disimpan atau difrozenkan.
Sk masih ingat
masih bergerak-gerak lagi kaki lobster ni
semasa dipinang
dan diberikan wang mas kahwinnya.
 
Sebab itulah
walaupun penat pulang dari pasar
dan mengambil Iman balik tuisyen
Sk gagahkan diri
memasak lobster ini
 
Rasanya..
inilah antara hidangan Lobster Mentega
yang terrrrrpaling sedap dari dapur Alam Sari.
Sosnya kuning keemasan
dan sungguh berkrim
disukai ramai ;p

Siapa yang tengok Majalah Tiga malam tadi
tentu terliur kan..
Sk pun... adoiii
 
 
 
Gigih Sk membersihkan
dan membelah udang kara ini
sebelum dimasukkan ke dalam pengukus
yang sedang berwap-wap
 
Telentangkan udang kara
letakkan pisau baik-baik di bahagian tengahnya
dan gunakan tukul besi atau anak lesung
untuk membantu pisau
membelah dengan sempurna
Sk belah separuh jalan je
supaya lobster boleh duduk baik-baik
dalam pinggan.. hahaha
 
Sk lebih suka lobster yang dikukus
kerana manisnya tidak hilang di tekak Sk
 taburkan sedikit serbuk lada hitam
di tubuh lobster yang seksi itu
awwwww
 
Terima kasih kepada Sue Suraya
yang mengajar Sk cara masak mentega yang sedap
iaitu dengan menambahkan susu pekat
Kali ini Sk tak masukkan telur
sebab hendakkan teksture sos
yang licin dan tidak berketul 
 
Sk gunakan resepi yang sama DI SINI
dan diolah semula
Sk juga menumis menggunakan garlic spread
 
GOLDEN LOBSTER
 
Bahan Sos :
 
1 senduk Garlic Spread
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 tangkai cili padi (dicincang)
2 tangkai daun kari (lurutkan)
3/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil lebih kurang garam
1 sudu besar susu pekat
 
Cara-caranya :
 
Lobster dibelah dua.. telentangkan dan belah di atas perutnya
Taburkan serbuk lada hitam
Kukus 20 - 25 minit
 
Sos :
 
Panaskan garlic spread dalam kuali.
Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau
masukkan susu cair.. api sederhana
kacau sehingga mendidih
masukkan garam.. kacau lagi.. kecilkan api.. 
masukkan susu pekat.. kacau sentiasa hingga ia agak pekat
masukkan udang perlahan-lahan.. jirus dengan sos
biar seminit.. tutup api dan hidangkan.
 
Cara buat garlic spread :
 
Sk guna 1 senduk  buttercup, 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat, sedikit rosemary, oregano dan daun parsley cincang. Gaulkan semuanya. Kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahan dan simpan dalam peti sejuk.
 

 
Sayur yang paling sejodoh
dengan segala jenis masakan laut
adalah baby kailan
Lepas cuci bersih
toskan airnya kering-kering
nak perah pun tak apa
tumis bawang putih dan setengah labu bawang besar  
dengan sedikit minyak
sehingga bertukar warna
baru masukkan baby kailan
goreng lima minit
masukkan sedikit sos tiram
dan percikkan sedikit minyak bijan
tabur sedikit lada sulah
dan hirisan cili padi ketika menghidang
hasilnya..
ohsemmmm!

Monday, January 25, 2016

CUTI KE?

Assalamualaikum...

ISNIN blues.. selepas tiga hari bercuti.. jumaat dan sabtu hari kelepasan am bagi negeri Johor dan semalam cuti sempena perayaan Thaipusam yang dirayakan masyarakat hindu... tapi... cuti ke???


Sengaja buat sarapan yang agak berat semalam lepas tu nak rilek katanya.. hahahha.
Mushroom soup tu Sk guna yang dalam tin.. senang kerja. Ini atas permintaan Iman, nak makan dengan garlic bread. Sk guna roti gardenia je dan garlic spread tu memang Sk dah buat banyak dan simpan dalam peti sejuk. Kalau nak guna tu bila-bila masa dah ada dan boleh sapu terus pada roti. Sk panggang atas api dapur guna kuali leper jer. 

Nak buat garlic spread Sk gunakan butter spread, tumbuk bawang putih lumat-lumat dan gaulkan. Tabur sekali oregano, rosemary dan daun parsley cincang. Senang kan.. 

Sementara sebelah dapur merenih mushroom soup dan membakar roti, sebelah dapur lagi panaskan jagung dan kacang peas. Sk tumis sikit garlic spread tadi sebelum masukkan jagung dan kacang peas yang dimasak berasingan. Akhir sekali baru panggang sosej ayam.. sebenarnya dah berapa kali cari sosej lembu asyik tak jumpa jer.. kenapa.. lembu tak ada ke? Hehehhe. Sosej tu Sk panggang dan percik sikit minyak zaitun, lada hitam dan daun parsley cincang. Konon macam kat hotel lettewww.. hahahha.

Lepas tu mendobilah kita.. melipat baju yang dah bertimbun atas sofa dan penuh sebakul.
Tengahari tak makan, dah pukul 3 baru makan tengahari kesian orang dalam rumah semua kelaparan. Terlupa pulak nak ambil gambar Siakap Stim Nyonya dan Baby Kailan Goreng jer.. huhu.


Malam semalam semua tak nak keluar alasan nak tengok AJL. Terpaksalah Sk memasak.. lupa nak matikan flash masa ambil gambar..
Sambal Tumis Ayam dan Ayam Goreng Kunyit. Lepas tu sambung pulak kemas kain baju yang dah habis lipat tapi dah tak tahu nak sumbat kat mana.. letak balik dalam bakul. Entah bilalah nak menyimpannya tu.. hahahha.

Urmmm.. entah apalah Sk meraban ni ya. 
Layankan jer la Monday Blues... huhuhu

Sunday, January 24, 2016

GIRLFRIEND KONTRAK

Assalamualaikum...

KALAU tengok pada tajuk, mungkin kita menganggap bahawa ini adalah sebuah filem stereotaip. Sinopsis yang sama dengan kebanyakan idea yang ditampilkan di dalam novel dan seterusnya diadaptasi ke layar perak atau ke drama bersiri. Sk pun pada mulanya berfikir demikian. Sk akui, ia ada sedikit klise bilamana hero atau heroin menandatangani kontrak untuk menjadi kekasih yang akhirnya saling jatuh cinta. Namun kelainan temanya, mengapa kontrak ditandatangani, garapan setiap watak dan keindahan sinematografi serta kemunculan Keith Foo memegang watak utama membuatkan Sk mampu menonton Girlfriend Kontrak tanpa sedikitpun rasa mengantuk walaupun di saat itu jam sudah menunjukkan angka 1 pagi dan semua isi rumah termasuk kucing-kucing telah lena dibuai mimpi.. hihi.


Sk pertama kali menonton lakonan Risteena Munim dalam slot Akasia 'Playboy Itu Suami Aku'. Tak tengok sangat pun sebenarnya cerita tu. Tiada aura yang mampu menarik Sk untuk melekat di kaca tv. Sangka Sk itu adalah lakonan pertama Risteena. Tapi bila melihat Risteena dalam filem ini, Sk agak filem ini dilakonkan Risteena sebelum PISA. Maaf ya kalau silap. 

Watak Alisa, gadis kampung yang naif, pemalu dan kurang keyakinan diri dibawakan Risteena dengan agak baik. Risteena juga agak senang dibuli termasuk oleh adiknya sendiri. 
Alisa digelar Puteri Kelip-kelip kerana kecintaannya kepada serangga bercahaya itu yang membiak dengan subur di kampungnya. 


Alisa juga sering diminta oleh ayahnya untuk menolong mengutip hutang namun kerana sikapnya yang lurus dan tidak tegas dia selalu gagal untuk mendapatkan wang ayahnya. Ibunya ingin menjodohkan Alisa dengan seorang pemuda namun dirampas pula oleh adiknya. Tak ada perasaan sungguh. 


Kesian Sk tengok Alisa ni tauuuu.
tengok ni.. sampai jatuh kat tahi lembu sebab darah tu gemuruh sangat. Hahahha.
Disebabkan merajuk dengan adiknya dan dalam masa yang sama dia terbaca berita tentang kemusnahan habitat kelip-kelip yang dibangunkan sebuah syarikat terkenal, Monaki.. Alisa tekad untuk membantu menyelamatkan habitat kelip-kelip tersebut. 


Di sinilah Alisa telah berjumpa dengan Umar Aziz. Alisa ditawarkan untuk menjadi teman wanita Umar secara kontrak demi misi menyelamatkan habitat kelip-kelip. Tak pasti apa kena-mengenanya sebenarnya.. hahaha. 



Haaaaa.. inilah dia penasihat dan pembantu Umar, Sk lupa nama watak yang dibawakan Azad. Dalam GK ni Azad membawakan watak kelakar serius.. serius tapi kelakar.. anda patut tengok lakonan Azad dan anda pasti akan sukakan Azad.. hihi.


Fara Fauzana (ketika ini belum bertudung) membawakan watak gunting dalam lipatan. Depan nampak baik tapi kat belakang... urmmm. Sk suka watak antagonis Fafau.


Tak puas rasanya menonton sekali.
Kalau anda sukakan filem yang ringan.. jom tonton filem ini. Memang tak ada thrill tapi ianya amat menghiburkan dan membuat kita tersenyum sendiri.

DILWALE

Assalamualaikum...

KALAU tengok di panggung mungkin Sk akan tertidur... hehehhe. Itulah yang boleh Sk simpulkan bila menonton filem hindustan yang menjadi fenomena lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol. Satu-satunya adegan yang membuat Sk ternganga ialah apabila SRK mengalami kemalangan dan baru dia tahu bahawa gadis yang dicintainya dari pandangan yang pertama adalah musuh dalam perniagaan haramnya.


Filem ini filem wajib tonton katanya.
Pada awalnya Sk memang tak berminat nak tengok walaupun nampak ramai benar yang terbuai dengan keasyikan cinta antara Kajol dan SRK. Tapi Sk berubah fikiran selepas tertonton The Making Of 'Gerua' yang merupakan salah satu lagu dalam Dilwale. Dari situ Sk cari youtube untuk melihat trailer filem. Dah namanya trailer, tentulah tunjuk yang hebat-hebat, kan.


Rasanya cuma babak-babak antara Kajol dan SRK sahaja yang menjadikan Sk menonton sampai habis. Mujur laaa boleh sambung-sambung tengok.. bila muncul babak melibatkan adik SRK, Vir.. rasa nak tampar jer.. menghabiskan boreh betul.


Tu belum lagi dengan pelakon-pelakon tempelan yang lain. Rasanya kalau nak letak pelawak letak sorang pun dah cukuplah. 


Patutlah Sk ada baca satu komen..
Nasib baik Kajol lawooo...
Tapi Sk suka tengok video clips lagu Gerua tu.. memang best la.. 

Saturday, January 23, 2016

SEDILI

Assalamualaikum...

SABTU.. Hari tuisyen sedunia buat Iman. Memandangkan dah berapa kali ER dok nyanyi kat telinga ajak pergi Sedili dan hari ini mood agak rajin nak berjalan jadi kita layankan jer sementara menunggu waktu tuisyen Iman tamat. JOM!


Sedili ni terbahagi kepada dua, Sedili Kecil dan Sedili Besar. Sedili ni terkenal dengan makanan lautnya yang murah.. tapi tu dulu larrrr. Sekarang ni mana ada murah. Nak komplen lebih-lebih karang orang kata pergi laut sendiri, hihi. Tapi, cuba fikir kalau mereka jual murah, mereka nak beli beras, gula, minyak, tepung, sabun dengan apa pulak? Semua barang pun memang mahal sekarang, kan. Bagi Sk, orang macam ER yang tak berkira nilah yang mampu menjana ekonomi nelayan dan peniaga di pedalaman ni. Kalau ikutkan Sk nak beli ikan kat kedai aceh jer.. hahahha.


Urmmmmm.. harumnya bau lauttttttt. 
Gantungan ikan-ikan yang sedang dijemur ni bagaikan satu aura yang mendamaikan jiwa setiap kali ke mari.


Ikan-ikan ni belum sampai masa untuk dijual kerana belum cukup kering.


Berjemur di bawah terik matahari. 
Pasti hasilnya lazat.


Suka tengok ikan pari ni. 
Macam kipas berpusing-pusing di tiup angin.


Prlbagai jenis ikan dikeringkan termasuklah ikan sembilang.


Kepah.. banyak betul.
tapi hati tak terpikat.


Pernah seorang silent reader blog whatsapp Sk. Katanya, isteri sarat mengandung nak makan lobster dan meminta bantuan Sk lokasi membeli lobster. Sk doakan dia berjaya tunaikan permintaan isterinya tu.


RM130.00 sekilo. 
Wowwww.. rasa macam nak meminang tapi duit tak ado!


Acah-acah timbang pun jadik!
Hihihi.

Siapa boleh teka berat lobster dan harganya dengan tepat, Sk bagi hadiah percutian dua hari satu malam di Pantai Lido. Tikar bantal sila bawa sendiri. Muahahhaha.

Friday, January 22, 2016

MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR

Assalamualaikum...

SALAM Jumaat...
Hari yang sentiasa Sk tunggu-tunggu, walaupun hari Jumaat biasanya hari yang paling sibuk dan tentunya hari yang paling banyak kerja. Dari pagar depan sampai pintu belakang semuanya perlu dihadap. Tapi itu lebih membahagiakan kot. Yang tak bahagia nak lipat kain baju jer.. hahahaha.


Okey.. hari ni tak boleh nak cerita panjang dan mengadap semakfon lama-lama. Kan Sk dah cerita yang ER tak ada masa hari lahir Iman tu. Sebenarnya, ni permintaan Iman untuk makan ikan bakar sambal di Tip Top Ikan Bakar sempena makan-makan hari jadinya. Lepas tu dia nak peruntukan ikan pari tu sekeping khas buat dia jer.. gitu ceritanya. Sabo ajelah.


Bagi warga Johor dan Singapura, Tip Top Ikan Bakar ni memang sudah tak asing lagikan. Sk pun tak ingat pernah cerita atau tidak dalam blog ni. Biasanya dalam dua tiga bulan sekali kami akan makan di sini. Tak boleh selalu sebab harganya cekik darah woooo. Selama-lama meniaga tip top ni memang cuma di stall sahaja dan di mana pun dia berniaga, port gerai adalah di hujung sekali. 

Duluuuuuuu.. tip top ni buka gerai di medan selera berdekatan dengan Kompleks Islam sebelum berpindah sementara di Dataran Bandaraya. Kini, gerainya di medan selera Kg Mohd Amin.

Duluuuuuuuuu.. ikan pari bakar ni sekeping baru RM7. Lepas tu naik sedikit demi sedikit.. RM9.. RM15... RM18.. terkini RM25.. huwa huwa huwa. Ikan tu kalau besar dan banyak isi tak apa juga.

Bagi Sk, lebih berbaloi makan di Seafood Restaurant. Ada sayur, ada bean curd, ada sotong, nasi dan minuman baru RM100 lebih kurang. 


Sotong Bakar.. rasanya RM7 atau RM8 sepinggan kecil. Ayooooo.. kecik betul potionnya. Duluuuuuu.. dapat satu pinggan hidang tu. Aaaaa... tak mahu dah order sotong ni lagi.. mahal gila. Potong nipis-nipis dan sikit pulak tu.

Tapi... tulahhh...
tak ada tempat lain yang boleh sediakan masakan bakar bersambal sesedap Tip Top ni. Sebab tu kebanyakan orang tutup mata jer kalau teringin sangat nak makan tu.. huhhhu.


ER juga order Cha Kueh Bakar. Memang dia boleh miss cha kueh ni. RM8 sepinggan. Ada pilihan  RM6 sepinggan.. kalau nak potion yang kecil sedikit.


Kembang kempis hidung Iman bila permintaannya ditunaikan walaupun sebelum pergi tu babah dok sakat kita pi makan tomyam Impian Emas jer.. hahaha.


Satu lagi kenaikan yang ketara di sini adalah minuman. Ais kacang, ais jagung, lai chi kang dan sebagainya memang agak mahal tapi siapa yang jenis tak boleh minum banyak tu Sk cadangkan kongsi sahaja minuman.

Eh.. nak sambung buat kerja. Ada karang tak makan orang dalam rumah ni kalau asyik ngadap blog jer.. hihi.

Tataaa titi tutuuuu..
Wassalam.

Thursday, January 21, 2016

APOM LENGGANG DAN MAKAN-MAKAN PRA HARI JADI

  Assalamualaikum...
 
DISEBABKAN ER bertugas di luar kawasan pada hari lahir Iman semalam
maka tiadalah acara makan-makan luar.
Sehari sebelumnya pula, ER menghadiri mesyuarat kelab,
jadi Sk plan memang nak makan maggi sahaja dengan Iman.
Waaaaaaa... lama giler tak makan maggi tau.
Tumis bawang putih dan cili padi,
masukkan rempah maggi kari, air.. dan rebus maggi satu minit.
Lepas tu pecahkan telur..
jirus-jirus sikit dengan kuah maggi yang sedang mendidih tu dalam satu minit lagi
tutup api... siap!
 
hehehehehhe.. tu baru berangan.
Tapi malam tu, sebelum ke mesyuarat ER balik rumah dulu
sebab lokasi mesyuarat telah dipindahkan dekat dengan kawasan rumah
Di tangannya menjinjit bungkusan plastik merah
"Apom!', kata ER sambil menghulurkan bungkusan pada Sk.
"Yey.. yey! Apom! Apom!", sorak Iman.
Yes... Family Favourite ni.. tak jadiklah masak maggi.. hihi.
 
 
 
Dahulu... kalau nak makan apom lenggang ni memang kena tunggu balik Kuala Ketil.
Ada peniaga melayu yang berjualan di Pekan Sabtu
dan aci yang menjual di warung sarapan Kg Batu Dua (tak silap).
 
Berbalik kepada apom yang dibawa balik ER ni,
Aci yang menjual ni duluuuuu meniaga di hadapan restoran cina
di taman tempat kami tinggal.
Dia akan menumpang di kaki lima kedai tu setiap petang sampai malam di mana restoran cina tu pun dah ditutup setiap kali dia meniaga.
Telan ailio ajelah.. nak beli fikir sepuluh kali juga.
Tapi.. sejak dia membuka warung sendiri kami dah ada keyakinan untuk membeli.
Tambah lagi, aci tu bagitahu dia mendapatkan bekalan ayam
dari kedai runcit Aceh dekat kawasan taman ni jugak.
 
 
Ada yang tak pernah makan apom ni.
Apom Lenggang ni terkenal belah-belah utara selalunya.
Bila ditanya, aci mengakui yang dia orang Sg Petani.
Ooooo... dah kenalah tu.. patutlah aci pandai buat apom.
Di Johor ni memang jarang jumpa restoran India (walaupun femes) yang membuat apom.
Susah ke buatnya??
tengok resepi macam senang..
 
Resepi ini dikongsikan oleh seorang rakan fb.
Menurut empunya resepi, fb : Azlina Ina
kebanyakan resepi apom lenggang tidak memberi sukatan air yang tepat
dan semuanya suruh agak-agak.
Haaaa.. memang betul pun.. Sk setuju sangat.
Macam tak ikhlas jer bagi resepi kan.
Okey, sesiapa yang nak cuba dan rasa sendiri keistimewaaan Apom Lenggang ni boleh cuba resepi Pn Azlina ni ya.
Kalau boleh, gunalah kuali apom yang khas.
Bentuknya macam kuali biasa tu juga tapi saiz kecik sekali la..
jangan guna kuali nak goreng mee pulak, hihihi.
Kepada Pn Azlina, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.. semoga Allah swt memperluaskan lagi pintu rezeki puan sekeluarga
 
Resepi Apom Lenggang Lemak Manis
 
Bahan-bahan :
 
2 cawan tepung beras*
1 - 2 sudu makan (rata) yis kering*
3 sudu besar gula*
sedikit garam*
3/4 cawan air suam*
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
 
Satukan semua bahan bertanda * dan kacau rata
Tutup dan biarkan 30 minit
Selepas 30 minit, buka tutup dan masukkan telur dan santan pekat
Kacau rata-rata.
 
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan rata-rata pada permukaan kuali.
Tuang satu senduk adunan apom dan lenggangkan kuali.
 
Bentuk apom lenggong adalah,
kelilingnya nipis dan tengahnya tebal mengikut lengkuk kuali tu ya
(tengok gambar) kalau rata jer nanti tak jadi bentuk apom tapi bentuk lempeng.. heheheh
 
Tutup kuali dengan tutup yang bersesuaian.. biar tiga minit.
Angkat... tidak perlu diterbalikkan.
 
 
 
Haaaaaaaaa...
Suka sangat dengan rasa apom yang lemak manis
tepinya rangup dan gebu di tengah
 
 
 
Apom ini biasanya dihidangkan dengan kuah kari ayam atau kambing
(kambing paling sedap laaa)
dan santan cair manis. Santan tu jangan cair sangat nanti tak lemak pulak.
huiiii.. yang lemak-lemak tu memang feberet Sk laaaa.. huwa huwa huwa.
Tapi ada juga yang makan dengan sambal tumis dan kaya.
Suka hati dan ikut citarasa masing-masing.
 
 
Macam kebetulan pulak,
kalau tahun lepas Iman dapat makan pulut kuning yang dibawa Nenek Alang
Kali ini, dapat makan pulut kuning yang diberikan Kak Sapura,
kawan sepejabat ER yang baru juga menyambut hari jadinya kelmarin.
Terima kasih Kak Pura.. sedap sangat pulut dan rendang.
Berebut-rebut makan tiga beranak.. hahahaha. 
 
 
Kek hari jadi Iman..
sedapppppppppppp sangat
kalah SR tauuuu
terima kasih Atul sebab buat kek yang sedap untuk Iman
:))))) 

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...