MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, February 15, 2016

MAKAN DI KAFE ELEVEN KITCHEN

  Assalamualaikum...
 
SELAMAT kembali ke sekolah.
Selamat berbento kembali untuk ibu-ibu dan anak-anak.
Teringat masa sekolah-sekolah dulu..
Sk memang jarang berbekalan makanan
Bawa air pun jarang-jarang
kenapa ya?? tak ingat pulak
Biasanya masa sekolah rendah Sk makan nasi lemak kantin
tu masa sekolah di Pontian
kadang-kadang epok-epok
boleh dikatakan dua makanan ini yang paling popular
kalau nak makan berat-berat tunggulah balik rumah
berpinggan-pinggan makan nasi
yang peliknya tak gemuk pulak tu
kurus meninggi jer.. hahaha
 
Sk perasan badan Sk mula naik
sejak tahun 1996
masa tu Sk dah mula bekerja sebagai instruktor di sebuah kolej
selain dari mengajar sepenuh masa
Sk juga terlibat mengajar untuk kelas separuh masa
setiap hari isnin, selasa dan rabu
dari jam 7 malam hingga 9 malam
jadi selalulah makan lewat
lama-lama badan pun mengembang
sedikit demi sedikit tanpa disedari. kui kui kui
 
Paling ketara
semasa mengandungkan Iman laaa..
masa timbang sebelum masuk labour room
dah dekat 95 kg
lepas habis pantang
Sk berjaya turunkan berat badan sehingga 30 kg
Percaya tak?
Masa tu Sk tak amalkan apa-apa diet pun
berpantang macam biasa
makan jamu bersalin Nyonya Meneer
dan minum ubat periuk
nasi lauk kari ayam pun Sk telan
masak kurma, asam pedas semua Sk belasah
cuma Sk tak minum ais sahaja
 
Eh.. eh... Sk salah tajuk ke???
(Garu dagu...)
 
 
Sabtu...
Encik Rizar mengajak Sk makan mee kolok
ada port baru katanya
"cuba buka fb Kak Su," suruh ER
urmmm.. men'stalker' la kita di wall Kak Surahati Abu Hasan
yang rajin makan di luar
bersama anak-anak dan kawan-kawan
nampak gambar Kak Su makan di sebuah kafe
kita kasi satu like dulu.. hehhehe
Lepas tu baca komen-komen
nak tahu lokasi kafe
"Ooooo... tahu-tahu.." kata Sk.
"Ni dekat dengan Salsabila la..." dan kami terus tuju ke sana
Komen Junita (kawan Kak Su).. dekat dengan 7E
jadi Sk cari 7E.. yeyyyy! Jumpa!
 
Sebaik berhenti depan kafe berdinding kaca
Nampak kelibat seseorang yang duduk membelakang tiga suku
sekilas ikan di air Sk dah kenal karektor personaliti tersebut
panjang umur Kak Surahati.. heheheh
Haaa... depa-depa ni memang bff
Kak Su yang di sebelah Sk
yang belakang sekali tu kawan ER, En Jamal dan isterinya Kak Roslina
(pinjam gambar ya Kak Roslina)
 
 
 
Sama macam ER
Sk memilih untuk makan Mee Kolo
banyak sebenarnya cara sebutan kolo tu..
ada yang sebut koloh.. ada yang sebut kolok dan ada yang sebut konlo
menurut pemilik kafe yang berasal dari Lahad Datu, Sabah
sebutan tu ikut tempat
Ko dan Lo tu pun ada maknanya
haaa... tak boleh masuk dalam kepala Sk masa dia jelaskan
sebab tak sabar nak menikmati Mee Kolo
mee tu dah digaul dengan kicap
dan kita boleh pilih sama ada hendak makan kering begitu
atau dihirup bersama sup
atau nak tuang sup terus dalam mangkuk mee kita
dan setiap cara kita makan tu pun
berubah jugak nama makanan kita tu..
anda faham...??
tak faham???
ok.. tak apa... tak masuk dalam soalan periksa pun.. hehehe.
di sini ada dua pilihan
daging atau ayam
Sk pilih daging
urmmm.. lembut giler dagingnya
 
 
 
 
Bukan sahaja Mee Kolo
Pelbagai lagi makanan bercitarasa kantonis
boleh anda nikmati di Eleven Kitchen
datang jangan tak datang
 
Lokasi : Kebun Teh (bangunan baru berhampiran Affin Bank)
Waktu Operasi : Setiap hari 9.30 pagi hingga 10 malam.

Sunday, February 7, 2016

MAKAN-MAKAN DAN JALAN-JALAN DI MELAKA.. LAGI???

Assalamualaikum...

DAH memang tujuan kami kali ini ialah untuk menjejaki tempat-tempat makan yang best yang kami rindui di Melaka. Lama tau tak datang Melaka.. sekejap-sekejap lapar. Sekejap-sekejap lapar.. tengoklah perut.. kan kan kannnn. 


Sebaik selepas bersarapan dan rehat-rehat sekejap di kamar (ececeh.. kamar katanya), Sk merayap ke Mahkota Parade semata-mata hendak melawat Kaison. Giler best Kaison ni.. kenapalah tak buka di JB.. huhu.


Wallpaper.. rambang mata dibuatnya.
jadi.. tak payah beli.. huwa huwa huwa.


Kat rumah Sk jangan mimpilah nak ada bunga.. buat menampung habuk jer.. hahaha. Takpum dikais Ponti ngan Cik Lang.. habis berderai.


Eh! Eh! Bolehlah pulak terserempak dengan Cikgu Jana.. padahal duduk satu taman tak pernah pulak terserempak.. kat Melaka boleh terserempak pulak.. hahha.


Selain dari gajah.. Iman jugak sangat sukakan zirafah. Sesuai sangatlah tu.


Terlanjur dah sampai Melaka, buat sesi lawatan sambil belajar ke A Famosa Outlet yang terletak di Alor Gajah.


Cuaca panas diiringi angin kencang. Rupa-rupanya ada beberapa tempat di Melaka yang dinaiki air.. fuhhhh.. nasib kami tak terserempak dengan hujan lebat dan banjir.


Kong Xi Kong Xi
tahun ini tahun monyet
CikWa lahir tahun monyet
heheheh


Daya penarik di A Famosa Outlet.
macam kat obesi
hehehehe


Berdua lebih baik


Merecik-recik air ke lensa kamera tau.


Lepas tu pekena Cendol Bakar Kuala Selangor. Kiranya cawangannya la ni. 


Berjanggut beratur demi semangkuk cendol.
pertama kali Sk minum cendol durian.. sedapppp!


Kunun-kunun nak makan mee besen tapi kena ambil nomborlah pulak. Jadinya terus balik ke arah bandar Melaka.. cari asam pedas. Sekali minta tiga pinggan terus asam pedad tetel.. perghhhh!


Macam ada guna rempah kari laaaa..
atau mungkin rempah gulai kawah.


Ayam goreng favourite Pak Inche.


Telur dadar boh kicap.. favourite Pak Inche jugak.


Setiap nasi dihidangkan bersama sayur taugeh dan telur masin. Tak silap kat asam pedas pokok besar siap ada sambal belacan.. ke kami kena minta.. tak pasti. Apapun puas hati jugak. Sebenarnya nak makan kat pokok besar tapi hujan tu yang makan di Hajah Mona. Alhamdulillah.. puassss sangat dapat makan asam pedas tetel Melaka.. hehehhe

MAKAN-MAKAN DI HATTEN HOTEL MELAKA

Assalamualaikum...

SATU perkara yang paling best di Hatten ini selain dari lokasinya yang strategik yang menghubungkan tiga pusat beli belah adalah makan. Buffet sarapan paginya sangat sangat sangatlah berbaloi. Sk makan baaaaaanyak sangat. Tu pun ada jugak yang tak termakan. Tak laratttt.. huhu. Ooo.. makan banyak tu maknanya makan banyak benda. Ambil sikit-sikitlah jamah konon.. kononnnnn.. huwa huwa huwa.


Konon-konon jaga dietlah ni.. muahahha.


Ini foto hari pertama. Bihun goreng, ayam goreng rempah yang sedap sangat dan roti canai. Urmmm.. macam tak pernah makan roti canai.. hahah.


Esoknya.. 
ada maggi goreng bodo.. hahaha.. tapi berasa jugaklah. Ada sosej berperisa, hashbrown dan tauhu masak apa tah.


Green dumpling dan pau.


Urmmm.. makan roti canai lagi.


pertama kali Sk jumpa buffet sarapan yang ada Bihun Singapore.


Pastry.. suka sangat makan scone tu.


Nak minum kopi tapi dah tak keluar dari paip.. hehhe. Siapa suruh turun lambat???

Antara hidangan yang Sk tak ambil.. sebab tak tahu nak masuk celah mana.

Nasi lemak dan Rendang Ayam
Sayur lodeh.. tak tahu nak makan dengan apa.. tak ada pulak nasi impitnya
Bubur nasi
Bijiran
Pelbagai jenis lagi hidangan yang Sk tak kenal nama.. hahahha.

Alhamdulillah.. sedap semuanya.
Syukur rezeki kami hari ini.
Semoga Allah tetap limpahkan rezeki di hari-hari akan datang.

BERCUTI KE MELAKA 2

Assalamualaikum...

SK memilih untuk tinggal di Hatten Hotel yang terletak di Banda Hilir sepanjang kami berada di sini. Konon-konon, bolehlah jalan kaki je kalau nak pergi ke bangunan bersejarah dan persekitarannya. Hahhh.. cuma mampu jalan sampai Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade jer.. hehehhe. Tu pun rasa macam nak tanggal pinggul dan kepala lutut.. huhu.


Bilik seaview katanya tapi tak teruja nak mengadap luar pun. Hanya pemandangan waktu malam sahaja yang menarik perhatian itupun hanya ER yang rajin menjengah.. hahaha. Bilik ini diasingkan kepada dua ruangan.. hall dan ruang tidur.. suka sangat design bilik ni.


Iman yang tak pernah tak teruja. Setiap bilik ada dua tv tapi Sk pilih tv bilik jugak.. boleh landing atas katil. Tu pun sibuk dengan semakfon jer sebenarnya.. tot tet tot tet.. maklumlah wi fi laju giler tau.


Foto-foto dulu sebelum bilik bersepah.. hehehhe. Kenapa rumah kita tak boleh buat macam gaya hotel? Sebab ada baaaaaanyak barang. Hishhhhhh!


Secara peribadi Sk berpuas hati. Masa baca review tentang Hatten ramai yang kata lif lambat.. tapi bagi Sk biasa jer. Agak lambat jugaklah sebenarnya sebab ada lapan biji lif.. hihi. Tak apa, Sk penyabar orangnya.


Kalau dah ke Melaka, tak sahlah kalau tak ke Klebang Coconut Shake. Kagum betul Sk tengok KCS sekarang. Asalnya bertapak dengan warung tepi jalan jer kan. Yang best mereka masih mengekalkan konsep warung. Dan yang bestnya lagi servis mereka adalah sangat cepat dan meja pun sangat banyak. 


Wajib juga singgah Mee Sup Tengkera. Aaaa.. perut rasa nak pecah ni. Kalau ke MST mesti nak ambil Kuey Teow Sup dan popia basah. Masa ni hujan turun dengan lebatnya menyimbah bandar Melaka.


Antara salah satu sebab kami bercuti ke sini, tentulah untuk makan ikan bakar. Dan.. kami memilih Ikan Bakar Anjung Batu. Memang sejak dulu suka ikan bakar cikgu. Cikgu dah lama tak ada kini anak-anaknya pula mengambil alih. Tenang dan damai jer makan di sini. Kami tak suka makan dalam hiruk pikuk manusia.. jauh sikit pun tak apa.


Sotong tepung untuk Sk dan sotong bakar untuk ER.. hehehhe. Sk memang muak sikit makan sotong bakar.


Pencuci mulut.. ini Iman sukalah.. jeli kelapa.


Di Anjung Batu ni, nasi lemaknya percuma setiap hari Jumaat.
Alhamdulillah... sedapppp!

Saturday, February 6, 2016

BERCUTI KE MELAKA 1

Assalamualaikum...

SUDAH lama rasanya tidak bercuti ke Melaka. Masa ER menghubungi hotel yang biasa kami tinggal di Melaka, staf hotel menyemak rekod dan memberitahu kali terakhir kami datang adalah pada tahun 2014. Huiiii.. kalau macam tu dah setahun jugaklah kami tak ke Melaka.. cuma tumpang lalu sahaja.. hihi.


Macam biasa, kami lebih suka ikut jalan lama. 
ER mencadangkan untuk kami singgah bersarapan di Batu Pahat tapi Sk memilih untuk bersarapan di Gerai Tepi Laut, Bandar Pontian. Hajat di hati nak makan lempeng, rupanya dah tak lagi orang yang buat lempeng tu. Sk tiru Iman yang nak makan soto nasi.
huiii.. puas hati sangat dengan soto nasi di sini sebab ayamnya sangat banyak. Kicap pedasnya jugak sedap.. bayangkan sampai setengah botol Sk balun berdua dengan Iman. ER pilih makan nasi lemak. Boleh tahan jugaklah nasi lemak di sini.

Ada orang panggil air bodoh.
Sk dulu panggil air botol je. Masih pagi lagi jadi  memang tak boleh nak minum.. takut sakit perut. 

Urmmm.. jauh lagi Melaka.. 
tidur dulu laaaaa...


Friday, February 5, 2016

KEROPOK LOSONG SKUDAI

Assalamualaikum...

LAMA dah Sk teringin nak singgah di Warung Keropok Losong yang terletak di hadapan Balai Polis Batu 10, Skudai. Setiap hari lalu dan setiap kali itu hati melonjak-lonjak nak singgah. Sk ni sebenarnya penggemar keropok losong dan segala jenis keropok. Haiiiii.. macam-macam gemar Sk ni kan.. huhuhu.

Kenapa tak singgah?
Sebab tak pasti di mana nak letak kereta. Sebab warung ni betul-betul di persimpangan masuk balai polis dan masjid.. juga di tepi jalan besar Skudai. Sk ni memang takut sikit nak letak kereta sebarang-sebarang.. takut kena sagat kereta orang.. huhu. (Oooo.. ingat takut unde-unde)

Jadi semalam petang hati nekad sebab perut tengah lapar. Terbayang-bayang keropok losong yang dicicah dengan sos manis-manis pedas ditemani secawan teh tarik kaw-kaw.. wallaaaaaa....!


Haaa.. inilah dia keropok losongnya.
Sk perhatikan kakak tu sambil menguli sambil menggoreng. Dan hasilnya keropok losong yang sangattt lunak dan rangup. Rasa antara keropok yang tersedap Sk pernah makan.

Iman pulak rupanya lagi lapar dari mak dia.
Nak makan nasi paprik katanya. Layannnnn..


Memang tak rugi singgah. Berbaloi-baloi tau. Kadang makan nasi paprik tu ayamnya boleh kira berapa ketul.. tapi yang ni ayam dengan sos paprik yang melimpah. Terus Sk tapau untuk ER.. senang takyah masak.. takyah keluar makan. Nak kemas baju sebab esok nak jalan -jalan. 
Ke mana???
Tungguuuuuuuu!!

Thursday, February 4, 2016

PINDAH

Assalamualaikum...

SELEPAS 20 tahun  bertapak di Bukit Senyum.. dan ini merupakan tahun ke 13 Sk bertugas di kolej ini, akhirnya kami terpaksa akur untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja berhijrah namun ada juga yang berpisah. Sedihlaaaa...


Sayu tengok barang-barang diangkat masuk ke dalam lori.

Selamat tinggal...

Wednesday, February 3, 2016

NASI LEMAK LAGI!

Assalamualaikum...

INI kali kedua masak nasi lemak dalam tahun 2016 yang baru sahaja masuk 3 Februari. Itu yang dimasak, belum lagi yang dibeli.. hihi. Masak nasi lemak ni terlanjur ada lebihan Sambal Sotong Kembang yang Sk masak sempena makan-makan anniversary hari tu. Dekat rumah ni, nasi lemak memang sentiasa laku sebab nasi lemak Sk sedap okehhh. Ni kalau buat drive thru memang tak sempat duduk. Kereta tak berhenti singgah lalu... muahahaha. Perasan! Resepi tak yah taip lah ya.. scroll ke bawah sikit mesti jumpa.. hihi. Saja nak tepek gambar buat kenangan.

Tuesday, February 2, 2016

MAKAN DI SEVENTEES CAFE

Assalamualaikum...

KADANG-KADANG kan... rasa macam masak sendiri ni, kepenatannya sama jer dengan kita makan di luar. Ialah, kalau masak sendiri tu nak pakai baju kelawar pun boleh. Tak yah sapu bedak kat muka pun tak apa. Tapi kalau nak pergi makan di luar ni, nak kena bersiap. Biarlah senonoh sikit kan. Kenalah cari baju elok, tudung elok, sapu bedak.. taklah nampak berkilat jer muka tu kan.. hahaha. Lepas tu, nak cari kedai makan.. nak order makan, nak makan, nak bayar, nak balik.. tup tup dah pukul 10.30 malam. Kalau makan kat rumah.. siapkan bahan.. masak nasi.. masak lauk.. makan.. kemas.. baru pukul 9.30... dah boleh landing tengok dvd.. gitu.. cuma penatlah kan.. huhu.

Tapi.. kalau dah selalu masak, kadang-kadang memang buntu dah nak masak apa. Jemu pun ada asyik makan benda yang sama. Rasanya lepas ni Sk kena jugaklah beli buku masakan Chef Haniliza atau Chef Wan.. apa tu.. sehari satu resepi. Haaa... baru pas tu Pak Inche nganga.. banyak betul idea bini aku memasak.. hahahha. 365 hari setahun.. 365 jenis lauk.. kagum.. kagum.

Ni pasal dah malas nak masak, kami pun pakat-pakat pergi mencuba kedai makan yang direkomen ahli group Johor Sedap. Scroll scroll terus ternampak gambar Lamb Grill yang marvelous sungguh ceritanya. Lokasi.. Seventees Cafe, Taman Bukit Indah. Jom terjah!


Seventees Cafe ni terletak di No 73, Jln Indah 16/12, Taman Bukit Indah. Landmark yang diberikan di dalam fb page adalah Tesco/Ambank yang bagi Sk panduan yang tidak tepat bagi orang yang tidak biasa di kawasan ini. Ini kerana Sk memilih landmark Tesco.. dan ia membawa Sk keluar dari kawasan yang sepatutnya sebab dah masuk jalan satu hala (tak boleh belok kanan sedangkan SC terletak di sebelah kanan tesco. Panduan yang paling tepat adalah anda cari bangunan Ambank Taman Bukit Indah dan susur ke atas.. anda akan jumpa SC yang sebenarnya kedai perabot jati (di waktu siang).  
SC menggunakan konsep layan diri. Order di kaunter, bayar dan makanan akan dihantar ke meja anda. Tempoh menunggu tak lama. 
Iman.. macam biasa sangat suka minum Choc Ice Blended dan dia juga sangat cintakan marshmallow.. erkkk!


Sk pilih jus epal dan cincau ais untuk ER. Mug besar tempayan tapi berbaloi sebab tidak dipenuhi air batu semata.


Di samping western, SC turut menyediakan beberapa makanan tradisi. Tekak kami tiga beranak memang nak makan kambing panggang malam tu. Ini ialah Lamb Rack Grill Set. Anda boleh pilih yang biasa atau berkeju.


Daging kambing yang sungguh longkah sekali. Tak ambil masa yang lama untuk mengunyahnya kerana ia lerai dari tulang. Sk rasa kalau ada nasi beriyani.. dah macam makan kat Kari Kambing 40 hari pun ya.. hahah. 

Ia juga datang dalam potongan-potongan kecil. Dihidangkan bersama potato wedges dan roti perancis. Cukup mengenyangkan.


Sehelai salad sebiji tomato ceri sebagai penyeri.


Harga berpatutan. 
ALHAMDULILLAH.

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...