DAWAI ASMARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...

SALAM pagi Isnin. Alhamdulillah.. hari ini Sk bangun awal dari kebiasaan. Sebenarnya dari malam tadi dah plan nak goreng nasi untuk bekalan. Ada rasa bosan pulak hari-hari mengadap kuey teow goreng di kantin, jadi hari ni naklah bawa bekal untuk sarapan dan untuk Iman juga. Lepas tu sarapan dalam kereta... sebenarnya Sk belum dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Kalau tempat lama tu sebelum pukul 7 Sk dah ada di meja siap masak air semuanya. Di sini belum ada kekuatan (sebenarnya keberanian) untuk duduk seorang-seorang dalam bangunan yang tidak berorang. Maklumlah, orang lain semua pukul 7.30 atau 7.40 baru sampai.. takut ada pulak yang meneman.. adoyaiii.. penakut betul.

Malam tadi berakhirlah drama bersiri dalam slot Azalea di TV9, Dawai Asmara. Ada ke sesiapa yang mengikuti drama berkenaan? Sebenarnya Sk jarang 'follow' sesuatu drama kecuali drama yang ada tarikan.. contohnya pelakon yang Sk sukakan lakonannya atau terbitan produksi yang bagus. Sk pun sebenarnya keliru jugak apa rasionalnya penerbit atau yang terlibat dengan produksi ini memberikan tajuk Dawai Asmara.. dah macam kisah cinta tiga segi pulak padahal ia mengisahkan tentang kekeluargaan. Anak yang terpisah dari ibu bapa akibat dari keporak-perandaan keluarga lain. Banyak juga episod yang Sk tertinggal, tapi bolehlah faham apa yang berlaku.. cuma ada sedikit yang Sk keliru.



Episod pertama bermula dengan sebuah keluarga yang bahagia, terdiri dari suami, Hashim yang bekerja keras untuk keluarga Isterinya Rosmah adalah seorang yang tegas mendidik anak tunggal perempuan mereka lingkungan usia 3 atau 4 tahun. Di hari lahir anak itu yang dinamakan Natasya, ayahnya telah menghadiahkan seutas rantai dan sebentuk cincin bertatahkan berlian kot.. huhu.

Keluarga kedua pula, suami yang sering memukul isteri dan mengabaikan keluarga. Mempunyai seorang anak lelaki lingkungan usia 5 - 6 tahun. Akhirnya kerana tidak tahan, si isteri lari dan berjaya mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Keluarga ketiga pula, isteri mata duitan, suaminya tidak bekerja dan mempunyai seorang anak perempuan sebaya Natasya bernama Shira. Akibat desakan hidup, suaminya menjadi peragut dan perompak untuk memenuhi nafsu isteri yang tamak.

Suatu hari, keluarga pertama tadi membawa anaknya, Natasya bermain di taman. Natasya mempunyai dua ekor (???) anak patung barbie yang sering dibawa ke mana-mana. Tanpa disedari.. dia telah bermain jauh dari ibu bapanya sehinggalah ke tengah jalanraya dan hampir sahaja dilanggar oleh si peragut tadi. Peragut tu pada mulanya bersimpati dengan Natasya yang berseorangan tetapi dia menjadi tamak apabila terpandang rantai berlian Natasya. Tanpa teragak-agak, dia membawa Natasya menaiki keretanya.

Selepas mengambil rantai Natasya, peragut tu (tak ingat siapa nama) telah meninggalkan Natasya di lorong belakang kedai. Rantai tadi pula telah disarungkan di leher anaknya, Shira. Aduyaiii.. tersayat-sayat hati tengok Natasya menangis seorang-seorang di belakang lorong kedai. Kebetulan pula, lelaki yang ditinggalkan isteri dan anak lelakinya tu (keluarga kedua) telah ternampak Natasya. Kerana rindukan anaknya, dia bertindak membawa Natasya pulang ke rumah dan diberi nama Maya. Dia memaksa Maya (Natasya) mengakui bahawa dia adalah ayah Maya. Sedih, kannnn... tu lah yang Sk seboleh-boleh mengikuti drama ni sebab nak tahu apa yang akan terjadi kepada Maya (Natasya) ni.

Rosmah pula mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak. Setiap hari dia akan pergi ke taman untuk mencari anaknya sehinggalah suatu hari dia menemui seorang budak perempuan di taman itu. Dia terus bawa budak perempuan ni balik dan dinamakan Natasya. Budak perempuan ni sebenarnya anak kepada seorang wanita lain (Ziana kot) yang hidup susah serta sengaja meninggalkan anaknya tu di taman. Apabila dia tengok Rosmah dan Hashim yang membawa anaknya pulang, hatinya lega. Ziana kemudiannya bekerja di rumah anak-anak yatim. Adoiii.. pening. kenapalah dari mula tak dibawa jer anaknya tu ke rumah anak yatim ek?? Heheheh. Tapi sebenarnya Sk banyak sangat tertinggal episod DA ni sampailah bila Sk tengok balik, budak-budak ni semua dah besar dan masuk kolej. Tak tahu macammana Rosmah boleh terjumpa Shira dan dia fikir Shiralah anak dia yang hilang dulu tu. Disebabkan mak Shira ni jahat, dia kebaslah pulak harta benda Rosmah termasuk pakaian-pakaian Shira untuk dijual. Shira ni taklah jahat macam emaknya.. tapi tamak jugaklah. Mereka bersekongkol jugak untuk mewarisi harta Hashim yang dah bergelar Datuk. Rosmah yang curiga dengan Shira telah berpura-pura menyikat rambut Shira dan mencuri rambutnya untuk menjalankan ujian DNA.. telah mendapati bahawa Shira bukanlah anaknya yang hilang dulu. Akibatnya Rosmah telah membenci Shira.

Natasya (anak Ziana) tu pulak berkawan baik dengan Adam. Nak dijadikan cerita, Natasya, Maya dan Adam ni belajar di kolej yang sama. Maya pula bekerja sambilan di sebuah cafe kepunyaan seorang anak muda yang Sk lupa namanya pulok.. hahaha. Adam pulak entah macammana terjatuh cinta dengan Maya. Bos Maya tadi pulak, kawan-kawan jugaklah dengan Adam.. apalagi bergaduhlah berebutkan Maya tu. Tapi Maya pilih Adam.. dan mereka pun bercinta.. siap kenalkan dengan ayahnya. Maya pun tahu bahawa itu bukan ayahnya yang sebenar. Suatu hari, Adam bawa ibunya ke rumah Maya, masa tu barulah pecah rahsia rupa-rupanya ayah angkat Maya tulah ayah kandung Adam yang selalu pukul ibunya dulu. Adam ni sekejap merajuk.. sekejap nampak baik ngan ayahnya.. entahlah.. asyik lari konti jer.. hahaha.

Ibu Adam setelah bercerai dulu telah membawa lari Adam dan berkahwin lain. Mereka berhijrah ke luar negara. Tetapi jodoh tak panjang apabila ibu Adam dan suami barunya bercerai dan membawa lari pula anak lelaki mereka. Pening, kan... hahahaha.

Yang Si Adam dengan bos Maya tu pulak (biarlah Sk namakan H aje), dalam bermusuh sebab berebutkan Maya, tapi Adam ni sentiasa mengambil berat lebih-lebih lagi apabila H terlibat dengan kemalangan. Semasa berada di rumah H, Adam telah terjumpa frame gambar ibunya. Rupa-rupanya itulah adik tiri Adam yang dibawa lari bapa tiri Adam tu. Pusing-pusing kat situ jugak rupanya. Iman kata, pening betul cerita ni, banyak sangat watak.. aduyaiiii.

Berbalik kisah Adam dan Maya tu, mula Adam sedih jugaklah bila tahu ayah Maya tu ayah kandung diakan, sebab dia ingat Maya tu adik beradik dia.. tapi bila dia tahu Maya tu cuma anak angkat ayahnya, mereka pun bercadang nak berkahwin. Disebabkan Maya ni baik sangat dengan Natasya, Rosmah telah bercadang untuk menguruskan majlis perkahwinan Maya kerana tahu tentang kesusahan ayah Maya. Jadi, dia pun pergilah jumpa dengan ayah Maya dan telah terpandang anak patung Barbie masa Maya kecik-kecik dulu... jeng jeng jeng!!

Ayah Maya berterus-terang.. yang Maya bukan anak kandung dia. Dia pun ceritakan di mana dia jumpa Maya dan tunjukkan cincin dan anak patung Barbie yang ditemui bersama Maya. Oleh sebab itu, Rosmah telah meminta bantuan Natasya untuk mengambil sample tubuh (tak tunjuk bahagian mana) Maya untuk dijalankan ujian DNA dan ianya positiffff... waaaaaaaaaa.... nangis terus Datuk ngan Datin tu.. dengan Sk pun nangis sekali tauuuu.. huhuhuhu.

Akhirnya, Maya dan Adam pun dinikahkan.. majlsi berlangsung meriah. Dan semua orang jahat dalam cerita ni dah insaf macam cerita hindustan pulak.. hahahha. Dan barulah Natasya tahu, bahawa bonda yang selalu ditemuinya di rumah anak yatim tu adalah bonda kandungnya iaitu Ziana. Yang ini memang Sk 'miss' macammana Natasya boleh kenal dengan bonda. Siapa tahu, tolong komen boleh???

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Best jugalah ceritanya SK
    Tapi kakak ni memang jaaaarang sgt menonton itu yg tak tahu pun ada slot drama ini.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sk...dah habis ke cite ni sk..x tengok la episod lastnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!