MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, November 20, 2017

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum...

YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun berangan alangkah bestnya jika ada ikea di JB dan selepas mendengar khabar angin Ikea akan dibuka di JB hampir dua tahun lepas, ia akhirnya menjadi kenyataan. Dan Sk berjaya menjejakkan kaki ke Ikea Tebrau pada hari kedua ia dibuka.  Pehhh..  Macam dapat award ek..  Hahaha. 

Ikea Tebrau dikatakan sebagai Ikea terbesar di Asia Tenggara.  Disebabkan Sk cuma pernah beberapa kali pergi ke Ikea Damansara,  maka Sk setuju bahawa Ikea Tebrau ni lebih luas dari Ikea Damansara. 
Bila ke Ikea maka inspirasilah yang dicari. 
Maka bak kata kawan Sk raya tahun depan semua rumah sepesen ajelah sebab tiru dan guna perabot ikea..  Hahaha. 
Yang paling banyak berangan
Iman la..  Nak buat bilik begini begitu begini
Kertas dinding ala English Country warna merah jambu.  Terserlah kewanitaannya. 
Ini baru rumah manis rumah
Hihihi
Orang sudah mula memenuhi ruang pameran. 
Nasib baik masuk tak kena beratur. 
Yang ini pun cantikkan. 
Tapi ruang tamu Sk memanjang dan sempit maka berangan sajalah yang dapat. 
Ini Sk suka. 
Kalau letak di laman pun okey tapi kereta kena letak luar pagar la..  Hahhaa. 
Sejak dulu kalau ke Ikea mesti beli lampu. 
Tak faham..  Tak faham..  Hahaha. 
Segala kelengkapan rumah ada di sini..  Sebut aje nak apa,  sediakan saja ongkosnya. 
Ni dah ada orang janji nak belanja. 
Alhamdulillah. 
Nak..  Tapi tak ada stok  warna turqoise macam ni.
Alangkah indahnya kalau ada kabinet dapur yang kemas macam ni.  Hakikatnya kalau dah setiap hari bertukang di dapur memang berselerak dengan barang-barang,  hahaha. 
Suka kalau dapat buat kaunter sarapan macam ni. Indahnya pagi,  hahahha. 
Katil yang menjadi idaman dulu kini selamanya. 
Kalau ada katil empuk cenggini
Tiap hari lepak dalam bilik jer la..  Hahha. 
Dah dah dah..  Jom balik! 

Friday, November 10, 2017

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum...

RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm..  Macam tak ambil kisah aje kan nak meng-update blog. Kesibukan dan kelelahan dengan tugas seharian memaksa Sk membiarkan blog ini seakan menyepi..  Gituuuu.

Memang dah beberapa hari ni Sk agak malas sikit nak memasak.  Penat di pejabat ditambah penat memandu dalam kesesakan maka sampai di rumah pun masak yang sempoi sahaja.  Kadang-kadang putus idea jugak bila masak benda yang sama maka ke kedailah jawabnya tak kiralah kedai mamak atau kedai tomyam asalkan perut dua beranak ni terisi.  Kalau perut Sk ni setakat kunyah biskut kering pun jalannnn..  Hehehhe. 
Kelmarin,  blogger Hernee Nazir hantar gambar Pulut Mangga yang dinikmatinya di Boat Noodle @ Teh O Ais 50 sen dalam komennya pada salah satu posting di fb Sk. Memang dah lama juga Sk tahu tentang Cafe Teh O Ais 50 sen ni cuma Sk risau menunya tak menepati selera Encik Rizar. Paling-paling pun kesukaan ER ialah mee supnya tapi dia memang kurang gemar konsep makan mee RM1.90 secoet di Boat Noodle ni,  hihi. 
Disebabkan semalam ER kata ada kawannya dah belanja makan asam pedas waktu makan tengahari (ER jarang makan tengahari sebab tu kena makan nasi setiap malam) dan Sk pun malas nak masak,  maka kami memlih untuk mencari makan yang sempoi-sempoi sahaja maka Sk mencadangkan untuk kami singgah makan di sini.  
Tak sukar mencari Teh O Ais 50 sen yang terletak berhampiran Maybank Taman Nusantara ini maka taklah stress mencari-cari lokasi cuma mungkin anda akan berhadapan dengan masalah parkir memandangkan di sini merupakan kawasan pusat perniagaan yang agak sibuk terutama di malam hari. 
Di sini anda boleh memilih nak makan mee sup thailand bermangkuk-mangkuk seperti konsepnya atau memilih hidangan seperti ini. 
Phisek Both ini menjadi pilihan ER dan Iman. 
Glass Mee bersama kuah sup daging yang sangat sedap dengan bebola ayam dan daging serta telur puyuh.  
Pulut Mangga yang sering menjadi pilihan wajib setiap kali terpandang menunya di buku menu.  Alhamdulillah,  ianya sangat menepati citarasa Sk sekeluarga. 
Disebabkan perut masih kenyang sebab dua kali makan nasi di siang hari semalam..  Kahhhkahkahh.. Maka Sk memilih Roti Sangkaya untuk berkongsi makan tiga beranak. 
Selain mee ada juga hidangan nasi seperti Nasi Kerabu dan Nasi Komok. 
Memang dah masuk dalam list dah untuk datang lagi di lain kali. 
InsyaAllah. 
Jom ke Boat Noodle @ Teh O Ais 50 sen. 

Monday, October 23, 2017

MEE KUAH TULANG

Assalamualaikum...

TAMAT sudah sesi percutian sempena perayaan Deepavali minggu lepas.  Minggu ni ramai yang dah kembali bekerja,  anak-anak pun dah kembali ke sekolah malah ada yang sedang menghadapi peperiksaan akhir.

Sk sekeluarga kali ini memilih untuk pulang ke kampung halaman Encik Rizar sempena cuti panjang.  Sebenarnya walaupun kali terakhir balik kampung pada Jun lepas (raya Aidilfitri)  tapi kami tak tidur di rumah mak.  Jadi,  kali ni kami tidur puas-puas di kampung..  Hahaha.


Disebabkan kami dah kehabisan stok ikan bilis
Maka, Tanjung Dawai merupakan salah satu destinasi wajib kali ini. 
Dalam perjalanan tu,  ternampaklah kedai makan Mee Kuah Tulang ni. 
Jadi,  lepas beli ikan bilis teruslah ke sini. 
Selain tulang,  anda boleh juga memilih daging atau ekor.  
Yang ini pinggan Iman,  Iman pilih Mee Kuah Daging. 

Dan ini pinggan Sk. 
Sk pilih Mee Kuah Ekor. 
Pak Inche pun tiru jugak nak Mee Kuah Ekor. 
Pas tu,  tengah Sk sedap-sedap ratah ekor tu,  dia boleh cakap,  ekor yang besar tu kat buntut lembu.  Kuang asam betul! 

Nak datang sini,  senang aje. 
Nama kedai ni Mee Kuah Tulang Singkir Darat. 
Singkir Darat ni nama kampung atau tempat nilah.  
Ada banyak sebenarnya kedai Mee Kuah di jalan menghala ke Tanjung Dawai ni dan Kedah memang popular dengan mee kuahnya kan. 

Rasa? 
Ada iras-iras Mee Racun yang terkenal di Batu Pahat tu..  Dan bagi Sk tidak mengecewakan.  Alhamdulillah. 

Sunday, October 15, 2017

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum...



Alhamdulillah.

Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 malam,  akan datang.  

INAYAH merupakan idea asal dan skrip ditulis oleh Umie Isa dan telefilem diarahkan oleh Faisal Ishak.
Berkonsepkan BACA dan TONTON, 
maka saya menjemput kawan-kawan semua membaca Novel Inayah dan kemudian menontonnya di saluran ASTRO Citra pada waktu tayangannya nanti.  

Barisan pelakon: Azhan Rani- Sari Yanti-Rosnah Johari- Aliff Satar-Farish Ayden- Arissa Afrinna- Corrie Adam dll.

Kesukaran yang paling utama sewaktu 'menterjemah' skrip dan telefilem ini kepada bentuk novel ialah - bagaimana Novelis Maria Kajiwa mahu 'memariakajiwa'kan kisah ini.

Harapan Maria Kajiwa agar pembaca berpuas hati dengan persembahannya kali ini. Masih mampu 'merasa' air tangan beliau dan 'mendengar' suara beliau melalui setiap baris ayat yang disusun dalam novel yang diadaptasi dari skrip telemovie ini. 

Saya selaku AJK Maria Kajiwa Group atau dikenali sebagai Maria Kajiwa Fan Club (MKFC)  ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang setia menunggu dan memberikan sokongan sepanjang perjalanan ini. Sebuah pengalaman bagi kami sebagai kenangan untuk anda.

Anda boleh mendapatkan novel Inayah dengan menghubungi jk unit jualan kami Pn Zully Azizan di 0123312141.

Sekali lagi,  jangan lupa saksikan Telemovie Inayah di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 malam. 

#MKFCGP

Friday, October 13, 2017

TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA

Assalamualaikum...

PUAS! 
Itu yang dapat Sk ucapkan selepas tamat menonton filem yang Sk tunggu sejak membaca novelnya lebih kurang dua puluh tahun lalu.  Walaupun masa tu jarang sekali sebuah novel diadaptasi ke layar perak namun sebagai pembaca yang begitu menghayati watak dan terjun ke dalam cerita,  Sk sering membayangkan watak-watak utamanya jika naskhah ini diangkat sebagai sebuah filem atau drama.  Hurmmm..  Memang kuat berangan sejak dulu rupanya,  huwa huwa huwa. 

Sejak mendapat khabar bahawa penulis novel thriller dan prolifik nombor 1 Malaysia,  
Ramlee Awang Murshid bertemu sendiri dengan Pengarah Nasir Jani bagi menyatakan hasratnya menghidupkan watak utama Tombiruo : Penunggu Rimba ke dalam sebuah filem,  Sk mula teruja. Bila sahaja mendapat tahu Zul Ariffin dipilih memegang peranan sebagai Ejim maka Sk semakin tidak tentu arah..  Kah kah kah. 


Sk memilih tayangan pada jam 8.40 malam kerana Iman terlibat dalam satu pertandingan pementasan drama di Expo Johor Berkemajuan semalam.  Jadi,  kenalah tunggu dia balik sekolah dulu.  Cuma pergi berdua sahaja dengan Iman sebab Encik Rizar bertugas di luar kawasan.  
Terkejut juga masa nak beli tiket tu sebab  sebahagian kerusi dalam panggung telah penuh. Akhirnya Sk memlih tempat duduk tiga baris dari hadapan.  Bagus jugak sebab tak ada orang lalu lalang depan kita.


Tengok,  masih pakai baju kurung yang Sk pakai siang ke pejabat sebab memang tak balik ke rumah langsung. Walaupun dekat je dengan rumah tapi boleh makan masa hampir sejam juga kalau berpatah balik,  buat penat jer nanti.  Lagipun setiap petang khamis memang Sk akan jumpa ibu dulu di Senai. Jadi janganlah terkejut tengok Sk pakai baju kurung tengok wayang,  hahaha. 

Review :
(Dipetik dari fb Sk sendiri) 


Semua orang tahu filem ini merupakan adaptasi dari novel penulis thriller no 1 Malaysia Ramlee Awang Mursyid berjudul Tombiruo : Penunggu Rimba dan sejak membacanya lebih kurang 20 tahun lalu saya sangat suka dengan watak Ejim yang merupakan hero dalam novel.


Tombiruo : Penunggu Rimba mengisahkan tentang seorang bayi yang dihanyutkan ke sungai apabila cuba dibunuh oleh bapanya sendiri. Bayi berwajah bukan manusia itu ditemui oleh seorang bekas perajurit yang memeliharanya dengan kasih sayang seorang ayah yang menamakannya Ejim dan dibekalkan dengan ilmu pertahanan diri. 
Semakin meningkat dewasa Ejim sedar bahawa kampung dan hutan tempatnya berlindung kian terancam dengan rancangan pembinaan empangan. 


Dalam masa yang sama, seorang wartawan, Wan Suraya cuba menyelongkar komplot di sebalik pembinaan empangan tersebut yang akhirnya menjadi titik pertemuan antara Wan Suraya dan Ejim. 
Satu kesilapan apabila sebuah novel diangkat ke layar perak adalah apabila pengarah cuba untuk memuatkan keseluruhan bab dalam novel ke dalam skrip filem yang berdurasi selama dua jam.  Ini menjadikan rentak filem seperti terkejar-kejar dan adakalanya macam kartun.  Namun dalam filem Tombiruo, pengarah bijak memilih plot demi plot sehingga tidak merosakkan cerita dalam novel itu sendiri.  Walaupun sedikit kecewa kerana beberapa babak menarik dalam novel yang juga penting bagi saya tidak diwujudkan dalam filem ini namun ia masih tidak merosakkan cerita yang hendak disampaikan kepada penonton.  
Filem ini sarat dengan aksi sehinggakan saya hampir terlupa untuk menelan air liur setiap kali tiba babak pertarungan.. Hahaha. Ya,  saya peminat filem aksi walaupun korang nampak macam Mak Inche sangat,  kah kah kah. Kesan khas seperti pergerakan akar kayu dan pokok-pokok hutan sebagai lambang 'semangat hutan' yang berkait dengan Tombiruo begitu mengagumkan. Ada sedikit babak yang membuatkan saya dan sebahagian penonton tergelak namun ia tidak menjejaskan mood saya untuk terus menonton. 
Selain aksi,  saya sukakan sinematografi dan keindahan flora dan fauna yang mewarnai filem ini terutama Gunung Kinabalu yang megah menjadi latarbelakang di Hutan Keningau di mana pondok Ejim didirikan.


Selepas digandingkan dalam J Revolusi, nyata Zul Ariffin dan Farid Kamil sememangnya punya chemistry.  Nabila Huda tetap hebat seperti selalu.  Saya juga sukakan penampilan Faizal Hussein,  Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa dalam filem ini. Rasanya inilah pertama kali filem adaptasi novel yang tidak mengecewakan saya sebagai antara ribuan pembaca Tombiruo. Ada yang bertanya saya,  adakah Ejim akan membuat rawatan pembedahan plastik seperti dalam novel,  jawapan saya anda harus menontonnya sendiri. 
(perlu diingatkan filem ini adaptasi dari Tombiruo : Penunggu Rimba dan
 bukan bergabung dengan Tombiruo Terakhir)


Terima kasih kepada Saudara Ramlee Awang Murshid, pengarah Nasir Jani dan Seth Larney serta Layar Sunan kerana menjadikan impian kami melihat Ejim di layar perak menjadi kenyataan.

Sk bagi 5 bintang!

Wednesday, October 11, 2017

NASI BAMBOO RENDANGAN CHERRY

Assalamualaikum...

BURPPP! Alhamdulillah.. Baru lepas menikmati Nasi Bamboo Rendangan Cherry.
Macam nilah Sk kalau ditugaskan mengambil Iman balik dari sekolah.
Biasanya memang Encik Rizar yang ambil tapi disebabkan ER ada hal maka kenalah Sk yang mengambilnya. Ambil pula waktu makan tengahari di kala perut sedang lapar
maka kita tukar seleralah. Asyik makan di kantin kolej pun kadang-kadang jemu jugakkan.

Image may contain: food

Sebenarnya dah lama nak makan di sini lepas dikongsikan oleh Mama Maszull.
Warung ni pun tak jauh dari pejabat Sk tapi nak ke sini jem ya amat
tu yang malas nak keluar.
Masa Sk sampai ni waktu makan dah hampir tamat tapi dapatlah jugak merasa kambing dan ayam bakar yang masing-masing tinggal seketul.
Cicahannya sos black pepper dan sambal belacan yang rasanya tidaklah mengecewakan.
Lepas ni tak payah lagi nak berebut-rebut makan di Sg Klah sana
JB pun dah ada.. yey!!

Monday, October 9, 2017

RESIPI SAMBAL SOTONG REX

Assalamualaikum...


Pertama kali cuba masak sotong dalam tin berjenama rex ni. Sebelum ni pernah beli jenama lain tapi tak sedap,  bila baca kat blog-blog ramai yang ceritakan nostalgia sotong rex ni,  maka Sk pun cuba beli satu tin kecil sahaja. 
Dah nak masak baru perasan di tinnya tulis  sambal sotong. Alamak,  hantam sajalah. 
Sebabnya Sk dah siap sediakan bawang putih cincang,  bawang besar potong bulat dan hirisan cili hijau seperti cara masakan yang disyorkan ramai. 


Rupa-rupanya kuah sambal yang dimaksudkan hampir sama rasanya dengan kuah sos tomato yang biasa digunakan dalam tin sardin. Memang sebijik rasanya dan sedap betul makan dengan nasi panas-panas tanpa lauk lain termasuk sambal belacan. 

Sambal Sotong Rex 

1 tin kecil sotong rex (sambal) 
3 ulas bawang putih cincang
1 labu kecil bawang besar potong bulat
2 cili hijau dipotong kasar
Sedikit hirisan halia
Minyak untuk menumis

Caranya

Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi
Masukkan sotong (potong kecil)  bersama sosnya, bawang merah dan halia.
Kacau beberapa minit. 
Siappppp!! 

Dah..  Pi senduk nasi cepat! 

Thursday, October 5, 2017

MAKAN DI ONG SHUN SEAFOOD RESTAURANT

Assalamualaikum...

CERITA makan lagi,  kali ini di Ong Shun Seafood Restaurant yang terletak di Jalan Abdul Samad berhampiran dengan Sedap Corner dan Thistle Hotel.  Sk rasa sekurang-kurangnya dah tiga kali jugak kami ke sini dalam tempoh sebulan dua,  hahaha. Kami suka ke sini sebab masakannya sedap dan harganya sedikit murah berbanding dengan restoran makanan laut yang lain. 


Ong Shun ni dah lama dibuka dan ER tahu mengenainya selepas pejabatnya mengadakam jamuan di situ.  Macam biasa,  lepas rasa sedap kenalah bawa family pulakkan. 

Juadah pertama yang sampai ke meja adalah makanan kegemaran Sk,  apalagi kalau bukan Sotong Telur Masin. 
Wallaweiiii..  Sungguh berperisa,  lemak berkrim disukai ramai. 
Sotong digoreng tepung dan dicurahkan pula sos mentega dan telur masin yang melimpah namun tidak menghilangkan rangup gorengan sotong tu. 


Ini pula makanan kegemaran ER,  
Baby Sotong Goreng Madu. 
Sangat sedap dengan rasa baby sotong yang rangup bersama sos madu yang secukup rasa memang sungguh menepati citarasa kami. 


Lemon Chicken makanan kegemaran Iman. 
Ayam goreng tepung bersama sos lemon namun sosnya agak cair..  Pendek kata kurang sedaplah..  Kecewa Iman nampaknya. 


Siakap Stim ala Hong Kong
Sedap juga tapi stim Hong Kong bukan masakan kegemaran Sk. 
Sk lebih suka masak Sam Rock baru rock bro! 


Nampak ada pau goreng dalam menu terus mintak. Memang sedap tapi sayang kuah kena beli lain.  Makan ajelah cicah dengan kuah sotong telur masin,  hahaha. 


Dah lama tak minum minuman manis,  Sk minta Jus Markisa. 
Ya Allah  manis melekat rasa buah markisa,  tak kedekut langsung dia bubuh.
Pilihan Iman macam biasa,  Sirap Bandung la..  Hehehe. 


Kali kedua makan di Ong Shun. Masa ni Iman tak ada, tekak ingin nak makan masakan mee gitu. Kuey Teow Kantonis untuk Sk,  ER makan Kuey Teow Goreng kot,  lupa plak,  haha. 


Shark Fin Soup kegemaran ER
Sk kurang minat,  jamah sikit aje.
Banyak giler,  sudahnya tak habis,  tapau laaa. 
Kalau ada Iman pun dia bukannya makan,  hehehe. 


Sotong Telur Masin memang wajib ambil.. 
Tak tahu kenapa suka sangat makan sotong telur masin ni,  hehehe.  


Kali ketiga datang, 
Sotong Telur Masin kesayangan Sk
Kah kah kah
Rasa hati cam nak mengulang lagi pulak malam ni,  hehehe


Cuba menu baru,  Ayam Mango
Mula tak ambil gambar tapi sedap sangat terus suruh Iman ambil gambar
Ayam tinggal separuh tu,  hehehe. 
Eh,  jomlah pergi lagi,  nak??? 

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...