MAKAN DI ASAM PEDAS MADU TIGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum...

HANCUR lebur betul plan diet bila asyik makan..  makan dan makan di hujung tahun ini.  Ini bulan terakhir untuk enjoy sebab sedikit hari lagi Iman akan kembali ke sekolah.  Tahun ini pastinya menjadi tahun untuk bekerja keras kerana peperiksaan besar bakal menanti di hujung tahun.  Kami bukan orang ada-ada yang menjanjikan warisan harta berjuta kepada Iman.  Apa yang dapat dibekalkan hanyalah sebuah kehidupan yang baik dengan memberikan ruang dan peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi, insyaAllah.

Kisah minggu lepas,  dah habis idea nak makan di mana.  Mood memasak Sk memang menjunam sungguh sekarang.  Jangan kata nak masak,  nak cuci pinggan pun malas,  hahaha.  Nasib baik sekarang tugas mencuci pinggan semua dah diambil Iman.  Bahkan susun atur pinggan mangkuk pun Sk dah serah pada Iman.  Tengah cuti sekolah ni bolehlah,  nanti dah naik sekolah sibuk dengan kerja sekolahnya pulak,  huhu.

Masa kami sampai,  cuma ada satu pasangan sahaja sedang menunggu hidangan.  Tidak lama tu keluarlah sepinggan asam pedas ikan bahagian ekor.  Hati terus rasa berbunga-bunga.  Namun bunga di hati layu apabila diberitahu bahawa ikan yang tinggal untuk dimasak cuma tinggal bahagian kepala aje.  Kami tiga beranak memang bukan penggemar kepala ikan. 
"Tapi,  kita boleh buat asam pedas ayam," kata kakak yang mengambil pesanan tu. 
Jadi,  memandangkan memang sedang lapar dan malas nak ke tempat lain,  kami bersetuju dengan asam pedas ayam. 
Selain dari tu kami juga meminta Ayam Goreng Kunyit.  Encik Rizar tukan,  kalau dah ada gulai mesti nak ada jugak gorengannya. 
Macam Sk dah terbiasa dari kecil,  kalau masak gulai,  maka makanlah apa yang ada dalam gulai tu.  Tak adalah nak ada ayam goreng atau ikan goreng.  Paling-paling pun ada ikan kering goreng atau telur dadar,  hehehehe. 
Sayur Kailan Goreng.  
Wajib ada sayur,  kan dalam hidangan. 
Dan telur dadar.  Sedap sayur kailan dan telur dadar ni. Asam pedasnya biasa aje,  tak mengecewakan. 
Bila dapat bil terkejut juga malah teringat-ingat sampai sekarang.  
Sepinggan asam pedas ayam dan sepinggan ayam goreng kunyit tu harganya RM18 setiap satu.  Omaigad..  Memang sesuailah tu dengan nama kedainya.. Tak apalah..  Dah rasa..  Dah tau..  Jangan tak serik pulakkan. 
Apapun... Syukur Alhamdulillah. 

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!