Marble Cheese Chocolate Brownies

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

SALAM SEJAHTERA, nampaknya dah dua kali saya menyelit di sini hari ini. Bosanlah, saya ni sebenarnya ada temujanji dengan seorag pelajar saya yang dah terkantoi pada semester lepas kerana tak siapkan kerja kursus. Janji pukul 2.30, la ni dah dekat pukul 3 pun tak nampak batang hidung. Lalu teringat pulak saya belum lagi memuatkan kek brownies yang saya buat Sabtu lepas. Jadi terlanjur menunggu tu, (rasanya dia memang tak akan munculpun) baiklah saya masukkan resepi ni di sini.

Sebenarnya resepi ni saya dapat dari blog Kak Zana Villa, lama dah saya salin. Tup-tup masa jalan-jalan rumah Pak Tua, rupanya ada gak (resepi apa yang CMG tak de?). CMG kata dapat dari Rinnchan FP. Singgah japlah rumah Rinnchan, siap tunjuk langkah demi langkah lagi.

Tapikan, sebelum ternampak kat rumah CMG, saya dah buat sebijik, dalam dua minggu lepas, tapi macam saya cerita hari tu, tenggelam lapisan cheese saya ke bawah kerana brownies tu belum cukup keras. Mmmm, memang pelik sikitlah En Zanussi saya tu, selalu saya kena tambah masa, kalau tak kek mesti tak masak.

Ececeh, memang kalau dah menceceh susah nak berenti. Pada yang dah ada tu, tumpang lalu. Oh ya, saya tak CnP resepi ni, pasal dah buat dua kali, dah terakam dalam batu jemala hamba. Tajuk nama tu pun saya bantai je, lebih kurang macam tulah bunyinya. Terima kasih pada tuan punya asal resepi ya. Jom semak, bahan yang sangat mudah ini:

Marble Cheese Chocolate Brownies
Bahan A:
250gm mentega
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna gula halus dan kurangkan 2 sb)
1/2 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat* (ayak bersama bahan bertanda *)
1 st esen vanilla
Cara menyediakan adunan A:
1. Panaskan ketuhar 170 - 180'C. Alaskan loyang dengan kertas, biarkan ada lebihan supaya mudah mengeuarkan brownies.
2. Cairkan mentega dan masukkan serbuk koko, gaul rata.
3. Dalam bekas berasingan, pukul gula bersama telur dengan menggunakan 'handwhisk' sehingga sebati. Masukkan campuran mentega dan serbuk koko. Pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan susu cair, pukul lagi. Masukkan bahan-bahan yang telah diayak gaul sebati. Masukkan esen vanilla. Tuang adunan ke dalam loyang, ambil dua sudu untuk dibuat hiasan di peringkat akhir. Bakar selama 20 minit atau sehingga agak keras. (saya bakar 30 minit)

Bahan B:
250gm krim keju
1 cawan gula kastor(saya guna gula halus dan kurangkan 1 sb)
1 biji telur gred B
Cara menyediakan adunan B:
1. Pukul krim keju dengan menggunakan mixer hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga gula hancur dan sebati.
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Tuangkan adunan B ke bahagian atas adunan A yang telah dibakar tadi dan ratakan.
5. Hiaskan lapisan cheese dengan adunan A yang diasingkan tadi mengikut citarasa.
6. Masukkan semula kek ke dalam oven dan bakar lagi 10 - 15 minit atau sehingga kek masak. (Cucuk kek dengan lidi atau cake tester bagi memastikan ia masak)


Saya tiru cara Kak Zana, CMG dan Rinnchan menghias.. hehe. Kalau anda ada idea lain, silakan memprakikkannya. Selamat Mencuba.



Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!