sesisir pisang muda

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
SALAM SEJAHTERA, mesti ramai yang dah makan tengahari kan. Lauk apa jadi pilihan hari ni. Maklumlah, yang mana bekerja tu mestilah singgah ke 'food court' untuk menjamu selera kan. Rambang mata tengok lauk. Itu nampak sedap, yang ni pun nampak sedap. Rasa macam nak ambil semua. Yang mana banyak fulus tu tak apalah dikkk, yang kena bajet-bajet tu biasanya ambil dua lauk je.. macam ahkak ni lah.. hehe.

Yang mana ibu-ibu, bapak-bapak.. yang duk kat rumah tu, mesti dah siap kemas dapur. Ada jugak yang sibuk selongkar kabinet bawa keluar tepung... hahaha. Berangan nak buat keklah tu. Haiiii... kalaulah saya ada kat rumah sekarang..

Eh, saya nak cerita pasal pisang ni. Semalam ke kelmarin ek, masa jalan-jalan kat rumah Kak Raihan yang masak guna periuk tanah tu, saya nampak dia ada masak lauk banjar, kuih-muih banjar. Rupanya bersedara kita kak Ann. Tapi saya ni dah kategori banjar murtad. Nak cakap pun dah tak reti. Mungkin pasal mak saya je banjar tapi abah saya katanya jawa, pun jawa murtad.. hihi.

Tengok-tengok ada resepi 'sesangan pisang muda'. Apa tu...? Bila tengok gambar, ohhh.. yang ni baru mak aku masak minggu lepas. Saya dah ambil gambar tapi tak masuk-masukkan lagi entri kat sini. Punyalah sedap sampai boleh makan lauk macam tu jer. Kak Ann kata, gulai lemak kuning pisang muda ni, kalau dicampur dengan ikan barulah dipanggil 'sesangan', kalau campur ikan bilis.. cemana ek? Jom kongsi resepi ibu saya ni.

Sayur Pisang Muda
Bahan-bahan :
Sesisir pisang muda (paling sesuai pisang lilin)
semangkuk kecil ikan bilis (dibersihkan, direndam)*
5 - 6 ulas bawang merah*
2 - 3 ulas bawang putih*
sedikit halia*(tumbuk hingga halus bahan-bahan bertanda * bersama garam)
sesudu besar lada hitam (ditumbuk/ kisar kering)
secekak daun selasih
semangkuk santan
secawan santan pekat
garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Bersihkan pisang dan siat kulit pisang, masukkan ke dalam bekas. (jangan dibuang)
2. Pisang yang sudah disiat kulitnya di potong dua dan dipecahkan dengan anak lesung. Masukkan dalam bekas yang mengandungi kulit pisang. Buat sehingga habis.
3. Bersihkan dan toskan pisang diketuk dan kulit pisang. Rebus dalam periuk sehingga empuk.
4. Apabila telah empuk dan air hampir kering, masukkan semua bahan-bahan tumbuk. Gaul sebati, masukkan santan yang sederhana pekat. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan daun selasih, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.








Selamat Mencuba.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!