ITU KAMBING SAYA SUDAH TAMBAH!

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM wbt

kredit gambar yahoo image

ANDA biasa makan di kedai mamak? Bagi saya sekeluarga, kedai mamak adalah pilihan apabila lapar di di tengah malam sementelaah lagi hanya kedai mamak yang biasanya beroperasi 24 jam. Biasalah, kalau dah jam mencecah angka 10 ke atas, hanya hidangan ringkas yang menjadi pilihan dan biasanya tosei bercecahkan kuah kari kambing (tanpa kambing) amat kena dengan tekak kami bertiga.

Sudah acapkali setiap kali makan di kedai mamak, kadang-kadang apalah sangat yang dimakan tiba-tiba bila disuruh kira, jumlahnya adakalanya tidak munasabah dan kebanyakan dari kita akan terus membayar tanpa banyak soal. Awas, kebanyakan mamak ini yang sebenarnya bukan mamak tulen akan meletakkan harga sesuka hatinya setelah mengira dan biasanya nilai itu berlebihan antara dua hingga tiga ringgit.

Malam minggu lalu, selepas menyiapkan tempahan cheese tart dari seorang saudara, suami yang kelaparan mengajak kami keluar makan. Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk ke kedai mamak yang beroperasi di taman perumahan kami tetapi memandangkan jam sudah mencecah hampir 10.15 malam dan tenaga pun tinggal beberapa kerat sahaja lagi serta atas cadangan Yaya yang beriya-iya hendak makan tosei, kami mengambil keputusan untuk ke kedai mamak sahaja. Malam itu, kedai alternatif berhampiran kedai mamak tidak dibuka jadi agak meriah juga suasana di kedai tersebut tambahan pula ada siaran langsung bola di layar besar.

Kami memesan tiga keping tosei, sepinggan mee goreng mamak, segelas limau ais dan segelas ice blended berperisa mocha yang diletakkan di dalam piring kecil. Suami kemudian mengambil kuah kari kambing (kuah sahaja). Makanan di sini boleh tahan juga, tahap kebersihan pun agak memuaskan dan tiba masanya untuk mengira dan membayar.

Kami melambai seorang pekerja. Selepas mengira harga di meja lain pekerja tersebut datang ke meja kami.

"Apa makan?" sambil mencatat-catat sesuatu di atas buku nota kecil di tangan kirinya sambil sesekali matanya melingas ke meja.

"Tosei tiga, mee goreng mamak satu," kata Encik Rizar. Saya menjeling pergerakan jari-jemarinya mencatat harga. Saya jangkakan dia menulis nombor 3 6 0 3 5 0.

"Air?"

"Limau ais dengan ais blended mocha".

Dia mencatat lagi dan mengira terkumat-kamit. Sambil menggerak-gerakkan kepalanya dia menyebut, "semua, RM15.80."

Saya menjegilkan mata, saya sebenarnya dah mencongak awal tadi, rasa-rasanya semuanya dalam RM11.30 sahaja. Biasa makan di kedai mamak membuatkan saya dah hafal harga makanan dan minuman kecuali kalau berbeza setakat 30 sen hingga 50 sen.

"Mee goreng berapa?" tanya saya.

"RM3.50," tergeleng-geleng lagi kepalanya.

"Tosei?"

"RM3.60."

"Macammana boleh jadi RM15.80???!" Encik Rizar hanya jadi pemerhati buat masa itu. "Tengok!" Saya menjerkah dia sambil menunjukkan catatan yang dikiranya tadi.

Terbuntang mata saya melihat apa yang dikiranya.

3.60
3.50
1.20
3.00
____
14.30

"Sorry, silap-silap... semua RM14.30," terketar-ketar mamak tersebut yang saya jangkakan pekerja warga India sebenarnya. Nasib baik pakaiannya agak kemas dan bersih.

"Macammana you kira boleh jadi RM14.30?? You kira balik sekarang? Suruh saya.

Dia mengira depan saya. Mulutnya masih menyebut nombor 14.

Saya dah jadi guru matematik di situ. "You campur macammana? Ini macammana you dapat 14? Saya mengajar dia mencampur angka-angka yang tertera di depannya.

"Semua RM11.30 kan, macammana you cakap 14. Tadi mula-mula you cakap RM15.80, mahu tipu ka??" Geram betul! Aku garang ni, kau jangan main-main.

Dia kemudian menunjukkan piring kecil bekas kuah kambing. "Ini apa?"

Kali ini saya dan suami berkolaborasi, hehehe... "Ini kuah saja."

"Kambing?" tanyanya.

"Takde kambinglah, kuah saja," Suami pun dah mula naik angin nampaknya. Eiii.. geram betul, rasa nak ketuk kepala dia dengan pinggan tu.

Dia kemudian menunjukkan piring alas gelas ice blended di depan Yaya. Gelas ice blended dah saya keluarkan dari piring itu dan berada di depan saya. "Ini??" Dia masih nak mempertahankan diri.

Kali ini saya betul-betul naik angin.

"Ini untuk ini!!!" Saya terus mengangkat gelas ice blended dan menghempasnya (perlahan jek hempas... hehehe) dalam piring kecil tersebut. Terpelanting sudu dan garfu mee goreng keluar dari pinggan... hahaha.

Dia cepat-cepat lari sambil mengambil duit RM12.00 yang dihulurkan Encik Rizar.

Semasa dia memulangkan wang baki, dia berkata kepada Encik Rizar, "Itu kambing saya sudah tambah."

Encik Rizar yang dah mula cool, naik angin semula, "Apa kambing-kambing, ini kuah sajalah. Mahu tipu orang ka??"

Dia tidak menjawab, terus masuk ke dalam kedai.

Semasa dalam kereta saya berkata kepada Encik Rizar, agaknya dia nak kata, itu kambing saya sudah tolak, tapi salah guna perkataan... kih.. kih.. kih. Apalah, nak tipu tengok oranglah... Cet!
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wakakakak..nak gelak guling2 aku pepagi ni..itu kambing sudah tambah!Aku ada daging kambing dlm peti ais..kuikuikui..pengajarannya klu makan kat kedai mamak sila kira betul2..kang tak pasal2 kene bayo lebih!

    ReplyDelete
  2. hehehe.....kita sebagai pengguna kena berani kan. Kami pun pernah kena, sampai 5 hinggit dia up harga dari yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  3. huhuhuh..tak pernah terfikir nak kira..tp selalunya harganya munasabah lah...sbb kami selalu pergi kedai mamak yg sama

    ReplyDelete
  4. berhati2kan..kekadang dia main hentam jer kirakan harga tu...

    ReplyDelete
  5. Hahaha...mau menggeletar mamak tu..kena tengking dengan guru matematik...

    Bila dah gelabah lagiklah semua silap...ahahah... memang kena tengok cara diorang kira...kadang diorang main bantai je...

    ReplyDelete
  6. hahahha..entry ni sgt kelakar!!!! tapi cik sari yusa sgt garang. jgn main2 tau mamak!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!