MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, October 31, 2013

MESIN KULIT TART DUA LUBANG

ASSALAMUALAIKUM....



ALHAMDULILLAH.... SK sedang ke'busy'an tapi hati SK melonjak-lonjak pagi ini dengan dua berita yang sangat menggembirakan SK. Rasa macam hilang segala sebal yang kian menebal. Pertama sekali ialah SK nak kenalkan dengan kawan-kawan bakers dengan bibik baru ini.. memperkenalkan... Mesin Kulit Tart Dua Lubang yang lebih ekonomi tetapi masih boleh mempercepatkan lagi kerja-kerja menekan kulit tart tu.

Satu lagi berita tu... woooooo... itu tak mo cakaplah.. ;-)))))) simpan dalam hati. Oh, ya! Jualan cup cake semalam, Alhamdulillah, habis terjual semuanya. Alaaa.. tak banyak pun yang SK bawakan tapi sedih juga sebab Iman kata ada kawan-kawannya yang tak habis jualan. Tak apalah, mungkin lain kali boleh cuba lagi ya adik-adik.


Eh, cakap pasal mesin tart tu... haaaaa... nilah dia. Masih lagi material yang sama, beratnya 1.67kg ya. Harga yang SK tawarkan adalah harga mampu milik. Cuma SK nak jelaskan di sini, memang ramai yang terkejut badak mendengar harga mesin ini tetapi SK nak maklumkan bahawa materialnya adalah sangat mahal dan macam harga emas jugak. kadang naik, kadang turun. Tapi faham-fahamlah.. harga barang kalau dah naik, bila masa nak turunkan.. huhu. Jadi, apa tunggu lagi.

Boleh whatsapp SK di 012-7799705 atau email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com.

Kalau lambat reply, harap bersabar ya.. sebab SK memang lagi ke'busy'an nih...

Sampai jumpa lagi.

Salam Sayang.
Seri Kandi Tanah Jauhar

Wednesday, October 30, 2013

VANILLA CHOC CUPCAKE HANTAM SAJALAH!!

ASSALAMUALAIKUM...


HARI ini pergi kerja dengan berbagai-bagai macam perasaan. Sebal ada... Benci ada.. malas ada.. menyampah ada... semangat tu memang tak adalah. Down habis!! Dengan iman yang senipis kulit bawang ni kuatkan juga hati. Nak lari jauh-jauh tak tahu mana nak pergi. Nak lari dekat-dekat orang dapat cari. Sebenarnya memang tak berapa kuat nak lari pun. :'(     oh! Ya.. Pada yang menunggu sambungan kisah di Pekanbaru tu, nanti dulu ya. SK lagi ke'busy'an. Esok ada lawatan penarafan bintang (kolej) yang sepatutnya dijalankan pada bulan lepas yang kemudian sesuka hati sahaja dibatalkan. Itu lagi menambah rasa sakit hati selain dari kisah warkah yang pernah SK terima DI SINI!

Kadang-kadang rasa dah imun dengan benda-benda macam ini. Orang nampak kita suka dalam hati ada duka. Teruskan juga demi kelangsungan hidup. Kalau dapat diundurkan putaran dunia (macam lirik lagu jew) rasanya banyak perkara yang boleh diperbaiki dan sebolehnya tidak mahu dilalui. Sayangnya malang itu tak pernah berbau. Maka terpaksalah kita terus menjadi pelakon di pentas dunia dan berlumba sesama kita. Sampai masa, larian akan terhenti.. dan markah akan dihitung.. pasti!!

abaikan tudung saji biru kat belakang tu ya!

Hari ini, Iman terlibat dengan projek Keusahawanan Muda Sekolah. Bila Iman terlibat dengan projek-projek macam ni maka SK akan terheret sama. Memang banyak betul aktiviti selepas UPSR. Mula dengan kem sukan dan minggu sukan yang sebelum ini tertunda kerana jerebu melanda Johor. Kemudian pertandingan menghias cupcake. Siapa yang keluar modal. SK................ jugak! Lepas tu pertandingan membuat sandwich, salad dan jus buah... nasib baik yang ni Iman kutip duit dalam kumpulan.. tu pun SK kena tambah RM2 :( errr.. RM2 pun nak berkira ke SK???

kalau nampak krim yang tak lawo tu Iman lah yang picit.. kikiki

Asalnya nak meniaga cupcake ni nak tahu apa Iman cakap.. mula-mula dia suruh bondanya ni buatkan cupcake tu. Lepas tu dia kata nanti nak jual lepas tu duit jualan tu dia akan bahagi-bahagilah dengan kawan-kawan dia. Habis tu???? Modal???? Modal bonda siapa nak bayar????? Hamboiiiiiiiiiiiiiii.. banyak cantik!! Ingat bonda ada bela ayam bertelur sendiri keeeeeeeeeeeeeeewww??? Butter? Tepung?? Gula???? Grrrrrrrrrrrrrr... terus Iman senyum sampai telinga :-p

krim yang cumel tu bondalah yang picit.. kui kui

Ok, resepi kali ini SK olah dari resepi Muffin Gebus yang SK pernah buat sebelum ini. Disebabkan budak-budak ni cuma tahu nak untung tapi tak nak keluar modal, maka SK ada ngelat sikitlah juga. SK kurangkan telur dan gantikan dengan susu. Nak sukat tepung SK gunakan cawan yang agak pendek sikit. Lepas tu macam tak sampai hati jugaklah nak jual cup cake voge-voge macam tukan, jadi kita buatlah sedekah amal jariah, buhlah krim secoet kat atas tu. Dahlah harga barang dah naik sekarang, nangis tak berlagulahhhhhhhhhhh SK tau!! Nak resepi ke?? Mehlah salin...

Vanilla Choc Cupcake

Bahan-bahan :

200 gm mentega
6 sb gula kastor
3 biji telur (A)
sedikit esen vanilla
1/4 cawan susu sejat
2 cawan tepung gandum*
2 st baking powder* (ayak bersama*)
parutan coklat secukupnya atau boleh guna choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven suhu 170 darjah selsius. Susun muffin cup atas tray.
2. Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang dan putih. Kelajuan tinggi.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang. Kelajuan tinggi.
4. Masukkan susu sejat, pukul rata dan sebati. Kelajuan sederhana.
5. Masukkan tepung. Pukul rata dan sebati. Kelajuan rendah.
6. Masukkan parutan coklat, gaul dengan spatula. Kemudian sudukan dalam muffin cup tidak lebih 3/4 cup.
7. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak.

Krim

Bahan-bahan :

250 gm krimwell*
3/4 tin susu pekat manis*

* pukul sehingga kembang dan kental. Kelajuan sederhana. Kemudian bolehlah disapu atau dipicitkan di atas cupcake yang telah sejuk. Taburkan dengan hiasan yang anda suka.

SK suka nak ulang ayat ni...

“Dalam kek tu ada kasih sayang, dendam, simpati, amarah dan kepuasan.”





Tuesday, October 29, 2013

CENDERAMATAHATI, KEK DAN CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...

Di Tanjung Katong airnya biru
Di situlah tempat dara jelita
Duduk sekampung lagikan rindu
Hai inikanlah pula jauh di mata
CENDERAMATA atau cenderahati.. tentunya ia datang dari hati yang ikhlas dan saling mengingati. Tidak kira jauh atau dekat ingatan itu tetap ada untuk orang yang disenangi. Sentiasa terkenang-kenang dan terbayang-bayang.. sampai rindu jadi dendam, makan tak kenyang.. mandi tak basah.. tidur pun tak lena.. gitewwww. Hihihihi... entah kenapa sejak balik dari Riau, SK rasa jadi macam terlebih jiwang.. dahlah memang semulajadi jiwangkan, hihihihi. Eh, nak pantun sikitlahhh...


Penganan di masak di atas bara,
Sambil menunggu tiup serunai,
Pemberian KakZakie buatku teruja,
Tak sabar rasa hendak berinai.
 
Rusa jatuh terlanggar balak,
Kerana terkejut mata terbeliak,
Ainun yang kuyu menjadi galak,
Bila dioles dengan celak.

tepuk.. tepuk.. tepuk... adehhh.. dah berkarat rasanya nak berpantun... bolehlah ya KakZakie.. mana boleh lawan sifu, ye tak?? Ngeeeee....

**********************


RAMAI yang bertanya SK, tak penat ke? Kerja.. kemudian buat cheese tart.. kemudian buat kek.. masak lagi... dan macam-macam lagi. Ada pulak yang tanya, SK makan ubat apa, makjun? Vitamin? Suppliment? Jamu? Errrrrrrrrrr... sampai tak terjawab SK tau. Kalau diikutkan memanglah penat tapikan.. hari ni baru SK dapat jawapan kenapa SK macam tak pernah serik buat benda-benda ni. Ialah.. kadangkan, bila ambil order tu, hamboiiii.. bukan main lagi (sambil terbayang ringgit-ringgit yang masuk) tapi bila nak capai timbang, bekas, tepung, gula... rasa macam... apalah yang aku sibuk nak buat semua ini? Kerja dah ada... tapi kenapa..??? sebab...

“Dalam kek tu ada kasih sayang, dendam, simpati, amarah dan kepuasan.”**
 
**LadyKeira Zachary

Kadangkan.. bila duduk sendiri buat cheese tart dan kek ni rasa macam berada dekat dunia lain tau... haaaaaaaaaa... gitewwwwwwwwww...


Haaa... yang ini merupakan tempahan Red Velvet Cheese Tart dari seorang kawan sekolah SK sempena majlis pertunangan sepupunya yang berada di Singapura. Atas permintaan beliau, SK letakkan sekuntum bunga berwarna merah jambu dengan lorekan hitam. Memang cantik dan comel sangat idea kawan SK tu... SK sendiri rasa turut terkagumlaaaa... erkkkkk!!

Okeylahhhh.. sampai jumpa lagi..

Salam Rindu Kasih Sayang Yang Tak Pernah Padam,
Seri Kandi Tanah Jauhar

 

Sunday, October 27, 2013

RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 1

ASSALAMUALAIKUM...



PESAWAT Firefly yang membawa SK terbang jauh dari tanahair kini telah berada di ketinggiaan 16,000 kaki dengan kelajuan 500km/sejam. Hati SK agak teruja kali ini. Bukan kali pertama terbang sambil duduk :p tapi ini kali pertama SK akan menjejakkan kaki ke tanah yang bergelar Bumi Lanchang Kuning. SK akan ke Pekanbaru yang merupakan ibu negeri kepada Riau di Sumatera, Indonesia. Dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lebih 300 tahun dahulu Riau adalah ibu negeri kepada Tanah Jauhar menandakan begitu dekatnya hubungan saudara antara orang Johor dan orang Riau.



Penerbangan yang mengambil masa 1 jam 20 minit langsung tidak terasa. Muffin Coklat dan Kacang Masin berserta Jus Guava yang dihidangkan Seri Dewi, pramugari manis FireFly cukup untuk mengalas perut. Novel Ungu Karmila yang SK bawa hanya terbaca dua mukasurat... huhuhu. Sajalah SK nak baca balik novel ni. Kisah mistik dan thriller yang mendebarkan memang kegemaran SK walaupun berkali-kali membaca SK tak pernah jemu sehingga terbawa dalam mimpi pun ada :-)))) Tiba-tiba sahaja kedengaran arahan agar memasang tali pinggang keselamatan dan pesawat akan mendarat. Mak aihhh... cepatnya. SK tenung jam lama-lama. Haiiii.. ni kalau tengah mengajar, bukan main lambat kau bergerak ya jam.. Baru nak feeling-feeling atas awan dah pun sampai ke daratan :p


Wahhhhhh!! SK dah banyak kali sampai ke negeri-negeri di Indonesia tapi rasanya ini adalah antara lapangan terbang yang tercantik SK pernah sampai. Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen dan menuruni escalator ke ruangan di tingkat bawah, rasa agak teruja. Rupa-rupanya Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II ini baru sahaja menjalani proses pembinaan semula. Memang cantik dan lanskapnya menarik sesuai sekali kerana sejak akhir-akhir ini Pekanbaru sering disebut-sebut sebagai syurga membeli-belah bagi kaum ibu. SK ada mendengar bahawa kebanyakan hasil sulaman telekung dan kain di sini turut dihantar ke Bandung. Dan SK memang tak sabar sangat nak mencuci dompet Bapak Rizar di Kota Riau ini.... hihihi.


Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya penerbangan SK ke Pekanbaru ini bukanlah berdua-duaan dengan ER sahaja. SK menyertai rombongan Jalinan Muhibbah antara syarikat penerbangan Firefly, Kelab Media Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Turut bersama kami adalah beberapa ejen syarikat pelancongan. Dan inilah kali pertama SK mengikuti rombongan Cik Kiah macam ni, hihihi. Dan mungkin juga SK satu-satunya blogger yang menyertai rombongan ini. Paling SK bangga sekali adalah turut bersama rombongan kami adalah Mr Big Bos dari Firefly dan Jabatan Pelancongan Negeri... siapa??? Tungguuuuuu episod seterusnya okeyyyyy.... Nanti SK ceritakan tentang apa yang menarik dan destinasi yang patut anda kunjungi jika ke Pekanbaru. Jangan lupa semak jadual penerbangan anda melalui Fireflyz di SINI...

Sampai jumpa lagi ya :-))))))
Salam Sayang Rindu Selalu dari Seri Kandi Tanah Jauhar.

Riau Episod 2

Tuesday, October 22, 2013

SNOW CHEESE CAKE YANG URMMMM....


ASSALAMUALAIKUM...


UNTUK Si Pencinta Keju, kek ini untuk anda.. mewah... sangat mewah dengan keju.. ada rasa masin dan manisnya di situ. Memang rasa macam tak boleh berhenti mencapai sepotong demi sepotong. Tak apa, kita makan lemak ni sekali arung, pas tu kita pergi kedai jalan kaki, okeyyyy.. hehehe. SK buat kek ini pada pagi Ahad lepas. Memang SK dah lama teringin nak makan kek ini selepas diperkenalkan oleh seorang kawan yang satu pejabat dengan SK lamaaaaaaaaaa dulu. Siap dia 'print'kan resepi untuk SK. Tapi agaknya sebab dah lama sangat, SK tak ingat mana SK selitkan resepi tu. Jadi, SK terus google resepi Snow Cheese Cake dari Rahel dan dapatlah resepi ini. Kepada Rahel, terima kasih banyak-banyak ya.. dan kepada penyumbang resepi asalnya Sherry-mz@myResepi, terima kasih sekali lagi.


Oh, ya.. pada pendapat SK, kek ni amatlah sesuai untuk orang-orang yang tak berapa reti nak mendeko kek macam SK ni ;p huhuhu. Memang SK agak 'fail' bab nak sapu krim di sekeliling kek tu dan SK juga mempunyai masalah untuk membelah kek untuk disapukan krim di tengahnya. Mujurlah kek ini sangat mudah dibelah dan rata sahaja permukaan yang dibelah tu. SK mempraktikkan cara yang diajar Kak Azlita Aziz iaitu dengan memanaskan pisau di atas api terlebih dahulu. Dan SK turut menabur cheddar cheese di antara dua kepingan kek tu. 'Cheese's Lover' katanya kennnnn... ahaks!!


Snow Cheese Cake
Resepi : Sherry_mz@myresepi
Sumber : Rahel

Bahan Kek :

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)

100g gula halus

100g tepung hong kong 

60g tepung jagung

50g air sejuk (dari peti sejuk)

1 sudu teh baking powder

2 sudu makan ovalet

75g mentega (dicairkan)

 

Untuk krim:

1 kotak/ 250 gm cream cheese philadelphia

1/2 tin susu pekat manis 

(putarrrrrr kedua bahan ini sehingga sebati dan tidak berketul-ketul).

 

Untuk Toping:

1/2 kotak / 125 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

 

Cara:

1.Masukkan semua bahan-bahan kek kecuali mentega cair dan putar.

2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega

cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit

butter.

4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam

dengan kepanasan 150'C.

5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2

kek supaya menjadi dua bahagian.

6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek

di atasnya.

7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.

9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
Nyummyyyy!!! Malam tu jugak semua kek langsai.. hehehehehe...

Monday, October 21, 2013

LEGOLAND WATER PARK MALAYSIA... SERONOKNYA!!!

 

ASSALAMUALAIKUM...


"TAK SABAR!"
Itulah yang asyik diperkatakan Iman apabila ER memberitahu bahawa rakan media dijemput menghadiri 'Media Family & Friends Water Park Preview Day di Legoland Malysia, Sabtu lepas. Setiap hari.. "eiii.. tak sabarnya.. eiii.. tak sabarnya.. '.. itulah yang asyik keluar dari mulut Iman. Iman ni memang jenis yang suka sangat dengan kolam atau permainan air sejak kecil sampai anak dara itulah perangainya tak berubah-ubah dan dia ni memang jenis yang agak berani juga,
eiiii.. SK pulak yang seram bila tengok dia berada di atas gelongsor air tau.
 
ini semua akibat banyak sangat makan cistat lah sampai jadi bam bam macam ni, hehehehe
Ditakdirkan sehari sebelum ke Legoland Water Park ni, SK kena 'serang hendap dengan Jepun'.. adoilaaa.. memang rasa terkilan jugalah sebab tak dapat bermain air bersama-sama Iman, mujur juga sepupu Iman, Ilham (anak Angah) ikut sekali jadi adalah kawan si Iman tu.. dan SK pun rasa selamatlah sebab ada alasan tak boleh naik slides.. hahahaha.. kalau tak mampuslah kena naik slides yang berpusing-pusing tu, haruslah SK muntah satu beledi.. aiyarkkk!!

 
 
Sebenarnya..
ramai sangat yang tanya SK pasal harga tiket nak masuk ke Water Park ni.
Siapa yang nak tahu harga tu bolehlah pergi ke website
SK bagitahu sekali imbas jerlah kat sini.
Harga tiket masuk bagi 12 thn - 59 tahun - RM95,
kanak-kanak 3 -11 tahun termasuk warga emas (60++) - RM75,
bawah 2 tahun kena bayar RM10 ya.
 
 
Tu semua harga bagi pemilik mykad.. maknanya warganegara Malaysia.
Kalau anda bukan warganegara, bolehlah semak harga di website yang SK sebutkan tadi.  
Hari itu ramai sangat yang ingat, amboiii.. banyaknya duit SK ni pergi Legoland..
Sebenarnya, SK masuk percuma, Alhamdulillah.. murah hati Legoland Malaysia memberi peluang kepada media membawa keluarga bergembira di sini.
Mehlah tengok gambar sikit-sikit apa yang ada di Legoland Water Park ni ya.. tak larat SK nak masukkan banyak-banyak gambar.. huhu.


1. LEGO Slides Racer - Ketinggian dibenarkan yang dibenarkan untuk menuruni gelongsor ini ialah melebihi 107 cm. Haaaaaaaaa... entah apa kegilaan, ER menggelonsor di sini sampai empat kali.. huhuhuhu.. SK pernah terbaca bahawa ketinggian LEGO Slides Racer ni menyamai bangunan 4 tingkat tau.

 ER sedang menuruni gelongsor.. baris kedua dari kiri... aukkkkkk!!

2. WAVE RIDER -
Ketinggian dibenarkan pun 107 cm ke atas. Yang ini rasanya tak ada siapa di antara mereka ni yang turun gelongsor ni.


yang warna biru ni wave rider
3. BRICK BLASTER -
Juga ketinggian dibenarkan atas 107 cm.. ER dan anak-anak tak sempat naik sebab orang beratur punyalah ramai.. tuuuuuu dia gambar atas yang pegang boya hijau semua nak naik benda nilah, haha!!! Duduk tiga empat orang dalam boya tu pas tu melongsorlah kat situ dalam boya, gerenti selamat, janji peganglah boya tu kuat-kuat.


4. SPLASH & SWIRL -
Juga atas 107 cm.. yang ini naik kena duduk dalam boya sorang-sorang ya...
 tuuuuuu tengok ER.. bukan main lagi dia ya!!
Haaa.. siapa yang naik boya hijau (Brick Blaster) tu dia akan jatuh kat gelongsor merah kuning sebelah tulaaa..


5. TIDAL TUBE -
Kalau tinggi 107 cm kira bolehlah gelongsor kat sini. Tak tahu diorang naik ke tidak benda ni, hehehe. 
 
Tidal Tube gelongsor yang berwarna hijau tu
6. TWIN CHASERS -
Ini untuk ketinggian melebih 102 cm. Rasanya ER ada naik.. haaa.. ni gambar dia.




7. SPLASH OUT
Gelongsor biru depan sekali dalam gambar bawah ni.  Ngeri SK bila tengok ada mak bapak ni melepaskan anak daranya yang halus atas gelongsor ni.. huhuhu. Ilham pun turun juga gelongsor ni. Tak sangka pulak Ilham berani, dulu masa kecik-kecik punyalah penakut nak naik gelongsor-gelongsor air ni tau, hahaha. Gambar dia nanti SK tepek kemudian.


8. RED RUSH -
ketinggian melebihi 102 cm.. naik ramai-ramai duduk dalam boya warna biru.. eiii.. gayat SK tengok diorang ni.. huhu..


pegang kuat-kuat!!
9. JOKER SOAKER -
Taman permainan interaktif yang terdiri dari ketinggian dan panjang yang berbeza. Haaaaa.. untuk tinggi 102 cm ke atas juga.. Macam biasalah, kalau ada play ground  ni mesti ada baldi air kan.. baldi air ni mengandungi 300 gelen air yang akan tercurah ke bawah bila penuh. Dah semua orang tunggu kena curah ngan air, seronok benor kena curah air nampaknya ya.. hehehe.




10. BUILD- A- RAFT RIVER -
Yang ini SK 'jeles' okey!! Duduk dalam boya jernih ni dan biarkan anda di bawa arus menyusuri sungai malas dalam Water Park ini sambil mengutip lego-lego getah yang berapungan.. nangis!




 
11. LEGO Wave Pool -
Pantai Buatan yang tidak berpasir. SK nak nangis bila diorang 'pasang' gelombang yang kuat tu... adoiii.. kuciwa sungguh!!

 
Selain tu banyak lagi yang boleh diterokai di sini bersama keluarga tercinta tau. 
SK memang rasa seronok sangat di sini maklumlah free. Sebenarnya SK seronok bila tengok anak-anak seronok dan suami pun sepuluh kali seronok rasanya tu.. huhuhuhu.
 
 
canopy tertutup aka cabana biru untuk disewa
Oh, ya!
Bagi yang ingin lebih 'privacy' bolehlah menyewa cabana yang disediakan di sini.
Apa yang SK lihat, mungkin kerana Water Park ini masih baru maka kurangnya tempat untuk berteduh. Memang kehitaman SK dibuatnya. Jadi, sesiapa yang nak datang ke sini jangan lupa sapu 'sun block' ya. Bagi mereka yang selalu kelaparan tu di sini terdapat dua pilihan iaitu 'Beach & Brick Grill' yang terletak di hadapan pantai buatan atau 'Brick Bay Cafe' yang berdepan dengan Joker Soaker. Makanan yang disediakan boleh tahan sedap dan mengenyangkan.


 
Juga terdapat perkhidmatan locker untuk anda menyimpan barangan anda,
tempat persalinan, tandas dan bilik mandi serta surau turut disediakan di sini
untuk kemudahan pengunjung.
Jom!!!

Wednesday, October 16, 2013

RUMAH TERBALIK BORNEO YANG TIDAK BERBALOI DAN ULANGTAHUN ALAM SARI

ASSALAMUALAIKUM...


KALAU anak perempuan tentu dah suka main anak patung dan masak-memasak.. kalau anak lelaki tentu dah suka main tembak-tembak.. nak jadi superman.. batman dan cicakman. Tapi.. Alam Sari bukan anak lelaki atau anak perempuan.. anak kucing atau anak beruang. Alam Sari yang diciptakan pada 15 Oktober 2009.. kini memasuki tahun ke empat.. yang asalnya hanya untuk suka-suka.. sampai sekarang pun masih suka-suka. Ehhhhhhhhh.. suka hati SK lah nak suka-suka :p Dalam pada suka-suka, Alhamdulillah, setiap hari tidak kurang dari 1,500 kali helaiannya diselak-selak.. dan pernah mencapai sehingga 3,000 pada hari perayaan yang lalu... terima kasih banyak-banyak ya.


Jadi.. disebabkan baru tersedar yang Alam Sari ni menyambut hari jadi, SK belumlah lagi berniat untuk membuat sambutan sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan. Cukuplah bersyukur kerana ini bermakna, SK masih dipanjangkan umur untuk mengetuk cerita buat tatapan pengunjung di luar sana. Ramai yang menghubungi SK dan mengakui mereka adalah pembaca senyap blog SK. Dalam diam-diam SK tak sangka juga, rupanya bila jadi blogger ni adalah rasa-rasa macam retis juga cuma tak berapa nak terkenal sebab tak keluar tv dan tak ada kontroversi. Haaaaaaaaa... nak buat kontroversi dan nak cari publisiti (murahan) bukannya susah... tapi SK percaya, kena ada bakat juga ke arah itu dan SK akui SK memang tak ada bakat macam tu.. Alhamdulillah.


Errrr.. penangan rumah terbalik.. gambar pun terbalik
Ini cerita yang tak habis ketika SK berada di Kota Kinabalu, Sabah. Orang kata, kalau dah sampai KK, tidak sah kunjungan kita kalau tak menterbalikkan diri di Rumah Terbalik, Borneo. Ialah, semua benda terbalik, kalau nak tengok dalam keadaan tegak, kenalah menonggeng. Errr.. SK tak berani tonggeng sebab takut nampak benda lain.. erkkkk!


Dengan bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bagi SK ia matlah tidak berbaloi kerana anda tidak dibenarkan langsung untuk bergambar atau mengambil gambar di dalam rumah terbalik. Setakat tidak dibenarkan menyentuh peralatan, dinding, lantai atau apapun yang terdapat di dalam rumah terbalik yang sekangkang cicit kera tu, masih lagi SK boleh terima tapi apabila anda diberikan amaran supaya tidak mengambil gambar atau anda didenda sebanyak RM100, ia amatlah membuat SK rasa agak sedikit menyesal singgah di rumah terbalik ini.

ER nampaknya cuba menterbalikkan diri.. errrkkkk!!
Rumah yang sengaja dibina dalam keadaan terbalik di Tamparuli ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia mengambil masa setahun untuk dibina dengan ciri-ciri rumah era 90-an. Jangan tak percaya, walaupun ianya adalah rumah untuk pameran sahaja tetapi ia juga mempunyai Sijil Layak Menduduki. Kebanyakan barangan di dalam rumah diletakkan secara terbalik dan dilekatkan dengan skru atau gam.


Di sebabkan ia hanya berkeluasan 140 kaki persegi sahaja jadi anda tidaklah dibenarkan terus menyerbu ke dalam rumah sebaik sahaja membeli tiket. Bergambarlah dahulu dengan sepuas-puasnya di luar Rumah Terbalik ini kerana hanya ada satu laluan masuk dan satu laluan keluar sahaja dan tidak dibenarkan untuk berpatah balik. Anda kemudiannya akan dibawa masuk secara berkumpulan.. dalam anggaran 10 orang oleh seorang petugas yang akan menceritakan anda tentang asal-usul rumah terbalik itu. Tidak sampai 15 minit pun, perjalanan anda telahpun sampai di pintu belakang rumah terbalik. Sungguh tidak berbaloi!

Iman menterbalikkan diri!!
Mujur di luar rumah (bahagian belakang) turut didirikan tandas terbalik untuk pengunjung bergambar dengan sepuasnya. Nak tertonggeng ke.. tertiarap ke.. suka hati larrrrrr.. tiada yang melarang.. hiks!


 


cenderahati pasti ada untuk Iman!!

PERENCAH DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamualaikum... SELALU rasa beruntung bila berjodoh dengan orang utara ni. Sebab di belah-belah utara ni banyak IKS yang menawarka...