RED VELVET CAKE WITH KIT KAT AND EDIBLE IMAGE UPIN IPIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM...


AMBOIIII.. tajuk omputeh bukan main.. hehehehe. Okeylah, ini tempahan dari kawan sekerja SK, Ane namanya untuk ulangtahun kelahiran dua ankndanya. Ane menempah 'last minute' tapi Sk terima juga sebabnya Sk memang ada kekosongan satu slot oven pada malam tu. Ialah, Sk nikan memang tak suka membazir. Sayanglah pula kalau nak panaskan oven semata-mata nak membakar seloyang kek semata-matakan. Dan Sk masih ada masa lagi untuk ke kedai bakeri dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Kalau yang menempah lagi sehari pun Sk terima asalkan ada kelapangan dan ada barang-barangnya terutama kotak, papan kek dan lilin hari jadi yang tak ada dijual di kedai runcit. Keju pulak Sk suka beli kotak besar-besar, rasa macam rugi sangat kalau beli bungkus kecil-kecil tu. Sk pulak bukanlah sentiasa ada stok sebab Sk jarang menerima tempahan kek deco-deco ni, tak pandaiiiii, huhuhu. Kalau setakat tepung, gula dan telur serta bahan kek seperti ovallete dan serbuk koko memang senang dapat di kedai dekat rumah Sk. Sebab tu Sk minta maaf banyak-banyak kepada mereka-mereka yang tempah saat akhir tu ya, memang tak dapatlah den nak menolong.


Untuk kek ini, Ane memang tak cerewet.
Ane bagitahu bajet dan Sk terus cadangkan kek ini yang memang sesuai untuk hari lahir budak-budak. Hari lahir bapak mak budak pun sangat sesuai. Hihihihi.. yang sebenarnya kek macam ni memang sesuai untuk orang yang tak pandai deco kek macam Sk ni, gitewwwwwwwwwwwlah cerita yang sebenarnya, cakap terus terangkan lagi baik Sk.. huhuhu. Untuk keknya Sk gunakan resepi kek Red Velvet di SINI dan Sk gunakan krim yang Sk belajar dari geng masak-masak (GMM) fesbuk Sk, Adry Kayrol.

Resepinya :
250 gm cream cheese,
250 gm mentega (biarkan keduanya berada pada suhu bilik),
3/4 cawan gula icing
dan 1 st esen vanila.
Putar semua bahan ini selama 15 minit nanti ia akan jadi kembang semangkuk.
Untuk memudahkan melepa di atas kek, seeloknya kek dibiar semalaman di dalam peti sejuk.

Terima kasih ya, Ak sebab kongsikan resepi krim ini.
Bagi sesiapa yang duduk di KL kalau rasa-rasa nak tempah kek red velvet yang sedap, cantik dan berpatutan harganya bolehlah hubungi Adry Kayrol di talian 016-2190047.
Ak menggunakan resepi kek yang sama dengan yang Sk guna ni dan khabarnya kek RV beliau menjadi pujaan ramai tau. Sk tak tahu Ak ni ada buat khidmat penghantaran atau tidak kenalah tanya dengan tuan punya badan sendiri.

Birthday boy.. Adam (baju merah) dan Aisy (baju biru)
Errrr.. yang hisap botol tu rasanya anak bongsu Ane, kan.. kan.. kannn Ane
Untuk kek ini tak silap Sk, Sk menggunakan sebanyak 20 bungkus kit kat bersaiz 'single'
(dua batang setiap pek) dan M&M sebagai hiasan. Edible Image Upin Ipin tu pula Sk beli siap di kedai bakeri. Mulanya Ane nak edible image yang berwajahkan wajah anakndanya tapi manalah sempatkan, lain kali bagitahu awal-awal ya Ane. Sk juga gunakan gumpaste untuk menulis nama anaknda Ane. Akhir kalam terima kasih sekali lagi kepada Ane kerana sudi menempah kek dengan Sk. Segala kekurangan haraplah dimaafkan dan dihalalkan. Untuk Adam dan Aisy, Selamat menyambut hari lahir, semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan semoga berjaya di dalam pelajaran serta berjaya di dunia dan akhirat jua, Aamiiinnn.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang suka budak2 dgn deko upin ipin ni SK .. cantik tuh ;)

    ReplyDelete
  2. Kalau kakak dapat cabut coklat kat tepi tu dulu SK:)

    ReplyDelete
  3. Wah....dah cantik dah mendeko yer kak.... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...kat sni xde jual bhn2 utk deko kek mcm tu...tngan berseni...smpurna keknya...puas hti buat sdri ni kan...jazakillahukhaira srikandi sdi singah tgk ikan sbelah tu....xthu mcmana ikan tu dpt nama...ada sejarah ke...

    ReplyDelete
  5. Nama anak saya pun Aisy juga...ramai rupanya yang nama sama.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!