MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, September 30, 2014

NASI MANDHI KAMBING YAMAN AL-BAYT

ASSALAMUALAIKUM...

DAH beberapa kali terliur setiap kali tengok ada post tentang Nasi Mandhi atau sebarang Nasi Arab yang dikongsikan kawan-kawan alam maya. Rasa macam susahnya nak masak walaupun mereka kata senang. Resepi dibaca berulangkali untuk cuba memahami tapi sememangnya Sk ni cuma mampu masak makanan melayu dan sedikit western.. yang Timur Tengah ni boleh sampai ke Laut Mati rasanya takkan jadi, hihihi.


Dah katanya rezeki, Sk ternampak post tentang Nasi Arab ini di blog Happy Irfa. Walaupun sebelum ini pernah beberapa kali nampak ada kawan yang post tentang Nasi Arab segera ni, ini kali pertama Sk terserempak terus dengan penjualnya. Apalagi, kita teruslah membeli. Dari raya puasa sampai dah nak raya haji.. haaaaaaaaa.. baru sempat nak buat selepas mendapat kambing idaman hati.

Sk jamin, kalau anda langsung tak pandai memasak pun anda boleh menyediakan Nasi Mandhi ini dengan baik sekali. Cara penyediaan yang amat mudah dan tidak sukar difahami.Semua rempah serbuk dan rempah tumis telah disediakan kecuali bawang jadi tak ada alasan untuk anda tidak mencuba. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set Nasi Mandhi ini bolehlah berhubung terus dengan Happy Irfa. Amat senang berurusan dengan beliau, terima kasih Irfa.

Nasi Mandhi Kambing

1 - 1 1/2 kilo daging kambing direbus sehingga empuk (Sk tambah beberapa hirisan halia)

Sementara merebus anda boleh sediakan Sos Harrah iaitu sos istimewa Nasi Mandhi. Ini kena beli sendiri di kedai ya, tak ada dalam kotak.


2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
5 tangkai cili padi
sedikit garam
3/4 sudu gula pasir (Sk tambah)
sedikit daun ketumbar (Sk tak letak)

Kisar semuanya sehingga lumat. Ketepikan.

Kambing belum empuk???

Jom buat salad dulu...


2 biji tomato di dadu
1 batang timun di dadu
1 tangkai daun ketumbar (tak ada)
1 biji bawang besar hiris halus
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

gaulkan semua. Sk tabur daun parsley kering cincang selepas salad siap.

Kambing dah empuk ke??
Kalau dah empuk, ambil 600 ml air rebusan kambing
Cuci beras yang terdapat di dalam kotak dan rendam selama 20 minit.
Sementara tu hiris :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis rempah tumis yang terdapat dalam set Nasi Mandhi. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai agak wangi dan garing kemudian masukkan rempah nasi mandhi (dalam set). Tumis sekejap dengan api kecil, matikan api.

Toskan beras, masukkan dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan daging kambing dan 600 ml air rebusan.
Masukkan rempah yang telah ditumis.
Masukkan 1 1/2 sk garam
Masukkan 2 tangkai cili hijau
Masukkan dua sudu kecil pewarna kuning
**Sk tunggu nasi 90% masak, dan ambil sedikit perwarna kuning dan renjis dan gaul ke nasi.

Hidangkan nasi  bersama sos istimewa dan salad.
Satu kotak set Nasi Mandhi ini cukup untuk 4 - 5 orang makan. Kiranya dekat rumah Sk ni ada yang makan berulang tak sampai pun dua jam, hihi. Sedap sangat katanya...
Siapa yang tak makan kambing, ada juga Nasi Mandhi Ayam. Selain itu terdapat juga Nasi Maqlubah dan Nasi Kabsah.

Untuk pembelian SILA KLIK DI SINI.




Monday, September 29, 2014

LIPSTICK PLANT... JATUH CINTA PANDANG PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM...

"KAU tanam lalang?" Tegur ibu Sk bila datang ke rumah Sk suatu masa dulu.

"Ekekeke.." gelak Sk. Selepas kejadian serangan ulat bulu beberapa tahun dulu, Sk mula berhenti menanam pokok. Fobia mengenangkan ulat bulu yang memanjat dinding, entah dari mana datangnya. Walaupun taklah sampai berpuluh-puluh ekor tapi lebih dari sepuluh jugak tau. Eiiiii.. meremang bulu roma Sk ni haaa. Sejak tu, semua pokok yang Sk tanam terbiar. Taklah banyak sangat pun. Tak sampai sepuluh pokok maklumlah laman pun tak berapa nak besar. Selebihnya M yang besar, hahaha.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Sk kembali berjinak-jinak dengan pokok. Pokok-pokok yang ada, tanahnya semakin mendap dan memerlukan tanah tambahan. Maka nursery tempat dituju membeli tanah organik katanya. Sk teringat nak membeli pokok gantung untuk hiasan. Dua tiga pokok gantung hiasan Sk dah meninggal, hilang seri laman. Dalam membelek tetiba terpandang pokok yang ini... 'cantiknyaaaaa daun dia, unik.. pokok apa ni?' Pekerja nurseri memberitahu Sk nama pokok tu tapi tak masuk dalam kepala sebab teruja sangat dengan kepelikan pokok itu.  Bila Sk post gambarnya di fb, 'Lipstick Plant' namanya, komen kakak ipar Sk... ooooo... Pokok Gincuuuu... hihihi. Encik Google kata, Pokok Gincu Bibir... errrr... ada ke gincu yang pakai kat hidung???


 
Pokok ini mendapat namanya apabila brakta atau pengasuh bunga yang berbentuk seperti cawan berwarna ungu gelap dan kemerahan mengeluarkan kudup bunga yang berkembang membentuk silinder panjang seperti gincu bibir. Brakta ini akan tumbuh secara berpasangan tau. Kudup bunga yang keluar dari brakta itu berwarna merah terang.. memang sama bentuknya seperti gincu. ia akan terbuka apabila telah matang menjadi bunga yang cukup wangi dengan madu. Ada yang kata, burung kelicap sangat suka menghisap madu bunga ini tapi Sk tunggu punya tunggu punya tunggu, jangankan burung kelicap.. rama-rama pun tak datang :((


Daun pokok gincu ini terdapat dalam dua jenis yang mana satu berbentuk bujur dan kuncup di hujung berwarna hijau tua dengan bahagian atas seperti diselaputi lilin. Dan satu lagi jenis seperti yang Sk beli inilah, bentuknya bergulung seperti keriting. Bahagian pokok seperti di bawah daun, batang, ranting dan brakta bunganya pula berbulu halus.

Species Aeschynanthus Lobbiana ini tergolong dalam keluarga tumbuhan Gesneriaceae. Ia berasal dari negara-negara tropika seperti Malaysia, Indonesia (Sumatera, Kalimantan dan Jawa), Thailand dan Singapura. Lain-lain info berkenaan Lipstick plant bolehlah baca di bawah ya..


Pembiakan Ia mudah dibiakkan menggunakan keratan batang atau keratan hujung batang berdaun pokok yang matang.

Penanaman
Untuk menanam gunakan campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi:Baja kandang:Pasir sungai).

Penjagaan
Ia memerlukan banyak cahaya untuk menggalakkannya berbunga lebat. Namun elak daripada didedahkan terus kepada matahari yang terik kerana ini boleh melecurkan daunnya.

Siram pada waktu pagi dan biarkan medium tanamannya di bahagian atas itu kering dahulu sebelum menyiramnya semula.

Sembur dedaun terutama pada hari terlalu panas untuk persekitaran yang lembap agar ia boleh tumbuh dengan lebih subur lagi.

Gunakan baja kandang untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Boleh juga gunakan baja kimia yang sesuai pertumbuhan pokok dengan daun yang subur. Kemudian gunakan baja khas untuk tujuan menggalakkannya berbunga.

Idea pameran
Pokoknya mempunyai ranting yang tumbuh mengarah keluar pasu, membengkok ke bawah menutupi bahagian tepi dan bawah pasu tanamannya. Justeru ia memang sesuai dan menarik sekali untuk dijadikan tanaman gantung.

Untuk pokok gantung, yang diperlukan ialah kira-kira 10 keratan hujung batang berdaun, ditanam dalam pasu gantung yang menarik bentuknya


Sumber

Friday, September 26, 2014

POTATO FRITTERS

ASSALAMUALAIKUM...

KUDAPAN yang menjadi viral di dapur rakan-rakan dan rakan punya rakan punya rakan mukabuku Sk, POTATO FRITTERS. Huiiii.. cantik betul rupa Potato Fritters mereka, Sk punya ni tak penyabar. Sepatutnya kentang yang disagat tu jangan berair ya supaya boleh mendapat rupa Potato Fritters yang hensem... hehehe. Yang penting sedappp, memang terbaiklah. Terima kasih kepada Pn Noraida Durani yang berkongsi resepi ini, Sk kongsikan di sini pula.


Potato Fritters

3 biji kentang ( disagat)
4 sdm tepung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (Sk tak letak)
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-caranya :

 ~ Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati.
~ Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak-agak leper....balik-balikkan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos cili

  

Thursday, September 25, 2014

Wednesday, September 24, 2014

RESEPI RENDANG KERANG MAK SITI

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM petang Sk pergi ke rumah ibu. Ambil kesempatan sebab ER ada acara kerja di sebelah malam. Bukanlah kalau ER ada Sk tak boleh jumpa ibu tapi biasalah kita nikan kadang-kadang hendakkan 'privacy' nak lama-lama sikit jumpa ibu kita. Kalau ada ER macam-macam pulak plan dia nak cepat balik.. nak tengok bolalah, nak tengok badmintonlah.. nak tengok beritalah. Aiiiii.. macamlah dekat rumah ibu kita tak ada tv kan... errrrrr..

Sebenarnya Sk takut ibu merajuk sebab hari tu ibu ada telefon suruh datang pasal ibu masak Rendang Kerang dengan sayur kubis masak lemak ke goreng ke.. lupa. Sk sebenarnya bukan tak nak datang tapi dah lauk rendang kerang tu ER tak makan. Sk tengok kerang bakar pun ER macam tak berapa nak minat. Kalau kerang sambal tu ER makan itupun kena ada sampingan lauk yang berkuah walaupun kari telur. Jadi, daripada tengok dia terkulat-kulat kunyah nasi dengan telur dadar ditambah muncung setengah depa, SK menolak pelawaan ibu. Lagi pulak hari itu Sk sibuk menghantar dan mengambil Iman dari kelas tuisyen, esoknya dah nak kerja. Jadi semalam tu konon-konon nak pujuklah hati ibu Sk (mana tahukan kalau dia merajuk takkan nak cakap kat anak) Sk datang membawa selambak sayur kangkung yang segar bugar pemberian kawan sekerja SK yang ada kebun sayur. Separuh sayur tu Sk dah siang siap-siap petang kat pejabat sebelum balik.. :))))) jadi ibu tinggal goreng belacan jerlah. Bertuah punya anak.. bukan patut anak yang gorengkan sayur untuk maknya.. huwa huwa huwa.

Jadi, sementara tunggu kakak Sk balik Sk borak-borak dengan ibu. Sambil-sambil tu jari ni dok menggodeh dekat tab, kan.. ibu Sk tanya, mana gambar Rendang Kerang yang Ani masukkan dekat fb? Sk pun tunjuk... ni ha.. bagilah resepi nanti Uda boleh tulis dekat blog. Ibu kata dia dah lama tak menulis, dah tak pandai.. Sk kata tulis aje.. tulis jawi lagi bagus.. orang mesti suka baca... kan.. kan.. kan... lepas tu Sk tengok ibu tulis.. tulis jawilah.. ra nun dal nga... dal alif ga ya nga... Eh.. tu Rendang Daging.. orang nak resepi rendang kerang.. hehehehe. 

ini rendang daging
Lepas tu ibu kata, gambar tu gambar rendang daging... hahahaha.. Tipah Tertipu rupanya.. lepas tu bila tanya Ani rupanya dia kata salah masukkan gambar.. cari-cari gambar rendang kerang dah hilang... ahhhh.. gasaklah.. atas permintaan ibu.. nah.. silalah salin resepi Rendang Kerang ni ya. Errrr.. ada yang tak boleh baca jawi??? Tak apa.. Sk taip rumi kat sini.. wokeh!!!

Sila belajar wokeh!!!


 
 
p/s perasan tak resepi tu ibu lupa bab kerisek.. hehehe.. jadi ingat ya,
sebelum diangkat masukkan kerisek..
hehehe.


Tuesday, September 23, 2014

SPAGHETTI GORENG MAMAK MUDAH

ASSALAMUALAIKUM...

STOK yang kena pastikan sentiasa ada di celah barangan masakan di dapur rumah Sk ni haaa.. spaghetti. Selalu jadi penyelamat di saat kepala ni dah tak ada idea apa yang nak dimasak. Kalau ditanya dengan Iman antara nasi, maggi dan spaghetti goreng, pasti dia akan menyebut spaghetti. Goreng pedas macam Mee Goreng Mamak.. kosong pun tak apa.. ada telur alat-alat jer pun tak apa... memang dia suka!!


Bagi Sk, masak macam ni tak perlu nak serabutkan kepala sangat terutama lokasi rumah Sk yang jauh dari kedai (sebenarnya malas nak ke kedai, hihihi) Pastikan dalam rumah dah ada bahan mentah asas dan sos-sos yang asas seperti sos tomato, sos tiram dan sos cili.  Simpan juga sebotol daun parsley kering cincang bagi menggantikan daun bawang atau daun sup. Tak payah pening-pening, hihi. Okey.. ini hanya untuk orang yang tekaknya tak cerewet, kalau rakyat dalam rumah anda cerewet, tak dapek den nak menolong, hoih!

Resepi ni Sk main campak-campak jer ya. Sos-sos tu Sk tak sukat pun. Tuang dari botol terus ke kuali. Anggarkan dalam dua sudu besar setiap sos. Untuk campuran cili dan bawang kisar tu boleh rujuk resepi lada giling yang pernah Sk kongsi sebelum ni. Orang yang sentiasa sibuk macam Sk ni.. (sibuk kat jalan sangkut jem rumah jauhhh dengan pejabat) memang kena sentiasa pastikan ada stok cili giling ni di dalam peti sejuk supaya masak tak sangkut-sangkut.. hihi.



Spaghetti Goreng Mamak Mudah

Setengah bungkus spaghetti (rebus mengikut arahan pada kertas pembungkusan, bilas dan toskan)
2 sb minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih dicincang
2 sb cili yang telah dikisar bersama bawang (tengok sini)
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
garam secukup rasa (jika perlu) atau boleh ganti dengan sebarang stok ayam atau lembu)
1 biji telur
5 - 6 ekor udang (jika ada.. boleh ganti dengan ayam, daging, sotong.. tak letak pun boleh)
daun parsley kering cincang
bawang goreng

Caranya :

1. Pijarkan minyak dalam kuali dengan api perlahan dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang. Tumis hingga sebati.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan telur. Biar sekejap. Kemudian masukkan udang. (Udang masukkan kemudian kerana ia akan keras jika dimasak terlalu lama)
5. Terbalikkan udang. Bila seluruh badan udang sudah merah, bolehlah masukkan spaghetti.
6. Besarkan api. Goreng cepat-cepat selama 5 minit. Rasa sedikit spaghetti kalau kurang masin boleh tambah garam atau serbuk perisa, secukup rasa maggi atau sebagainya.
7. Goreng lagi dua minit sambil mengacau supaya tidak melekat di kuali.
8. Tutup api. Taburkan daun parsley kering cincang dan bawang goreng.

Thursday, September 11, 2014

ALOHA BEEF PIZZA WITH MUSHROOM

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM Sk tengok Maz Ilhamdapur dari negara Bahrain sana dok tayang Aloha Chicken Pizza. Jadi, Sk ni teringinlah nak buat juga cuma.Sk gantikan dengan daging lembu kisar. Sk ni memang tak berapa nak jadi bab nguli-nguli doh ni tapi teringin punya pasal Sk belasah ajer. Menguli lima minit pun rasa dah macam nak tanggal siku ni, hahahaha. Yang sebenarnya Sk nak menghabiskan puri tomato dan mozarella cheese lebihan buat Quiche Loraine hari tu. Sebab lepas ni macam lama nak tinggalkan rumah. Ke mana??? Nanti Sk cerita kemudian ya.

Kepada Maz, terima kasih sebab share resepi pizza ni ya. Maaf sangat, Sk tak dapat sertakan link di sini, macam biasalah, bila post guna tab, Sk tak pandai nak share link. Inipun Sk taip semula sebab resepi Maz ni antara resepi pizza yang paling mudah Sk jumpa dan sangat jujur perkongsiannya. Kenapa Sk kata jujur? Sebab Maz memberikan sukatan yang tepat bukan main agak-agak air semangkuk,  gitewww. Jadi, Alhamdulillah, menjadi jugak pizza Sk semalam. Sk canai nipis dan dapat dua keping pizza. Sk guna loyang biasa tak ada loyang khas untuk pizza pun. Kata orang tua, tiada rotan akar pun berguna kan?

Beef Pizza dengan Cendawan

Bahan Doh Pizza :

1 cawan tepung gandum
120 ml air suam
1 sk yis kering
1/2 sb gula
1 sb minyak zaitun

Caranya :

1. Campurkan yis, gula dan air ke dalam mangkuk besar. Biar sekejap. Kemudian masukkan minyak zaitun.

2. Masukkan tepung. Kacau menggunakan garfu membentuk bulatan arah jam. Kacau sehingga semua doh melekat pada garfu.

3. Tambah sedikit sahaja tepung dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Sapu mangkuk dan doh dengan minyak zaitun. Kemudian tutup mangkuk dengan tuala basah sehingga ia naik dua kali ganda.

Sementara tunggu doh naik, sediakan inti.

Bahan inti :

150 gm daging lembu kisar*
sedikit minyak zaitun*
*goreng sekejap daging lembu kisar bersama minyak zaitun
cendawan butang secukupnya (hiris)
sedikit serbuk oregano dan parsley
sedikit serbuk lada hitam
parutan keju mozarella secukupnya
pes tomato

Menyediakan pizza :

1. Panaskan oven 180 darjah selsius. Tumbuk-tumbuk doh tadi. Kemudian gelekkan ia sehingga menjadi satu keping doh pizza. (Sk buat pizza empat segi)

2. Cucuk-cucuk permukaan doh dengan garfu.

3. Sapukan pes tomato rata-rata di atas doh.

4. Taburkan parutan keju mozarella.

5. Taburkan daging lembu kisar tadi dan cendawan butang.

6. Taburkan serbuk lada hitam, oregano dan parsley.

7. Kemudian masukkan pizza ke dalam oven. Letak di rak paling bawah. Bakar selama 25 - 30 minit atau sehingga pizza masak.



Wednesday, September 10, 2014

RAHSIA KOTAK KASUT

ASSALAMUALAIKUM...

KISAHNYA tentang pasangan suami-isteri warga emas yang kekal bahagia setelah berkahwin lebih 60 tahun. Segala-galanya mereka kongsi bersama, ...tiada rahsia antara mereka kecuali sebuah kotak kasut misteri milik si isteri yg disimpan di dalam bilik stor.

Satu hari si isteri telah jatuh sakit dan menurut doktor, peluang untuknya sembuh adalah tipis. Dengan izin si isteri, sang suami pun mengambil kotak kasut dan membukanya. Alangkah terkejutnya si suami apabila melihat isinya; dua anak patungdan wang tunai $95,000!!!

Suami pun bertanya tentang perihal dua anak patung & $95,000.

 Si isteri berkata, "Bang… masa kita mula-mula kahwin dulu, nenek saya pesan kalau nak kekal bahagia.. jangan bergaduh. Kalau marah, senyap jangan cakap apa-apa, ambil benang kait, buat anak patung…"

Sang suami merasa sungguh terharu dan sebak kerana selama lebih 60 tahun mereka berkahwin, isterinya hanya marah dua kali.

 "Sayang …macam mana dengan duit yang banyak ni?" tanya sang suami.

Isteri menjawab, "Duit tu adalah hasil daripada anak-anak patung yang dah saya jual".

Moral of the story : Anda fikir lah sendiri ya

p/s salin & tampal

gambar hiasan
google image
 

Monday, September 8, 2014

BUNTAT DAN GAJAH

ASSALAMUALAIKUM...

SAMBIL melayan mata mengantuk... boleh tergelak baca post yang di'post' di mukabuku..

Kredit : Kak Norli Jamaludin

QUICHE LORAINE

ASSALAMUALAIKUM...

SEPANJANG minggu ini dengan minggu hadapan nampaknya tiada hari cuti buat Sk. Berderet-deret agendanya. Agenda keluarga, agenda tugas dan agenda bisnes berjalan serentak. Gigil-gigil buah betis dibuatnya. Dah macam iklan mesin kurus 'shake & shape' pulak. Tapi tak kurus-kurus jugak, hihi. Tak apa, redho jer. Kalau tengok artis-artis lama pun ramai yang dah tak berapa nak kurus. Jadi, terimalah hakikat, tahap metabolisme semakin rendah, huhuhuhu.

Dalam pada tu, teringin punya pasal selepas menikmati makanan dari Perancis ni (kalau tak silaplah, kalau salah sila betulkan ya) dari pemberian seorang kakak dari Negara Seberang Tambak, semalam petang Sk gigih mengadun pastri untuk membuat 'Quiche Loraine'. 'Quiche' yang disebut sebagai 'Kish' ini resepinya Sk selongkar dalam dapur Kak Jun Diari Kasih atau Cupcakekasih. Sebab Sk guna tablet hari ini jadi Sk tak pandai nak sharekan link. Kepada Kak Jun, terima kasih atas perkongsian ini ya.

Pertama kali mencuba aduh ke laut sungguh. Pastrinya agak tebal dan kesilapan menggunakan saiz penerap membuatkan ia kelihatan pelik. Sepatutnya kena gelek doh nipis sedikit tapi Sk takut ia pecah bila diletak intinya nanti. Tak apa.. tak apa.. kita belajar dari kesilapan. Nanti kalau ada masa bolehlah menge'quiche' lagi. Hihihi. Lepas tu bolehlah jual. Errrr.. ada sesiapa nak beli????

Quiche Loraine

Bahan-bahannya :
250 gm tepung gandum
125 gm salted butter
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Potong dadu butter dan masukkan ke dalam tepung gandum. Gaul sehingga menjadi crumble.

2. Tuang air sedikit-sedikit ke dalamnya dan gaul sehingga menjadi doh.
*Selepas jadi crumble tu, Sk tambah sebiji telur. Dan gaul rata-rata baru Sk masukkan air. Air tu jangan banyak ya. Guna sudu atau percik-percikkan sahaja.

3. Bila dah jadi doh boleh perap sekejap. Kemudian canai nipis dan terap. Letakkan ke dalam mangkuk aluminium. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 25 minit.

Bahan Inti :

1 biji bawang besar dipotong dadu
150 gm mix vegetable (Sk ganti dengan cendawan butang yang didadu)
1 sb tomato puri (Sk letak 2 sb)
150 gm daging cincang (Sk guna 200 gm)
1 helai daun salam (tak letak pasal tak ada, nak beli mahal giler kot)
150 gm butter (Sk guna 100 gm pasal tak cukup, hihi)
garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan butter. Tumis bawang besar dan masukkan daging cincang. Biar daging masak rata.

2. Masukkan tomato puri. Kacau sekejap. Masukkan daun salam.

3. Masukkan cendawan butang, gaul sekejap. Tutup api.

Salt Royale

Bahan-bahan :

250 ml susu segar
50 ml whipping cream atau krim nestle
3 biji telur
garam dan serbuk lada

Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk dan kacau rata menggunakan garfu. Ketepikan.

Bahan penambah sedap

Parutan keju cheddar dan mozarella secukupnya.

MASUKKAN inti daging cincang tadi ke dalam pastri yang telah siap dibakar.
Kemudian tuangkan salt royale memenuhi pastri dan taburkan dengan parutan cheddar dan mozarella.
BAKAR selama 20 minit dengan suhu 170 darjah selsius.

Thursday, September 4, 2014

CERITA SATU MALAM

ASSALAMUALAIKUM...


TEGANG urat-urat tengkuk membaca novel Cerita Satu Malam ini. Jantung asyik berdebar. Hati pulak tertanya-tanya. Ada masanya, terkeluar jugak kata-kata yang tak sedap di dengar,"Bodo* betullah... dah tahu benda pelik-pelik pun nak tegur. Dah nampak lain macam pun nak kejar, nak tengok," grrrrrr. Dah macam menonton filem seram karya Piere Andre pulak, keh keh keh.

Tapi memang perlulah pun untuk menegur benda yang pelik, mengejar benda yang lain macam, menyiasat benda yang meragukan kerana kisah utama dalam cerita ini adalah tentang kerja pengawal keselamatan. Mereka bertugas di sebuah bangunan 20 tingkat yang menyimpan tiga cerita misteri. Misteri gadis cina bernama Jennifer. Misteri wanita berkebaya hijau. Dan misteri sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala yang selalu berkeliaran di kawasan tempat letak kereta. Misteri yang paling misteri adalah pengawal keselamatan yang bernama Kadir.. jeng jeng jeng!

Ketiga-tiga kisah misteri ini diceritakan dalam satu malam kepada seorang pemuda yang baru bekerja di bangunan tersebut. Rizal yang pulang agak lewat malam itu dikejutkan dengan kejadian lelaki yang jatuh dari atas bangunan. Dalam kekecohan itu, Rizal ditegur oleh seorang lelaki yang kemudiannya menceritakan misteri demi misteri apa yang berlaku di bangunan tersebut. Walaupun adakalanya penceritaan agak membosankan kerana gangguan yang berulangan namun rasa tanda tanya membuatkan Sk tetap sedaya upaya menghabiskan bacaan novel ini. Berbaloilah jugak membeli cuma pengakhirannya agak begitu menyanyat hati Sk. Kepada peminat novel seram, jangan lupa jadikan novel Cerita Satu Malam ini sebagai salah satu koleksi anda.

Tajuk Novel : Cerita Satu Malam
Terbitan : Buku Prima
Karya : Zaifuzaman Ahmad

Dah menjadi kelaziman setiap kali lepas baca novel seram atau tonton kisah seram, Sk selalu bercerita dengan kawan sepejabat Sk. Lepas tu kawan Sk pulak ni tengok filem Hong Kong tentang misteri sebuah bangunan jugak. Tak ingat tajuk tapi baru jugalah ditayangkan di kaca NTV7. Siapa ada tengok???

Kisah lima rakan sepejabat yang bekerja di sebuah bangunan yang mana setiap tahun katanya, bila tiba tarikh 13 haribulan yang jatuh pada hari Jumaat, bangunan itu akan menuntut tujuh korban, gitew. Jadi, katanya bos mereka ni jenis yang selalu bergantung pada orang lain sehinggalah apabila kelima-lima pekerjanya itu terkorban dalam satu kemalangan jalanraya, roh mereka tetap datang bekerja kerana mengenangkan bos mereka ni jenis yang tak pandai buat kerja, keh keh keh.

Yang kelakarnya pulak, bos mereka nikan jenis yang tak ambil tahu tentang semua benda, jadi dia tak tahu pun kejadian yang menimpa pekerjanya ni sehinggalah diberitahu oleh kawannya yang menghantar email laporan kemalangan itu. Dalam kepercayaan mereka ni, kalau nak tahu orang tu hidup atau tidak, ambillah air mata lembu dan sapukan ke mata. Jadi bos nipun buatlah macam tu, tapi takut punya pasal dia sapu sebelah matanya.. haaaaaaa.. barulah nampak wajah-wajah pekerjanya yang cedera parah akibat kemalangan. Ada yang kepala pecah sebelah dan mata nak terkeluar dari soket dan jatuh pulak biji mata tu dalam minuman si bos... dan bos tu terpaksalah pulak minum.. hehehe.

Apa kesudahannya.. kawan Sk kata, lepas bos ni janji yang dia akan belajar berdikari barulah roh pekerja ni pergi betul-betul ke dunia orang mati, hihihi. Punyalah sayangkan bos, kan... macam-macam, urmmmm.



Wednesday, September 3, 2014

TELUR MATA KERBAU

ASSALAMUALAIKUM...

GELAK guling-guling bila baca status seorang kawan di mukabuku. Kisah kawan beranak lima, tiga anaknya masih kecil.. dua darinya kembar seiras... Si kembar meminta mamanya menggoreng telur.. mama pun bertanya :

Mama: Telur dadar ke telur mata kerbau?

Lepas tu mama kena serang bertubi-tubi dengan soalan-soalan berkaitan telur dan kerbau

Soalan 1: Mama, telur ayam dengan telur kerbau mana lagi sedap mama?

Soalan2 : Mama, kerbau bertelur ke mama?

Soalan 3: Mama, anak kerbau keluar dari telur ni ke mama?

Soalan 4: Mama, kenapa kerbau tu beso telurnya kecik je mama?

Soalan 5: Mama, macam mana mama tahu yang ni telur ayam ke telur kerbau???

Kah kah kah!!!

Errrr.. tengok gambar ni kecur ailio
hehehehe
 

SALAM MERDEKA... CERITA DULU-DULU... RENUNGAN MASA TUA

ASSALAMUALAIKUM...




ALHAMDULILLAH... 57 tahun sudah kita mengecap nikmat merdeka. Walaupun tidak melalui zaman sukar sebelum merdeka namun trauma tu tetap ada setiap kali menonton filem-filem seperti Bukit Kepong dan Sarjan Hassan. Acapkali selepas menonton filem-filem ini Sk akan mengalami mimpi ngeri. Bukan sekali dua Sk mimpi tentang serangan komunis ni. Macam nak tercabut jantung bila nampak komunis lari-lari pegang senapang di belakang rumah. Berpeluh-peluh dibuatnya. Rupa-rupanya mimpi... fuhhhhhh! Lega....


Sk berdoa, nikmat kemerdekaan ini akan terus dapat dinikmati oleh anak-cucu-cicit kita di masa akan datang. Sukar sebenarnya hendak menerangkan kepada mereka tentang betapa pentingnya bagi kita mengekalkan keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Juga untuk melahirkan rasa cinta terhadap tanah air yang berdaulat ini. Dapatkah anak-anak kita menzahirkannya? Ini kerana anak-anak kita kebanyakannya dilahirkan di dalam zon selesa. Mereka tidak pernah merasa apa yang pernah ibu bapa mereka alami dulu. Celik sahaja biji mata, terus menuju ke bilik air yang terletak di dalam rumah. Pusing kepala paip sudah keluar air. Yang lebih kaya, mandi bersiram air panas. Yang kurang kaya macam Sk ni mandilah air sejuk jer. Duluuuu.. masa Sk kecil, jenuh nak mengangkat air ke jam*** pagi-pagi buta. Dah tua-tua ni barulah dapat merasa nikmatnya ada tandas dalam rumah sendiri, hihihi.

Errrrr... apa kena mengena sambutan merdeka dengan tandas???

Lepas tu bila nak mandi, kena cedok air dalam baldi. Nasib baik ada bilik air dalam rumah.. ada paip air dalam rumah. Tapi, mak aihhhh! Sejuk giler weiii. Brrrrrr... Mandi asal boleh. Sabun mana sempat. Shampoo rambut??? Memang tidaklarrrrr.... sejuk punya pasal semua pakai larong jer. Yang lagi seram ada pulak makhluk-makhluk gatal yang mengintai di belakang rumah. Kurang ajar betul. Elok azan subuh berkumandang pergilah ke surau, ini terbongkok-bongkok belakang rumah orang mengendap anak dara mandi. Nasib baiklah zaman belum ada teknologi di hujung jari. Yang selalu jadi mangsa kakak Sk yang di Melaka tular. Maka akan terdengarlah pekikan dan laungan di subuh hari bila tersedar ada mata mengintai dalam bilik mandi.. huwa huwa huwa!! Fobia!!!

Lepas tu siap-siaplah untuk ke sekolah. Kalau nasib baik abah hantar naik teksi. Biasanya kami berjalan kaki kecuali Along yang kena naik bas sehingga ke Teluk Kerang. Masa tu kami bersekolah rendah di Kampung Rimba Terjun, Pontian. Kalau ada duit lebih di kocek kami ikut Along naik bas berhenti-henti. Sampai sekolah, nak picit loceng, badan tak cukup tinggi, menjeritlah kami suruh drebar bas berhenti.. hihihi. Haiiii... semakin jauh meninggalkan zaman kanak-kanak rasa semakin rindu dan semakin tua... urmmmm...

**RENUNGAN MASA TUA

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yang boleh kita makan, makanlah;
» yang boleh kita pakai, pakailah;
» yang ingin kita beli, belilah;...
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbahagi, berbahagilah...

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
 
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung. Berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan... semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana kifarah itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tidak ada batasnya. Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah! Tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar. Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku. Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"

Semoga bermanfaat.
 

PERENCAH DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamualaikum... SELALU rasa beruntung bila berjodoh dengan orang utara ni. Sebab di belah-belah utara ni banyak IKS yang menawarka...