MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, February 25, 2015

MAKAN-MAKAN DI BOAT NOODLE

Assalamualaikum...
 
DAH terlalu banyak gambar dalam folder ni. Memori pun asyik merah jer tanda amaran supaya memindahkan sebahagian file yang menyemak dalam folder.. hehehehe. Nak buat macammana, dah hobi kita suka ambil gambarkan. Lepas tu tak sempat-sempat nak pindahkan. 
  
 
Kali ini Sk nak kongsikan tentang 'Boat Noodle' yang merupakan sebuah restoran berkonsepkan makanan jalanan atau warung di Thailand. ER lah sebenarnya yang teringin sangat nak mencuba lepas tengok satu 'post' di Johor Sedap FB Page. Boat Noodle ni terletak di dalam bangunan Sutera Mall, Skudai, aras dua. Kalau dari restoran KFC tu anda kena keluar melalui pintu utama yang ada di situ dan susur ke kanan.. nanti jumpalahhh dengan Boat Noodle.
 
Pada mulanya Sk tak faham juga konsep makan di sini. Layan diri atau dilayan. Kenapa orang sebelah Sk ni makan bermangkuk-mangkuk? Heehehehe. Pada menu ada dicadangkan untuk setiap orang mengambil empat mangkuk. Pilih minuman dan jika tak cukup bolehlah tambah lagi nak berapa mangkuk. Errr.. mangkuk tu lain-lain isi ke? Haaa.. memang Sk tak pandai makan cara orang muda ni.. hihi.
 
Bila Sk tanya dengan staf Boat Noodle.. dia kata tak apa. Ambil satu mangkuk dulu pun boleh. Mungkin dia faham yang kami ni pertama kali nak mencuba. Nanti boleh tambah kemudian. Jadi, minta semangkuk untuk ER dan semangkuk untuk Iman. Sk minta hidangan sampingan. Tak menunggu lama.. pantas betul mereka bekerja.. mangkuk pertama pun sampai. Ooooo... patutlah sorang kena makan sampai empat mangkuk... hahaha. Secoet ajer hidangannya.
 
 
Mee sesudu kot.. fish ball sebelah dan beberapa helai daging lembu yang dihiris nipisssss.
Tak ingat nama hidangan ini.. ada pilihan untuk pedas atau tidak pedas. Ayam atau daging lembu.
Yang ini pedas meletop... rasa... giler sedapppp!!
 
 
Mee dia tu kenyal tau.
Amboiii... lapar ya Pak Incheeee'???
 
 
 
 
Iman kata... ni celah gigi pun tak lepas... hahaha..
 
 
 
Ala... kesian.. Ialah.. mintaklah lagi semangkuk nak.
Tapi tak mahu pulak, pedas sangat katanya.. kenyang minum air kepedasan.
 
 
Sk minta meat ball. Ingatkan macam meat ball Ikea rupanya...
macam jual depan sekolah masa budak-budak dulu.. errrr..
tapi.. sedapppp!
 
 
Thai Fruit Salad. Yang ini pun sedap. Masam.. manis dan sedikit pedas.
Orang Thai memang suka makan pedas ek!
 
 
Iman kata.. "nanti kita datang lagi eh bonda...." 

Monday, February 23, 2015

BERKELAH DI CUTI TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum...

TAK ADA cuti yang paling bermakna dan seronok rasanya selain berada di rumah sendiri. Walaupun tak bercuti ke luar daerah atau ke luar negeri pun tapi ia dimanafaatkan sepenuhnya dengan mengemas rumah dan menyelesaikan kerja-kerja rumah yang lama terbengkalai kerana kesibukan dengan kerja-kerja lain. Sk cuma menyediakan sarapan setiap pagi sahaja lepas tu layan tekak yang teringin hendak makan macam-macam yang tak pandai nak buat sendiri.. apalagi kita JJCM la kannn.. hehehe.

Hari pertama TBC yang lepas, Sk dan adik-beradik telah bersetuju untuk pergi berkelah bagi memenuhi permintaan ibu. Mula tu kami bercadang untuk ke Air Papan, Mersing tapi memandangkan malam tu ER ada agenda jadi kami buat keputusan untuk ke Desaru sahaja. Hahaha.. akibat keluar pun dah lambat, maka bila sampai sana khabarnya dah tak ada tempat nak parking. Kakak Sk lah yang sampai dulu.. Sk biasalah.. kemas rumah dulu tu yang lambat. Cari punya cari tempat nak berkelah akhirnya Angah memilih untuk ke D'Pungai Beach Resort yang terletak di Sg Rengit, Kota Tinggi.


Angah.. Pengerusi merangkap penganjur utama bagi program cuti kali ini. Kalau tak kerana semangat waja dia kemungkinan besar program ini tak menjadi.. hihihi.


Aini (kiri) yang membawa buah-buahan dan minuman serta menyumbangkan bahan untuk diasap-asapkan. Azwa katanya bawa perut jer. Bagus.. bagus.. dua kali lima dengan Sk.


Chef jemputan. ER asyik puji jer kesedapan ayam bakar Che Li. Syabas!
Yang kat belakang tu tulang sibuk jer.. haha.


Pengerusi tetap program.. hehehe.


Foto-foto!


Foto-foto lagi.


Juada istimewa air tangan pengerusi tetap
Nasi Lemak,  Sambal Daging dan Sambal Lokan.


Tempat berkelah yang selesa di hamparan rumput dipayungi pepohon cemara.


Dah lapar ni...!


Berasap sudahhhh!


Jangan sampai rentung!
Nak air asam.


Lagi-lagi foto-foto


Alhamdulillah... terima kasih semua!!!

Wednesday, February 18, 2015

RAYAN CORNER KEMPAS

Assalamualaikum...
 
ADA yang dah mula bercuti hari ini dan memulakan perjalanan jauh. Mungkin pulang ke kampung halaman. Mungkin bercuti ke pantai. Ada yang terbang ke luar negara. Ada yang naik feri merentas lautan. Amboiiiii.. syoknya. Bagi yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina esok, Sk ucapkan Gong Xi Fa Chai.. semoga rezeki anda melimpah ruah sempena kedatangan tahun baru yang merupakan tahun kambing.
 
Bagi Sk sekeluarga, buat pertama kalinya tahun ini kami tidak balik kampung di Kedah sempena cuti tahun baru cina. Nanti ada yang meroyan.. balik selalu tapi tak ada pengisian. Sk rasa setiap orang ada caranya untuk menzahirkan kasih sayang. Tak perlulah kita memaksa orang lain untuk ikut cara kita. Kalau anda rasa selesa dengan cara anda teruskan.. jangan perasan bagus.. itu saja Sk nak pesan. Eh, tu cerita lainlah ya.. hihi. Tak ada kena mengena dengan tajuk pun, jangan maraaa..
 
Sk rasa cuti panjang kali ni nak kemas rumah yang macam tongkang karam tu jer. Kalau mengemas tahannya seminggu sahaja. Yang selalu jadi masalah kain baju yang tak berlipat. Bukan malas tapi tak sempat. Keluar lepas subuh, balik bila matahari hampir terbenam. Nak sediakan makan malam lagi. Nak tengok drama Akasia lagi. Nak kemas dapur lagi. Tahunya dah lelah. Kain baju pun dipandang sepi.. hihi.
 
Lama tak blog, kan... kali ini Sk nak 'post' tentang 'port makan yang kerap Sk kunjungi sekarang. Restoran Rayan Corner yang berkonsepkan terbuka, terletak di Kawasan Permatang Kempas. Berhampiran dengan Stesen Keretapi Kempas, Sekolah Agama Kempas dan Dewan Orang Ramai Kempas. Kalau dari Taman Setia Tropika ke aras Kempas.. jumpa persimpangan empat lampu isyarat, Rayan Corner ni terletak di sebelah kanan. Sk suka makan di sini kerana suasananya tenang, luas dan selesa. Tempat meletak kereta pun luas dan selamat.
 
 
Siakap Kukus Limau yang sangat mengancam jiwa. Bila diletak sahaja hidangan ke meja ER cepat-cepat menyudu kuah. Urmmmm... ER angguk laju-laju maknanya sedaplah. Boleh dikatakan antara masakan Siakap Kukus Limau yang paling sedap kami pernah makan. Hiasan hidangan yang sederhana juga memudahkan untuk kami menikmatinya ditambah cara potongan ikan tersebut. Sampai licin tinggal tulang jer tau.
 
 
Setiap kali ke kedai masakan Thai, kerabu mangga wajiblah diminta. Sebaik sahaja ia diletak ke meja, mulut terus ternganga. Air liur dikesip. Laluan ke juri harus diberi siapa lagi kalau bukna ER. Amboiiii.. sampai angkat ibu jari.. memang sedap 'giler' ni. Sagatan mangga muda ditaburi hirisan bawang merah, cili api dan kekacang yang digoreng tanpa minyak. Digaul mesra pula bersama perahan limau nipis dan sedikit gula. Udang kering yang tidak terlalu masin.. sememangnya mantap!!
 
 
 Aik! Kenapa meja biru pula ya. Sebenarnya ini kunjungan seterusnya. Dalam kunjungan sebelum ni Sk cuma ambil gambar dua masakan, kan.. kali ni rajin pula nak ambil gambar hidangan yang lain.
Ini bukan jemput-jemput ya tapi udang segar yang digoreng tepung dicicah dengan sos Thai. Sampai telan-telan ailio menaip ni.. tapi udang tu sikit sangatlah. Ialah, nak raya cina ni, mahal kot udang.. huhu.
 
 
Sup Ekor. Ekornya direbus cukup empuk. Kalau sebelum ni kami makan 'Seafood Tom Yam' kali ni ubah selera pula dengan Sup Ekor. Sedap tapi tak cukup mencapai tahap piawaian sup ekor. Kuah agak masin dan kurang masam. Kena belajar lagi cara masakan kuah tu supaya lebih rasa Thai.
 
 
Sotong Sambal yang cukup enak. Rasa macam nak tambah lagi sepinggan.. hahaha. Perut kenyang tapi tekak ni rasa bocor jer. Sk suka sangat cara masakan Sotong Sambal Siam ni.. nak buat sendiri tak pandai jadi kalau teringin tu, minta jer di kedai. Buat sendiri belum tentu menjadi.. hihi.
 
 
Telur Dadar pun nak ambil gambar ke?
 Eh, gebu tau telur ni.. kena tunjuklah.. haha. Kalau nak tahu telur ni mesti kena minta dua biji asing-asing. Bapak satu.. anak satu. Bonda? Ambil separuh bapak punya, separuh anak punya.. hahahaha.
 
 
Walaupun cuma sayur, susah nak jumpa yang betul-betul ikut piawaian tekak kami. Yang ini antara yang terbaik. Baby Kailan goreng Sos Tiram.
 
 
Puas hati makan Daging Masak Merah di sini. Dagingnya tebal tetapi empuk. Kuah pekat dan sedap, hirisan bawang holland yang manis. Sedap dan terbaikkkk!
 
 
Sambal belacan penyeri hidangan dan pelengkap rasa. Banyak kali Sk belajar buat sambal belacan macam ni tapi selalu tak jadi. Mesti ada kekurangan rasa di sana-sini. Tapi ada jugak yang terlebih.. rasa belacan lebih. Adeh.. siapa ada resepi sambal belacan thai.. meh kongsi dengan Sk mehhh!!! 

Tuesday, February 10, 2015

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG DAH BERLALU ITU

Assalamualaikum...

HAAA.. TU DIA tajuk bukan main punya panjang lebaq.. hahaha. Sedikit stress sebenarnya sebab tak dapat nak blog sejak seminggu lebih yang lepas. Sekurang-kurangnya tiga 'post' Sk 'hang' macam tu sahaja di dalam draft. Tak boleh edit.. tak boleh klik pun.. sakitnya tuh di sini.. di dalam hatiku.. sakitnya tuh di sini di dalam hatiku... sakit.. sakit... sakitnya tuh di sini.. agagaga.

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini Sk lebih suka menulis 'entry' baru di 'semakfon' Sk ni sahaja. Sebab apa.. sebab lebih laju berbanding guna lappy. Nak masukkan gambar pun laju jer taklah terkedek-kedek macam dulu. Maklumlah.. lappy murah.. haha.. kelajuan pun tahap siput sedut yang dah kena simbah dengan hampas kelapa. Menunggu masa digulai dalam periuk bersama sulur keladi.. errr... meleleh ailio. Tapi rupanya ada jugak keburukannya. Silap sentuh habis satu 'post' hilang. Dan bila masa hendak diterbitkan dan signal tetiba hijau dia akan tergantung macam tu jer... dush!

Lepas tu.. teruslah merajuk nak tulis blog. Idea terbang.. semangat hilang. Tapi dalam sehari dua ni ada beberapa pembaca yang 'whatsapp' Sk. Yang selalu baca blog Sk. Terharunya Sk tau. Terima kasih sahaja yang mampu Sk ucapkan. Jadi hari ini Sk gigih menaip kisah ulangtahun ke 15 perkahwinan Sk yang jatuh pada 30 Januari lepas. Haaaa... selepas doblas hari baru nak muncul 'entry' .. hihihi.

Tahun ini Sk pasrah sahajalah bila ER sibuk sepanjang minggu menjelang tarikh yang ditunggu-tunggu. Sk 'throwback' sikit... sepanjang minggu tu pelbagai program melibatkan pasukan bola sepak JDT terpaksa ER hadiri. Daripada Piala Sumbangsih sehinggalah penglibatan JDT untuk kelayakan (play off) Asian Champion League (ACL) yang mana malam ini JDT akan berdepan dengan Bangkok Glass. Kalau lima tahun dulu mungkin Sk dah menangis sampai hentak-hentak kaki sebab tak dapat pergi 'dinner anniversary' tapi kali ini Sk relaks jer. ER ajak jugak keluar walaupun dia balikpun dah lewat tapi Sk pulak yang malas. Bagi Sk keluar rumah selepas 9 malam untuk makan adalah sudah terlalu lewat bertambah lagi esoknya hari kerja. Lagipun dah selesa berbaju 'Kluang' malaslah pulak nak bertudung  dan berbedak bagai kan... kita tunda.. tunda.. dan tunda sehinggalah....

Kami mendapat jemputan makan malam majlis perkahwinan rakan sekerja ER. Okeylah tukan.. sambut ulangtahun perkahwinan di majlis perkahwinan orang lain. Kira mengimbau kenangan jugaklah ni.. hihihi. Terima kasih atas semua ucapan dan doa semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan juga.. Aamiiinnn Ya Rabbal Alamiinnn.


Syarat tak cukup katanya.. mana aci tumpang-tumpang majlis orangkan... jomlah kita pergi makan. Atas permintaan anak orang yang sambut ulangtahun perkahwinan katanya nak makan kat Lobster Beso. Haaaa.. makan kat lobster beso tapi tak ambil lobster pun.. kikiki. Minta lauk lima macam yang sampainya empat macam sahaja. Sudah rezeki malam itu begitu... Alhamdulillah..


Serik dengan cincangan epal yang penuh sepinggan sebelum ini, kali ini kami minta chef masakkan Siakap Kukus Cara Hong Kong. Pesan juga tak mahu ikan besar sangat.. pitam nak menghabiskan.. hihihi. Masak 'simple' macam ni lagi sedap rupanya.


Sotong Telur Masin yang jadi juadah wajib setiap kali makan di 'Seafood Restaurant'. Kali ini salutannya agak tebal tapi tetap juga masakan telur masin yang terbaik kami jumpa di mana-mana restoran pun.


Memanglah cantik sayur disusun sebatang-sebatang dalam pinggan tapi yang siksanya kami yang nak makan ni chef oi. Dah satu kerja pulak kena siang sayur dalam pinggan sebelum makan.. kui kui.


Brokoli dan cendawan goreng Sos Tiram. Dah suka pulak dengan hidangan ni. Sk memang peminat brokoli.. kadang boleh ratah semangkuk macam tu jer tau.

P/S Agak-agak lauk apa yang tak sampai tu ya???
Cer teka... cer teka...

PERENCAH DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamualaikum... SELALU rasa beruntung bila berjodoh dengan orang utara ni. Sebab di belah-belah utara ni banyak IKS yang menawarka...