MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, March 24, 2015

HIDUP JOHOR DEMI JOHOR

Assalamualaikum...
 
Kredit Gambar : Johor Southern Tigers FB Page.
 
ALHAMDULILLAH... Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudahkan Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor semalam. Sebagai rakyat yang dilahirkan dan membesar di Tanah Jauhar ini, Sk tentunya tumpang bangga dengan sejarah yang tercatat dalam lembaran Sejarah Johor. 
 

Hidup Johor Demi Johor.
Tahniah patik ucapkan buat Tuanku DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim dan juga kepada DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor sempena hari kemahkotaan tuanku berdua yang berlangsung dengan gilang gemilang.

Sultan Ibrahim adalah merupakan sultan ke 5 bagi negeri Johor dalam era moden. Baginda dilahirkan pada 22 November 1958 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung daripada sepuluh beradik. Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 4 Julai 1981 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 sehari selepas kemangkatan ayanhda baginda, Almarhum Sultan Iskandar.


Sultan Ibrahim mendirikan rumahtangga dengan anaknda Sultan Perak yang jelita dan rupawan, Raja Zarith Sofiah pada tahun 1982 dan dikurniakan enam cahayamata.
Putera sulung baginda, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (kini Tunku Mahkota Johor) (berdiri dua dari kanan) yang telah berkahwin dengan Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam pada 2014.
Satu-satunya puteri yang mewarisi kecantikan bondanya ialah Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
Ini diikuti oleh Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (berdiri kanan sekali),
Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim (berdiri dua dari kiri),
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (berdiri kiri sekali) dan putera bongsu baginda adalah Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar.


Sebenarnya ini adalah Kemahkotaan kali yang ke 4 yang mana ianya diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 yang mendapat ilham ketika baginda membuat lawatan ke Empayar British dan Uthmaniah.

 
Istiadat kemahkotaan ini kali terakhir diadakan pada tahun 1960 di mana Mufti Negeri Johor pada ketika itu menyarungkan mahkota yang berusia lebih 100 tahun itu kepada Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang merupakan nenda kepada Sultan Ibrahim. 


Sepanjang penantian istiadat kemahkotaan ini, Johor Bahru meriah dengan kibaran bendera di siang hari dan bermandi cahaya di malam hari. Setiap kali memandu menyusuri Pantai Lido tersemat rasa bangga menjadi anak Johor.


Sehari sebelum istiadat kemahkotaan dilangsungkan, baginda berdua menjalani istiadat bersiram. Pada pagi hari kemahkotaan baginda berdua dibawa dari Istana Besar Bukit Serene ke Istana Besar Johor untuk menjalani istiadat kemahkotaan yang diadakan di Bilik Singgahsana.


Suasana di Bilik Singgahsana di mana istiadat kemahkotaan akan berlangsung.


Terkenang-kenang pulak Sk kemeriahan majlis perkahwinan diraja baginda berdua walaupun masa tu Sk baru darjah dua.


Semua tetamu kehormat menunggu istiadat kemahkotaan dijalankan.


Lagu Bangsa Johor dimainkan. Meremang bulu roma Sk walaupun cuma melalui siaran langsung di kaca TV.


Tetap segak walaupun telah berusia 57 tahun.


Permaisuri Johor yang jelita.


Mahkota disarungkan oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin bersama lafaz Bismillah dan selawat.


Mahkota Permaisuri disarungkan kepada Raja Zarith, Permaisuri Johor.


Doa dibaca, semoga majlis diberkati Ilahi.


Baginda berdua diiring keluar dari Bilik Singgahsana.


Tabik hormat


Baginda berdua menuruni tangga untuk menaiki kenderaan diraja.

Wahhhh! Ini betul-betul mengembalikan kenangan masa Sk darjah dua dulu tau. Tunggu pengantin diraja lalu di tepi jalan besar Skudai.


Bergerak meninggalkan Istana Besar Johor Bahru.


Kepada Allah kami berserah
Allah Selamatkan Sultan.

Wednesday, March 18, 2015

DAPUR BONDA CAFE

Assalamualaikum...

PADA suatu malam disebabkan  Sk malas (dasar betullah) nak sediakan makan malam untuk Iman dan sebenarnya Sk pun terliur dengan post di Johor Sedap FB Page, Sk mengajak Iman ke Dapur Bonda Cafe yang terletak di Taman Setia Tropika. Biasanya masa ER tak adalah baru ada peluang nak mencuba di cafe-cafe yang tumbuh macam cendawan lepas hujan ni. Nanti kalau ajak dia serba tak kena dibuatnya.. huhuhu.


Tak sukar untuk ke sini. Cari sahaja Petronas Taman Setia Tropika, Dapur Bonda bertentangan dengan stesen minyak tersebut dan bersebelahan dengan Sinseh Cina. Kebanyakan hidangan dari Dapur Bonda adalah masakan asli dari Sarawak. Haaa.. yang ini Mee Kolok. Pilihan Iman, Sk rasa sikit.. urmmm.. tak boleh lawan rasa Mee Kolok Hutan Bandar. Pada Sk Mee Kolok Hutan Bandar tiada tandingan walaupun dah pernah makan Mee Kolok di tebing Sungai Sarawak, tetaplah Hutan Bandar yang jadi pilihan.


Ini pilihan Sk, Laksa Sarawak. Alhamdulillah, sedaplah sikit di tekak Sk ni. Susah jugak kot rasanya nak sediakan rencah untuk kuah laksa nikan. Haaa.. pada sesiapa yang tak pernah makan Laksa Sarawak jangan bayangkan macam Laksa Penang atau Laksa Nyonya ya. Laksa Johor pun bukan. Laksa Sarawak memang lain dari yang lain. Kalau nak cuba banyak lagi makanan Sarawak bolehlah singgah ke Dapur Bonda Cafe.

Monday, March 16, 2015

CUPCHAI

Assalamualaikum...

PERCUBAAN ketiga untuk singgah mengeteh di 'Cupchai' yang terletak di lokasi perniagaan baharu Bandar Baru Uda (berhampiran Plaza Angsana dan Jakel). Percubaan pertama gagal ngeteh kerana Pak Inche kurang berkenan dengan menunya yang terhad. Percubaan kedua gagal juga sebab 'full house'. Dan berjaya ngeteh di sini pada percubaan ketiga pastinya ER yang cerewet itu tiada kerana bertugas ke Seberang Tambak, hehehehe.


Dekorasi dalaman yang sesuai mereka yang bercitarasa santai. Mengetengahkan konsep layan diri, kita cuma perlu memilih menu pada borang yang diletak siap-siap di meja dan membawanya ke 'cashier'. Pelanggan akan dipanggil mengambil makanan apabila ia telah siap disediakan. Jadi, siapa yang malas nak layan diri sendiri tak payahlah datang sini.. hihi.


Sk suka konsep dan deko restoran ini. Tapi makanan belum sampai lagi. Tungguuuuuu! 


Tidak banyak pilihan makanan sebenarnya sesuai dengan nama lokasi ngeteh mungkin bagi mat-mat kapcai.. hahaha. Terdapat 28 jenis minuman yang kita boleh pilih. Ngeteh jangan tak ngeteh.


Sk bawa ibu... sebenarnya tarikh Sk bawa ni adalah tarikh hari lahir ibu yang sebenar 14 Mac 2015.


Iman dalam sehari mesti nak makan nasi. Urmmm.. Sedap ni.. Nasi Kukus Ayam Berempah. Boleh tambah nasi, boleh tambah ayam jika mahu bayar lebih. Kalau nak makan berjemaah dalam dulang pun boleh. Afdallah bagi satu family yang datang ramai-ramai dan tekak sama. Kalau tekak lain-lain tak bolehlah makan berjemaah.. hehehe. 


Senyum sampai telinga bila dapat nasi. Sambal tu pedas katanya.. Sk rasa sikit jer. Satu hidangan ni RM10. Boleh tahan mahallah pada Sk.. huhuhu.


Spaghetti Bolognese untuk ibu. Pinggannya bukan main besar.. penuh meja..kekeke. Harga sepinggan RM15. Rasa okey..larrrr.


Sk pilih makanan yang paling murah, Mee Rebus. RM5 banyak sangat sampai tak habis makan. Mee yang dah agak kembang mungkin direbus dan dibiarkan terlalu lama sebelum sampai ke pelanggan. Kurang taugeh juga.. dan tak ada keropok-keropok macam mee rebus Johor yang biasa. Nasib Sk rajin bangun minta cili lebih. Kuah agak tawar.. perlu ke bangun untuk mintak garam... errr.. 


Dua beranak yang kekenyangan sebab sebelumnya dah pergi makan Murtabak Majid Special kat Kampung Kurnia.. burpppp! Alhamdulillah.

Sunday, March 15, 2015

14 MAC DATANG LAGI

Assalamualaikum...

SEMALAM... ibu Sk menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 74. Betul... ibu Sk dilahirkan pada tahun 1941 di mana tahun tersebut negara kita melakar sejarah dengan mendaratnya tentera Jepun di Tanah Melayu. Alhamdulillah, syukur dalam usia ini ibu masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja rumah.


Kek hari lahir tahun ini disediakan sendiri oleh Sk. Sebenarnya kalau ikut perancangan asal Sk hendak menempah kek dari Kak Azlita Aziz tapi di saat akhir kami adik-beradik bersetuju untuk mengadakan majlis ini awal dua minggu dari tarikh sebenar. Kebetulan masa tu adik Sk yang di KL tu balik JB sempena cuti panjang jadi kita buat teruslah senangkan...


Ibu dah pesan dia tak mahu rasa 'suspens' kerana di'surprise'kan.. (apa punya bahasalah Sk) jadi sejak awal Sk dah bagitahu ibu yang kami nak meraikan hari jadi beliau lebih awal. Jadi memang tak ada 'surprise' laaa.. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Lokasi kejadian pun cantik iaitu tempat pilihan Sk dan dipersetujui ramai iaitu Boboiboy Cafe yang pernah Sk post dalam entry sebelum ini.


Sk sediakan kek coklat lembab yang Sk selongkar dalam dapur Masam Manis. Untuk resepi penuh Sk akan kongsikan kemudian ya.


Sk peminat coklat tapi bukan kek coklat. Sk buat kek ni sebab Sk peminat cheese.. hehe. Sk pun tak tahu nak bagi nama apa kek ni sebab resepinya Sk cedok sini sikit.. sana sikit. Hasilnya marvelous.
 Semua orang kata sedap.. Alhamdulillah.


Bila dah berkumpul ramai-ramai, apalagi.. jom wefie!!


Cikwa dan anak-anak sedara yang dah mengalahkan ketinggian Cikwa... kekekeke.


Kali ini Angah menjemput sekali adik-beradik ibu.. Mak Lang, Mak Enon dan Mak Usu serta Pak Usu. Doa dibaca oleh Pak Usu sebelum acara makan-makan.


Semoga ibu terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan berbahagia selalu.


Aminn.. Amiiinnn Ya Rabbal Alaminnnn.


Jom makan! Inilah Mak Enon.. adik bawah ibu. Kalau nak tahu Mak Enon yang jadi bidan terjun masa Sk dilahirkan.. hihihi.


Pak Usu.. ini orang-orang kampung mesti kenal!!


Mak Usu (tudung hitam) dan Mak Lang. Nom nom nom.


Keluarga kecil Sk.
Makan tak toleh kiri kanan nampaknya tapi yang seorang tu sibuk dengan 'henpon'.. urmmm.


Ibu komplen 'lamb chop' liat dan agak mentah sikit. Kesian ibu, lain kali kita makan nasi arab eyh!


Sebelum berangkat pulang kita wefie lagi sekali. Terima kasih kepada semua yang hadir ya.

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....