MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, May 28, 2015

MAKAN DI JENG KUAN BATU PAHAT

Assalamualaikum...
 
KALAU tanya orang Batu Pahat, Seafood Restaurant yang paling popular di kalangan orang melayu  tentulah Jeng Kuan Restaurant yang terletak di Muara Sg Batu Pahat.. alamat lengkap.. maaf tak ada.. tapi kalau google mesti jumpa kot sebab Jeng Kuan ni memang femes jugaklah.. hehe. Kakzakie mesti tahu Jeng Kuan.. betul tak???
 
Walaupun femes tapi sebab Sk bukanlah originaliti Batu Pahat walaupun ibu Sk orang Belahan Tampok, jujurnya Sk baru sahaja tahu tentang Jeng Kuan ini setelah disebut berulang-ulang oleh ER setelah melihatnya di laman muka buku Johor Sedap. Rajin betul menelaah pasal makan ER tukan, Sk memang kurang sikitlah nak buka page tu kecuali kalau betul-betul lapang. Jadi, disebabkan dah mengences dengan khabaran kesedapan masakan di Jeng Kuan tu, maka pada minggu lepas, ER telah memaksa Sk dan Iman menjejak bumi Penggaram ini. Jom!
 
 
Jeng Kuan yang bermaksud jeti ni memang popular di Batu Pahat. Ada yang mendakwa sejak kecil pun dah dibawa ayah mereka makan di sini. Sk musykil jugak kenapa Sk baru tahu, hahahah. Antara yang paling popular di Jeng Kuan ni adalah satenya tapi tak ada rezeki kami malam tu, sate dah kehabisan. Uiiiii.. masih awal lagi tau, belum pukul 9 pun sate dah habis, memang laris maknanya sedap sangatlah tukan. Okey, lain kali boleh datang awal atau tidur di Batu Pahat untuk menikmati sate di sini yang dikatakan turun-temurun waris yang meniaganya.
 
 
Tidak sah rasanya kalau makan di Seafood Restaurant tanpa ikan kukus. Pilihan kami kali ini adalah Siakap Stim Limau.  Urmmmm... kalau tengok rupa tu rasa-rasa sedap ke tak ya???
 
 
Apabila hidangan ini diletakkan di atas meja, memang teruja sangat lebih-lebih lagi kuahnya yang tengah mendidih-didih.. blup.. blup.. blup tukan.. Tapi di mana rasa limaunya?? Haaa.. sampai Sk kena minta limau dari staf restoran dan perah atas ikan. Nak kata masak singgang pun bukan jugak. Bukan tak sedap langsunglah.. tapi.. urmmm... Sk bagi tiga bintang jerlah. Penat datang jauh-jauh tau!
 
 
Udang Goreng Nestum katanya, tapi... dah macam kuih batang buruk Sk tengok.. hehehe. Heiii... kuih batang buruk sedap tau.. kuih paling laris menjelang hari raya. Sk ambil seketul.. mak aih.. ni udang ke plastik??? Udang tahun bila Sk tak tahu, malas nak komplen. Nak bagi satu bintang pun tak sampai hati.
 
 
 Tauhu Goreng Chinese. Okey, yang ini sedap.. meh tepuk tangan tak sia-sia datang jauh-jauh. Sk bagi 4 bintang.
 
 
Hidangan wajib, siapa yang biasa baca blog ini tentu tahukan.. hihi. Baby Kailan Sos Tiram. Walaupun cuma sayur tapi kalau silap masak pun jadi tak sedap, yang ini Sk bagi 3.5 bintang.
 
 
Antara masakan yang femes di sini.. Daging Cendawan, satu-satunya yang membuatkan Sk rasa agak berbaloilah kita datang jauh-jauh. Memang sedap. Dagingnya sangat empuk dengan perapan dan sos yang sempurna. Sk bagi 5 bintang... tepuklah kuat sikit.
 
 
Harga makanan dipamerkan di dinding luar dan dalam restoran. Jadi, kita boleh bajetlah hidangan yang kita nak makan dengan ketebalan wallet, hehehhe. 
 
 
Sebenarnya yang paling popular di sini selain sate adalah Mee Hailamnya. Tu lain kalilah ya kita cuba, boleh cuba satenya sekali. Sate di sini secucuk 60 sen. Lupa nak ambil gambar gerai sate.. sori tau!
 
 
Untuk keseluruhan yang kami makan tu termasuk tiga mangkuk kecil nasi putih, jus durian belanda, jus markisa dan jus oren adalah sebanyak RM109.00. Mahal ke murah ya? Maaflah, bagi Sk mahal.. (kenapa mahal.. nanti Sk cerita) dan lagi kami tidak diberikan resit bayaran, meh kita buat kira-kira berdasarkan senarai harga di atas.. lepas tu congak-congak berapa agaknya harga ikan tu ya yang Sk anggarkan beratnya tidak lebih dari 600 gm..
 
Udang Goreng Nestum RM16
Tauhu Goreng Chinese RM9
Baby Kailan RM8
Daging Cendawan RM9
 
Jumlah : RM42
 
Nasi Putih 3 (Standard) : RM4.50
Minuman Jus 3 (Standard) : RM9 (Gelas Bodo2 tau)
 
Jumlah : RM13.50
 
Anggaran jumlah tidak termasuk ikan :
RM42 + RM13.50 = RM55.50
 
Anggaran harga ikan :
 
Jumlah Keseluruhan : RM109 - RM55.50
 
RM53.50.
 
Aummmmmmm!!
 
p/s maksud Sk bukan keseluruhan yang mahal.. tapi ikan tu.. macam tak logik jer RM50+.. bukan ada air-cond pun.. huhuhu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 27, 2015

UDANG KIPAS MASAK SAMBAL

Assalamualaikum...
 
 
BARU SK tahu nama udang ini yang sebenar. Selama ini Sk panggil Udang Ketak tapi macam terkeliru pulak dengan satu lagi jenis udang iaitu udang lipan yang jenis kulit lembut tu pun ada orang panggil udang ketak. Akhirnya seorang kawan yang bapanya dulu nelayan memberitahu namanya udang kipas. Sk syak Kicap Cap Kipas Udang tu dapat nama dari udang nilah.. hahaha.
 
 
Udang kipas ni habitatnya ialah di laut dalam laluan kapal yang mana airnya bersih. Oh.. patutlah susah nak jumpa udang ni. Selalu jumpa di Jeti Nelayan Tanjung Sedili tapi yang ini hasil merempit ke Pasar Pontian. Rajin betulkan. Kali ini tak beli banyak sebab dah habis memborong baru jumpa Encik Kipas ni. Pasal mata Iman dah bergenang-genang lama tak makan katanya, maka marilah kita 'tackle' dua ekor jer bawa balik.. hehehe.
 
 
Cara Sk masak sambal, sama jugak macam resepi-resepi sambal lain yang ada dalam blog ini. Udang ini Sk kukus selama 10 minit dulu sebelum menumis sambal. Sebelum tu belah dua udang dengan membelah dari bahagian bawah badannya. Jangan masak udang terlalu lama nanti isinya akan jadi kenyal kerana banyak menyerap air. Jadi, Sk kukus 10 minit jer, ini belum masak lagi ya.
 
 
Kemudian, bila dah masuk dalam sambal, lebihkan sikit air, jangan banyak. Tutup kuali kita tu bagi membolehkan udang masak sepenuhnya. Jenguklah selalu dan kacau sedikit jangan sampai hangus pulak sambal kita tu. Ada orang tak suka sambal manis, tapi bagi Sk sambal kena manis lebih lagi sambal udang. Manis secukup rasa tau. Kembang hati bonda bila Iman asyik puji sedapnya sambal udang bonda. ER pun makan bertambah-tambah jadinya. Aaaa.. nak beli lagilah udang kipas ni.... jom!!!
 
 

Tuesday, May 26, 2015

MAKAN DI POTS & PANS CAFE

Assalamualaikum...
 
 
DAH lama teringin nak mencuba makanan di Pots & Pans Cafe yang terletak di Jalan Meldrum, Johor Bahru ni. Paling senang nak ke sini, cari sahaja Suria City Hotel. Pots & Pans Cafe betul-betul berdepan dengan hotel tersebut yang mengadap laut Stulang dan Kota Singa. Bukan sahaja menawarkan makanan yang sedap (katanya) tetapi harganya juga berbaloi-baloi (ini komen yang Sk baca dari mereka yang telah sampai ke sini.
 
Inilah dia daya penarik utama di sini. Nachos To Share (RM12.90) tapi kalau Sk makan ni sorang-sorang pun boleh habis. Kerangupan nachos tetap bertahan walaupun dilitupi keju yang 'chewy' dan dicecah dengan sos-sos yang disediakan. Cuma tomato salsa tu terlalu sedikit, sepatutnya kena bagi extra barulah Nachos.. gitew.. Sk bagi 4 bintang... tepuklah sikit.
 
 
Beef Bolognese Spaghetti (RM6) pilihan Iman tentunya. Rupa cukup menarik, persembahan yang mantap. Tapi rasa sos tomatonya mendominasi keseluruhan rasa sehingga menenggelamkan rasa asli spaghetti bolognese. Sk bagi 3 bintang.
 
 
Seafood Spaghetti Carbonara (RM6) yang membuatkan Sk tak tahu sama ada nak makan atau pulang balik. Kalau nak tahu Sk ni pengikut Siri Akasia TV3 'Teman Lelaki Upahan' dan Sk selalu keliru bila tengok sos carbonara yang dimasak 'El' dalam drama tersebut. Sk selalu pelik kenapa cair-bair sos carbonara tu dan bila tengok jer rupa spaghetti ni, teruslah teringat spaghetti carbonara dalam TLU tu, hahaha. Mungkin tukang masak ni tak dapat seimbangkan air, sebab kita sedia maklum seafood terutama sotong akan keluarkan air yang banyak ketika dimasak. Bila terlalu cair, kuahnya pun menjadi tawaq habiaq kata orang utara, tapi Sk makan jugalah sampai habis. Sk bagi 2 bintang.
 
 
Sizziling Lamb Chop (RM17). Dagingnya lembut dan juicy tapi terlalu banyak sos yang disiramkan di atas daging sampai macam nak buat mandi. Sampai naik stress orang yang nak hiris daging tu. Akhirnya, Sk kena senduk keluar semua kuah bagi memudahkan menghiris daging ialah, takut terpercik-percik kuah tu bila kita menghiris daging. Yang ni Sk bagi 3 bintang.
 
 
Fries dan Coleslaw diasingkan bagi mengelak ia tenggelam dalam kuah, heheheh. 
 
Keseluruhannya bagi Sk agak mengecewakan tapi tetap nak datang juga makan Nachos. Aci tak? Jom!!!

Monday, May 25, 2015

PULUT MANGGA ALA THAI DWIWARNA

Assalamualaikum...
 
DI SANA sini musim mangga sekarang, kan. Kalau tengok di facebook dan insta.. sana-sini dok post gambar mangga harum manis. Harum... manis... dan mahal. Terus terang cakap, Sk tak tergamak beli buah mangga yang harganya mencecah berpuluh ringgit sekilo. Dan pula cuma dapat dua biji sekilo.. pitam Sk dibuatnya.. huhu. Ala... mengaku sajalah yang Sk tak mampu beli... kan senang.. huwa huwa huwa.
 
Tekak ni pun macam faham sahaja yang tuannya tak mampukan, dia pun tidaklah meminta-minta. Tapi tekak nikan sungguh teringin nak makan pulut mangga ala thai yang dibuat sendiri. Maknanya nak makan pulut mangga thai dari air tangan sendiri, tak mahu yang beli.. amboiiii... rajin sungguh, kannnn.
 
 
Sk masih setia menggunakan resepi Pulut Mangga Thai yang pernah Sk post DI SINI sebelum ini. Kali ini Sk sediakan pulut dalam dua perisa iaitu asli dan pandan. Kalau pergi ke pesta-pesta Thai pun mereka biasanya akan menghidangkan kita dengan pulut dwiwarna ini.
 
 
Mangga yang sesuai untuk Pulut Mangga ini semestinya mangga yang harum dan manis. Kalau tak dapat harum manis Perlis tu pun tak apa, asalkan mangga kita manis meletops. Jadi, sebelum beli mangga lebih baik kita rasa dulu mangga tu. Kalau masam nanti tak de 'kick' pulak pulut mangga kita.
 
 
Resepi Pulut Mangga Ala Thai Dwiwarna 
 
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam.
3 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air. Tapis ambil airnya sahaja. 
Ambil separuh beras pulut, masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 15 minit atau hingga pulut masak
Separuh lagi beras pulut, masuk dalam loyang lain, masukkan air daun pandan dan tambahkan air sehingga sama paras pulut, juga kukus 15 minit atau hingga pulut masak.
Nota : Air jangan melebihi paras pulut, nanti lembik.

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, kacau rata)
6 sb gula pasir

3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak
 
 
 

Sunday, May 24, 2015

HARI JADI AINI

Assalamualaikum...
 
DAH nak dekat habis bulan baru nak 'update' tentang hari jadi Aini, adik Sk. Sebab Aini suka sangat Snow Cheese Cake yang meleleh-leleh, maka macam biasa Sk selitkan satu untuk dia masa siapkan tempahan dari seorang 'customer'. Dah jadi macam kebetulan pulak, setiap kali ada tempahan, mesti masuk tempahan yang lain, jadi kita boleh selit dua loyang dalam oven yang mengelakkan pembaziran elektrik, Alhamdulillah..
 
 
Okey, sila abaikan pemandangan di atas kepala kami tu ya.  
 
Ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan.
 
 
Sayang emak.. tapi suka melawan.. biasa dia ni!
 
 
Sejujurnya Sk tak ingat berapa umur Aini. Rasanya mungkin 33 tahun.. hihi.
 
 
Selamat hari lahir Aini, semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, iman yang benar, diberikan sumber kewangan yang banyak lagi halal, ilmu yang bermanafaat, kejayaan yang besar di dunia dan akhirat.
 
 
Resepi Snow Cheese Cake  DI SINI

Thursday, May 21, 2015

BAWAL KUKUS HONG KONG STYLE

Assalamualaikum...
 
SALAM 3 Sya'ban 1436H. Ramai nampaknya yang berpuasa pada hari ini.. semoga dipermudahkan segala urusan anda sehingga menjelang waktu berbuka nanti. Dah rancang ke apa yang hendak dimasak petang nanti? Ialah, orang kalau berpuasa ni tekak dia lain macam sikit,kan. Mengalahkan tekak orang mengidam, gitewww.
 
 
Bawal putih ni telah selamat di'pancing' Encik Rizar di Jeti Tanjung Sedili, tempat feberet ER. Walaupun jauh tetap juga nak datang ke sini kerana ikan di sini dikatakan masih segar lagi. Kita biasa dengar, ikan-ikan yang dijual di pasar-pasar borong adalah ikan-ikan yang telah diborong oleh tauke-tauke besar dengan modal yang besar. Ikan-ikan itu akan disejukbekukan dan sesetengahnya diletakkan ubat supaya tahan lama. Sejauh mana kebenarannya tidaklah Sk ketahui. Sebab tu ER sanggup pergi jauh-jauh untuk mendapatkan ikan baru.. hehe.. yang sebenarnya dia memang suka berjalan.. huhu.
 
 
Bawal ni besarnya lebih kurang tapak tangan orang dewasa sahaja. Taklah besar sangat. Disebabkan takut tak cukup jadi Sk masak dua ekor. Puas makan, ialah, ikan bawal ni bukannya tebal sangat isinyakan. Tu yang kena masak dua ekor. Lainlah kalau ikan bawal besar dulang, hehehe.
 
 
Tengok, habis jer sesi foto-foto terus kena terkam bapak ngan anak. Sk pulak nak kena kukus lagi sekor. Kalau kukus dua ekor sekali nanti bertindih tak best pula sebab bukan besar pun pengukusnya tu, huhu.
 
 
Okey, siap kukus lagi sekor dah.. Jom makan! ER kata sedapppp.. Iman pun kata sedapppppp... Sk kata, lagilah sedapppppppp!! Macam kat Chinese Restaurant tauuuuu... (masuk bakul nampak)
 
 
Gandingan yang mantap, tentulah Baby Kailan Sos Tiram. Meh, Sk bagi resepi ikan.
 
Bawal Kukus Hong Kong Style
 
Bahan :
 
1 ekor ikan bawal saiz sederhana (bersihkan dan kelar badannya)
sedikit serbuk lada sulah (lumur pada ikan.. ketepikan)
 
(A)
3 ulas bawang putih dicincang
1" halia dihiris panjang
1 tangkai cili merah dihiris panjang
 
(B)
3 sb kicap cair
sedikit minyak bijan
1/2 cawan air (lebihkan jika perlu)
1 sudu gula
 
Masak semua bahan (B) di atas. Imbangkan rasa masin dan manisnya. Ketepikan.
 
2 sb minyak masak
 
Hiasan :
 1 tangkai daun bawang dipotong seinci2
1 tangkai daun ketumbar
 
Cara :
 
1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
 
2. Letak ikan dalam pinggan tahan panas. Taburkan bahan (A) di atas ikan dan kukus ikan selama 8 minit.
 
3. Selepas 8 minit, panaskan minyak masak dan curah atas ikan.
 
4. Kemudian tuangkan bahan (B).
 
Taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidangkan.
 
Lebih 'kick' kalau dinikmati bersama cili jeruk.
 
Selamat Mencuba.. harap menepati selera anda.
 

Wednesday, May 20, 2015

TRIFFLE CHILLED STRAWBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum...
 
 
KEK yang Sk sediakan untuk ulang tahun Sk baru-baru ini. Memang setiap kali hari jadi sekarang suka nak mencuba kek-kek yang pelik yang tak macam kek hari jadi. Alaaa... mengaku ajelah yang sebenarnya tak pandai nak deco kek hari jadi, hahaha. Entahlah, rasa skill nak mendeco tu dah ke laut dan tak ada cukup kesabaran dah nak mendeko. Asal boleh sudah. Sebab tulah Sk tak berani nak mengambil tempahan kek hari jadi atau kek orang kahwin takut merosakkan majlis orang, huwa huwa huwa!
  
 
 
Idea untuk membuat kek ini timbul bila Sk tengok satu posting mat saleh di fb. Tapi cuma video semata tanpa resepi dalam Bahasa Inggeris atau Melayu pun berlatarbelakangkan irama lagu yang catchy. Hati tertarik bila tengok deretan strawberry yang disusun keliling kek tu tau. Jadi Sk pun tirulah.. meniru jerlah kerjanyakan.. huhu..
 
 
Haaa... kan Sk dah cakap, SK ni tak cukup kesabaran. Pecah sikit lapisan bawah tu kan, sebab buat kerja asal boleh, tak cukup sabar nak mengadun dasar kek tu, huhu. Sk gunakan biskut merry sahaja sebab tak jumpa Digestive Biscuit di pasaraya. Tak sempat nak pergi bakery shop, sebab macam cream cheese tu memang ada stok kat rumah jadi malas nak pergi kedai semata-mata nak beli biskut tu.
 
 
 
Untuk chilled cheese cake tu, Sk follow resepi Che Mat Gebu tapi bila Sk dah tuang adunan tu dalam loyang, rupa-rupanya sukatan untuk satu adunan kek tu tak cukup untuk menenggelamkan buah-buah strawberry yang Sk susun di sekeliling loyang. Nasiblah cheese banyak, kan.. jadi Sk putar lagi satu adunan, barulah semua strawberry tu dilitupi kek. Errr... ada yang nak minta kek ni, maaf ya, dah habis dah, Sk pun telan-telan ailio sambil taip ni, hahaha. Jomlah tengok resepi dan langkah-langkah menyediakannya.
 
 
Sk gunakan loyang 4 segi 8"x8". 
Kalau guna loyang bulat (loose pan) lagi cantik kejadiaannya tapi Sk tak yakin nak guna loyang tu, takut kek terpelanting.. hahaha.
Ok, alas loyang dengan plastik ya dan lebihkan plastik biar terkeluar dari loyang supaya senang nak angkat kek tu keluar dari loyang. 
Untuk dasar kek, anda boleh ikut citarasa sendiri ya. Sama ada nak gunakan kek (yang dibakar terlebih dahulu), biskut digestive atau biskut oreo. Sk nak jimat, guna biskut merry jer.. maklumlah beranak tengah bulan, hahaha. Tu yang bagi alasan malas nak pergi kedai bakery, hihi.
Okey, biskut merry tu kisar halus ya, lepas tu campurkan dengan mentega atau margerin,  ramas rata sampai boleh dikepal, kemudian tekan rata-rata di dasar loyang dengan menggunakan sudu atau sebagainya.. asalkan rata macam dalam gambar di bawah... kemudian simpan dalam peti sejuk.
 
Jom semak resepi penuh..
 

Triffle Chilled Strawberry Cheese Cake
 Size loyang 8"

Base :
200 gm biskut merry
80 gm buttercup
*sediakan loyang
 
Cara :
Kisar halus biskut merry, gaul rata dgn buttercup.
Kemudian tekan rata-rata di dasar loyang yg telah disediakan tadi.
Simpan peti sejuk.
 
Sediakan kek :
 
(A)
3 sb gelatin halal
250 ml air panas
(kacau rata gelatin dan air panas hingga gelatin larut.. ketepikan)
(B)
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
(Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.. ketepikan)
(C)
400 ml whipping cream
(Pukul hingga kental)
 
Kaup balik (B) & (C) guna spatula sehingga sebati.
Tapiskan (A) ke dalam (B) & (C) tadi. Gaul rata.
 

Cara sediakan kek :
 
1. Potong tampuk strawberry dan belah dua strawberry itu. Kalau besar sangat atau strawberry tak cukup, boleh belah tiga macam gambar di atas.
 
2. Keluarkan loyang yang dah siap base tadi dari peti sejuk.
 
3. Susunkan belahan strawberry di sekeliling loyang. Yang rata mengadap tepi loyang.
 
P/S untuk keselamatan sepitkan plastik yg terjulur tu guna penyepit yang sesuai.
(Sk guna sepit kain, haha)
 
4. Tuangkan adunan cheese tadi ke dalam loyang sampai habis.
Boleh ratakan jika perlu atau hentak loyang perlahan.
 
5. Simpan loyang semula dalam peti sejuk semalaman atau sehingga ia mengeras.

 
 

 
Bila kek dah keras, sediakan jelly.
 
Bahan-bahan :
 
1 kotak jelly kristal nona perisa rasberry (tak pasti ada tak perisa strawberry)
400 ml air panas
 
Kacau sampai larut kedua-dua bahan dan tuang perlahan-lahan ke dalam loyang cheese cake tadi. Biar jelly beku dan sedia utk dihidangkan.
 
 
 
Kredit Resepi Asal :

Monday, May 18, 2015

MAKAN-MAKAN DI ALMOST FAMOUS JB

Assalamualaikum...
 
SETIAP kali menyusur Jalan Ibrahim di pusat bandaraya Johor Bahru, mata mesti tertarik nak menoleh ke arah restoran ini yang terletak betul-betul di tepi jalan. Dekorasi dalamannya begitu menarik untuk mengajak kita singgah bersantai. Sayangnya, setiap kali lalu di situ kami sebenarnya sudah ada destinasi yang hendak dituju. Namun cita-cita untuk makan di sini tak pernah terpadam. Haaa.. tengok tu.. nak makan pun ada cita-cita.. hahahah!!
 
 
Dari luar sahaja ia sudah menjanjikan satu keseronokan untuk diteroka. Tak tahulah apa yang ada dijual di sini. Cafe ala rustic dan menggunakan bahan terbuang memang menjadi kegilaan dekorasi terkini dan menjadi tumpuan pengunjung yang datang. Pelik tapi menarik.
 
 
Setiap kali lalu di hadapan kedai, boleh dikatakan inilah pemandangan yang kita akan nampak. Jalan tu dahlah memang selalu sesak, tapi kesesakan itu menjadi seronok pulak sebab boleh menyekodeng dalaman restoran lebih lama.. hahaha. Kakak pakai tudung tu selalu ada kat situ... dia buat apa ya???
 
 
Sofa zaman P Ramlee.. tak tahulah dari mana dorang dapat sofa-sofa antik macam ni. Memang rare! Semua meja dibina sendiri dari kayu-kayu terbuang dan ada juga yang agak unik binaannya.
 
 
Setelah puas pujuk memujuk akhirnya Encik Rizar bersetuju nak bawa kami makan di sini. Bukan apa, selain takut makanan di sini tidak menepati citarasa, masalah yang paling sukar di sini adalah hendak meletak kenderaan dengan selamat. Tapi sebenarnya ada tapak letak kereta berbayar pun di situ. Tapi tahulah kalau orang tak minat memang bagi macam-macam alasan.. hahaha.
 
 
Sudut seram di pandangan mata Sk. Bila tengok sudut ini, teringat katil arwah atuk yang diletakkan di sudut rumah macam tu dengan tirai sekeliling katil. Bila malam menjelma lagilah seram. Eh, bukan kat sini yang seram.. kat rumah arwah atuk Sk laaa..
 
 
Eh, mana kakak tadi?? Oooo... rupanya kakak tu staf yang akan mengambil 'order' kita larrr.. hehehe.
Langsir tu merupakan laluan ke dapur.. rasa nak pergi tengokkkk jer.. haha
 
 
Perasaan pertama yang terlintas apabila melihat buku Menu adalah menyesal. Berulang kali kami belek buku menu tu sebab tak tahu nak makan apa. Hampir keseluruhan menu yang ditawarkan adalah burger.. burger dan burger. Kalau ada makanan lain pun cuma pasta dan meatball. Nak makan apa ek??? Sambil garu-garu dagu. Yang sebenarnya takut terkena macam makan di Burger Byte.
 
 
Iklan : Cantik kan meja ni.. sudut bersantai sambil goyang kaki di kerusi tinggi.
 
 
Belek lagi menu.. urmmm.. gambar dalam tu sebenarnya yang kurang menarik. Imej burger dengan sos dan mayonis meleleh-leleh membuatkan Sk makin keliru.. hahaha. Dorang ni kena belajar cara ambil gambar 'food' untuk menjadikannya lebih menyelerakan.. macam di bawah.. :)))
 
 
Setelah puas berfikir dan memikirkan, inilah pilihan ER dan Iman. Crazy Beef Burger RM17 (kot). Memang crazy laaa... burger merah??? Sk seram.. maklumlah ER ni bab makan cerewet sikit karang tak sedap asyik berleter.. tak sedaplah.. tak pergi pun tak apalah... pergi makan tom yam lagi baguslah.. huhuhu.
 
 
Ini pilihan Sk. Syhhhh! Sk pilih burger yang paling mahal.. haha. Mad Burger, harganya tak silap dalam RM21. Biru mata hitamku bila tengok burger ni.. hahaha. Di Almost Famous, setiap hidangan burger disertakan bersama kentang goreng rangup ala-ala di Fat Burger. Roti burger berwarna biru ini diletakkan patty ayam, daging dan telur. Oh, ya.. ayam tu bukan cincangan daging ayam ya tetapi ayam yang digrill macam 'chicken chop' tu. Berdebar juga mulanya tu nak suap ke mulut. Nak nganga lagu mana pun tak reti, jadi kita gigit roti dulu. Masha Allah... sedappppp sangat roti tu. Rotinya padat, lembut dan gebu, sedap giler sedap.. sungguh!. Tu baru roti. Lepas tu hiris ayam pulak, suap ke mulut. Mak oiiii.. ayamnya digrill dengan sempurna tidak terlalu garing dengan sos lada hitam yang agak 'light'. Begitu juga dengan patty dagingnya yang tetap juicy. Tak habis-habis Sk dengan Iman dok puji burger yang kami makan.. ahhaha. Eh, orang depan tu senyap aje... sedap ke???
 
 
"Sedap ke babah???" tanya Iman. ER buat-buat mata. "Sedap tak??" tanya Sk pulak. ER angguk-angguk. Hahaha.. sedap sampai tak terkata. Try sikit Crazy burger dorang ni, memang sedap lagi sedap dari Fat Burger tau. Kalau nak bandingkan dengan Burger Byte lagilah jangan. Harga pun agak berbaloi sebab setiap hidangan dah termasuk fries dan soft drinks. Potion agak besar jadi siapa yang tak kuat makan tu lebih baik anda berkongsi hidangan atau pun bertukar hidangan.
 
Jom kita ke Almost Famous.
Jalan Ibrahim, Johor Bahru.
Waktu Perniagaan : Rabu hingga Isnin 3 pm - 11 pm
 

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...