MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, August 28, 2015

CHEESE TART GEBU GEDEBAS

Assalamualaikum...

SATU kepuasan bagi Sk setiap kali menghasilkan cheese tart gebu gedebas untuk customer tersayang. Seronok bila menerima maklum balas positif. Kalau ada repeat order pun kita dah tahu customer sangat berpuas hati dengan produk kita.. betul tak?


Cheese Tart panas-panas dari oven. Macam nak meletop gitu kan. Ramai yang tanya.. cheese tart Sk turun atau mendap tal krimnya bila sejuk.. sebab ramai yang komplen krim tart mereka mendap selepas beberapa jam.


Okey.. ini tart satu batch dengan gambar pertama tadi. Gambar ini diambil selepas dua hari. Dah tak berapa nak tembam macam lepas keluar oven tu tapi yang pasti tetap gebu gedebas. 

Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan, Sk ingin maklumkan mulai September 2015 semua produk tart Sk boleh dibeli melalui ejen-ejen sahaja. Maknanya Sk tak lagi akan menjual secara personal kecuali ada kes istimewa gitu. Tunggu nanti Sk akan bagitahu ejen-ejen yang boleh anda hubungi.
Sehingga jumpa lagi.. wassalam.

Wednesday, August 19, 2015

MEE BANDUNG BANJIR

Assalamualaikum...

MEE BANDUNG BANJIR katanya.. ingatkan banjir dengan udang rupanya banjir dengan kuah.. sabar ajelah. 

Bukan mee bandung memang berkuah ke???


Rasanya nama yang lebih sesuai.. seperti komen seorang rakan fb, Mee Bandung Udang Sekor.. hehehe. 

BEEF CANTONESE KUEY TEOW KOPITIAM DCM

Assalamualaikum...
 
FAMILY Sk memang peminat masakan Cantonese. Daripada ER.. Sk hinggalah Iman. Walaupun biasanya yang kita tahu masakan cantonese ni tak pedas tapi nanti kami akan makan dengan cili jeruk dan cili padi yang banyak untuk menyesuaikan dengan tekak belacan kami.. hihihi.
 
 
Ini kejadian yang berlaku petang Jumaat lepas. Berkeras ER kata tak payah masak untuk tengahari sebab petang tu dia paksa Sk ikut dia ke Masai untuk jumpa client. Nasib baiklah pagi tu dah bersarapan dengan nasi lemak yang ibu Sk bagi semalamnya. Jadi, taklah lapar sangat menunggu ke petang tu. Bila ER tanya nak makan di mana, teruslah Sk cadangkan untuk makan Beef Cantonese Kuey Teow di Kopitiam yang terletak di medan selera Danga City Mall. Satu-satunya tempat yang menepati selera Sk dalam masakan cantonese atau Hor Fun.
 
Memang puas hati sangat makan di sini dengan potion makanannya yang besar almaklumlah, kami nikan kuat makan.. hahaha.  Daging pun banyak. Terkejut staf kopitiam tu bila tengok kami meletakkan cili padi dan cili jeruk dengan begitu banyak sekali. Sesekali tergigit cili tu memang umphlah! 
 

Selain dari masakan tu, ada banyak lagi masakan panas yang boleh anda pilih dan boleh dikatakan banyak yang telah kami cuba. Hampir semuanya juga tidak pernah menghampakan kami. Haaa.. Kat atas tu Chee Cheong Fun. Yang tu tu wajib makan setiap kali singgah ke sini.
 
 
 Minuman pilihan setiap kali ke sini.. macam mana punya belek buku menu pun Iman tetap dengan Bandung Cincau, ER tetap dengan Ice Lemonade dan Sk tetap dengan Honey Lemon Panas.. nyamannnnn... :)))))

Friday, August 14, 2015

MAKAN DI ECRU TUCKSHOP CAFE, KULAIJAYA

Assalamualaikum...
 
KE SINI pada suatu malam pada minggu lepas selepas menyelesaikan urusan di mesin deposit tunai.. apalagi.. bayar hutang laaa.. hehehe. Sudah menjadi kelaziman walaupun pergi bekerja berasingan dengan ER tapi bila nak pergi berurusan dengan bank mesti sama-sama keluar.. kemudian pergi makan. Lebih-lebih lagi kalau hari esoknya cuti.. memang seronoklah meronda malam-malam. Alah.. buakn meronda sangat pun sebenarnya.. macam Sk pernah cerita sebelum ni rumah Sk dengan tempat makan tu jawohhh.. hehehe.
 
 
Terpanggil untuk ke sini selepas membaca satu 'posting' di blog Dr Zouldahan. Kulaijaya dengan rumah Sk rasanya dalam setengah jam hingga 45 minit bergantung kepada trafik. Betul kata Dr Zoul, senang sangat nak cari Ecru Tuckshop Cafe ni kerana ia sederet dengan OCBC Bank dan berdepan dengan AEON Kulaijaya. Kalau anda letak kereta depan cafe ni pun okey, lepas makan boleh jalan-jalan 'shopping'.. gitewww. 
 
 
Iman kata dia lapar nasi jadi kita bagi dia makan nasi pilihan dia berlaukkan ayam masam manis. Rasa okey tapi tak tahu berapa bintang nak bagi.
 
 
Tak ingat nama menu yang diambil ER ni. Tak silap Bihun Sup Chinese Style. ER kata tak berapa.. Sk syak ER pun sebenarnya lapar nasi jugak.. hahaha. Penyudahnya...
 
 
Sk terpaksa berkongsi Chicken Sandwich ni dengan dia. Keseluruhannya bagi Sk makanan di sini kalau anda nak makan santai-santai ianya okey. Tempat yang selesa dan nak letak kereta pun senang. Selain dari menu yang Sk ambil tu ada banyak lagi menu yang ditawarkan jadi bolehlah mencuba sendiri datang ke mari.. okey.
 
Ecru Tuckshop Cafe
No 207, Jalan Kenanga 29/2,
Indahpura, Kulaijaya.
 
Tutup : Setiap Jumaat
 

Thursday, August 13, 2015

RESEPI AYAM PANGGANG KUALI YANG TERAMATLAH SEDAPNYA

Assalamualaikum...
 
KALAU tanya dengan Sk, apakah lauk yang terpaling menjadi kegemaran Sk untuk dimakan bersama nasi putih memang sukar hendak menjawab. Kalau sebut Asam Pedas Ikan Mayong pun angguk, Sotong Masak Hitam pun angguk, Kari Daging pun angguk, Masak Lemak Cili Padi pun angguk, Sambal Tumis,  Sambal Belacan semua suka. Tambah lagi ibu Sk adalah seorang surirumahtangga yang sentiasa mevariasikan masakannya setiap hari membuatkan Sk tak pernah jemu dengan apa yang ibu masak. Dan ini adalah antara resepi ibu yang paling Sk suka.
Memang berpinggan-pinggan nasi boleh habis. Kalau kuah di periuk tinggal sikit, memang ambil nasi masuk dalam periuk dan selet sampai licin.. hahaha.
 
Tak pasti bagaimana masakan ini mendapat namanya. Sk rasa mungkin dari cara masakannya di mana bahan utama yang kita hendak gunakan tu akan digoreng terlebih dahulu. Ibu Sk tak makan ayam, jadi biasanya ikan tenggiri atau kembung menjadi pilihan. Guna ikan bawal atau selar pun sedap asalkan jenis ikan yang berisi. Kurangkan garam ketika memasak takut terlebih masin nanti kerana ikan atau ayam kita tu dah goreng berkunyit dan garam dahulu. Cara memasaknya sama macam kita nak masak asam pedas cuma kita gunakan santan.
 
Sebenarnya hari tu, Sk makan di rumah ibu (Angah) dan inilah masakan yang dihidangkan. Iman asyik puji sedap dan tanya sama ada Sk pandai tak masak lauk ni? Kenapa tak pernah masak? Sk jawab sebab babah tak makan. Jadi, dia pun atur plan bila tahu babahnya kerja malam,  semalam dia minta Sk masakkan. Mula nak guna ikan tapi malas pulak nak defrost ikan yang dah macam kayu dalam peti ais tu. Kebetulan malam sebelumnya Sk ada menggaram kunyit ayam untuk digoreng, jadi nak cepat punya pasal ni gunalah ayam. Rupanya Iman cakap baru nak tanya, kalau guna ayam sedap tak. Memang rezeki Imanlahhh.. dapat makan Ayam Panggang Kuali ni.. hehehe. Sampai jer rumah semalam, terus singsing lengan memasak. Menjelang maghrib dah pun siap. Lepas maghrib teruslah ngapppp! Panjang pulak celotehnya.. ya ampunnnn... Jom tengok resepi!
 

Resepi Ayam Panggang Kuali
(Boleh gantikan dengan ikan atau makanan laut yang lain)

Bahan-bahan:
Beberapa keping isi ayam (kunyit dan garamkan terlebih dahulu)
 kemudian di goreng dengan api yang kecil sehingga masak.
tips : jangan guna api besar nanti ayam atau ikan kita keras kematu. 
Dah siap goreng.. ketepikan.

1/2 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
setengah cawan cili kering *kisar
1" halia diketuk
2 batang serai diketuk
minyak untuk menumis
3/4 cawan santan cair
1 senduk santan pekat
1 keping asam gelugor
beberapa helai daun limau purut
garam secukup rasa

Panaskan minyak masak.
tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan halia yang diketuk sehingga garing dengan api perlahan.
Masukkan santan cair dan asam keping.
Kacau sentiasa sehingga mendidih.
Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Masukkan juga santan pekat. 
Kacau selalu.
Perasakan garamnya.
Masukkan daun limau purut yang disiat-siat.
kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

selamat mencuba.



Wednesday, August 12, 2015

SaAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT KOLEJ 2015

Assalamualaikum...

TIGA hari lagi Syawal bakal melabuhkan tirainya. Dan semalam telahpun berlangsung satu majlis Sambutan Aidilfitri 1436H di kolej tempat Sk mengajar. Alhamdulillah, atas usaha yang berusaha dan kerahan tenaga akhirnya terlaksana majlis yang dirancang lebih kurang dua minggu lepas. Terpancar kepuasan dari wajah bos dan kepenatan dari ajk yang terlibat.. hahahaha.

Rasanya seperti tahun-tahun lepas juga makanan yang dihidangkan agak meriah. Ada yang ditempah khas oleh bos dan ajk makanan dan ada juga hasil sumbangan dan perkongsian staf. Untuk majlis tahun ini, Sk tak bawa makanan khas dari rumah sebaliknya berkongsi dengan kawan-kawan yang sama-sama malas memasak macam Sk.. hahaha.

Tahun ini juga nama Sk naik sebagai ajk kebersihan. Maknanya, Sk dan anak-anak buah adalah bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dewan dan peralatan katering selepas majlis. Rasa terkilan sikit sebab tak dapat ambil gambar masa hujung-hujung tu. Maklumlah sibuk mengelolakan anak-anak buah. Terasa sangat macam mak-mak gitu.. kui kui.

Jomlah layan gambar-gambar yang sempat Sk rakamkan.

Syabas kepada ajk persiapan majlis kerana menyediakan hiasan pentas yang cantik dan indah. Ni kalau bagi dekat anak buah Sk tak tahulah apa jadi.. almaklumlah kami semua keras tangan.. hihi.


Semua dah laparrrrr...


Hidangan utama.. nasi dan daging beriyani. Ada juga buah-buahan tempatan... musim buah sekarang nikan.. dan sate.


Pelbagai jenis mee.


Hidangan barat.


Brownies, roti dan kek.


Agar-agar dan krim puff


Pelbagai kuih talam.


Buah-buahan potong.


Makan bersila gituuuu...

Selamag hari raya!!

Monday, August 10, 2015

SELAGI BELUM TUTUP MATA


 Assalamualaikum...
 
SALAM 25 Syawal.. sekejap jer masa berlalukan.. pejam celik pejam celik, Syawal bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang komplen berat badannya naik 5 kg walaupun masa puasa hari tu dah turun 3 kg.. hahaha. Tak payah salahkan makanan ya, sila salahkan diri sendiri.. hihihi. Kalau tanya dengan Sk, naik ke tidak.. entahlah.. rasa macam biasa je.. 'maintain' gemuk.. huwa huwa huwa.

 
 Lepas-lepas raya nikan, rasanya mood nak memasak dan mengemas rumah menggebu-gebu. Ialah, masa puasa hari tu memang agak sibuk juga sampai tak ada masa nak mengemas rumah. Memasak pun ala kadar jer. Untuk rekod, rasanya inilah kali pertama Sk menyiapkan tempahan cheese tart dengan jumlah yang banyak walaupun tidak membuka tempahan langsung melalui laman sosial. Tempahan ini datang dari pelanggan sedia ada dan tersebar di kalangan kawan-kawan. Apapun Sk nak ucapkan terima kasih atas kepercayaan semua dan yang masih setia dengan cheese tart Sk. Mungkin ada yang ingat berkepuk-kepuk duit yang masuk, kan.. hihi. Bak kata pepatah, 'besar periuk besarlah keraknya.' Yang penting, cukup makan, pakai dan isi minyak. Risau dengan situasi harga barangan yang makin meningkat berikutan kenaikan harga minyak. Tapi, bila harga minyak turun, harga barang satu sen pun tak turun.. urmmm.
 
Mujur Sk ni dah terdidik dari dulu pakai apa yang ada. Ukur baju di badan sendiri. Tapi, fahamlah bila kita ada anak yang meningkat remaja ni, banyak pulak kehendaknya. Semuanya nak 'up to date'. Tugas bapa, menyediakan keperluan. Tugas bondanya, menyediakan kehendak.. gitewww. Asalkan kehendak tu tak melampaui batas. Siapa yang tak mahu tengok anaknya cantik lawa bergaya, kan. Mana yang kita mampu, kita bagi. Kalau tak mampu kita diam. Kalau melebih, kita 'pang'kan ajer... kui kui.
 
 
 Ini lauk malam tadi. Macam biasalah, kalau ada udang, masak sambal tumislah yang paling 'win'. Yang buat orang bertambah nasi dua kali. Yang buat orang makin sayang dengan bini.. kih kih kih. Walaupun semalam sampai rumah agak lewat, saing-saing dengan ER.. tapi tetap ambil juga tender memasak. Walaupun sebenarnya M tu besar tapi lebih rela memasak dari makan luar. Makan kat luar ni walaupun seronok tapi penat sebenarnya. Kena sarung baju lawo, sapu bedak kat muka, pakai tudung, naik kereta. Ambil masa paling cepat setengah jam untuk sampai. Masa menunggu.. order.. minuman.. makanan.. makan... borak-borak.. lebih kurang sejam setengah. Perjalanan pulang makan masa lagi setengah jam. Itu paling kurang.. kalau makan jauh sikit lagi lama masa yang diambil. Tak ada beza dengan masak sendiri.. gitewww.
 
 
 Ini pula Kari Daging kelmarin. Ya.. Kari Daging hari apa tak ingat, rasanya minggu lepas juga Sk masak kari daging ni. Pun masak pada hari bekerja sebab malas nak keluar. Sk kalau masak kari daging suka masak lebih-lebih sambil membayangkan nanti-nanti boleh dikawankan dengan roti jala. Itulah, makan.. makan.. makan jer yang diingatnya.. hahaha.
 
  
Menjala pada hari Jumaat untuk sarapan. Guna resepi biasa tapi kali ni Sk guna dua biji telur.
Hasilnya, roti jala yang sungguh lembut menawan. Berkeping-keping masuk perut. Ishh.. bila nak kurus ni???
 
Yang tengah-tengah tudung biru tu, adalah kawan Sk yang pertama Sk kenal di tempat Sk bekerja sekarang. Sebenarnya selepas 8 tahun bekerja di sebuah kolej kejuruteraan swasta di JB, barulah Sk mendapat rezeki bekerja di tempat sekarang. Kawan Sk ni pangkat adik sebenarnya, jarak umur kami 5 tahun (dia sebaya adik bawah Sk). Tapi kami cukup serasi. Dia masuk awal beberapa hari dari Sk dan hubungan tu kekal sampai sekarang walaupun dah hampir beberapa tahun bekerja di tempat berasingan. Yang sebelahnya tu lagilah pangkat adik, kawan sebilik di pejabat. Alhamdulillah, kami serasi. Hari-hari bergossip pasal politik.. hihihi. Sebab tulah agaknya Sk rasa jiwa muda sokmo sebab berkawan dengan orang-orang yang muda.. hahaha. 
 Rindu Kuey Teow Cantonese Sk katanya. Alkisahnya mengidam... cakaplah. Dah kita pergi beraya rumah dia, kita lak kena masak untuk dia. Sabar ajelah.. hehehe. Tapi puas hati sebab tengok diorang makan bertambah-tambah. Paling best dapat masak di dapur baru yang moden, canggih dan ekslusif.. rasa macam chef jemputan lak.. ahhaha. 
 
 
 Di pejabat Sk ni ada seorang anak mami. Tahulah kalau anak mami, kepakarannya Laksa Penang, kan. Kalau setakat 10 - 20 kg ikan tu memang takde hal dia nak memasak. Kalau Sk, baru sebut sekilo ikan dah nak pengsan.. hahaha. Jadi, Sk pesan.. kalau ada buat laksa tu, Sk nak beli kuahnya jer. Maklumlah, ER kan peminat laksa Penang. Isterinya pulak paling malas nak sediakan kuahnya tu. Rasa macam susah aje. Aiii.. kalau malas tu memang susah nak ubat, kan. Rezeki Sabtu lepas, akhirnya dapat kuah laksa.. yey!! Tinggal sediakan ulam-ulamnya saja.. bijak.. bijak! Tapi... dia tak mahu duit pulak.. agagaga. Takkan nak mintak selalukan.. kenalah rajin buat kuah laksa lepas ni.. aduyaiiii...
 
 
Tak apalah... kalau malas nak buat laksa Penang, kita rebus jer Maggi Asam Laksa... hahahaha. Ni gara-gara teringat filem Istanbul Aku Datang.. terus teringin nak makan Maggi Asam Laksa.
 
 
 Cempedak Goreng ni dah berapa minggu buat. Kalau beli cempedak, tak boleh satu, mesti dua. Sebab ER jer pun pun boleh balun sebiji tu jer tau. Batter-nya Sk cuma guna tepung beras dan tepung gandum, bancuh dengan air dan sedikit garam. Air kapur pun tak letak. Sedap jugak, garing dan rangup jer walaupun dah sejuk. Kalau ada teh-o panas lagi laju woooo..
 
 
 Pucuk ubi dilawankan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis. Tak toleh kiri kanan makan. Errr.. makan pucuk ubi banyak-banyak tak jadi gemuk cam ubi, kan... hahahaha. Ini santapan di rumah Angah/ Ibu minggu lepas jugak. Sambal tumis ibu tiada tandingan. Kalau ibu masak, bawang-bawang nak potong semua ada cara tak boleh main redah jer. Sambal tumis ikan bilis bawangnya kena potong baji.. kalau sambal tumis lain bawangnya potong bulat. Itu displin sambal ibu.
  Usaha berjimat-cermat.. bawa bekal ke pejabat. Memang jimat sangat sebab bahan-bahan mentah dibeli oleh ER. Yang tak jimatnya.. TENAGA.. hahaha. Nak kena panaskan lauk dan nasi pagi-pagi dan kena basuh tupperware.. huhu.
 
 
 Sup Tulang Merah air tangan ibu. Siapa yang nak tempah untuk majlis rumah terbuka atau apa-apa majlis boleh whatsapp Sk terus 0127844524. Harga timbang kilo dan bergantung kepada stok tulang dan kekosongan jadual ya.
 
 
Pendek kata.. sebelum tutup mata.. makan.. makan.. maka sajalah yang diingatnya.. huhuhu. Ni pakai cantik-cantik nak pergi mana? Jemputan makan lerrrr.. mohlah kitaaaaa!! 

Sunday, August 9, 2015

RESEPI PUDING KASTARD BERKUAH YANG SEDAP

Assalamualaikum...
 
MASIH tak jemu mengadap bermangkuk-mangkuk puding kastard berkuah sepanjang musim raya ini. Kalau tengok di mana-mana pun ramai yang menjadikannya dessert pilihan sempena majlis rumah terbuka dan sebagainyakan. Rasanya untuk bulan ni jer dah berapa kali Sk buat Puding Kastard ni. Kali ini Sk sengaja buat lebih sebab ada permintaan lebih.. huwa huwa huwa. Ialah, yang di rumah ni pun dah makan banyak, jadi kalau nak bagi orang kenalah gandakan berganda-ganda-ganda.. hahaha.  Dan sajalah ubah sedikit resepinya dengan menambah susu ke dalam adunan kastard menyebabkan rasanya lebih lemak menikam.. hahaha...  memang teramatlah sedapnyaaaa!
 

Meh Sk kongsikan di sini pula. Walaupun Sk tahu, ramai yang dah pandai buat puding ni, tapi nak jugaklah bubuh lagi. Dah lama beno dok tenung resepi tart nenas sedap tu kan, mehlah kita cuci mata dengan yang ni pula.. yok.. yok! Kalau nak makan banyak, boleh gandakan sukatannya ya.
 
Resepi Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan :
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
4 cawan air
5 sb gula pasir
Secubit garam

Masukkan semua bahan dalam kuali mungkum, kacau rata-rata sehingga tepung tidak berketul adn gula agak larut..  barulah letak atas api sederhana.

Pukul guna hand whisk sehingga pekat.

Bila adunan dah mula pekat kecilkan api. Pukul terus sehingga adunan betul-betul pekat, berkilat dan meletup-letup.. plup plup gitu.

Tutup api dan masukkan ke dalam acuan yang comel-comel.
 
Bila dah sejuk, simpan dalam peti sejuk.
 
Susu Untuk Puding biasanya Sk siapkan lebih awal.. contoh.. kalau esok nak makan, malam sebelumnya dah buat atau buat pagi-pagi.. gituuu.. supaya bila puding dah siap untuk dimakan, susu pun dah sejuk. Ada orang letak ais untuk sejukkan susu tapi pada Sk kalau buat macam tu nanti rasa susu kita akan berubah sebab dah bercampur dengan ais yang mencair.
 
Nak sediakan susu senang jer.
 
2 tin susu cair
2 tin air (guna tin sama untuk menyukat)
6 - 8 sudu besar gula pasir
 
Panaskan dengan api sederhana dalam periuk yang tinggi sehingga mendidih. Tutup api. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.
 
Hidangkan Puding Kastard bersama Susu dan Buah-buahan Koktel dalam tin.
 
Tips untuk lebih sedap : Cedok buah-buahan koktel bersama jusnya sekali ketika menghidang.

Tuesday, August 4, 2015

RESEPI TART NENAS YANG PALING SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...


 
DAH lebih dua minggu berhari raya, barulah Sk berpeluang mencuba resepi tart nenas yang paling sedap ini. Memang dah lama sangat teringin nak mencuba resepi tart nenas milik jejaka dari Tanah Temasek ini tapi tidak berkesempatan. Asyik sahaja dihambat masa. Malah nak buat inti atau jem nenas pun bukannya rajin. Sebab M nya sangat besar, Sk beli inti siap dari seorang kawan sejak puasa lagi. Ingatkan sempatlah menyiapkan tart ini menjelang raya rupanya nan hado :)))

Resepi ini pun Sk hanya selak selepas separuh inti siap dibulat-bulatkan dengan harapan resepinya menggunakan bahan-bahan asas kuih yang ada stoknya di rumah. Bila baca resepi macam tak percaya. Takkanlah semudah itu. Kata Ady, pastrynya cair di mulut.. tu yang hati meronta-ronta nak merasa sendiri kecairan pastry tart nenas resepi Ady. Siap membakar, sebaik suam terus ambil satu masuk mulut. Ya Allah.. sedap sangat.. sampai meleleh airmata kerana tak sangka mampu buat tart nenas sendiri yang sedap sangat.. hahaha. Tak tipu.. mari cuba sendiri kalau tak percaya. Resepinya pun mudah sangat, semudah 1.. 2.. 3.... siapppp!! Sk tuliskan semula resepi mengikut cara Sk seperti di bawah atau anda boleh singgah ke Blog Ady DI SINI.



Resepi Tart Nenas Yang Paling Sedap
Sumber : Ady Greatsword

*700 gm inti/ jem nenas (bulatkan seperti guli dan timbang 8 gm sebiji)

350 gm mentega (Sk guna buttercup/ lepa susu dalam container tu jer)
100 gm susu pekat
2 biji kuning telur
510 gm tepung gandum

Cara-cara/ Cara Sk :

1. Letak mangkuk besar atas penimbang. 'Zero Adjustment'
2. Masukkan dan timbang terus 350 gm buttercup.
3. Tambahkan susu pekat sehingga berat menjadi 450 gm.
4. Sebatikan sekejap buttercup dan susu pekat.
5. Masukkan kuning telur. Gaul rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Aduk guna jari sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. (Sk tak timbang tepung pun.. dah jadi doh lembut terus berhenti letak tepung)

Menyediakan tart nenas :

Ambil doh dan timbang beratnya 10gm. Bulatkan dan leperkan. Isikan jem nenas yang dah dibulatkan tadi dan balut keseluruhan jem dengan doh. Buat sehingga habis.

Gunakan sisi spatula atau pisau dan lorekkan atas doh bentuk corak nenas. Sapukan permukaan tart dengan 'egg wash'.

Egg Wash :

1 biji kuning telur
1 sudu teh susu segar
sedikit esen vanilla (Sk tambah)
sedikit pewarna kuning telur (Sk tambah)

Bakar dengan suhu 165 darjah selsius selama 23 minit atau sehingga tart masak (kuning keemasan) *Sk bakar 30 minit, 180 darjah selsius.

Selamat mencuba :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...