MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, May 31, 2016

NASI LEMAK SAMBAL KERANG DENGAN TELUR LENGGANG

Assalamualaikum...

MESTI ramai yang hairan kenapa akhir-akhir ini Sk terlalu kerap update post di blog Alam Sari kan. Errr.. ada ke yang hairan, entah-entah tak ada yang perasan pun.. perasan betul Mak Inche ni.. hahahaha.

Sebenarnya Sk geram.. geram.. geram. Setiap kali Sk update blog, link bagi new post Sk tidak muncul di link blog pada side bar. Tak tahu apa masalahnya. Sebenarnya benda ini telah berlaku beberapa kali pada blog Sk dan nanti dia akan pulih sendiri. Tapi rupa-rupanya barulah Sk tahu, bukan Sk seorang yang mengalaminya selepas masalah ini diluahkan oleh Kakcik Seroja... urmmm.. kenapa ni Pakcik Blogger.com????

Jadi, new post Sk cuma akan muncul di side bar selepas dua atau tiga jam. Itu kalau Sk update dua tiga kali sehari. Tapi kalau Sk update sehari sekali, ia cuma akan muncul keesokan harinya. Mungkin ia muncul lebih awal tapi waktu tu semua orang sedang enak dibuai mimpi.. huhu.

Oh ya.. masih relevan lagikah Sk berblog? Masih adakah yang sudi hendak baca cerita-cerita Sk? Masih adakah yang sayang?? Awwww.. tak apalah kalau tak ada yang sayang.. atau tak ada yang sudi. Sk menulis bukan kerana nama. Sk menulis untuk kepuasan dalam masa yang sama ia seperti diari maya dalam hidup Sk. Apa aktiviti penting bagi Sk akan dicatatkan di sini.

Errr... kenapa tak menulis di dalam buku jer?

Sebab menulis di blog senang untuk Sk retrace. Contohnya baru-baru ni, Sk berborak dengan Iman tentang pengalaman kami bersahur di hotel. Pada mulanya Sk dan Iman agak sukar juga nak imbas kembali tapi bila Sk google.. ooooohhh.. baru ingat bila dan di mana..

Ada yang kata, kenapa tak di'private'kan saja?

Sebab di sinilah segalanya bermula. Sk banyak terhutang budi dengan blog ini yang merupakan salah satu punca rezeki Sk. Di sini juga Sk catatkan nama-nama pelanggan yang pernah berurusan membeli mesin tart dari Sk.


Eh eh eh
Lupa nak cerita pasal nasi lemak.. errr...

Inilah masalah Pak Inche setiap kali balik bercuti
Adalah tu tak puas hati dengan nasi lemak yang dia makan
jadi dia minta Sk masakkan nasi lemak
dengan sambal kerang
Masa ke Penang hari tu..
Hari pertama.. kami makan di gerai Nasi Lemak Mami di Kulim
Dia komplen tak sedap
Hari kedua
Dia makan nasi lemak Four Points
Pun tak sedap katanya
Yang pelik.. esoknya dia makan lagi nasi lemak tu
Lepas tu makan pulak nasi lemak dan ikan bakar Anjung Batu
Urmmmm.. 
Nak tahu tak apa yang tak kena

Sebab tak ada telur lenggang
Kah kah kah

Masaklah telur gaya manapun
dia nak telur lenggang juga
aduyaiiii

kadang keliru ni bapak Iman ke abang Iman
hehehehe.

hingga jumpa lagi
wassalam


SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalamualaikum...

WALAUPUN Sk berhajat tak mahu memasak semalam, tapi semua tu hanya angan-angan. Dua benda yang Sk kena masak juga iaitu masak air.. hehehehe dan bila tengahari tu Iman mengadu lapar dan katanya nak makan Spaghetti Bolognese.. jadi kita layankan aje. Pak Inche pulak satu hari tak ada di rumah. Amboi.. amboi.. amboi... dia suruh kita cuti tapi dia pulak pergi kerja. Tapi okey jugak, dapatlah Sk sambung sesi melepak.. hahahah.


Tak susah mana pun masak spaghetti ni. 
Kalau malas alamatnya laparlah.
Kalau harapkan nak beli jer.. mati laaa.
Kalau harapkan orang nak masakkan jer.. habislahhh.. huhuhu.

Sambil masak pun boleh sediakan bahan-bahan
Tak perlu nak berperang sangat.

Sk sediakan sos bolognesenya dahulu.
Disebabkan tiada stok daging kisar,
Sk gunakan sosej.
Sambil panaskan kuali dan minyak zaitun pun boleh 
Cincang bawang putih
Potong dadu bawang besar
Dan hiris nipis sosej
Sk gunakan setengah botol sos tradisional prego
Dan setengah tin tomato puri.
Masak dengan api kecil sampai mendidih.. 
Masukkan garam secukup rasa
dan sedikit serbuk lada hitam.
kacau.. kacau... siapppp!!

Kemudian baru rebus spaghetti.
Boleh jer nak rebus serentak dengan masak sos
Tapi Sk nak makan panas-panas.

Sambil rebus spaghetti sambil mendobi..
Terror tak???

Didihkan air
masukkan sedikit minyak
dan garam

Jangan lupa semak masa merebus pada paket spaghetti dan setkan alarm pulak.
Siap rebus spaghetti
Kain pun dah siap di gantung ke hanger.
Itulah perempuan.. 

Spaghetti yang dah siap rebus tu
Angkat dan toskan.
Gaul dengan sedikit mentega
Atau lepa susu
Kemudian taburkan daun parsley cincang dalam botol tu.

Bolehlah dihidang bersama sos bolognese tadi.
Tiga kali Iman ulang makan tauuu.

Hingga jumpa lagi.
Wassalam.

IKAN BAKAR ANJUNG BATU

Assalamualaikum...

BELUM habis agenda makan. Kali ini kami ke Medan Ikan Bakar di Anjung Batu. Ini memang tempat kegemaran ER dan Sk setiap kali hendak menikmati nasi lemak dan ikan bakar di Melaka. Tempat yang agak tenang jauh dari hiruk pikuk manusia. Tapi malam tu Anjung Batu meriah.. mungkin kerana hujung minggu dan cutu sekolah pula.


Kali ini ajak famili Angah join.
Ajak Along katanya ada hal pula.
semua memang tak dirancang langsung kebetulan Angah kata nak singgah kedai Encik Kamal kawannya tu.
tu yang Sk suruh tunggu di sana sebelum kami sama-sama bergerak ke Anjung Batu.


Kami ambil hidangan wajib sahaja.
ikan Jenahak bakar yang sangat besar.. 
jadi ambil dua ekor sahaja 
sebab dah tahu nanti tukang masak akan belah dua.

Ambil sotong dan kupang sambal yang jadi feberet budak-budak ni.
cuma Iman jer yang tak pandai makan kupang.


Tengah-tengah tunggu ikan
tiba sebuah bas rombongan pelajar dari mana tah.
terus meriah giler.


Ibu tak makan nasi
takut sakit perut katanya sebab jauh lagi perjalanan. Jadi ratah lauk je la.


Terima kasih Pak Inche yang sudi belanja.
Semoga Allah melimpahkan lagi sumber kewangan yang banyak dan rezeki yang mewah padamu.. Amiiinnn Ya Rabb.

Wassalam.

Monday, May 30, 2016

MAKAN DI GERAI PELAKON KAMAL BAKAR

Assalamualaikum...

SEJAK dulu memang dah tahu yang kakak Sk ada kawan sekerja yang berlakon secara separuh masa. Haaa.. walaupun separuh masa tapi banyak juga lakonan beliau. Mungkin kerana kekangan tugas tidak membolehkan beliau memegang watak-watak utama yang memerlukan komitmet yang tinggi. Balik dari Penang hari tu, Sk sempat singgah di gerai beliau yang terletak di Kampung Bukit Pulau, Ayer Keroh, Melaka. Di sebabkan Sk dah berjanji dengan ER hendak makan ikan bakar di Anjung Batu, jadi demi memenuhi keinginan anak tekak yang sangat suka makan lempeng.. Sk balun jugaklah sekeping.. hahaha.


Dah jadi Co-Pilot.. dua cawan Sk minum Nescafe O hari tu. Memang celik biji mata ni tak perlu  tongkat dengan batang mancis.. hehehe.

Ni Sk nak bagitahu
Sesiapa yang nak bersantai-santai petang-petang tu, bolehlah singgah di Gerai Encik Kamal Bakar ni.

Lempengnya tebal tapi lembut gebus
Ditambah sambal bilisnya yang sedap meletops
Memang tak rugi Sk makan ni
Kalau ikut hati nak aje mintak lagi dua keping.. hehe.
Encik Kamal sendiri terkejut tengok Sk mampu makan sambal bilis tu sampai licin siap ambil sambal Indah lagi.. hihi.
 

Rombongan dari KL sedang menunggu kedatangan rombongan dari Penang sambil menikmati Lempeng dan Sambal Bilis Power!


Sempat posing di pohon pelam yang rancak berbuah di sekeliling gerai.


Selain lempeng
Ada juga
nasi lemak sambal power
ayam goreng special
sup tulang
chicken chops
dan macam-macam lagi.


Encik Kamal dibantu oleh isteri dan anak-anaknya. Anak Encik Kamal pun ada yang berlakon tau.. iaitu Hanis Kamal Bakar.


Haaa.. inilah Encik Kamal.
ada sesiapa yang biasa tengok lakonan Encik Kamal tak?


Kenangan sebelum bertolak ke Anjung Batu pula.

Jumpa di sanaaaa!!
Wassalam.

FOUR POINTS BY SHERATON

Assalamualaikum...

HOTEL yang selalu menjadi pilihan kami setiap kali bercuti di Pulau Mutiara.. kenapa? Sarapannya yang sedap dan pelbagai pilihan.. makan santai di tepi pantai dan pastinya bilik yang selesa lagi bersih.. hospitalitinya antara yang terbaik. Kedudukannya yang tidak jauh dari pusat bandar juga antara kelebihan Four Points.


Sk suka pilih makanan yang Sk tak pernah nak masak.. hahahha


Pelbagai pilihan yogurt
dan oat


Okey.. masakan western antara pilihan Sk setiap kali sarapan di hotel.
macam biasa Sk tak ambil nasi lemak sebab kat mana-mana boleh jumpa.


Puding roti
muffin
dan puff blueberry
Sk memang penggemar kuey teow
jadi ambil sedikit.. sedap jugak


Mee Celup puan ada
Sedap pulak tu
Hirup sup sampai ke titisan terakhir.. haha.

Sk tak ambil sangat gambar persekitaran hotel dan bilik.
Kalau nak tengok
Bolehlah google
FOUR POINTS PENANG.

sehingga jumpa lagi.
Wassalam.

NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU LAGI

Assalamualaikum...

DAH alang-alang datang ke Penang pasai nak pekena nasi kandaq kan.. jadi kita pulun habis-habisan. Selepas dapat durian Balik Pulau dan meronda di pasar malam Batu Feringgi kami sepakat untuk pulang dulu ke hotel bagi membersihkan badan yang melekit. Kemudian cepat-cepat keluar semula ke Medan Selera Desa Mawar. Sebaik sampai agak ralat juga kerana periuk belanga telah diangkat. Alhamdulillah.. ada rezeki bila bosnya suruh pekerjanya menyediakan hidangan untuk kami.. syukurrrrr...


Pehhhhh...
dua malam berturut-turut makan nasi kandar
Sk tanya ER.. 
agak-agak kalau kita duduk tinggal di Penang
selalu tak kita makan nasi kandar???
Hahahha.


Kuah campur
Mesti lebih
Ayam kari
Dan telur rebus

Berat naik berkati-kati
Baju tak muat
Sendiri sakit hati

Sehingga jumpa lagi.
Wassalam.

Sunday, May 29, 2016

MAKAN DURIAN BALIK PULAU


TUUUU DIAAA!
Durian Balik Pulau.
Walaupun sedikit serik tapi macam tak lengkap pulak kalau tak pekena durian Balik Pulau. Kali ini cari penjual Melayu yang direkomen akak jual jeruk.. hehehe.

lokasi : sebelah MRSM Balik Pulau

POPIAH BASAH FEMES BATU FERINGGI

Assalamualaikum...

SETIAP kali ke Pulau Mutiara, agenda kami hanyalah makan.. makan dan makan. Dalam kepala Pak Inche tu cuma ingat makan jer. Mak Inche cuma menurut perintah aje.. muahahaha. Dah beberapa kali juga kami mencari-cari popiah basah buatan orang Melayu namun tidak ketemu kali ini Sk cuba mencari di carian facebook yang telah membawa kami ke Gama Supermarket di pusat bandar George Town.

Sebenarnya, popiah ini asalnya bertapak di Batu Feringgi dan baru sahaja beroperasi di Medan Selera Tingkat 6, Gama Supermarket. Kiranya memang rezeki kamilah.. Alhamdulillah. Menurut penjual popiah tersebut, ia adalah resepi asal arwah ibunya. Suapan yang pertama jer pujian ER melambung-lambung begitu juga Iman. Sk masih sibuk posing pinggan lagi.. hihi. Dan ternyata tidak ada yang tidak benar selain benar belaka.


Kalau popiah basah S S Ali agak kering
Popiah ini memang betul-betul basah.
Mungkin kerana semua bahan inti dicelur dengan air panas. 
Menurut pembuat popiah tersebut, resepi ori ibunya tidak menggunakan taugeh.
Beliau banyak belajar dari ibunya selama membantu ibunya berniaga sehinggakan ramai yang pernah merasai popiah ibunya sendiri tidak menafikan rasanya tidak berubah.

Nampaknya popiah basah gama akan masuk dalam agenda setiap kali lawatan ke Penang selepas ini.. insyaAllah.

Wassalam.

Saturday, May 28, 2016

CUTI MEMASAK

Assalamualaikum...

PERKARA yang paling pening nak difikirkan setiap hari oleh seorang isteri adalah apa yang nak dimasak hari ini. Bagi Sk, dah jadi kebiasaan Sk akan tanya dulu dengan Pak Inche apa masakan yang diinginkan pada hari itu. Disebabkan kami bekerja, biasanya Sk akan hantar whatsapp menjelang petang untuk merancang menu. Kadang-kadang ER sendiri pun buntu nak bagi cadangan.. hahaha.

Bila masing-masing dah buntu, kita ambil keputusan untuk makan di luar sahaja. Itu pun kadang-kadang buntu nak makan di mana dah. Urmmm.. leceh betul. Minggu ni Sk cuti memasak dan Sk minta pelepasan sampai isnin.. huwa huwa huwa.


Sarapan pagi ni.
macam Sk bagitahu semalam
Sk berada di Pulau Mutiara

bila sarapan di hotel
Sk jarang ambil makanan dari kebiasaan
nasi lemak..  memang yang paling jarang Sk ambil
kecuali jika tiada pilihan


Hahahhaa..
jangan marah..
semua gambar sama
percubaan ambil gambar dengan latarbelakang tercantik dari Iman


Lagi???


Errrrr...


Pandangan depan


Wafer


Bubur.. teringin pulak


Yogurt dan Oat


Penutup
Kita minum coffee

Jumpa lagi..
Wassalam.

Friday, May 27, 2016

MAKAN-MAKAN PENANG

Assalamualaikum...

CUTI sekolah telah bermula. Memandangkan kelas tuisyen Iman pun tak ada.. bola pun tak ada.. maka panjanglah langkah Pak Inche. Memaksa sungguh Sk mengambil cuti dua hari.. dah lama tak pekena nasi kandar katanya.. urmmm.
Orang kata.. jaga perut suami, kan. Haaa.. jaga perutlah ni.. jaga baik-baikkkk.. huwa huwa huwa.


Disebabkan perut masih kenyang lagi selepas pekena pasembur dan takua di Padang Brown, maka kita tapau saja nasi kandar. Pilihan kami tentunya Nasi Kandar Kampung Melayu. Sk dah terlebih sudu dari kuah ni.

kuah campur kuah lebih
ayam goreng
telur ikan
bendi


Pak Inche punya
kuah campur
sayoq
ayam goreng


Sayur habis
Iman dapat ayam goreng
dan kuah campur jek


Sebelum tu minum Lai Chi Kang di Padang Brown
ambil pasembur sepinggan RM10


Ais Kacang Padang Brown
yang selalu mengembalikan nostalgia waktu kecik-kecik dulu.
Ais kacang yang simple macam ni memang feberet Sk tapi Sk lupa pesan jangan letak ais krim.


Takua
Pertama kali makan.
Maaf kalau salah ejaan.. hehehehe.

Wassalam.

Wednesday, May 25, 2016

CHAR KUEY TEOW PAK INCHE

Assalamualaikum...

MALAM tadi Pak Inche telah mengambil alih tugas memasak. Sejak minggu lepas memang dia menyatakan hasrat untuk makan char kuey teow kerang. Sk main-main jer suruh ER masak, tak sangka dia masak betul-betul.. selamattttt.. hehehhe. Jadi semalam bila dia bawa balik kuey teow, taugeh dan kuchai, Sk cuma tolong cucikan sahaja.. lain-lain semua dia buat sendiri. Bila ER masak, urmmm.. kuali.. sudip.. senduk.. semua keluar.. aduyai.


Lepas tu berapa kali dia ingatkan Sk suruh ambil gambar dan masukkan dalam blog.. ekekekke.

Sedap ke???

Sedapppp woooo.. sebiji macam Char Kuey Teow di gerai lereng bukit Plaza Kotaraya dulu-dulu. Siapa yang pernah makan tu.. taulah macam mana rasanya. Tak tahu ke mana 'brother' tu berpindah.. sedih.

ER goreng macam biasa cuma ada banyak penggunaan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan sos ikan. Nak lagi sedap, jangan lupa cili jeruk tauuuu.

Monday, May 23, 2016

ASAM PEDAS TELUR MAYONG

  Assalamualaikum
 
ADA ke penggemar telur mayong di sini?
Errrkkk.. chop! Chop!
Mayong tu apa?
 
Hihihi.. itu pertanyaan dari seorang rakan fb Sk.
Mayong tu sejenis ikan, kak.
Mungkin di lain tempat, lain nama panggilan ikan tu kan.
Dalam keluarga Sk, ikan mayong adalah ikan yang paling digemari kami sekeluarga.
Ibu Sk kalau beli mayong, nahhhh!
Seekor yang besar.
Ibu jarang nak beli yang dah siap dipotong.
Nak kena potong depan mata dia.. hehehe.
Alah.. harga mayong tak mahal sangat pun.. (duluuuu)
mungkin sebab tak ramai yang suka nak beli berbanding ikan-ikan lain.
Paling best jika dalam perut mayong ada telur.
Phewwwwwwwwww!!
 
Telur Mayong ni Sk beli dari Pasar Pontian yang terletak di tepi sungai.
Sepiring, ada dua pasang ( 4 kantung) harganya RM20.
Kita bukan nak makan banyak sangat..
Sk biasa boleh telan setakat sekantung jer..
lepas tu tekak akan rasa kembang dan tak boleh terima lagi.
Kebetulan pulak, ER beli ikan pari untuk dimasak asam pedas.
Jadi, Sk sengaja tumis bahan asam pedas lebih dan asingkan kuahnya
dalam periuk kecil untuk masukkan telur mayong.
 
Bagi mengelakkan kuahnya berdebu akibat pecahan dari telur-telur yang kecil
masukkan telur ketika kuah telah mendidih.
Ni Sk cukup berjaga-jaga dah.. tapi tetap juga ada telur yang pecah.
Akibatnya, kuah asam pedas sedikit berdebu dan berlemak.
Euwwwwwwwww... kolesterol... hahahaha.
 
 
 
Bagi penggemar telur mayong,
ada yang sukakan telur yang lembik, setengah masak dan masak sepenuhnya.
Kalau yang lembik-lembik tu meletup dalam mulut..
yang tu Sk boleh makan sikit jer.
Sk lebih suka tiga suku masak.. atau masak sepenuhnya.
Yang tu mantul bila kunyah.. hehehehe.
Lebih 30 minit jugak Sk didihkan telur ni..
memang lambat sungguh nak keras.
Masak telur ayam lagi cepat.. hahahahha.
 
 

Sunday, May 22, 2016

HARIMAU SELATAN

Assalamualaikum...

SELEPAS seminggu meraikan kemenangan Pasukan Bolasepak Johor DT (JDT)
sebagai Juara Superbest Power Piala FA 2016,
malam tadi sekali lagi warga Tanah Jauhar senyum lebar
apabila harimau selatan mengaum gagah
selepas membelasah Tok Gajah 0 - 6 di rimba Makmur malam tadi.
 
Gol pertama yang disumbat Juan Martin Lucero pada minit ke 6 
 ketika belum sempat pun Sk menyumbat mulut dengan asam pedas ikan pari
dan telur mayong yang Sk masak semalam.
Tambah berselera makan bila tengok sang harimau bukan main garang lagi.. hihi.
Penyudahnya.. kita tidur dengan senyum sampai ke telinga
ditambah lagi hujan lebat yang turun sebagai peneman tidur..
Alhamdulillah.


Haaa... ramai pun yang kenalkan,
Jurulatih team Harimau Selatan ni..
Coach Mario Gomez yang juga dikenali sebagai Grandpa.
Penyanyang sungguh orangnya..
gambar ini diambil sehari sebelum perlawanan akhir Piala FA.
Cool sahaja coach berlegar-legar di lobi hotel.
Kata adik Sk, mungkin beliau sedang membayangkan.. segala taktik untuk pemain
nak sepak ke kiri ke
nak tendang ke kanan ke
nak lipat ke
nak terbalik ke..
gitu... hahahaha.
 
 
Sebelum sepak mula malam tadi.
mesti debar-debar
(gambar dari fb JST)
 
 
Jorge Pereyra Diaz
Pemain yang mencipta hatrik malam tadi
Seronok sangat bila tengok Diaz menggelecek bola
sehingga merasakan seolah-olah hanya dirinya berada di padang
Go go Diaz
(gambar JST)
 

 
Kerap juga jumpa Diaz sebenarnya
cuma tak pernah bergambar
Iman rasanya yang pernah bergambar dengan Diaz sebelum ni
Sk kunun-kunun low profile.. hahaha

Errr... nampak tak ada pemerhati???

 
 Lucero sekali lagi memecah gawang
pada minit ke 47
go go go Lucero



 Tinggi giler Lucero

 

 
Kunalan dan pemain import yang tak pernah dapat main
sebab dah kena 10 kad merah
hahahaha
 


 S Chanturu, Gary Stevan Hobart dan Sasikumar
semua hero yang hebat di padang
kebanggaan 1 Malaysia
 


 
Marcos Antonio dan Harris Harun
dua pemain import
yang selalu namanya dilaung-laung
 
 
Garang di padang
rupanya suami yang penyanyang
 


Azammudin Akil
jeles betul tengok pemain bola
yang selim-selim
 
Sk ni sebenarnya walaupun bersuamikan pemain bola
tapi tak faham pun pasal bola ni
jadi janganlah nak tanya banyak-banyak
sikit-sikit tu tahulah
 
Betul.. Pak Inche bekas pemain bola
skuad remaja Kedah
di zaman remajanya
bagaimanapun terpaksa pencen awal
kerana mengalami kecederaan lutut
dan selepas mendapat tawaran bekerja
di NSTP
 


 
Fazly Mazlan
banyak kelibatnya malam tadi
pemain JDT bertaraf bintang ni
 
 
ale ale
ale ale
ale ale ale ale
hehehehe
 

 
Aidil Zafuan
berhati mulia tau
masa duduk-duduk di lobi
datang seorang uncle yang agak berumur
Uncle tu tak kenal pun Aidil ni pemain bola
ditanya macam-macam
Aidil layan jer.. hahaha
rasanya kalau orang lain
mungkin malas nak layan
apek tu menceceh.. heheheh
 


 
Amri Yahaya
Antara bintang yang menyinar dan ramai peminat
Sk masih ingat semasa ke Kedah
dari pagi.. tengahari.. malam
ada jer yang ajak bergambar
dan senyumannya tak pernah lekang di depan kamera
 
Gambar ni diambil
sebelum mereka berangkat ke Stadium Shah Alam
 


 
Kapten Safiq Rahim yang tak kelihatan malam tadi
kerana mengalami kecederaan
 
Sk merakam kenangan
sebelum Safiq menaiki bas
walaupun tergesa-gesa
namun senyum ikhlas
 
 
 

Nazrin Nawi
 
Sk tak ke stadium pun malam final tu
lepas hantar ER, Sk terus pulang ke hotel
dan menyaksikan perlawanan akhir dari kaca tv
ER kata, nanti dia akan whatsapp bagitahu sama ada Sk kena ambil dia
atau dia pulang bersama team jdt
 
Jadi, Sk tunggu di lobi
tunggu whatsapp ER yang tak masuk-masuk
rupanya dia whatsapp Iman sebab Iman yang tanya nak ambil ke tidak
tapi bateri Iman mati.. hahaha
Tunggu punya tunggu akhirnya berjaya jugak telefon
rupanya dia dah dalam perjalanan balik bersama team jdt
tiga bas malam tu
 
Jadi gambar ni diambil dalam suasana kemeriahan
di lobi
Happy sangat Nazrin masa tu
oiiii.. siapa yang tak gembira, kannn...
 


 
Mahali Jasuli
tak ingat dah berapa kali jumpa Mahali
dulu-dulu selalu jumpa di Singapura
ketika Mahali mewakili Harimau Muda
 


 
Tak sia-sia melepak di lobi
tak sangka Piala FA akan dibawa ke sini
tak sangka dapat bergambar dengan Piala FA
 


 
dapat pegang sendiri
angkat sendiri
berat kemainnnnnnn!!!!
 

 
Lucero, Diaz dan Mahali
 


 
syukurrrrr
 

 
 
Hidup Johor Demi Johor
 
Wassalam.

BORA OMBAK

Assalamualaikum... MAJLIS perkahwinan antara Ellyz dan Auzaie ini berlangsung di Bora Ombak,  Putrajaya pada 16 Julai lalu. Awal-awal lagi ...