KEK DULU-DULU

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...

IBU tanya Sk, ingat tak macam mana buat kek yang macam dulu-dulu mak selalu buat tu. Haaa... memang, Sk panggil mak Sk, ibu.. tapi ibu bahasakan diri dia mak. Adik-beradik Sk sendiri panggil ibu, mak manakala Along pulak panggil umi. Pelik ke??? Hehehehe.. kami memang pelik.

Okey, sambung. Sk pun tanyalah macammana resepinya. Lalu ibu cakap sambil Sk menaip di memo semakfon Sk..

Sk masih ingat lagi, orang dulu-dulu buat kek tak gunakan penimbang. Biasanya mereka akan menyukat menggunakan tin mentega yang digunakan untuk membuat kek tersebut. Tepung dan serbuk penaik diayak siap-siap sebelum dimasukkan ke dalam tin mentega untuk disukat. Begitu juga dengan gula, juga disukat menggunakan tin mentega yang sama. Kami adik beradik pula setia bersila di sisi ibu melihat ibu membuat kerja. Kadang-kadang kami diberi peluang untuk membantu menyediakan loyang kek. Haaa.. yang sebenarnya bukan loyang tapi periuk besar, hahahaha. Suratkhabar yang bersih pula menggantikan kertas baking.. orang dulu-dulu belum lagi diviralkan dengan keburukan menggunakan suratkhabar sebagai pembungkus makanan. Guna sahaja apa yang ada. Kek yang telah siap diadun dengan menggunakan senduk kayu sahaja pula dibakar menggunakan oven yang diletak di atas dapur minyak tanah. Pehhhh, setengah hari sahaja habis masa digunakan untuk membuat kek. betapa tabahnya mak kita dulu-dulu. Tu belum lagi bab membasuh menggunakan tangan. Memang ampuh!


Ibu berkias suruh Sk guna mentega golden churn atau kita biasa sebut 'butter cap tong' dan tepung naik sendiri. Baiklahhhhh :)))))

Berdebar-debar jugak sebenarnya melihat kek ini di dalam oven sebab inilah pertama kalinya Sk membuat kek resepi turun temurun orang dulu-dulu. Semua bahan kena sukat guna tin ini kecuali telur. Kali ini juga ibu suruh Sk gunakan meringue dalam bahan iaitu dengan mengasingkan putih dan kuning telur ketika membancuh kek. Cuma Sk tak buat lapisan warna-warni sebab tak cukup masa. Cuma buat dua warna sahaja iaitu warna asal manakala sebahagian lagi Sk tambahkan chocolate emulco.

Hasilnyaaaaaaaa...


Kek Marble Mentega yang gebus. Yang coklat tu bukan hangus tapi lapisan coklat emulco. Ibu kata lebih sedap dari ibu buat dulu, ibu buat dulu keras. Haa.. memanglah.. sebab dulu ibu pukul guna senduk kayu. Sk ngelat terus guna mixer. Tapi masa pukul meringue tu, Sk guna mangkuk besi. Terus ngilu jadi tak pukul sampai betul-betul kental. Ni yang rasa nak buat lagi ni.. ngeee.


Pagi-pagi Ahad dah sampai rumah ibu untuk bersarapan Kek Marble dengan Nescafe Panas... nikmatnya makan kek air tangan sendiri.. nyum nyum. Maaflah warna coklat mendominasi.. hahahaha.

Kek Marble Mentega

Sediakan loyang 9"

Adunan A:
1 tin (340 gm) mentega golden churn
3/4 tin gula pasir halus
6 kuning telur
1 sk esen vanilla
2 tin tepung naik sendiri

Adunan B :
6 putih telur

1 sk chocolate emulco

Caranya :

Adunan A :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan dan pukul kuning telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan esen vanilla, pukul rata.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan sebatikan secara kaup balik guna senduk kayu. Ketepikan.

Adunan B :
5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kental dan menjadi meringue.
6. Masukkan sebahagian meringue ke dalam adunan A.
7. Kaup balik meringue dalam adunan A hingga sebati.
8. Masukkan lagi meringue dan kaup balik sedikit-sedikit sehingga habis.
9. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Bahagian satu dibiarkan kosong satu lagi letakkan chocolate emulco.
10. Lapiskan setiap bahagian dalam loyang.. bakar selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak. Suhu 170 darjah celsius atau mengikut suhu oven anda.




Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!