MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, April 9, 2017

SELAMAT HARI JADI, IBU

Assalamualaikum...

Image may contain: 2 people, food

27 hari lepas.. Ibu Sk menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 76.
Amboiii.. dah 27 hari baru nak story, kui kui.
Waktu mencemburui sungguh.. banyak perkara penting yang hendak diselesaikan.
Bila dah rasa lapang, data internet pulak macam siput.
Angin satu badan dibuatnya, huwa huwa huwa.

Image may contain: 6 people, people sitting

Alhamdulillah, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menyambutnya di rumah.
Kali ini tugas memasak diserahkan kepada Che Li dan Aini.
Angah bertindak sebagai tuan rumah yang mengambil tugas-tugas khas manakala
Sk macam biasa di bahagian kek, hehehe.
Pada mulanya Sk menempah kek dengan Kak Masam Manis kita
sebab dah rindu sangat dengan kek Kak Ita
Tapi Sk terpaksa membatalkannya kerana diarahkan untuk mengikuti satu kursus.

Image may contain: dessert and food

Disebabkan Sk takut nanti akan terkejar-kejar nak ambil kek,
jadi terpaksalah membatalkan tempahan.
Cara yang paling mudah, membeli kek di kedai kek yang paling hampir dengan rumah.
Iman pulak cakap, dah lama tak makan kek Secret Recipe.
Sampai SR, semua kek yang Sk tanya, mango.. durian.. tak ada.
Ada White Choc Macadamia, muak kata Iman.
Ada cheese cake, pendek sangat.
Akhirnya, beli kek indulgence ajelah senang.
Kalau nak tahu, keluarga Sk ni memang jenis yang suka makan kek.
Jadi, tak ada masalah untuk beli kek besar takut tak habis ke apa sebab gerenti habis.
Malam tadi aje, tak sampai suku yang tinggal.. huhu
Kuat makan betul, kan?

Image may contain: 2 people, people smiling

Ya Allah Ya Tuhanku
Panjangkanlah usia ibuku, berilah kepadanya kesihatan yang baik,
limpahkanlah rezeki dan berilah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat jua..

Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.

8 comments:

  1. assalamualaikum seri...alhamdullilah selamat hari lahir buat mak seri yer..semoga dipanjangkn umur selau..
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  2. Sealamat Hari Lahir makcik...Semoga dipjgkn usia & diberikan kesihatan yg baik utk beribadah.Aamiin

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun kelahiran ibu sis.. semoga diberikan kesihatan yg baik..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali singgah sini..sy follow ya dan salam perkenalan :)

      Delete
  4. Selamat hari lahir buat ibu SK.
    Semoga sihat2 selalu.

    ReplyDelete
  5. happy bday mak
    76 masih nampak sihat lagi, alhamdulillah
    moga kita pun sempat kecap umur tu dgn sihat walafiat

    ReplyDelete
  6. beli on the spot je selalunya,,
    selamat hari ulang tahun untuk emak kak seri
    JanjiKita

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday buat emak kak seri... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...