MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, August 28, 2017

CHEESE CAKE NOXXA

Assalamualaikum...

ASALNYA resipi Cheese Cake ini Sk ambil dari satu video Rice Cooker Cheese Cake yang kerap lalu lalang di wall fb Sk sedikit masa dulu.  Geram pulaklah tengok kejadian kek yang begitu gebu tu. Rice cooker yang digunakan bukanlah rice cooker biasa tu tapi rice cooker pelbagai fungsi.  Jadi,  bila dapat periuk ajaib noxxa ni, cheese cake ini adalah antara yang terlintas dan paling teringin Sk nak buat,  hehehe.


Nahhhh resipi 😘😘😘

Cheese Cake Noxxa
Bahan A :
4 putih telur
120 gm gula pasir
- putar putih telur hingga berbuih
- masukkan gula sedikit2 sambil terus memutar
- putar sehingga menjadi meringue
- ketepikan

Bahan B
4 kuning telur
100 gm gula
200 gm yogurt
400 gm cream cheese
40 gm butter
Sedikit esen vanilla
100 gm tepung

- putar kuning telur, esen vanilla & gula hingga kembang.
- masukkan yogurt, putar sekejap
- masukkan cream cheese & butter, putar sebati.
- masukkan tepung, gaul sebati.

- masukkan separuh adunan meringue dlm adunan B, kaup balik sekata.
- masukkan lebihan meringue sedikit-sedikit sehingga habis sambil dikaup sebati.
- tuangkan ke dalam loyang atau boleh tuang terus ke dalam inner pot noxxa.

*jika guna loyang, alaskan inner pot dgn tuala basah.
- pasangkan dan on suis periuk noxxa
- tekan butang fungsi steam 25 minit
- letakkan knob tombol pada fungsi steam
- tekan on

Biarkan sejuk sebelum dipotong atau dikeluarkan dari inner pot atau loyang.


Adunan Cheese Cake yang telah siap sebelum dituang dalam inner pot.  Boleh juga nak guna loyang lain dan masukkan dalam inner pot ni tapi Sk teringin nak rupa yang sama macam rice cooker cheese cake tu, hahaha. 


Tuang terus dalam inner pot
Senang kerja. 


Tadaaaa... 
Cheese cake yang dah siap. 
Tapi tinggi sangatlah pulak inner ni. 
Hurmmm.. Lain kali kena guna loyang lain jugaklah nampaknya. 
Terpaksa potong terus dari dalam periuk,  hahaha. 


Haaaa..  Nilah yang malas bab nak buat kek bagai,  nak kena cuci semua ni. 
Sape nak tolong??? 

Sunday, August 27, 2017

MERDEKA! MERDEKA! SALE

Assalamualaikum...

KURANG lima hari lagi kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 60. Pastinya masa itu, laungan keramat pada tanggal 31 Ogos 1957 akan bergema kembali mengimbau sejarah. Pelbagai lagu bertema patriotik seperti Tanggal 31, Warisan, Inilah Barisan Kita, Nyalakan Tekad dan banyak lagi akan ke udara di kebanyakan corong-corong radio. Kolej Sk juga tidak akan ketinggalan dalam memperingati sambutan kemerdekaan ini. Pelbagai acara telah diatur bagi meresapkan semangat cintakan tanahair. Wahhhh.. tak sabar rasa pulak menantikan detiknya, yey!

Sebagai anak merdeka yang lahir selepas 18 tahun merdeka, Sk rasa bertuah kerana tidak perlu menempuh derita sebelum merdeka. Namun, apabila menyaksikan banyak filem perang seperti Tanda Putera, Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan dan Embun, ia banyak menimbulkan keinsafan dalam diri. Ternyata bukan mudah pejuang kemerdekaan negara kita mendapatkan kebebasan untuk negara yang tercinta. Banyak yang perlu dikorbankan termasuk harta benda dan lebih tragis ramai yang sanggup mengorbankan nyawa. Terasa kerdilnya diri ini bila memikirkan apakah jasa yang pernah Sk sumbangkan untuk keamanan negara.

Banyak perkara yang membuat Sk bangga dan cintakan negara ini. Perpaduan rakyatnya yang tidak mengira bangsa, keindahan flora dan faunanya, sistem jalanraya dan keselamatannya, sistem pendidikan dan kesihatannya dan kita masih berupaya mengecapi keamanan selepas 60 tahun merdeka. Sk berdoa kepada Allah swt agar ketenteraman dan anugerah yang kita kecapi hari ini akan terus berkekalan dan negara kita akan terus melahirkan pemimpin-pemimpin yang matang dan terbaik dalam pembangunan negara yang tercinta.

Semalam, Sk sengaja membuka applikasi Lazada yang Sk dah lama pasang di Oppo kesayangan Sk ni. Memang pantang ada duitlah tu dalam akaun, kih kih kih.. nak tengok apa yang menarik dan murah di Lazada. Lepas tu ternampaklah pulak promo Merdeka! Merdeka! Sale. Rupa-rupanya Lazada sedang membuat tawaran terhadap lebih 20 local malaysian brand dengan diskaun sehingga 80%.

80%??? Wowwww sangat!! Jom buka!

https://www.lazada.com.my/malaysian-brands/

Kalau nak tahu, Sk ni memang agak kurang bab perhiasan diri, pakaian, kasut atau beg tangan ni. Nampak macam kurang kewanitaan ke? Hahahhaa. Tak jugak.. Sk ni penggila gajet dapur tau. Jadi dok teroka gajet dapur ajelahhhh...

No automatic alt text available.

Haaa.. tu dia, nampak??
Tinggal tiga pulak tu.
PENSONIC NUTRI-BLENDER PNB-1
Cuma RM799 sahaja dari RM1,888.00.
Penjimatan sehingga 58% tau.
Aaaaaaaaaa.. nak masuk troli ke tak ni?
Errr.. kalau anda nak jugak blender ni, bolehlah klik link di bawah ya



Jap.. kita tengok barang lain pulak.

No automatic alt text available.

Ni memang dah lama mengidam.
pengisar buah-buahan yang nak minum tinggal tadah cawan terus, hehehe
KHIND SLOW JUICER JE150S
CONTINUOS JUICING RETAIN NUTRIENTS
AND VITAMIN EASY TO CLEAN.
Tu dia punya nama.. punyalah panjang, tergeliat lidah nak menyebutnya.
Cuma RM549 sahaja dari RM650

Yang paling best, kedua-dua produk pilihan Sk ni boleh bayar ansuran 
agagaga..

Kenapa? Nak jugak?
Meh klik link di bawah


Ingat tau.. Merdeka! Merdeka! Sale ini hanya berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 sahaja yang menawarkan diskaun sehingga 80%. 

Eiiii... tak sabarnya nak tunggu barang sampai. Jom, klik LAZADA 

Thursday, August 24, 2017

MAKAN DI UPTOWN DAMANSARA

Assalamualaikum...

UPTOWN Damansara Food Court ini adalah tempat feberet kami makan-makan setiap kali ke Kuala Lumpur. Makan di tempat-tempat begini memang happening,  malah semakin larut malam semakin ramai pulak pengunjungnya.  Macam tak tidur-tidur orang KL ni ya,  makannnnn aje,  hehehe.

Sk masih ingat,  pernah sekali kami datang ke sini masa tu full house.  Hampir setiap meja penuh.  Sk masa tu cuma berdua dengan ER dan akhirnya dapatlah kami duduk di sebuah meja kosong yg boleh memuatkan 4 orang tetapi bersambung pula dengan meja lain juga muat 4 orang. Tetiba datang satu keluarga ni lebih kurang 5 atau 6 orang. Disebabkan memang tak ada meja kosong,  kami mempelawa mereka duduk sekali di meja kami.

Bila dah sebelah menyebelah tu,  kami pun berkenalan,  rupanya mereka sekeluarga datang dari Kelantan.  Habis makan mereka boleh belanja pulak kami berdua,  aisehhh..  Malu plak orang tak kenal tetiba belanja. Alhamdulillah,  semoga Allah swt limpahkan rezeki buat mereka sekeluarga.

Eh,  cerita balik pasal makan di Uptown D ni, macam-macam pilihan makanan yang ada dari citarasa tempatan hinggalah antarabangsa.  Sebut aje nak apa,  semua ada  dan kena pula dengan selera kami sekeluarga.


Garlic Chicken Chop 
Kelainannya ayam tu berkeping-keping
Dihidangkan bersama coleslow (cemana eja?), 
Kentang goreng dan jagung. 


Sirloin Steak pilihan Iman
Juga dihidang cara serupa seperti chicken chop.
Dihidang terus dari hot plate
Berasap-asap masa makan sampai melocot lidah,  hahaha. 


Kuey Teow Goreng
Memang suka makan kuey teow cara goreng macam ni
Berbanding kuey teow goreng basah. 
Ada taburan cili padi hijau
Best betul bila dikunyah bersama kuey teow


Popia basah yang sangat sedap
Inti penuh,  sambal banyak
Best..  Best

 
Rojak 
Sebagai selingan setiap kali menyuap makanan sendiri
Hehehe

Lama Sk nak makan carrot cake 
Akhirnya dapat juga
Di Uptown Damansara ni
Sedap sangat


Tetiba ada kangkung goreng belacan
Tapi sedap jugak diratah-ratah
Terasa belacannya
Hahahaha


Jaga kesihatan
Jaga badan jugak
Mesti ada air panas kosong untuk Sk
Hahaha
Kununnya diet tapi bila dah berjalan
Diet pun ke laut


Budak yang paling risau pasal makan
Tengah makan pagi dia tanya tengahari makan apa
Tengah makan tengahari dia tanya malam makan apa
Tengah makan malam dia tanya esok sarapan apa
Lepas tu bila gems dia salahkan bapak dia
Kah kah kah

Ni tak ada rumah,  ikut rombongan sekolah
Ke Ipoh, Perak
Melawat tempat-tempat bersejarah
Semoga selamat pulang nanti ke pangkuan keluarga. 

Wassalam. 

Wednesday, August 23, 2017

BORA OMBAK

Assalamualaikum...

MAJLIS perkahwinan antara Ellyz dan Auzaie ini berlangsung di Bora Ombak,  Putrajaya pada 16 Julai lalu. Awal-awal lagi Encik Rizar dah menempah hotel di Putrajaya bagi memudahkan kami untuk datang ke majlis tersebut.  Ellyz merupakan anak sulung kepada sepupu ER yang agak rapat.  Alhamdulillah,  ibu mertua Sk pun turut datang dari Kedah dan macam biasa,  reunion family laaa..  Hahaha



Bergambar kenangan bersama pengantin yang jumpa setahun sekali bila balik beraya. 


Meriah dengan makanan jugak bagi meraikan tetamu jauh dan dekat.  
Nasi Beriyani pastinya menjadi pilihan Sk,  hehehe.  Cha Koey Teow pun ada,  kambing golek pun ada,  best. 


Langsung tak perasan Sharifah Shawati sehingga diberitahu adik.  Apa lagi,  tangkap dia ajak bergambar. 


Tiga beranak ala-ala sedondon gitu. 


Family mertua yang datang dari Kedah,  Penang dan Terengganu. 


Terima kasih mak & ayah pengantin atas jemputan. 

Monday, August 21, 2017

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum...

MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua saudara-mara dapat berkumpul.  Malah,  hari raya pun tak dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.  Bila dah berjumpa,  apalagi bergambar sakanlah untuk dikongsikan di alam sosial,  hahaha. 


Bersama bekas guru yang juga merupakan isteri kepada sepupu Sk. 

Lima beradik perempuan yang gonjeng. 


Entah bila lagi dapat bertemu kannnn. 

Saturday, August 19, 2017

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SEPUPU

Assalamualaikum...

AMBOIIIII..  dua kali dalam tempoh dua bulan Sk menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya & Cyberjaya. 16 Julai lepas,  Sk sekeluarga hadir ke Majlis Perkahwinan Ellyz & Ahmad Auzaie bertempat di Bora Ombak, Putrajaya manakala tengahari tadi pula menghadiri Majlis Perkahwinan Nasreen & Amin yang diadakan di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya. Ellyz merupakan anak sepupu Encik Rizar manakala Nasreen pula anak sepupu Sk,  Kak Susilawati.

Alhamdulillah,  dua majlis yang memberi kenangan yang sungguh manis.  Maklumlah cuma di majlis-majlis seperti ini barulah keluarga dan saudara-mara dapat berkumpul.  Masa inilah kita jumpa sepupu-sepupu zaman sepermainan dulu yang masing-masing telah mempunyai komitmen sendiri. Bila seorang demi seorang anak saudara melangsungkan majlis perkahwinan masa ini kita semakin sedar bahawa kita sudah semakin berusia.  Melihat anak-anak meningkat remaja menandakan kita sudah menghampiri usia purba.. Begitulah lumrah kehidupan yang pernah dilalui ibu bapa kita kan.


Mula-mula kita cerita pasal makan dulu lah..  Hahaha. 
Dalam majlis tadi tetamu diberi pilihan sama ada hendak makan nasi beriyani atau nasi putih namun bagi Sk tak sah makan nasi kenduri kalau tak makan nasi beriyani.
Disebabkan ada dua jenis nasi maka banyaklah pulak lauk pauknya. 
Ayam goreng berempah,  daging beriyani,  sambal udang galah, sayur labu masak lemak,  dalca,  ulam-ulam dan sambal belacan. 
Tetamu juga turut dihidangkan dengan 4 jenis minuman,  teh tarik,  kopi o,  sirap ais dan sirap bandung. Memang berat bawa balik perut tadi,  kah kah kah.  Lupa segala diet miet..  Lantak situ. 

Begitu juga dengan segala aneka manisan dan pencuci mulut yang disediakan betul-betul meraikan tetamu yang hadir. 
Pendek kata siapa diet memang rugilah,  isnin aje kita diet,  okey. 
Apam balik pun ada,  pop corn,  gula kapas,  ais krim, puding caramel, cendol..  Sampai tak tersebut dibuatnya. 
Win betul koci pulut hitam ni. 
Sejak jadi cikgu pastri ni Sk memang suka belek kejadian kuih muih untuk meningkatkan tahap kemahiran Sk. 
Ini antara koci terbaik yang pernah Sk makan dengan kelembutan dohnya dan intinya yang penuh dan manis secukup rasa. 


Telur Pindang Resepi Asli Johor
Buah tangan dari keluarga pengantin perempuan. Lebih istimewa telur pindang ini ditempah khas dengan kakak Sk sendiri dan Sk sendiri turut sama merewang semasa kerja-kerja menyediakan telur pindang ini. 

Alhamdulillah.. 
Sk lima beradik juga dapat berkumpul di majlis ini kalau tak memang susah jugak nak kumpulkan semua. Pelik betul..  Hahaha. 
Dari kiri,  Angah,  Along,  Sk,  Azwa dan Aini. 
Jelita kan semuanya,  hahaha. 
Bersama sepupu yang membesar bersama di zaman kanak-kanak,  Fina dan Suria. 
Haiiii..  Kalau dikenang masa lalu banyak sungguh kenangan mengusik jiwa. 
Banyak lagi nak cerita & gambar nak kongsi ni nanti Sk sambung ya. 
Tungguuuuuu!!! 

Thursday, August 17, 2017

BIHUN GORENG NOXXA

Assalamualaikum...

BIHUN Goreng Noxxa
Sempena ada periuk noxxa..  Kah kah kah.
Punyalah semangat memasak sejak ada periuk noxxa ni kan,  kita cubalah masak bihun ni,  tak payah rendam katanya.  Masuk dalam periuk,  tekan high pressure,  bunyi bib bib..  lepaskan wap.. buka-buka tutup periuk nampak bihun goreng.
Magik kannnn.


Disebabkan baru pertama kali nak gunakan periuk ni untuk goreng mee,  maka kenalah cari rujukan.  Sebab masa ni tak pergi kelas demo lagi.  Alhamdulillah,  dapat rujuk di sini. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1391482390946907&id=1096393913789091

Terima kasih pada akak yang sudi berkongsi cara  ya. 



Mula-mula kenalah sediakan bahan-bahannya. 
Sebab periuk ni masak cepat kan,  jadi janganlah masa tumis baru terhegeh-hegeh nak potong daging,  kopek udang,  potong fish cake,  siang sayur semua,  sebab ia tak ada api yang kita boleh kawal,  gituuu. 

Bihun Goreng Noxxa

Bahan-bahan ikut citarasa sendiri :
Minyak masak
Bawang merah
Bawang putih
Cili kisar
Sos tomato
Sos tiram
Seafood,  daging dan sebagainya

Cara :
Tekan fungsi stir fry
Tekan on
Masukkan minyak dalam inner pot
Biarkan panas dan tumis bahan ikut citarasa anda. Gaul rata. 

Keluarkan bihun dari bungkusan dan bilas jika perlu. 
Masukkan dalam inner pot,  gaul sedikit. 
Masukkan 4 cawan air.  
(gunakan cup yang disediakan)
Tutup periuk. 
Off stir fry.  
Letak tombol pada fungsi steam. 
On Fungsi steam 6 minit.
Bila dah selesai,  ia automatik akan bertukar ke fungsi warm. 
Off fungsi. Biarkan sehingga wap habis keluar. Kemudian tekan stir fry,  on.
Masukkan sayuran,  tauge dan lain-lain. 
Gaul sampai rata. 
Siapppp!! 

Memang mula macam pening banyak sangat fungsi. 
Tapi kalau dah masak nanti pandai sendiri,  hehehe.  




Wednesday, August 16, 2017

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum...

BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa macam tak ada keperluan di samping menyemakkan barang-barang di dapur,  hihi.  Maklumlah,  periuk ni bukan kecik, dapur saya pulak bukan besar,  ditambah pulak dengan harga periuk ini yang boleh tahan le maharnya.
Jadi,  alasan periuk besar,  dapur kecik tu sebenarnya alasan aje.  Yang benarnya tak mampu nak bayar harga periuk tu,  mengaku sajalah,  kah kah kah.

Boleh main kutu,  kata member.

Yelah,  memang boleh main kutu.  Tapi bab tunggu giliran tu yang tak suka. Kalau boleh main kutu,  Sk nak nama nombor satu,  aduyaiii...  Jadi,  tawaran untuk main kutu periuk noxxa ni memang Sk tolak la..  Kononnya tak minat.. Huhuhu.

Tapi,  bila ada yang offer beli periuk noxxa secara ansuran,  dapat dulu bayar kemudian,  siang malam tak boleh tidur mengenangkan.  Nak..  Tak...  Nak.. Tak.  Peluang bukan datang selalu.  Ialah,  memanglah tak bagus berhutang tapi untuk beli cash tu,  menggigil oi kepala lutut nak membayarnya, adudu.  Keputusan akhirnya dibuat dan akhirnya periuk noxxa menjadi milikku.

Walaupun dapur sempit,  adakan juga ruang untuk dia.  Maklumlah,  periuk kesayangan..  Kah kah kah.


Demo memasak dengan periuk noxxa.
Sebenarnya dah empat kali juga Sk gunakan periuk ni baru dapat datang demo ni. 
Semasa demo ni kita bukan sahaja diajar cara memasak tapi juga cara mengendalikan dan membersihkan tutup periuk. Kalau tak datang demo ni silap-silap sampai ke sudah main lap ajelah tutup periuk tu,  hahaha. 


Memasak nasi impit atau ketupat segera menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit.  Ini Sk pernah buat masa balik raya di kampung hari tu.  Ketupatnya pun tahan lama tak mudah basi. 

Rendang Ayam Minang.
Dalam demo ni diajar memasak rendang cara tumis menggunakan fungsi stir fry dan melembutkan ayam selama 10 minit sahaja menggunakan fungsi high pressure.  

Nasi Daging. 
Juga diajar cara tumis rempah dahulu menggunakan fungsi stir fry,  melembutkan daging menggunakan fungsi high pressure selama 30 minit dan memasak nasi menggunakan fungsi high pressure selama 8 minit sahaja. 
Beras Basmathi pula perlu direndam selama sejam sebelum dimasak.

Aduyaiiii...  Punah diet Sk semalam. 

Tuesday, August 15, 2017

PUFF PASTRY & CHICKEN FILLING

Assalamualaikum...

SEDAPNYA BONDA...

Komen Iman bila menyuap Puff Pastry berintikan Chicken Filling ke dalam mulutnya.  Apa tak sedap,  intinya tu dibuat dengan penuh kasih sayang,  maklumlah kita nak mengajar anak orang jadi pandai memasak macam cikgunya,  tak gitu..  Kih kih kih.

Puff Pastry ni kita boleh gunakan puff pastry ready made jenama kawan yang ada dijual di pasaraya.  Tapi untuk dalam kelas,  tak bolehlah guna yang segera.  Wajib tahu bagaimana menyediakan sekeping puff pastry yang ranggi apabila dibakar dalam ketuhar.


Puff Pastry

200 gm tepung gandum / high protein*
110 gm air*
25 gm butter*
1/2 tsp garam*
150 gm pastri margerin

Masukkan semua bahan bertanda * dalam satu mangkuk besar. 
Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit. 

Sementara rehatkan doh,  boleh siapkan inti. 

Chicken Filling

200 gm dada ayam 
(rebus dan asingkan airnya) 
1 tsp nutmeg
100 gm mix vegetables
1/2 biji capsicum
1 biji bawang holland (didadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus) 
3 sudu minyak masak (untuk menumis) 
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk lada sulah
3 tbs krim (whipping cream) 
1 tbs keju parmesan

Cara :

Panaskan minyak. 
Tumis bawang putih hingga harum. 
Masukkan dada ayam (potong kecil) 
Masukkan bawang holland. 
Masukkan nutmeg. 
Kacau, Tambahkan sedikit air rebusan ayam.
 Masukkan capsicum dan mix vegetables.
Tambahkan garam,  serbuk lada sulah & kacau
Masukkan krim dan keju parmesan. 
Sesuaikan rasa,  tutup api dan biarkan suam. 

Siapkan puff pastry

Taburkan tepung atas papan pencanai. 
Taburkan juga tepung di rolling pin. 
Canai doh sehingga mendapat satu kepingan yang besar setebal 5 mm. 
Susunkan pastri margerin di atas doh. 
Lipat kanan,  kiri, atas dan bawah doh ke arah pastri margerin untuk menutup pastri margerin. 
Gelekkan rolling pin perlahan di atas doh.
Terbalikkan dan gelek juga dengan perlahan. 
Rehatkan doh 15 minit. 

Kemudian canai lagi doh dengan bahagian yang lebar bersetentangan dengan kita. 
Pastikan kita mendapat satu kepingan doh berbentuk segiempat tempat. 
Canaikan sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Kemudian lipat tiga doh tersebut. 
Canai lagi dan kali ini dilipat kepada empat. 
Akhirnya canai doh sehingga mencapai ketebalan 5 mm. 
Terap doh dengan penerap yang sesuai dengan saiz pie mould yang digunakan. 
Isikan chicken filling ke dalamnya.  
Terap satu lagi doh untuk dijadikan penutup puff.
Sapukan egg wash di sekeliling puff dan tekan dengan garfu untuk melekatkannya. 
Cucuk juga bahagian atas puff dengan garfu dan sapukan egg wash.  
Bakar pada suhu 180 - 200 darjah selsius selama 25 - 30 minit atau sehingga bahagian atas puff keperangan. 

Cara membuat egg wash

1 kuning telur
Sedikit susu full cream atau sebagainya
Sedikit pewarna kuning
Pukul sebati dengan garfu sahaja. 

Untuk hasil yang lebih ranggi boleh gunakan tepung roti. 







Friday, August 11, 2017

RESIPI BEIGNET

Assalamualaikum...

BEIGNET disebut Bei-nei adalah sejenis dessert yang enak dimakan ketika masih panas dan terkenal di kalangan penduduk di New Orleans.  Disebabkan ramai yang berminat dan bertanyakan resipinya,  maka Sk kongsikan di sini. Sk pasti ia pasti menjadi kesukaan anak-anak terutama yang suka makan donut,  hahaha sebagaimana kata Chef Leenn Hazleena, beignet ni selalu dihidangkan dalam watak kartun disney,  hehehe.


Beignet

1 1/4 tsp yis kering
175 ml air suam
1/2 cwn gula kastor
1/2 tsp garam
1 biji telur (A @ B) 
1/2 cwn susu cair
500 gm tepung gandum ayak bersama 1/2 tsp baking powder
30 gm mentega / margerin dilembutkan

Cara-cara :

1. Dalam mangkuk yang besar,  satukan yis kering bersama air suam,  kacau sebentar. 
2. Masukkan gula kastor,  garam dan telur,  pukul sedikit. 
3. Masukkan susu cair,  kacau sebati. 
4. Masukkan 300 gm tepung yang dah diayak tadi.  Gaul sebati. 
5. Masukkan mentega atau margerin,  gaul sampai sebati. 
6. Masukkan baki 200 gm tepung,  gaul sebati guna jari sehingga menjadi doh. 
Nota : Doh agak melekat dan basah,  jangan risau ya. 

7. Tabur tepung yang banyak di atas meja canai. 
8. Panaskan minyak di kuali sedalam 2".
9. Canai doh sehingga nipis anggaran 5 mm. 
10. Potong segiempat dengan ukuran 2" x 2" (kalau nak besar lagi pun boleh) 
11. Goreng dalam minyak yang cukup panas,  jaga api kerana beignet cepat hangus. 
12. Apabila bahagian atas beignet sudah menggelembung, cepat-cepat terbalikkan. 
13. Golekkan beignet dalam icing sugar.
Sedia dimakan..  Sedappp..  Percayalah. 

Alhamdulillah. 






FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...