Monday, April 23, 2018

MAKAN DI FANPEKKA BY SDS

April 23, 2018 2 Comments

Assalamualaikum...

CERITERA makan hujung minggu lepas.
Sk berdua saja dengan Iman sebab Encik Rizar ada tugasan.  Bila berdua macam ni, langkah kaki memang panjang sikit.  'Ladies day out' katanya,  kahhhhh.

Ni semua sebab terkena hasutan Sis Lin la... 
Sk sebenarnya pernah sekali ke cafe SDS di Taman Universiti dan memang biasa nampak cafe-cafe milik bakery tapi macam tak pernah pulak nak singgah.  Tapi baca post Sis Lin pasal cafe sds ni terasa ingin pulak nak mencuba. 


Ternyata tak menyesal pun makan hasutan
 Sis Lin ni. Kiranya tak terpedayalah sebab apa yang dikata tu benar belaka. 
Sedap rupanya makan di sini dalam suasana yang santai dan harga yang agak berbaloi.
Sk dan Iman sama-sama makan pasta. 

Pilihan Sk
Spaghetti with Cream Sauce
Dihidang bersama Smokey Chicken. 
Memang sedap ditambah cheese yang bergulung-gulung lalu kat anak tekak. 

Iman pula pilih Spaghetti dalam Tomato Sauce. Ala-ala bolognese la..  Dalam tu ada chicken grilled yang sangat sedap. 

Paling best kita boleh terus apply untuk jadi member dan dapat diskaun pada hari yang sama.  Tak sabar nak tunggu 15hb untuk menikmati diskaun 50%.
Tungguuuuu!! 

Sunday, April 22, 2018

CUBE PINEAPPLE TART VIRAL

April 22, 2018 4 Comments

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH... 
berjaya jugak siapkan Tart Nenas Kiub yang sedang viral di media social kini. 
Masa mula-mula terpandang status yang dikongsi seorang rakan,  Sk terus jatuh cinta dan tanpa berfikir panjang terus join PJJ cube pineapple tart ni. 


Orang kata dari mata turun ke hati. 
Ramai yang memang jatuh kasih dengan kejadian tart yang menawan hati ini. 


InsyaAllah,  akan dijual raya nanti melalui ejen-ejen Sk. Doakan Sk sihat dan diberi kelapangan masa sebab ramai yang dah bertanya, mudah-mudahan ya.. Amiiinn Ya Robbal Alamiiinnn. 

Friday, April 20, 2018

FIESTA RAMADAN @ THE PUTERI PACIFIC

April 20, 2018 5 Comments
Assalamualaikum... 


MAKAN lagi! 
Kali ini Sk telah diberi peluang untuk merasai hidangan buffet Pra Ramadan 
di Puteri Cafe,  The Puteri Pacific Johor Bahru.  
Sempena Ramadan yang akan tiba dalam jangka masa tidak sampai sebulan,  
Puteri Cafe akan mengadakan Fiesta Ramadan selama sebulan. 


Dengan harga RM98+ bagi dewasa
& RM55+ bagi kanak-kanak 6 - 12 tahun
Sajian Buffet Ramadan di The Puteri Pacific adalah antara yang agak berbaloi untuk anda membawa keluarga tersayang atau syarikat korporat yang ingin membawa staf untuk berbuka puasa di hotel sebagai penghargaan atas komitmen kepada syarikat.

Meh kita tengok antara hidangan yang disediakan di Puteri Cafe ini. 
Jom! 

Nasi Beriyani
Nasi Mandi
Kuzi
Roti Jala
Murtabak
Char Kuey Teow
(kredit gambar UyulRosli) 
Yang pasti bila berbuka mesti nak makan yang manis-manis..  Aduyaiii..  
Semua sedap-sedap pulak tu. 
(kredit gambar UyulRosli) 


Antara gerai yang menarik perhatian Sk
pastry yang dihidangkan panas-panas.. nyummmm!


Lamb!


Macam biasa, setiap kali menghadiri majlis macam ni wajiblah bawa Iman.
Bila nampak aje kambing, memang Iman tak toleh lainlah.






Makan Pizza pulak Si Iman


Pelbagai pilihan pasta dengan dua jenis sos.
Kalau nak makan panas-panas boleh bagi pada chef untuk dipanaskan.


Paling best ada ikan bakar yang disediakan secara live dengan pelbagai pilihan sambal, 
boleh pilih ikut citarasa masing-masing.




Pelbagai pilihan salad dan sos



Pilihan kuih tradisional



Hidangan sampingan dan banyakkkkkkk lagi!


Team JDT Blogger yang hadir Food Review kali ni.
Semua sawit2 kannnn.. hihi.
Berdiri belakang dari kiri, Mar, Hernee, Uyul, Mia
Duduk depan dari kiri, Ain, Sis Lin dan Tuan Tanah Kedaung.. hehehe.












Tuesday, April 17, 2018

SOTONG BUTTER

April 17, 2018 4 Comments
Assalamualaikum...

MASAKAN yang belum jemu lagi tapi taklah boleh makan selalu maklumlah lemak dan kolesterol bertambah-tambah nanti,  hehehe.

Sotong dibersihkan dan dibedakkan dengan tepung goreng bestari,  Sk guna yang spicy. 
Tips supaya sotong goreng tidak lembik,  lap dahulu sotong dengan tisu dapur sebelum dibedakkan dengan tepung. 
Goreng dengan minyak yang cukup panas. 
Toskan di atas pengetos,  jangan tos di atas tisu dapur. 

Sosnya.. Tumis bawang putih cincang dan cili padi bersama butter,  masukkan daun kari. 
Masukkan susu cair dan serbuk lada hitam. 
Tambah sesudu kecil gula,  kacau sehingga mendidih dan berbuih-buih,  tuangkan ke atas sotong yang telah digoreng tepung tadi. 
Senang ya amat tapi leceh sebab nak kena goreng sotong dulu. 
Secara peribadi,  masak sambal sotong lagi senang,  kah kah kah. 


Sayur Baby Kailan bersama sotong jugak. 
Sotong semua bertelur dan tugas Sk makan semua telur sotong sebab tak ada yang suka. 
Kejam sungguh! 


Esok nak masak apa pulak???