MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, February 27, 2017

MENTERI KEWANGAN

Assalamualaikum...

PADA hari cuti kelepasan am yang lepas, Encik Rizar (ER) telah mengajak Sk ke Pasar Pontian. Macam biasalah, hati ni malas sangat nak pergi tapi mengenangkan stok makanan laut dah tak ada langsung di rumah ni, maka Sk gagahkan jugaklah. Mana tahan asyik makan ayam, daging, ayam, daging, kan. Sejak berkereta berasingan, kami memang dah tak singgah lagi ke Kipmart membeli stok. Paling-paling pun ER sorang sahaja yang rajin nak cari apa yang nak dimasak, kalau diharapkan Sk, hari-hari makan kedai pun sanggup, muahahaha.

Macam biasa, destinasi pertama ialah pasar yang terletak di tepi Sungai Pontian. Dan macam biasa jugaklah, tak ada harga yang turun melainkan naik-naik belaka. Paling memeranjatkan udang yang bulan lepas harganya RM50, hari tu dah jadi RM80. Purrrrrrrrr.. bergetar bibir menyebutnya, huhuhu.
Ketam pun hampir RM40 sekilo, bukan besar sangat pun. Tapi berbuih-buih lagilah mulutnya (mulut???) cuma dah tak bergerak.

Sebab tak banyak yang dapat dipancing di situ, kami ke pasar borong pulak. Alah, memang selalu macam tupun, lepas ke tepi sungai, mesti nak jugak tengok apa yang boleh dibawa balik di pasar borong. Seorang apek kelihatan melambai-lambai dan menunjukkan koleksi udangnya.

"Ini 68.. ini 58... ini 48.. angkatlah!"

ER pandang Sk, Sk pandang ER, macam tak percaya. Udang XXL di tepi sungai tadi dah RM80, Biar betul apek ni RM68.

"Ini berapa?" Tak puas hati tanya lagi.

"68."

Biar betul. Dah pasang telinga betul-betul ni, sebab apa. Sebab udang tu besar tapak tangan. Memang giler besarlah, mungkin dah pangkat moyang-moyang, hahaha.

"Bah, betul ke 68, sekali kita amek rupanya 98?? Tanyalah betul-betul." Bisik Sk pada ER.

"Apek, ini 68 ke?"

"Ya, 68. Angkatlah, besar-besar, ini udang boleh simpan."

Dia mengutip seekor demi seekor udang dan memasukkannya ke dalam bakul. 

"Cuba timbang, nak tengok berapa?" Pinta ER.

"Boleh.. boleh tengok dulu." Apek tu terus letakkan atas timbang. Tertera harga sekilo RM68. Barulah yakin harganya RM68, heheheh. 

"Beli tak?" ER pandang Sk. Padahal duit dia, dia boleh tanya kita pulakkan, tapi memang macam tulah selalunya... isterikan Menteri Kewangan.. kah kah kah!!


Udang dah selamat masak mentega memenuhi permintaan Iman.
Perghhhh!! Sebiji rasa macam makan di Pasar Malam KK tau... burpppp! Alhamdulillah.

Monday, February 20, 2017

MASAK ALA-ALA

Assalamualaikum...

ISNIN, minggu ke 8 tahun 2017.
Cepat sungguh masa berlalu, kan. Diam tak diam dah nak masuk bulan Mac.
Cuti dua hari, hari kelepasan am yang lepas, Sk tak ke mana langsung. Setakat ke kedai membeli beras yang dah kehabisan stok. Kalau dilayankan ER, memang dia nak ke Giant, tapi Sk cakap, kita ni nak beli beras aje. Kalau dah ke Giant tu nanti nampak itu, nampak ini, sudahnya empat lima ratus terbang, tak gitu???

Disebabkan tak ke mana-mana, maka rajinlah pulak nak memasak. Ialah, kalau tak rajin, nak makan apalah pulak, kan. ER pulak siap ke Pasar Tani Khamis lepas membeli udang galah dan daging serta tetel. Haaa.. jom kita masak ala-ala.

Masak Lomak Ala Nogori

Image may contain: 1 person, food

Tayangan secara langsung dari dalam kuali sebaik sahaja api dapur dimatikan, hehehe.
Ni masak ala-ala nogori lah kan.
Udang Galah memang ngamlah kalau masak lomak.
Sk guna cili padi hijau yang biasa tu dan campur lima tangkai cili padi siam.
Jadi taklah bibir rasa tebal macam Angelina Jolie, hehehe.

Asam Pedas Ala Melaka
Image may contain: food

Terkenang-kenang makan Asam Pedas Tetel di Hajah Mona, kan
Jadi kita masak sejibik stail Kedai Hajah Mona.
Asam Pedas Tetel, Taugeh Goreng dan Telur Masin.
Mana lebih sedap??? Eh, tentulah yang Sk masak.. hahahah.

Sambal Udang Galah Ala Leban Condong

Image may contain: food

Hilang kepingin nak makan Udang Galah Leban Condong.
Apa ketidaknya, kali terakhir kami singgah masa bercuti ke Pahang akhir tahun lepas,
harga sekilo udang galah mencecah RM100 dan katanya cuma ada 4 ekor udang, 
Giler!! 




Sunday, February 12, 2017

JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN CUTI THAIPUSAM

Assalamualaikum...

PENAT walaupun tiga hari bercuti. Apa tak penatnya, ingatkan cuti tiga hari ni dapatlah telentang tertiarap kat rumah tapi manakan dapat. Pak Inche kita tu pantang cuti terlebih hari, kalau tiada perlawanan yang melibatkan JDT atau JDTII memang macam-macam hal yang bergelodak dalam kepala otak dia. Nak pergi situ, nak makan itu. Nak pergi sini, nak makan ini.. haaa.. siapa yang dah ikut lama blog ni tahulah kannn.. huwa huwa huwa.

Bakso Idaman

Trip yang pada mulanya SK sangka pasti membosankan sebab...
balik-balik, Melaka.. Melaka.. Melaka..
Tapi ER janji kali ni kami akan makan di tempat yang berlainan, ubah seleralah konon-kononnya.
Jadi, tak ada Ikan Bakar Anjung Batu atau Asam Pedas Hajah Mona dalam itinerary.
Boleh percaya ke?? Katanya lagi, kita pergi makan yang Yaya (Iman) selalu sebut-sebut tu.. apakah??? Tungguuuuu.

Image may contain: food

Sk tetap sediakan sarapan yang ringkas pagi tu sebelum memulakan perjalanan,
roti bakar dan telur separuh masak.
Jimatlah jugak RM10 kan dari makan kat kedai mamak. Tapi.. beberapa kali dah ER menyebut tentang Bakso Idaman yang terletak di Jalan Parit Mesjid, Pontian. Tengok dalam GPS, memang ada dalam Four Square, maknanya femes jugaklah bakso yang dikatakan asli ni.

Masa sampai ke lokasi, jam dah menunjukkan angka 11 lebih. Jadi, kira apa? Brunch ke? Sebab tadi pun dah sarapan di rumah, hahaha. 

Pior betul bakso yang dihidangkan di sini. Alamatnya memang boleh teridam selalu.
Ada dua pilihan, bakso biasa atau special. Bezanya yang special tu ada ayam. Setiap hidangan ada empat bebola daging yang dibuat sendiri. Enak banget!

Asam Pedas Parit Jawa

Perjalanan diteruskan mengikut jalan lama. Baru satu jam menikmati bakso, ER bertanya sama ada hendak atau tak singgah makan asam pedas di Parit Jawa. Lama jugak sebenarnya tak makan di sini, jadi.. rezeki jangan ditolak.

Rupa-rupanya Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa sedang melalui proses renovasi. 
Ini bermakna tiada kedai asam pedas yang dibuka. Jadi, kami pergi ke sebelah sungai yang ada tiga empat pilihan warung asam pedas. Lepas tu keliru nak pergi yang mana satu. Ada Asam Pedas Mak Ngah, Danish dan Selera Kampung. Akhirnya kami memilih warung yang tak bernama, betul-betul di tebing sungai. Iman kata dia masih kenyang, urmmm.. iyolah tu. Kami minta dua pinggan nasi sahaja bersama Asam Pedas Ikan Merah. Gandingannya kubis goreng dan telur dadar.

Image may contain: people sitting and food

Hampir 45 minit menunggu.. fuhhhhh.. tak pernah rasanya kami sesabar ini.
Mungkin sebab perut masih kenyang dengan bakso, jadi tak terasa lama menunggu.
Meja belakang kami ada yang dah berpindah ke warung asam pedas sebelah, dah siap makan pun, muahahaha. Tengok tauke (atau pekerja) relaks sahaja di kaunter. Katanya menunggu kuah asam pedas mendidih dan ikan di masak satu persatu mengikut pesanan. Rasanya trip masak yang pertama dah habis, sebab tadi sepasang pasangan cina dari meja sebelah Sk dah selesai makan masa Sk sampai.

Kesabaran kami hampir hilang apabila hidangan demi hidangan dihantar ke meja pelanggan dan tak ada satu pun yang dihantar ke meja kami. Apa nih? Apa nih? Pelanggan yang sampai kemudian pun dah sedang makan, kami?? Seorang pelanggan bangun dan bertanyakan pesanannya. Sk? Sk bertanya dengan jelingan. Pekerja itu mengangkat tangan dan meminta Sk tunggu sekejap. Rasanya mereka memasak ikut jenis ikan dipesan pelanggan bukan ikut siapa yang sampai dahulu. Sistem apa yang mereka guna pun tak tahulah.

Lega apabila hidangan sampai ke meja. Mak aih, sikit punya besar ikan. Nasib baik mintak separuh.
Nasi dihantar tiga pinggan, Sk cakap pada Iman, makan jerlah jangan tolak rezeki. Agaknya perut dah lapar menunggu, Iman tak membantah. Sk tolong bahagi-bahagikan isi ikan.. tapi.. tapi.. ikan tak cukup masak terutama di bahagian tulang. Kembang tekak Sk oi nak makan. Terus panggil adik pelayan tu untuk masak sampai ikan betul-betul masak. Pehhh! Menunggu lagi. Sampai ER dah hampir habis makan, ikan masih tak siap. Memang senarai hitam teruslah kedai ni nampaknya... purrrrrr!!

Novotel Hotel, Melaka

No automatic alt text available.
Macam biasa urusan tempahan hotel dibuat ER dan kali ini ER memilih Novotel. Katanya, dia nampak hotel ni masa kami duduk di Hatten dulu dan lagi masa ke Melaka baru-baru ni nampak lagi hotel ni dan rasa nak duduk di sini. Harga pun agak berpatutan, tahulah hotel-hotel di Melaka ni boleh tahan jugak harganya.

Masuk sahaja ke lobi, dah terpegun. Moden dan mengagumkan dan dan tu terus terbayang bilik macam kat Weil Hotel, Ipoh yang Sk cerita sebelum ini.

Image may contain: indoor

Sebaik sahaja masuk ke bilik, terus ternganga, banyaknya almari, kiri kanan ada almari. Sampai depan katil, terus wow! Memang sama macam bilik di Weil Hotel yang memisahkan ruang katil dan bilik mandi hanya dengan sekeping kaca lutsinar. Pintu almari yang banyak-banyak tu rupanya pintu bilik air yang direka begitu kreatif dan boleh dilipat-lipat. Lepas letak beg terus foto-foto.
No automatic alt text available.
Rasanya belum pernah lagi jumpa bilik hotel yang labelkan suis-suis macam di Novotel ni.
Kecuali kalau yang ada panel suis tu.

No automatic alt text available.

Jenguk ke bawah nampak pulak kolam renang yang biru.. cantiknyaaa. Rasa nak terjun dari atas terus masuk dalam kolam, hahahaha. Ada bran???
Kemudian, ER ajak keluar.. ke mana kita???

Coconut Shake Klebang

Image may contain: drink, dessert, food and indoor

Lagi???
Bukan kata nak tukar selera ke?
Iman kata, mana boleh pergi Melaka tak minum Coconut Shake Klebang, ER pulak bukan main menyokong lagi, huwa huwa huwa.
Layannnnnn!!

Kalau diikutkan ER macam-macam lagi dia nak makan..
Mee Sup Tengkera la.. Popia Basah la... tapi Sk malas nak layan.

Image may contain: sky and outdoor

Sk ajak balik hotel dan paksa mereka mandi kolam.
Sebab, dah berapa trip jalan-jalan tapi tak mandi kolam, rasa macam rugi jer kan.

Celup-Celup Warisan

Image may contain: food

Malam tu tunaikan permintaan ER nak makan sate celup yang dikatakan popular di Melaka.
Padahal di Dataran Bandaraya tu sikit punya banyak orang jual cuma dipanggil Steamboat. 
Sk sekeluarga pulak panggil dip dip.
Antara Sate Celup yang halal di Melaka adalah sate celup di Celup-Celup Warisan yang terletak berdekatan Aeon Bandaraya. Kami memilih pakej bernilai RM56.90 yang katanya jimat RM16 lebih kurang. Pakej ini mengandungi 50 cucuk sate, satu jug minuman dan 5 skup ais krim.
Satenya pilih sendiri. Terkejut Sk tengok satu cucuk lidi ada satu atau dua biji bebola aje.. phewwww! Lap peluh.

 Image may contain: food

Apa bezanya sate celup dan steamboat di Dataran Bandaraya?
Steamboard tu direndam dalam air panas dan dicurahkan sos kacang tapi sate celup ni dicelupkan dalam kuah kacang yang mendidih sebelum terus dinikmati. Rasanya?? Sama aje.. sabar ajelah.
ER kan memang mudah terpedaya, hahahaha.

Sarapan di The Square, Novotel
Image may contain: food

Esok paginya macam biasalah, sarapan di hotel aje walaupun ada orang tu kata nak makan Roti Canai Arang di Bachang, hurmmmm!

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Inilah pulak yang diidamkan Iman, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball.
Satu-satunya restoran nasi ayam bebola yang halal di Melaka.
Berkali-kali ER dan Sk tanya, betul ke halal? Ada ke orang melayu makan?
Dia kata artis ramai yang datang makan siap masuk TV3 lagi.
Lepas tu, Sk kata, Sk nak tengok dulu, kalau tak ada perempuan bertudung makan,
Sk tak nak.. terus dia merajuk dan berhenti tengah jalan, hahaha.
Ya, EeJiBan ni ada sijil halal ya, kalau tak ada, Sk pun tak mahu makan.

Image may contain: food

Ingatkan memang ada jual bebola nasi aje rupanya ada jugak Nasi Ayam Biasa (Hainan atau Panggang) yang berharga RM7 sepinggan. Harga bebola nasi pula sebiji 40 sen manakala ayamnya dijual berasingan dengan saiz hidangan yang berbeza. Sk pilih yang RM5, sekali bila datang, alahai.. celah gigi aje untuk orang yang kuat makan macam kami ni.

Bebola nasinya tu pulak, nasi lembik yang dibulat-bulatkan dan hambar aje rasanya. Sup dijual berasingan, RM8 semangkuk, giler! Hahaha. Makanlah kami alat-alat bebola nasi tu dengan cebisan ayam. Sos cilinya pun tak mencapai piawaian Sk, huhu. Rasa nak menangis oiii. Nasib baik Sk pesankan nasi ayam biasa untuk ER. Malam semalam (dah balik Johor) Sk tanyalah Iman pendapat dia tentang nasi ayam tu, rupanya dia pun menyesal ajak makan kat situ, kah kah kah.

Lepas makan nasi ayam, kami ke Klebang dengan hajat nak beli belacan. Meriahlah kan nampak belacan bergantungan lepas tu kata nak pergi depan lagi.. depan lagi.. depan lagi.. lama-lama dah tak jumpa gerai belacan.. hahaha. ER ajak pergi ke Freeport A' Famosa, tengok apa yang menarik untuk dibawa balik. Sampai sana hujan turun dengan lebatnya.

Cendol Bakar Alor Gajah

Image may contain: food
Mungkin kerana hari bekerja dan hujan lagi, tak ramai orang macam kali pertama kami datang dulu.
Tak payah beratur panjang-panjang pun. Kali ni kami pilih cendol biasa aje, wallaaaaaaaaaa.. sedap dari cendol durian yang kami pernah makan di sini jugak dulu (ada cerita rasanya). Lemak santan dan gula melaka yang pior, manisnya sampai ke titisan yang terakhir.
Kuih udang di sini berharga RM5 sepinggan, banyak jugak sepinggan tu puas hati makan.

Asam Pedas Tetel Hajah Mona

Image may contain: food

Walaupun pada mulanya nak mencuba asam pedas di restoran lain, akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di Asam Pedas Hajah Mona. Sebab? Bila buka review dalam facebook, ada orang bagitahu dia dah pergi banyak asam pedas, tapi Hajah Mona jugak yang paling sedap. Sk jugak rasa macam satu pilihan yang selamat sebab asam pedas tetel sentiasa ada di sini.

Sungai Melaka

Image may contain: sky, night, outdoor and water

Sempat jugak berjalan kaki menyusuri tebing Sungai Melaka.
Tengok cantiknya bulan, Subhanallah.
Jadi, berhenti untuk foto-foto sambil menyaksikan kecantikan hotel Casa Del Rio. Hurmmm.. Patutlah harga hotelnya mahal, memang sungguh ekslusif sekali.

Image may contain: outdoor and water

Amboi, rajinnya berjalan kan, hahaha. Sebenarnya tak ada parking, terpaksa letak kereta jauh.
Kononnya nak ikut jalan pintas, rupanya bukan main jauh kami berpusing, sabar ajelah, hahaha.

Roti Nan Pak Putra

Image may contain: food

Balik makan asam pedas, pergi pulak tapau Roti Nan Cheese Pak Putra.
Ini sebab dah masuk dalam itinerary ya, bukan saja-saja nak makan, hahahaha.
Masa ni dah pukul 10.20 malam, pekerja Pak Putra cakap mahu tunggu setengah jam lebih, baikkkk!
Dapat roti pukul 10.45, kira okeylah kan. Terus balik hotel, mandi. Lepas mandi makan roti nan dua keping share tiga beranak, hehehehe.

Sarapan Hari Kedua
Image may contain: food and indoor
ER kata, dia masih kenyang lagi makan nan cheese semalam, hahaha.
Sk pulak tidur pukul 2 pagi, walaupun mengantuk, makan tetap makan.
Kami check-out awal sebab ER nak kena pergi kerja malam tu.

Nasi Padang Parit Semerah

Image may contain: food

Sampai Pontian, perlahan-lahan dah mula lapar balik, apa taknya, dah hampir pukul 3 petang.
Teringat Kak Zarra (fb) post tentang Nasi Padang di Parit Semerah, tengok dalam gps pun ada, apa lagi.. perghhhh!! Rasa macam kat Bandung laa. Memang rezeki, sebab tak lama tu mereka pun dah bersiap-siap untuk kemas. Sampai rumah, angkat beg, hantar pulak ER ke stadium. Malam tu Iman kata nak makan maggi jer, burpppp! Alhamdulillah.

Image may contain: 2 people, people sitting

Erkkkkk!



Tuesday, February 7, 2017

SATU MALAM DI WEIL HOTEL, IPOH

Assalamualaikum...

CERITA-CERITA pasal bercuti di Ipoh, Sk teringatlah pulak nak blog tentang Hotel Weil yang terletak di pusat bandar Ipoh dan yang paling best sekali bersebelahan dengan Kompleks Beli-Belah Ipoh Parade. Orang-orang Ipoh mesti suka pergi Ipoh Parade, kan. Sk pun suka, Iman.. lagilahhh.. bapak Iman, Ya Ampuuuunnnn. 

Sk sekeluarga singgah di Hotel Weil ni pada bulan September tahun lepas. Konon nak tulis dalam blog rupanya sampai sekarang puas Sk selongkar tadi tak jumpa. Ternyata memang tak ada tulis yek. Tak apa, kalau dah tulis, tak luak pun kalau ditulis balik, hehehe.

Kami datang walk-in sebenarnya, saja nak cuba nasib. Sekali ada pulak bilik kosong. Pertama kali masuk ke lobi, rasa teruja jugalah dengan ruangan dalamannya yang moden dan santai. Sekali bila buka jer pintu bilik, tak ada apa yang mampu dicakapkan selain wahhhh.. wahhhhh.. dan wahhhhhh!!! Rasa nak sambung lagi semalam. Tapi pujuk-pujuk hati, lain kali datang lagi. Tak sangkalah pulak masa cuti Tahun Baru Cina tu harga semalam mencecah hampir RM400, tu yang terpaksa duduk di Syeun, huh! Cam tak ada hotel lain kat Ipoh ni yek, huwa huwa huwa.

Image may contain: indoor

Pandangan dari pintu bilik.. nampak cam biasa ajer kan...

Image may contain: people sitting and indoor

Hiasan dalaman hampir 70 peratus dari kayu, lawo giler!

Image may contain: bedroom and indoor

Katil yang tinggi dan empuk dan boleh tembus pandangan terus ke ruang mandi. Setakat ni dua hotel sahaja yang Sk pergi membina ruang seperti ini iaitu Weil dan Hilton Petaling Jaya. Tapi, tab mandi di Weil ni...

Image may contain: indoor

Wallaaaaaaaaaa... cam dalam cerita orang putih dulu-dulu. 
Muat ke muat ni??? hehehehe

Image may contain: plant, indoor and outdoor

Jangan risau kalau tak muat sebab ada juga ruang pancuran berdiri dipasang di sebelahnya.

Image may contain: indoor

Rasa nak buat kat rumah tapi nak buat kat celah mana???

No automatic alt text available.

Soalnya lagi.. tepuk buku bank, tanya baki.. kah kah kah!

Image may contain: people standing

Rob mandi.. Sk jarang guna sebab musykil ditukar setiap kali atau tak? hehehehe

No automatic alt text available.

Duduk sini baju dijamin tak berkedut.

Image may contain: indoor

Kalau ngantuk, kopi-kopi dulu.

Image may contain: drink, coffee cup and food

Bukan sahaja bilik yang cantik dan selesa, buffet sarapannya juga sedap dan menarik.

Image may contain: food

Makan sikit-sikit sebab takut dituduh kuat makan.

Image may contain: food and indoor

Roti canai jugak yang dipilih

Image may contain: food

Kuey Teow Sup pun sedap

Ialah.. kalau dah suka tu.. semuanya sedap.. tak gitu???






MAKAN-MAKAN CUTI TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum...

CUTI sempena Tahun Baru Cina sudahpun berakhir. Kebanyakan sekolah bercuti antara 9 hingga 11 hari. Amboiiii, sampai Sk terlupa ni cuti raya atau cuti penggal. Bila cuti sekolah, maka panjanglah langkah. Maklumlah, Pak Inche kita tu bosan katanya duduk rumah terlentang depan tv. Isk, siapa suruh terlentang jer.. bawa-bawalah berkebun, tanam sayur, tanam buah kan.. kan.. kan. Dan dia ni pulak suka memaksa. Kita cakaplah tak payah, tak mahu, malas, diam-diam dia pergi tempah rumah tumpangan, hurmmmm. 

Nasi Ganja Ipoh

Image may contain: house and outdoor

Kali ini destinasi kami hanya di Ipoh, Perak. 
Selalu singgah Ipoh semalam sahaja itupun sebab balik dari utara tapi kali ni datang ke Ipoh semata-mata untuk bercuti dan agenda utamanya ialah makan Nasi Ganja. Tapi.. tapi... nasi ganja tutupppppppppppppp!! Ya, hajat hati nak makan di Kedai Rahamath yang terletak di belakang (tapi nampak macam kat tepi) Masjid Negeri. Tak ada rezeki, dua kali datang, dua kali tutup (nangis tepi pintu kereta). Lepas tu, pergilah pula ke Yong Suan yang terletak di Jalan Yang kalthom, hurmmm.. tutup jugak. Aaaaaaaaaa.. diorang beraya ke apa ni???

Image may contain: food

Tak dapat makan Nasi Ganja kita makan Nasi Vanggey jadiklah.
Nasib baik cawangan Yong Suan (Green Town) dibuka 24 jam. 
Sebenarnya Sk pun kurang jelas nasi ganja dan nasi vanggey ni sama ke lain tapi yang pasti memang tak boleh lawan Nasi Kandar Penang, wa cakap lu!

Lokasi : Bersebelahan Masjid Negeri, Ipoh.

Nasi Gunting Melaka

Image may contain: food
\
Oh ya, dalam perjalanan ke Ipoh tu, kami singgah di Melaka. Sk mengajak ER ke Pasar Besar Melaka untuk mencari Nasi Gunting. Dah beberapa kali ternampak dan baca post Novelis (Kak) Maria Kajiwa tentang nasi gunting ni dan tekak ni dah tertahan sangat, hahaha. Dulu-dulu masa remaja pernah abang ipar Sk belanja makan ni, tulah yang dok teringat, hahaha. 

Dan tak sangkalah pulak ER nak melayan nasi putih pagi-pagi. Nasi putih panas-panas dihidangkan bersama gulai kari daging ala-ala gulai kawah versi Pantai Timur. Dagingnya akan digunting ke dalam pinggan ketika menghidang dan dicurahkan sedikit sambal tumis. Sampingannya Timun Pencuk, Telur Asin dan hirisan cili hijau, memang terangkatttt!!!

Lokasi : Pasar Besar Melaka

Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai

Selepas ER memberitahu Sk yang dia dah tempah Rumah Tumpangan di Ipoh, Sk terus memberi syarat. Mesti singgah juga makan di Warung Nasi Bamboo yang terletak di Sungkai, Perak ni.
Beberapa kali percubaan kami untuk makan di sini gagal kerana tak cukup bertabah dengan orang yang terlalu ramai. Jadi, kali ni ramai macam mana pun orang, kita mesti makan jugak di sini.

 Kami sampai di sini pada waktu puncak. Kenderaan pengunjung memenuhi sepanjang kiri dan kanan jalan. Ok, bertabah.. bertabah.. hahaha. ER terus memarkir di satu ruang kosong di tepi jalan, kiranya kena menapak jugaklah. kuatkan semangat, jom kita.

Image may contain: one or more people

Sampai ke dalam ruang kedai, mak aihhh.. ramainya umat Muhammad SAW. Sehingga tiada satu ruang kosong. Yang tengah makan, yang tunggu makanan, yang berdiri tunggu meja dan hingar bingarnya kalah kat Pasar Melaka tadi. Kami berpecah tiga untuk mencari meja kosong. Kena bertabah lagilah, hahaha. Tiba-tiba nampak ER terkocoh-kocoh. Rupanya dia berjaya mendapatkan meja di dalam ruangan berhawa dingin. Aik, dia ni selalunya tak suka nak makan dalam bilik bertutup, sebolehnya nak makan di ruangan terbuka. Dan rupanya, meja di ruangan tertutup di kena tambahan (sewa) sebanyak RM10. Tak apa asalkan dapat meja, Alhamdulillah. Tak banyak meja yang disediakan di ruangan ni dan cuma ada satu kekosongan jer. Tapi dapat bilik ni kiranya agak selesalah sebab ia dilengkapi dengan sinki dan tandas yang berasingan dengan ruang luar.

Image may contain: food

Konsep di sini adalah secara layan diri dan kaunter-kaunter nasi, lauk-pauk, bakar-bakar dan minumannya semua berasingan (konsep yang menyusahkan pelanggan).
 Bayangkan kalau anda datang berdua, siapa yang nak beratur beli nasi, beli lauk, beli air dan siapa pula yang nak tunggu meja. Rasanya lebih baik kalau pemiliknya dapat menyediakan dua kaunter sahaja, iaitu kaunter lauk-pauk dan bakar-bakar. Nasi dan minuman terus ambil pesanan dari meja untuk memudahkan pengunjung. Ramai yang datang kali pertama dan semuanya terpinga-pinga dan terpaksa berkejar-kejar. Yang ada anak kecil lagilah kesian. Nasiblah anak Sk dan besar panjang.

Image may contain: food

Nasi Bamboo atau Nasi Buluh ni bukannya dimasak di dalam buluh. Rasanya ia dimasak seperti biasa sebelum dibungkus ke dalam daun. Entahlah, Sk pun tak kenal daun apa, rupa macam daun kunyit, hehehehe. Buta daunlah Sk ni. Kemudian ia disumbatkan ke dalam buluh dan dikukus semula agar sentiasa panas. Kotlah.. sebab Sk nampak bertimbun-timbun dalam periuk. 

Image may contain: food

Dalam keadaan kelang kelibut, ini sahajalah yang dapat, hahaha.
Ikan Talapia Bakar Bersambal tu memang marvelous.
Kambing Bakar secukup rasa dan Ayam Bunian yang khabarnya agak popular di sini. 
Ayam Bunian rasa apa??? Rasa ayam madu jer.... sedaplah.. tak rugi pun mencuba. Di sini mereka guna semua ayam kampung jadi nak makan tu kena berjuang sikitlah, hahaha.

Lokasi : Sungkai, Perak

Putu Perak

Image may contain: food

Dah sampai Perak berapa kali tapi tak pernah dapat. Ada pulak di jual di kaunter nasi di Nasi Bamboo ni maka kita cuba satu. Rasa nak loncat-loncat sebab dapat makan semua benda yang kita nak, hehehe. 

Image may contain: food

Pertama kali makan, selalu tengok Kak Azita Zain yang post tentang Putu Perak ni. 
Rasanya seakan-akan putu kacang dan di dalamnya ada inti kelapa muda yang diparut. 
Sedap, tentu lebih sedap jika di makan ketika suam. Masa Sk makan ni dah sejuk kejung gitu, huhuhu.

Cendol dan Laksa

Image may contain: food

Cendol dan Laksa boleh tambah sampai kenyang, hehehe. 
Femes jugak nama gerai cendol ni dan ada banyak cawangan siap boleh pandu lalu tapi maaflah Sk lupa apa nama kedai ni. Singgah pun sekejap aje macam menarik beno cendol tu, Alhamdulillah, sedap jugak, sampai bocor mangkuk, hehehe.

Hotel Syeun, Ipoh

Image may contain: food

Di Ipoh, kami menginap di Syeun Hotel yang terletak di Pusat Bandar.
Hotel empat bintang tapi kualiti buffet sarapannya macam tiga bintang jer.. huhu. Disebabkan entah apa-apa Sk cuma ambil tiga gambar ni buat kenangan.

Image may contain: 1 person, food

Bubur nasi ni kontang pada hari pertama. Hari kedua pun sama, tapi mujurlah ada seorang pakcik tu mendesak supaya ia ditambah. Sk rasa mungkin kekurangan staf sebab cuti raya, kan. Nak buat macammana, Sk cakap dengan ER patutlah harga penginapannya murah RM180 berbanding dengan Weil Hotel, huwa huwa huwa. ER pulak asyik cakap Sk lah yang tak nak duduk kat Weil siapa suruh? Ialah, kunun nak duduk di Weil tapi harganya berganda-ganda sempena cuti ni. ER pun macam dah tak ada hotel lain nak jugak duduk kat Hotel Syeun ni, aduyaiii. Eh, nantilah Sk cerita kenapa dia nak sangat duduk kat sini, kah kah kah.

Image may contain: food

American Breakfast yang tak berapa nak American.
Semuanya bercampur aduk tapi syukurlah masih mampu menikmati rasa masin, manis dan pahit.

Mee Udang Galah Tanjung Tualang, Ipoh

Image may contain: food

Mendapat jolokan sebagai Pekan Udang Galah,
ER tak melepaskan peluang untuk makan Mee Udang Galah di Tanjung Tualang. Kami memilih untuk makan di Warung Ctmal sebab ia warung yang mula-mula kami jumpa. Ternyata agak berbaloi jugaklah sebab rupanya kebanyakan restoran udang galah di sini tidak pasti status halalnya. Ada juga beberapa kedai lain tapi nampaknya belum dibuka cuti panjang ni. Harga sepinggan mee di sini, RM15. Bagi Sk boleh tahan jugaklah mahalnya berbanding dengan harga Mee Udang Galah di Kuala Selangor sebab di sini ada dua ekor udang sahaja. Sk yang dah mula muak makan mee memilih makan nasi putih dengan lauk udang galah bersambal.

Image may contain: food

Mula nak makan nasi goreng tapi teringat tingginya kalori makan nasi goreng, kah kah kah. Lepas orderkan nasi goreng untuk Cikwa, Sk tukar minta nasi putih. Pun ada dua ekor udang sahaja, nasi goreng berharga RM16. Agak mahal, kan.. tapi korang tahu tak harga udang galah di Leban Condong, Rompin lagilah mahal sampai RM25 seekor.. huwa huwa huwa. Sk musykil lah, tempat yang melahirkan signature sesuatu masakan tu sepatutnya harganya lebih murah sebab bahan mentahnya memang berasal dari sana, kan tapi sebaliknya.. pelik ya ampunnnn. Eh, nak bagi tahu.. sambal belacan kat sini sedap tau..

Asam Pedas Hajah Mona, Melaka

Image may contain: food

Balik dari Ipoh,
hajat nak singgah makan di Warung Kita, Sungai Buloh pekena Nasi Kak Wok
tapi Ya Robbi.. ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang beratur.
Tu huruf 'a' banyak sebab nak bagitahu dia punya rapat lebih dahsyat dari Nasi Bamboo Sg Klah. tak sanggup lagilah makcik nak beratur dua jam, lalu kami terus menghala ke selatan. ER ajak makan asam pedas, Iman tak sudah-sudah pulak sebut nak makan asam pedas tetel.. layannnnnn.

Image may contain: food

Macam biasa, setiap set nasi dihidang bersama sebelah telur asin dan sayur. Tak silap kalau di Asam Pedas Pokok Besar ada sambal belacan sekali (dululah). Sebenarnya nak tukar selera makan di Asam Pedas Claypot tapi kami kecil hati sebab disuruh bertukar ke meja lebih kecil dengan cara yang agak sombong. Lepas tu pergi Asam Pedas Pokok Besar, katanya tetel pukul 8 malam baru ada. Sudahnya pergi jugak ke Asam Pedas Hajah Mona, nasib baik ada Asam Pedas Tetel, Iman punya senyum sampai ke telinga. Sebelum tu dah berlinang air mata kat Asam Pedas Pokok Besar sebab tak ada tetel. Errrr.. faham ke cerita ni??? hahahaha.

Sate Muar, Bandar Maharani

Image may contain: food

Last but not least katanya, ER nak makan sate, aduyaiiii. Baru sejam yang lepas makan asam pedas.
Semua dah surrender tak mahu makan, jadi inilah pesanan sate yang paling sikit dalam sejarah, 25 cucuk jer, 10 babat dan 15 daging. Nak jugak sate babat, tak sedar babat sendiri dah semacam aje tebalnya.. hahahaha.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Sehingga jumpa lagi..
Wassalam.



AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...